biasiswa jpa pidn 2015 faq

11
1 FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2015 1. Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). 2. Siapakah calaon yang layak memohon? (i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama. (ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma. 2. Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dalam kluster Klinikal dan

Upload: jack

Post on 25-Sep-2015

9.088 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Soalan-soalan lazim permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Diploma Dalam Negara (PDDN). Please visit Malaysia Students blog for more info on JPA PIDN scholarship application: http://www.malaysia-students.com/2015/05/jpa-pidn-pddn-scholarship-application-2016.html

TRANSCRIPT

  • 1

    FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ)

    PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2015

    1. Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015?

    Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang

    sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di pelbagai

    bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program

    Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama

    dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

    2. Siapakah calaon yang layak memohon?

    (i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam

    (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi

    Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan

    sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki

    tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah

    Pertama.

    (ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah

    melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau

    mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di

    peringkat Diploma.

    2. Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun

    2015?

    Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dalam kluster Klinikal dan

  • 2

    Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknikal, Sains Sosial dan Sains seperti di

    Lampiran A.

    3. Apakah syarat-syarat permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun

    2015?

    Syarat-Syarat Permohonan PIDN

    (i) Warganegara Malaysia;

    (ii) Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun

    bagi pelajar peralihan);

    (iii) Mempunyai kesihatan yang baik;

    (iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;

    (v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

    3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama;

    dan

    (vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian

    atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1)

    tahun.

    Syarat-Syarat Permohonan PPDDN

    (i) Warganegara Malaysia;

    (ii) Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun

    bagi pelajar peralihan);

    (iii) Mempunyai kesihatan yang baik;

    (iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;

  • 3

    (v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

    3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan

    (vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangya satu (1) semester pengajian

    atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

    4. Bagaimana saya boleh memohon biasiswa JPA di bawah Program Ijazah

    Dalam Negara Tahun 2015?

    Permohonan boleh dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my mulai

    18 sehingga 24 Mei 2015. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu

    sebelum boleh memohon secara online. Pemohon hendaklah membaca dan

    memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan di

    http://esilav2.jpa.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

    5. Di mana saya boleh melihat iklan Program Program Ijazah Dalam Negara

    Tahun 2015?

    Iklan boleh didapati di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times,

    Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, Borneo Post Sabah dan Borneo Post Sarawak

    serta rerayap (Crawler) di Stesen Radio & Televisyen.

    6. Apakah kriteria pemilihan penawaran Program Ijazah Dalam Negara Tahun

    2015?

    Kriteria pemilihan ialah pencapaian akademik dan pendapatan keluarga.

    http://esilav2.jpa.gov.my/http://esilav2.jpa.gov.my/
  • 4

    7. Bagaimanakah JPA akan membuat pemakluman berhubung urusan

    permohonan, keputusan dan penawaran Program Ijazah Dalam Negara

    Tahun 2015?

    Semua urusan berhubung Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015 iaitu

    permohonan, keputusan dan cetakan surat tawaran serta dokumen-dokumen

    yang berkaitan akan dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my.

    Surat-surat/ slip-slip pengesahan yang berkenaan hendaklah dimuat turun dan

    dicetak sendiri oleh calon.

    Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di

    http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang

    maklumat terkini berhubung Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015.

    8. Apakah nombor yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

    a) Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang

    permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-

    8885 3541, 03-8885 3453, 03-8885 3552. Talian-talian telefon ini dibuka

    setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang mulai 18 Mei 2015

    hingga 24 Mei 2015.

    b) Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan

    menghubungi 03-8885 3049 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam

    8.00 pagi hingga 5.00 petang atau melalui e-mel di alamat

    [email protected].

    http://esilav2.jpa.gov.my./http://esilav2.jpa.gov.my/mailto:[email protected]
  • 5

    LAIN-LAIN SOALAN BERKAITAN

    1. Saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan

    farmasi bagaimanakah saya boleh memohon? Adakah saya akan ditawarkan

    penajaan secara automatik?

    Pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang telah mendapat

    tempat di IPTA perlu memohon secara dalam talian (online). Tiada penajaan

    secara automatik akan diberikan.

    2. Saya mendapat biasiswa JPA, tetapi saya tidak mempunyai akaun Bank

    Islam. Adakah saya perlu membuka akaun sendiri atau pihak JPA akan

    membantu untuk membuka akaun bagi membolehkan saya mendapat

    biasiswa JPA?

