tawaran biasiswa pendidikan yayasan pahang ke

Download TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE

Post on 03-Feb-2017

226 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • TAWARAN BIASISWAPENDIDIKAN YAYASAN PAHANGKE UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATANBAGI TAHUN 2015

    Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

    1. BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR PAHANG 2015

    KELAYAKAN MEMOHON1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-

    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darulmakmur. (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

    2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan ko kurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.

    3. Lulus di peringkat SPM atau STPM tahun 2014 seperti berikut:-

    (a) Calon SPM : 9 A+ ke atas (b) Calon STPM : 4 Prinsipal A

    4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

    5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

    6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

    Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

    2. SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG 2015

    KELAYAKAN MEMOHON1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-

    (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darulmakmur. (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

    2. Mempunyai kelulusan akademik dan kegiatan ko kurikulum yang cemerlang.

    3. Lulus di peringkat SPM tahun 2014 seperti berikut:-

    (a) Mendapat 8A dan ke atas (b) Mendapat 7A dan ke atas bagi pelajar yang menghafaz Al-Quran 15 juzu dan ke atas,

    CARA-CARA MEMOHONBorang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat :

    www.yp.org.my

    TARIKH TUTUP PENERIMAAN PERMOHONAN

    4. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2015/2016 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA.

    Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YPsebelum atau pada 30 Mac 2015 (Isnin).

    Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB dan SPC YP adalah muktamad.

    Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

    YAYASAN PAHANGKompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

    Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : ypahang@yp.org.my(Safwati Ahmad / Norlatipah Alias / Zakiah Saleh)

    MEMARTABATKAN MASYARAKAT Iklan Website

    Jenis pembiayaanKadar (RM)

    Perubatan(RM)

    Lain-lain Bidang (RM)

    Elaun Sara Hidup 9,240/tahun 8,400/tahun

    Elaun Buku 1,000/tahun 600/tahun

    Elaun Alat Perkakas 500

    Elaun Tesis 400

    Elaun Kertas Projek 200

    Elaun Komputer 5,000 (maksima)

    Yuran Pengajian Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian

    Tambang Kapal Terbang

    Sekali setahun; pergi dan balik untuk pusat pengajian di Sabah dan Sarawak

    NILAI ANUGERAH

    Jenis pembiayaan Kadar (RM)

    Elaun Sara Hidup 5,000 setahun

    Yuran Pengajian Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian

    PENAJAAN

Recommended

View more >