bh pilih l5 21 (emel) mahkamah keadilan antarabangsa · an. mahkamah menyelesaikan konflik...

1
BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 Halaman Lima M ahkamah ialah sebuah insti- tusi kerajaan yang menyele- saikan pertikaian undang- undang dan mengendalikan keadil- an. Mahkamah menyelesaikan konflik melibatkan individu, per- tubuhan dan kerajaan. Mahkamah juga menentukan sama ada orang yang dituduh melakukan jenayah itu bersalah atau tidak, dari segi undang-undang, dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Mahkamah Keadilan Antara- bangsa (International Court of Justice) atau secara ringkasnya ICJ, lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia, merupakan agensi kehakiman yang tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini menyedia- kan saluran untuk menyelesaikan secara aman masalah persengke- taan undang-undang pada pering- kat antarabangsa. Ia hanya menye- lesaikan kes yang dikemukakan oleh sesebuah negara atau organi- sasi antarabangsa. Keputusannya berdasarkan prinsip undang- undang antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan. Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja. Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan diselesaikan melalui tri- bunal antarabangsa yang lain dan dalam tribunal kebangsaan bera- saskan undang-undang antara- bangsa. Tidak ada negara yang perlu hadir di mahkamah ini kecuali ia ingin berbuat demikian. Walau bagaimanapun, lebih daripada 40 buah negara telah memberi jamin- an akan menerima keputusan mahkamah. Sekiranya ada negara tidak mahu menerima keputusan mahkamah, mahkamah tidak dapat mengenakan tindakan secara langsung. Dalam kes tertentu, kepentingan kebangsaan sesebuah negara selalunya yang menentukan penerimaan keputusan mahkamah. Walau bagaimanapun, sesebuah negara tidak akan membawa kes- nya ke mahkamah kecuali ia berse- dia menerima keputusannya. Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan melantik seramai 15 orang untuk menganggotai mahkamah itu. Hakim dipilih tanpa mengambil kira kewarganegaraan- nya. Mereka berkhidmat selama sembilan tahun dan boleh dipilih semula. Mahkamah sendiri yang memilih presiden, naib presiden dan pendaftarnya. Mahkamah ini ter- letak di The Hague, sebuah bandar yang terletak di pantai barat daya Belanda, kira-kira lima kilometer ke pedalaman dari Laut Utara. Sejak 6 Februari 2006, mahkamah ini diketuai oleh presidennya Hakim Rosalyn Higgins dan naib presiden- nya, Awn Shawkat Al-Khasawneh. Hakim-hakim lain ialah Raymond Ranjeva, Shi Jiuyong, Abdul G. Koroma, Gonzalo Parra Arangu- ren, Thomas Buergenthal, Hisashi Owada, Bruno Simma, Peter Tomka, Ronny Abraham, Sir Kenneth Keith, Bernardo Sepulveda Amor, Mohamed Bennouna dan Leonid Skotnikov. Bahasa rasmi mahkamah ini ialah bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Keanggotaan mahkamah mewakili tamadun-tamadun utama dan sis- tem perundangan utama di dunia atau dalam kata lain ia merentasi common law, undang-undang sivil dan undang-undang sosialis. Keputusan mahkamah dibuat ber- dasarkan undi majoriti di kalangan hakim yang hadir. Sekiranya undi sama banyak, presiden akan mem- berikan undi pemutusnya. Dalam membuat keputusan, mahkamah mesti menyatakan alasannya. Mana-mana hakim boleh mengemu- kakan pendapatnya secara berasing- an. Salah satu usaha awal menu- buhkan mahkamah antarabangsa ialah penubuhan Mahkamah Tetap Timbang Tara. Mahkamah ini ditubuhkan ekoran daripada Persidangan Keamanan Hague yang dicadangkan oleh Tsar Rusia pada tahun 1899. Selepas Perang Dunia I, Majlis Liga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, diban- tu oleh beberapa orang hakim, membuat perancangan pertama untuk menubuhkan Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa. Pada bulan Disember 1920, Liga Bangsa menubuhkan mahkamah itu. Piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, yang dipakai pada tahun 1945 mengambil langkah- langkah menubuhkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menggantikan Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa. Malaysia turut menggunakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebagai saluran penyelesai- an pertikaian antara negara. Pertikaian antara Malaysia dan Indonesia ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang berada di perairan negeri Sabah turut dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 17 Disember 2002, Malaysia telah diberikan hak kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Kini sedang berlangsung perbica- raan kes pertikaian hak ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) antara Malaysia dengan Singapura. Perbicaran telah didengar di hadap- an Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh dan 15 hakim lain termasuk dua hakim ad hoc masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura yang ber- mula dari 6 hingga 23 November 2007. Delegasi Malaysia diketuai oleh Duta Tugas-Tugas Khas Malaysia yang juga Penasihat Hal Ehwal Luar kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan dianggotai oleh Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, Sir Elihu Lauterpacht, Profesor James Crawford, Profesor Nicolaas Jan Schrijver, Profesor Marcelo G. Cohen dan Penelope Nevill. Pertikaian Pulau Batu Putih bermula pada Disember 1979 apa- bila Malaysia membentangkan pemetaan negara yang memasuk- kan Pulau Batu Putih, Middle Rock dan South Ledge. Singapura menyatakan bantahan dan mem- buat tuntutan ke atas pulau terse- but. Kedua-dua buah negara memu- lakan proses perundingan dua hala bagi menyelesaikan pertikaian, tetapi gagal. Pada September 1994, kedua-dua buah negara bersetuju untuk membawa pertikaian pulau tersebut ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Sehubungan itu, pada 6 Februari 2003 satu perjan- jian khas telah ditandatangani di Putrajaya dan perjanjian khas tersebut telah dikemu- kakan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 24 Julai 2003. Perbicaraan kes telah bermula pada 6 November 2007 dan akan berakhir pada 23 November 2007. Pelbagai fakta dikemukakan oleh kedua- dua buah negara dan mahkamah akan memutuskan pertikaian tersebut secara adil. Peranan yang dimainkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa bukan hanya menyelesaikan pertikaian malah akan mewujudkan suasana perundingan secara damai dan berdiplomasi. Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai sejarah mah- kamah, jenis-jenis mahkamah berserta fungsinya, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia jilid 13. SERAMAI 15 orang hakim dilantik untuk menganggotai mahkamah ini. BH PILIH L5 21 (emel) TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI KE-19 Mahkamah Keadilan Antarabangsa PEACE PALACE yang menempatkan ICJ.

