bidang tugas gd_emis_2012

2
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT 1 SENARAI TUGAS GURU DATA Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29 Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi) 1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB). 2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian- Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain- lain agensi kerajaan. 2.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS, iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan: 2.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar; 2.1.2 Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain; 2.1.3 Staf bukan guru; 2.1.4 Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah; 2.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 2.2 Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, Peperiksaan, Asrama, Kokurikulum, Buku Teks dan Sistem Pangkalan Data Murid. 3 Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT. 4 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Sistem Pangkalan Data Murid. 5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah. 6 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS). 7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Upload: neil-yeah

Post on 28-Jul-2015

67 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang tugas gd_emis_2012

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT

1

SENARAI TUGAS GURU DATA Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29 Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu

bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi) 1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru

Besar/Pengetua (PGB). 2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-

Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

2.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS, iaitu melaksanakan

pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan: 2.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar; 2.1.2 Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain; 2.1.3 Staf bukan guru; 2.1.4 Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah; 2.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

2.2 Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS,

Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, Peperiksaan, Asrama, Kokurikulum, Buku Teks dan Sistem Pangkalan Data Murid.

3 Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab

teknikal dibuat oleh Penyelaras IT. 4 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Sistem

Pangkalan Data Murid. 5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah. 6 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS). 7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Page 2: Bidang tugas gd_emis_2012

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT

2

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data: 1. Mengemas kini data EMIS Online. 2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan. 3. Memastikan data disemak dan disahkan. 4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh : catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan)

data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD. 5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online disemak dan

disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD. 6. Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data EMIS

Online. 7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala

kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu.

8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan thumb drive

backup dengan baik. 9. Jika berlaku kerosakan komputer / talian internet segala urusan kemas kini hendaklah dilakukan di sekolah

berhampiran/PKG/PPD/JPN/KPM. 10. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di tempat yang selamat kerana ia merupakan

bahan terkawal dan sulit PROSEDUR PENYERAHAN DATA KUTIPAN SEKOLAH 1. Ralat data yang berkaitan yang dipapar dari aplikasi Utiliti Semak Ralat Data Online dibersihkan. 2. Pihak sekolah menyerahkan Cetakan Semak Ralat Data Online kepada Jurulatih Utama atau Pegawai

Maklumat Daerah yang telah disahkan PGB/PK1. 3. Pihak sekolah perlu mengesahkan data sekolah, catatan/alasan naik/turun (perubahan) data enrolmen, dan

Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online.