biasiswa jpa pidn iklan 2015

1
IKLAN TAWARAN BIASISWA JABATAN PERHIDMATAN AWAM KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA BAGI TAHUN 2015 1. Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama. 2. Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma. 3. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 18 Mei 2015 (Isnin) hingga 24 Mei 2015 (Ahad). 4. Mulai tarikh iklan ini disiarkan, calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan. Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperolehi di laman web http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my. 5. Keputusan biasiswa ini dijangka diumumkan pada bulan Julai 2015. Rayuan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan. 6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-8885 3541/ 3453/ 3552.Talian-talian telefon ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 7. Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi 03-8885 3049 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau melalui e-mel di alamat [email protected]. 8. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015. Iklan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia “JPA PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Upload: jack

Post on 09-Nov-2015

9.965 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Iklan permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Diploma Dalam Negara (PDDN). Please visit Malaysia Students blog for more info on JPA PIDN scholarship application: http://www.malaysia-students.com/2015/05/jpa-pidn-pddn-scholarship-application-2016.html

TRANSCRIPT

  • IKLAN

    TAWARAN BIASISWA JABATAN PERHIDMATAN AWAM KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN

    PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA BAGI TAHUN 2015

    1. Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam

    (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama.

    2. Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah

    melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma.

    3. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 18 Mei 2015 (Isnin) hingga 24 Mei 2015 (Ahad).

    4. Mulai tarikh iklan ini disiarkan, calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan. Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperolehi di laman web http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my.

    5. Keputusan biasiswa ini dijangka diumumkan pada bulan Julai 2015. Rayuan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

    6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-8885 3541/ 3453/ 3552.Talian-talian telefon ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

    7. Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi 03-8885 3049 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau melalui e-mel di alamat [email protected].

    8. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015.

    Iklan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

    JPA PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM