dokumen sebut harga: jpa(sii)01/2016 -...

38
DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN CLUSTER PANGKALAN DATA HRMIS UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016

Upload: vuongtruc

Post on 11-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN CLUSTER PANGKALAN

DATA HRMIS UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016

Page 2: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUT HARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 : SURAT AKUAN PEMBIDA

7. Lampiran 7 : KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH (2009)

8. Lampiran 8 : LAMPIRAN Q

Page 3: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN CLUSTER PANGKALAN DATA HRMIS UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mempelawa Penyebut harga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Penyenggaraan Cluster Pangkalan Data HRMIS Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia arahan kepada Penyebut Harga seperti di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

2.1 Penyebut harga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 210103 (Supply all computer software, operating system, database, off-the shelf packages including maintenance) atau 210104 (Software/System Development/Customization and Maintenance including data entry, data processing). Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga salinan sijil taraf Bumiputera dari Kementerian Kewangan.

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebut harga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan .

2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

Page 4: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

2

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut harga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut harga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

Page 5: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

3

Penyebutharga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-

4.1 Perkhidmatan Penyenggaraan Cluster Pangkalan Data HRMIS Untuk

Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal.

4.2 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki memulakan pelaksanaan

kerja-kerja penyenggaraan yang dicadangkan dalam tempoh sebulan bermula dari tarikh Surat Setuju Terima yang dikembalikan,

kepada Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

4.3 Penyebutharga yang berjaya hendaklah melaksanakan kerja

Lampiran 2A – Cadangan Jadual Penyenggaraan yang

menunjukkan tempoh penyenggaraan dengan terperinci. Jangka

masa yang diberi adalah tidak melebihi sebulan dari tarikh surat

setuju terima yang melibatkan proses penghantaran di semua lokasi.

4.4 Memastikan sistem cluster pangkalan data HRMIS beroperasi

dengan baik dalam tempoh penyenggaraan.

4.5 Menyediakan laporan penyenggaraan seperti yang dipersetujui dalam

Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal sebagai bukti aktiviti telah

dilaksanakan dan bukti untuk tujuan pembayaran.

5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.

Page 6: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

4

5.2 Penyebut harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebut harga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini adalah seperti berikut: Tarikh Tutup : 23 Mac 2016 (Rabu) Masa : 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(SII)01/2016

7. DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir

di dalam lampiran berikut:

7.1.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal (termasuk

Lampiran 2A) 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut harga 7.1.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 7.1.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 7.1.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

Page 7: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

5

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal (termasuk Lampiran 2A)

8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebut harga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 6 - Surat Akuan Pembida 8.3.6 Lampiran 8 - Lampiran Q

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke

dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam , Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

8.6 Tawaran Sebut Harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi

penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran Sebut Harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

Page 8: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

6

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut harga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1 JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.

11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari

Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset

Page 9: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

7

Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

(u.p: Puan Shahila binti Shamsuddin)

14. URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1 Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Puan Shahila binti Shamsuddin)

15. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 5

15.1 Merujuk perkara Bil. 4(a) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013 menyebut kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16. PENUTUP

16.1 Penyebut harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

Page 10: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

8

LAMPIRAN 1

Page 11: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

1

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA (LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 210103 atau 210104 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Perkhidmatan Penyenggaraan Cluster Pangkalan Data HRMIS Untuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah berurusan terus di alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA. (u.p: Puan Shahila binti Shamsuddin)

1.3 Semua peralataan dan perisian yang dibekalkan hendaklah merupakan

peralatan yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana mesin yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

1.4 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti

yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini. 1.5 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos

sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.6 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga

(Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

Page 12: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

2

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut: Spesifikasi : i) En. Abdul Aziz bin Saad 03-8885 5062

i) En. Ahmad Naufal bin Jamri 03-8885 5059 Urus Setia ii) Pn. Shahila binti Shamsuddin 03 - 8885 3256