    Pelajar yang mendapat biasiswa tajaan, pihak JPA akan mendapat nombor akaun

    Bank Islam yang baharu. Pelajar tidak perlu membuka akaun Bank Islam sendiri.

    3. Saya telah menerima tawaran biasiswa JPA, tetapi pada masa yang sama

    telah mendapat pinjaman PTPTN, apakah yang perlu saya buat?

    Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran biasiswa JPA, pelajar perlu

    menamatkan kemudahan pinjaman PTPTN. JPA tidak akan menaja pelajar yang

    sedang ditaja oleh penaja-penaja lain.

    4. Adakah pihak JPA membenarkan saya menukar universiti tanpa

    membatalkan biasiswa saya?

    Pihak JPA tidak membenarkan pelajar tajaannya membuat pertukaran universiti

    tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak JPA terlebih dahulu.

  • 6

    5. Bolehkah saya bertukar kursus atau bidang atau universiti selepas

    mengikuti pengajian dan menerima biasiswa JPA?

    Tiada sebarang pertukaran kursus dibenarkan melainkan atas sebab-sebab yang

    kukuh dan munasabah. Sebarang permohonan pertukaran kursus hendaklah

    diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa. Sekiranya mesyuarat

    bersetuju meluluskan permohonan tersebut, maka penajaan ke atas pelajar akan

    diteruskan untuk kursus yang baharu. Namun, jika sebaliknya, penajaan ke atas

    pelajar mungkin akan ditamatkan.

    Sekiranya pelajar tajaan ingin menukar kursus, sila kemukakan surat rasmi

    kepada Jabatan ini dan memaklumkan sebab-sebab ingin bertukar kursus.

    6. Bolehkah saya bertukar penaja sekiranya saya ditawarkan oleh penaja lain

    setelah saya menerima biasiswa JPA?

    Pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan sama sekali menerima tajaan lebih daripada

    satu penaja. Jika pelajar ingin menukar penaja lain, sila kemukakan surat rasmi ke

    Jabatan ini.

    7. Saya telah mendapat tajaan JPA semasa di peringkat Diploma dan ingin

    menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya perlu

    memohon semula untuk mendapatkan biasiswa di peringkat Ijazah Sarjana

    Muda?

    Ya. Pelajar perlu memohon semula biasiswa JPA untuk peringkat Ijazah Sarjana

    Muda walaupun telah mendapat biasiswa JPA semasa di peringkat Diploma.

  • 7

    8. Apakah bidang yang tidak ditaja oleh JPA?

    Bidang-bidang yang tidak ditaja oleh JPA adalah seperti berikut:

    (i) Pendidikan;

    (ii) Program yang mewajibkan pelajar mengambil lesen juruterbang;

    (iii) Program Kejururawatan/Separa Perubatan yang dikendalikan oleh

    Kementerian Kesihatan;

    (iv) Kursus-kursus Profesional seperti ACCA/ CIMA/ AutoCAD/ Linux;

    (v) Program berkembar dengan institusi luar negara;

    (vi) Program Double Degree; dan

    (vii) Lain-lain bidang yang tidak atau belum diiktiraf oleh Kerajaan.

    9. Adakah pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan selepas tamat

    tempoh pengajian?

    Pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan untuk suatu tempoh yang

    dipersetujui berdasarkan perjanjian. Keengganan pelajar untuk berkhidmat

    dengan Kerajaan boleh dikenakan tuntutan ganti rugi mengikut jumlah yang

    ditetapkan dalam perjanjian.

    10. Saya merupakan pelajar tahun ke-3 bidang perubatan. Adakah tempoh

    berkhidmat dengan Kerajaan masih kekal 10 tahun?

    Ya. Tempoh berkhidmat adalah sama seperti pelajar yang ditaja dari tahun

    pertama pengajian.

    11. Saya adalah pelajar Tahun Kedua di peringkat Ijazah Pertama, layakkah saya

    memohon dan bagaimanakah caranya?

