bidang ekonomi, kewangan perlu tambahan istilah · pdf filesemasa menunjukkan penggunaan luas...

2
muka 11 Sabtu Oct 29, 2011 Bidang ekonomi, kewangan perlu tambahan istilah baru KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta mengaktifkan semula Jawatankuasa Peristilahan khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan untuk mewujudkan istilah berkaitan bidang itu dalam bahasa Melayu. Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, berkata kumpulan pakar bahasa dan ekonomi yang menguasai dua bidang ilmu itu perlu diwujudkan untuk membina istilah baru dengan segera. "Kita perlu mencari kaedah untuk menulis dan menerangkan konsep ekonomi serta kewangan yang lebih tepat dan singkat dalam bahasa Melayu kerana penggunaannya pada masa kini memerlukan penerangan agak panjang. "Kita perlu istilah bahasa Melayu secara langsung dan tepat kerana perkembangan kegiatan ekonomi dan kewangan sangat pantas yang memerlukan konsep dan istilah baru," katanya pada Forum Bahasa, Ekonomi dan Kewangan di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII, di sini semalam. Mahani berkata, akhbar juga perlu mengetengahkan istilah dan deskripsi ekonomi dalam bahasa Melayu dengan tepat dan cepat supaya penggunaannya dapat dipopularkan dalam masyarakat, sekali gus membolehkannya berkembang lebih meluas. "Secara demografinya, orang Melayu adalah kumpulan terbesar di negara ini, sekali gus komunikasi mengenai isu ekonomi dan kewangan dalam bahasa Melayu boleh digunakan dengan lebih luas. Saya berharap kita tidak hanya menggunakan peraturan rasmi, sebaliknya dapat mempopularkannya tanpa paksaan," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Akademik, Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof Datuk Dr Syed Othman Alhabshi, berkata usaha menggubal istilah baru dalam bidang ekonomi dan kewangan perlu dibuat berterusan kerana usaha sedia ada belum mencukupi, manakala realiti semasa menunjukkan penggunaan luas bahasa Inggeris dalam bidang berkenaan.

Upload: dangmien

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang ekonomi, kewangan perlu tambahan istilah · PDF filesemasa menunjukkan penggunaan luas bahasa Inggeris dalam bidang berkenaan. ... kongres juga perlu mengadakan perancangan

muka 11

Sabtu Oct 29, 2011

Bidang ekonomi, kewangan perlu tambahan istilah baru

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta mengaktifkan semula Jawatankuasa Peristilahan khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan untuk mewujudkan istilah berkaitan bidang itu dalam bahasa Melayu. Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, berkata kumpulan pakar bahasa dan ekonomi yang menguasai dua bidang ilmu itu perlu diwujudkan untuk membina istilah baru dengan segera.

"Kita perlu mencari kaedah untuk menulis dan menerangkan konsep ekonomi serta kewangan yang lebih tepat dan singkat dalam bahasa Melayu kerana penggunaannya pada masa kini memerlukan penerangan agak panjang. "Kita perlu istilah bahasa Melayu secara langsung dan tepat kerana perkembangan kegiatan ekonomi dan kewangan sangat pantas yang memerlukan konsep dan istilah baru," katanya pada Forum Bahasa, Ekonomi dan Kewangan di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII, di sini semalam. Mahani berkata, akhbar juga perlu mengetengahkan istilah dan deskripsi ekonomi dalam bahasa Melayu dengan tepat dan cepat supaya penggunaannya dapat dipopularkan dalam masyarakat, sekali gus membolehkannya berkembang lebih meluas. "Secara demografinya, orang Melayu adalah kumpulan terbesar di negara ini, sekali gus komunikasi mengenai isu ekonomi dan kewangan dalam bahasa Melayu boleh digunakan dengan lebih luas. Saya berharap kita tidak hanya menggunakan peraturan rasmi, sebaliknya dapat mempopularkannya tanpa paksaan," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Akademik, Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof Datuk Dr Syed Othman Alhabshi, berkata usaha menggubal istilah baru dalam bidang ekonomi dan kewangan perlu dibuat berterusan kerana usaha sedia ada belum mencukupi, manakala realiti semasa menunjukkan penggunaan luas bahasa Inggeris dalam bidang berkenaan.

Page 2: Bidang ekonomi, kewangan perlu tambahan istilah · PDF filesemasa menunjukkan penggunaan luas bahasa Inggeris dalam bidang berkenaan. ... kongres juga perlu mengadakan perancangan

"Kita tidak boleh berhenti menggubal istilah baru kerana ilmu ekonomi dan kewangan sentiasa berkembang, kita terhenti selepas melakukannya," katanya.

Beliau berkata, kongres juga perlu mengadakan perancangan strategik dengan sasaran tertentu jika mahu melihat bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam bidang ekonomi dan kewangan seperti memastikan subjek diajar di universiti menggunakan bahasa Melayu dalam tempoh tiga hingga lima tahun.