4. KESIMPULAN

Penyebut harga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

Page 13: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

3

LAMPIRAN 2

Page 14: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

4

JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

No Questions Mandatory Mandatory to

Answer (Yes/No)

Proposed Solution (Please State Details)

A COMPANY BACKGROUND

1 COMPANY INFORMATION

1.1 What are the names of the companies (including subcontractors) that are involved in this tender proposal?

Yes

1.2 What are their roles in this tender proposal? Yes

1.3 Describe the company's business. Yes

1.4 When were the firms established? Yes

1.5 If your company is a subsidiary, what is the name and business of the parent company?

Yes

1.6 Please state all original vendors of software proposed (if applicable).

Yes

1.7 Please provide a breakdown of the location, department and number of staff in your organization.

Yes

B COMPANY EXPERIENCE

1.1 Please state the number of years involved in providing the proposed solutions.

Yes

1.2 List details, experience and credentials Yes

1.3 List out installed sites where the proposed solution or part thereof that has been successfully implemented locally. Please also enclose contact details of those clients (JPA may require a reference check on these sites, subject to vendor/client policies and arrangements):

client name

type of organization

contact person name, phone number, address and e-mail

client size

modules installed

number of users

Yes

1.4 Please include all relevant documents supporting the vendor proposal, which could include product brochures, case studies and white papers.

Yes

1.5 Provide the list of certified personnel (including their certification ID and the organization that certifies the engineers) who will be assigned to this project.

Yes

Page 15: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

5

No Questions Mandatory Mandatory to

Answer (Yes/No)

Proposed Solution (Please State Details)

C SCOPE OF WORK & DELIVERABLES

1.1 Vendor is proposed to perform HRMIS CLUSTERED database maintenance additional one (1) year maintenance period to JPA. The services shall include upgrade patches or version as part of the software packages/ software assurance to JPA.

Yes

1.2 The services will also include the monitoring, detect and inspection, corrective and configure, update patches and tuning to the current database (including configuration, analyze on the software/database issue) as well as to train and advise JPA personnel.

Yes

1.3 The scope of work should cover the following activities:

Audit Trail – audit trail/ record of the history and the activity of accessing the information

Database Performance Monthly Report

Error report for each incident for every 2 days

To prepare the System Operation Procedure and Manual Operation

Database Health Check

Databases Physical Design Review;

Backup and Restore Procedure;

Proactive planning of database fix pack updates

Installation services

Database Audit Trail

Yes

D PREVENTTIVE MAINTTENANCE

1.1 Vendor must deliver two (2) times per year preventive maintenance work. The scope involved in preventive maintenance is as follows:

Database Health check for assessment on database hardware

utilization, memory, storage at the point of health check. These will the baseline for recommendation to the next scope, which is database performance tuning.

Database Performance Tuning.

Installation of any software patches as released and announced necessary by the

Yes

Page 16: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

6

No Questions Mandatory Mandatory to

Answer (Yes/No)

Proposed Solution (Please State Details)

software principal to resolve any database security and/or performance issues. Patches will only be deployed if it is going to resolve issues existing in JPA, else the patches may not be necessary.

This shall be assessed by vendor and updated to JPA.

Compile findings and prepare Preventive maintenance reports

Provide recommendation and remedial measures, if necessary.

Provide Preventive Maintenance Report and Update Baseline Reports.

E REMEDIAL (CORRECTIVE) MAINTENANCE

1.1 Vendor shall also perform corrective maintenance work based on the database based on the database issues. The scope of corrective maintenance is as follows: • Rectification of the current database issues • Troubleshoot database issues as logged by JPA and provides resolution updates as per agreed SLA. • Inform JPA of corrective solutions and duration to deploy solution to the database servers. • Test and deploy solution to database servers. • Corrective maintenance report per incident.

Yes

F COMPANY CAPABILITIES/RECOGNITION

1 SUPPORT METHODOLOGY

1.1 Provide consultancy for implementing the solution to follow best practices? Please specify activities that are performed.