    Layak. Permohonan adalah secara atas talian (online) di laman sesawang

    http://esilav2.jpa.gov.my. Pelajar perlu memilih peringkat pengajian yang

    http://esilav2.jpa.gov.my/
  • 8

    sedang diikuti sekarang dalam borang permohonan dalam talian (online). Pelajar

    hendaklah menyatakan CGPA yang diperoleh semasa semester kedua atau

    semester ketiga bergantung kepada semester terkini pelajar.

    12. Saya dijaga oleh keluarga angkat/ adik beradik semenjak dari kecil/

    semenjak ibu bapa meninggal dunia. Bagaimana cara bagi mengisi borang

    Butiran Ibu/Bapa/ Penjaga?

    Di ruangan butiran Ibu/ Bapa/ Penjaga iaitu Nama Bapa, Keturunan Bapa,

    Kewarganegaraan Bapa, Taraf Bapa, Pendapatan Bapa, Pekerjaan Bapa, No.

    Cukai Pendapatan, No. Pencen sila isikan maklumat keluarga angkat/ adik

    beradik. Bagi ruang Status Bapa, sila isikan status bapa kandung sama ada

    Tiada Maklumat, Bercerai, Masih Hidup atau Meninggal Dunia. Bagi ruang

    Hubungan Dengan Pemohon pula, sila isikan sama ada keluarga angkat, kakak

    atau abang.

    13. Bapa saya adalah seorang pesara Kerajaan? Apakah yang saya perlu isi di

    ruang pendapatan bapa?

    Bagi pesara Kerajaan, sila isikan jumlah pencen yang diterima bagi setiap bulan di

    ruangan tersebut.

    14. Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada saya berjaya mendapat

    tawaran JPA di bawah PIDN 2015? Adakah JPA akan mengeluarkan surat

    tawaran?

    Keputusan akan dikeluarkan pada 6 Julai 2015 di laman sesawang

    http://esilav2.jpa.gov.my. Bagi calon yang berjaya, pihak JPA akan

    mengeluarkan surat tawaran biasiswa serta buku perjanjian.

    http://esilav2.jpa.gov.my/
  • 9

    15. Bagaimana sekiranya nama kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti

    kepada saya tidak berada di dalam senarai borang permohonan online

    PIDN?

    Program pengajian yang ditaja oleh JPA adalah program yang telah mendapat

    pengiktirafan MQA, badan profesional dan juga mendapat kelulusan Kementerian

    Pendidikan Malaysia. Jika pelajar mendapati kursus yang ditawarkan tiada dalam

    borang permohonan online, semakan pengiktirafan boleh di buat di Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

  • 10

    LAMPIRAN A

    BIL. KLUSTER BIDANG CONTOH KURSUS

    1

    KEJURUTERAAN DAN

    TEKNIKAL

    Kejuruteraan & Pembuatan, Mekanikal,

    Elektrikal, Elektronik, Kimia, Aeronautikal,

    Automotif, Senibina, Ukur Bahan, Ukur

    Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah,

    Sustainable Energy, Renewable Energy

    Software Design, Robotik, Teknologi Hijau.

    2

    SAINS SOSIAL

    Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi,

    Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi

    Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi,

    Sosiologi, Komunikasi, Geografi, Kulinari,

    Fashion & Design, Perniagaan, Pemasaran,

    Kewangan, Perbankan, Perdagangan,

    Pengurusan Hartanah, Pengurusan Sumber

    Manusia, Pelancongan, Sejarah, Falsafah,

    Teori Politik, Antropologi, Linguistik, Muzik,

    Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin

    3

    KLINIKAL DAN KESIHATAN

    Perubatan, Pergigian, Farmasi, Dietetik,

    Bioteknologi perubatan, Sains Forensik,

    Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan,

    Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri,

    Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains

    Perubatan Kecemasan.

  • 11

    BIL. KLUSTER BIDANG CONTOH KURSUS

    4

    SAINS

    Fizik, Kimia, Matematik, Statistik, Sains

    Komputer, Sains Aktuari, Kejuruteraan

    Sistem Komputer Berkaitan Pertanian,

    Agronomi, Biologi, Bioteknologi, Mikro

    Biologi, Zoologi, Sains Tani, Marin,

    Perhutanan, Astronomi, Biokimia, Bio

    Geosains, Sains Biologi, Genetik, Perikanan,

    Geologi, Sains Persekitaran, Nanosains,

    Neurobiologi, Sains Nuklear,

    5 VETERINAR -

    6 SENIBINA -