biasiswa jpa pidn syarat permohonan pelajar 2015

2
1 PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA TAHUN 2015 PENGENALAN Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). CALON YANG LAYAK MEMOHON (i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama. (ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma. SYARAT PERMOHONAN Calon-calon mestilah memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

Upload: jack

Post on 25-Sep-2015

9.048 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Syarat-syarat permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Diploma Dalam Negara (PDDN). Please visit Malaysia Students blog for more info on JPA PIDN scholarship application: http://www.malaysia-students.com/2015/05/jpa-pidn-pddn-scholarship-application-2016.html

TRANSCRIPT

  • 1

    PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA TAHUN 2015

    PENGENALAN

    Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang

    sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam

    pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan

    Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah

    Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

    CALON YANG LAYAK MEMOHON

    (i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi

    Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi

    Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah

    melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau

    mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di

    peringkat Ijazah Pertama.

    (ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah

    melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau

    mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di

    peringkat Diploma.

    SYARAT PERMOHONAN

    Calon-calon mestilah memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  • 2

    Syarat Syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara

    (i) Warganegara Malaysia;

    (ii) Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun bagi

    pelajar peralihan);

    (iii) Mempunyai kesihatan yang baik;

    (iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;

    (v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

    3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama;

    dan

    (vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian

    atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Syarat- Syarat Permohonan Program Diploma Dalam Negara

    (i) Warganegara Malaysia;

    (ii) Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun bagi

    pelajar peralihan);

    (iii) Mempunyai kesihatan yang baik;

    (iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;

    (v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

    3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan

    (vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangya satu (1) semester pengajian

    atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.