Yes

1.2 Provide proper Project Management methodology in implementing this project? Please specify the details.

Yes

1.4 Please provide details of project team structure and resume of team members.

Yes

G POST-IMPLEMENTATION

1 Maintenance

1.1 Outline the tasks to be performed by JPA personnel so as to enable JPA to self-maintain the system during the post implementation

Yes

Page 17: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

7

No Questions Mandatory Mandatory to

Answer (Yes/No)

Proposed Solution (Please State Details)

period.

2 Documentation

2.1 Please provide a comprehensive list of documentation available to the users.

Yes

3 Help and Support

3.1 Can support be done through telephone, e-mail, internet (eg. web meetings, remote access) or on-site?

Yes

3.2 Please also state levels and nature of support provided by each offices (local, regional, global/HQ).

Yes

3.3 Please provide details of coverage during warranty period inclusive of hardware/ software/labour etc together with Service Level.

Yes

3.4 Please provide the detail of coverage during maintenance inclusive of hardware/software/ labour etc together with Service Level.

Yes

D SOLUTION DELIVERY

1 BACKUP AND RECOVERY

1.1 Please describe the backup and recovery procedures.

Yes

1.2 Does the application provide built-in backup and recovery tools as an alternative to handling the process directly from the database application?

Yes

1.3 Does the system ensure a complete rollback after a system error?

Yes

1.4 Is the system able to recover to last known good status?

Yes

2 AUDIT CAPABILITIES

2.1 Please state the available types of system log files for audit and administration purposes.

Yes

3 FUNCTIONAL REQUIREMENTS

3.1 Able to create databases and all relevant files in the new server.

Yes

3.2 Able to integrate with existing systems. Yes

3.3 Able to review existing configuration and make the necessary changes to the set-up.

Yes

3.4 Able to perform migration of all relevant components to the new server. Describe in detail how the solution works.

Yes

3.5 Able to reorganize the reporting structure. Yes

Page 18: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

8

No Questions Mandatory Mandatory to

Answer (Yes/No)

Proposed Solution (Please State Details)

Describe in detail how the solution works.

3.6 Able to provide hash total reconciliation for all databases and files. Describe in detail how the solution works.

Yes

3.7 Able to prove that the integrity of the migrated data is maintained. Describe in detail how the solution can ensure this.

Yes

3.8 Does the solution notify or alert on any failure of job? Describe in detail how the solution works.

Yes

3.9 Does the solution identify the reason of the failure of the jobs? Describe in detail how the solution works.

Yes

3.10 Does the solution provide rectification in case of failure of jobs? Describe in detail how the solution works.

Yes

Page 19: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

9

LAMPIRAN 2A

Page 20: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

10

JADUAL PENYENGGARAAN

LOKASI 2016

Jun November JPA Putrajaya

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kompleks C, Blok C1, Bahagian Pengurusan

Maklumat (BPM), Jabatan Perkhidmatan Awam,

Putrajaya

Penyenggaraan Pertama Penyenggaraan Kedua

Page 21: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

11

LAMPIRAN 3

Page 22: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

12

JADUAL TAWARAN HARGA

BIL. PERKARA PENYENGGARAAN Jumlah Keseluruhan (RM) Pertama (RM) Kedua (RM)

1.

PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN CLUSTER PANGKALAN DATA HRMIS

Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani_________________ (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) Tempoh perkhidmatan boleh mula dilaksanakan : ........ hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) TANDATANGAN : NAMA : JAWATAN : COP SYARIKAT :

Page 23: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

13

LAMPIRAN 4

Page 24: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

14

LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama Syarikat : __________________________

1.1 Alamat Pejabat : __________________________ __________________________ __________________________ 1.2 No. Telefon : __________________________ 1.3 No. Faks : __________________________ 1.4 No. Pendaftaran : __________________________ Syarikat 1.5 No. Pendaftaran : __________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil) 1.6 Status Bumiputera / : __________________________ Bukan Bumiputera (sertakan salinan sijil)

2. Modal Dibenarkan : RM _______________________

Modal Berbayar : RM _______________________

3. Kedudukan Kewangan:

3.1 Kemudahan Pinjaman Dimiliki : RM _______________________ 3.2 Nilai Aset Semasa : RM _______________________ 3.3 Nilai Liabiliti Semasa : RM _______________________

1. Profil Syarikat :

(i) Pengarah :

Bil. Nama

Page 25: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

15

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(ii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

2. Senaraikan pengalaman Syarikat dalam Sebut Harga ini sahaja (Contoh dalam tahun 2010,

2011 dan 2012).Boleh gunakan kertas tambahan jika ruangan tidak mencukupi dan nyatakan tiada pengalaman sekiranya tiada diruang di bawah

(i) Kerajaan :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian / Jabatan

/ Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM) Tempoh Kontrak

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

Page 26: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

16

(ii) Swasta :

Bil. Nama Projek / Perolehan Kementerian /

Jabatan / Syarikat yang dibekalkan

Nilai (RM)

Tarikh / Tempoh /

Tahun Perkhidmatan

Nama Pegawai &

No. Tel. Pegawai /

Agensi untuk dirujuk

1

2

3

4

5

6. Sila lampirkan Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir.

6.1 Baki akaun bank tertinggi : RM _____________________ 6.2 Baki akaun bank terendah : RM ____________________

Nama : __________________________ __________________________ (Tandatangan)

Tarikh : ___________________

Cop Syarikat:

Page 27: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

17

F. PERAKUAN

Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyebutharga : ____________________________________ Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________ Tarikh : ____________________________________ Cap Syarikat :

Page 28: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

18

LAMPIRAN 5

Page 29: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

19

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya. Tuan, NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)01/2016 PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN CLUSTER PANGKALAN DATA HRMIS UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup. 2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami; b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah

atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad; e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan

ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan; f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah

menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Page 30: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

20

Bagi pihak Penyebut Harga Tandatangan Penyebut harga : ________________________________ Nama Penuh : ________________________________ No. Kad Pengenalan : ________________________________ Alamat / Cap Syarikat : ________________________________ Di hadapan : Tandatangan Saksi : ________________________________ Nama Penuh Saksi : ________________________________ No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________ Alamat : ________________________________ ________________________________ ________________________________

Page 31: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

21

LAMPIRAN 6

Page 32: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

22

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga) ……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili …………………………………................................................................ nombor Pendaftaran …...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga/Tender* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... (Nama dan No.KP) Cop Syarikat : Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)

Page 33: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

23

LAMPIRAN 7

Page 34: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

24

KLAUSA PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

(a) Without prejudice to any other rights of Government, if the [Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the Government, the Government shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate written notice to that effect to the [Company/Firm]. (b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, costs, damages and expenses (including any incidental costs and expenses) incurred by the Government arising from such termination. (c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the [Company/Firm] shall not be entitled to any form of losses including loss of profit, damages, claims or whatsoever upon termination of this [Agreement/Contract].”

Page 35: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

25

LAMPIRAN 8

Page 36: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

26

(Kew. 284-Pin. 2/94)

Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oieh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

No. Pendaftaran dengan Kementerian Jabatan Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Bahagian Khidmat Pengurusan

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

pembelian ini 210103 ATAU 210104 Blok C1 Kompleks C, Putrajaya

No. Telefon. 03-8885 3256 Tarikh: ________________

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda

”No. Scbutharga JPA(SII)07/2016

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas

tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 23 Mac 2016

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: _____________

No. Sebutharga Bil. JPA(SII)07/2016

Page 37: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

27

Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Seunit (RM)

Harga Keseluruhan (RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk disi oleh

Penyebutharga

Perkhidmatan Penyenggaraan

Cluster Pangkalan Data Hrmis

Untuk Jabatan Perkhidmatan

Awam Malaysia

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

ditawarkan.......................................

*sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan

1 lot

penyenggaraan

setahun

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Page 38: DOKUMEN SEBUT HARGA: JPA(SII)01/2016 - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/sharga/2016/Dokumen_SebutHarga_JPA(SII)012016.pdf · 3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana

28

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................