Upload: phunglien

Post on 09-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 Halaman Lima

Mahkamah ialah sebuah insti-tusi kerajaan yang menyele-saikan pertikaian undang-

undang dan mengendalikan keadil-an. Mahkamah menyelesaikan konflik melibatkan individu, per-tubuhan dan kerajaan. Mahkamah juga menentukan sama ada orang yang dituduh melakukan jenayah itu bersalah atau tidak, dari segi undang-undang, dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

Mahkamah Keadilan Antara-bangsa (International Court of Justice) atau secara ringkasnya ICJ, lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia, merupakan agensi kehakiman yang tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini menyedia-kan saluran untuk menyelesaikan secara aman masalah persengke-taan undang-undang pada pering-kat antarabangsa. Ia hanya menye-lesaikan kes yang dikemukakan oleh sesebuah negara atau organi-sasi antarabangsa. Keputusannya berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan. Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja. Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan diselesaikan melalui tri-bunal antarabangsa yang lain dan dalam tribunal kebangsaan bera-saskan undang-undang antara-bangsa.

Tidak ada negara yang perlu hadir di mahkamah ini kecuali ia ingin berbuat demikian. Walau bagaimanapun, lebih daripada 40 buah negara telah memberi jamin-an akan menerima keputusan mahkamah. Sekiranya ada negara tidak mahu menerima keputusan mahkamah, mahkamah tidak dapat mengenakan tindakan secara langsung. Dalam kes tertentu, kepentingan kebangsaan sesebuah negara selalunya yang menentukan penerimaan keputusan mahkamah. Walau bagaimanapun, sesebuah negara tidak akan membawa kes-nya ke mahkamah kecuali ia berse-dia menerima keputusannya.

Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan melantik seramai 15 orang untuk menganggotai mahkamah itu. Hakim dipilih tanpa mengambil kira kewarganegaraan-nya. Mereka berkhidmat selama sembilan tahun dan boleh dipilih semula. Mahkamah sendiri yang memilih presiden, naib presiden dan pendaftarnya. Mahkamah ini ter-letak di The Hague, sebuah bandar

yang terletak di pantai barat daya Belanda, kira-kira lima kilometer ke pedalaman dari Laut Utara. Sejak 6 Februari 2006, mahkamah ini diketuai oleh presidennya Hakim Rosalyn Higgins dan naib presiden-nya, Awn Shawkat Al-Khasawneh. Hakim-hakim lain ialah Raymond Ranjeva, Shi Jiuyong, Abdul G. Koroma, Gonzalo Parra Arangu-ren, Thomas Buergenthal, Hisashi Owada, Bruno Simma, Peter Tomka, Ronny Abraham, Sir Kenneth Keith, Bernardo Sepulveda Amor, Mohamed Bennouna dan Leonid Skotnikov. Bahasa rasmi mahkamah ini ialah bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Keanggotaan mahkamah mewakili tamadun-tamadun utama dan sis-tem perundangan utama di dunia atau dalam kata lain ia merentasi common law, undang-undang sivil dan undang-undang sosialis.

Keputusan mahkamah dibuat ber-dasarkan undi majoriti di kalangan hakim yang hadir. Sekiranya undi sama banyak, presiden akan mem-berikan undi pemutusnya. Dalam membuat keputusan, mahkamah mesti menyatakan alasannya. Mana-mana hakim boleh mengemu-kakan pendapatnya secara berasing-an. Salah satu usaha awal menu-

buhkan mahkamah antarabangsa ialah penubuhan Mahkamah Tetap Timbang Tara. Mahkamah ini ditubuhkan ekoran daripada Persidangan Keamanan Hague yang dicadangkan oleh Tsar Rusia pada tahun 1899. Selepas Perang Dunia I, Majlis Liga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, diban-tu oleh beberapa orang hakim, membuat perancangan pertama untuk menubuhkan Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa. Pada bulan Disember 1920, Liga Bangsa menubuhkan mahkamah itu. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang dipakai pada tahun 1945 mengambil langkah-langkah menubuhkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menggantikan Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa.

Malaysia turut menggunakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebagai saluran penyelesai-an pertikaian antara negara. Pertikaian antara Malaysia dan Indonesia ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang berada di perairan negeri Sabah turut dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 17 Disember 2002, Malaysia telah diberikan hak kedaulatan ke atas Pulau Sipadan

dan Pulau Ligitan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Kini sedang berlangsung perbica-raan kes pertikaian hak ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) antara Malaysia dengan Singapura. Perbicaran telah didengar di hadap-an Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh dan 15 hakim lain termasuk dua hakim ad hoc masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura yang ber-mula dari 6 hingga 23 November 2007. Delegasi Malaysia diketuai oleh Duta Tugas-Tugas Khas Malaysia yang juga Penasihat Hal Ehwal Luar kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan dianggotai oleh Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, Sir Elihu Lauterpacht, Profesor James Crawford, Profesor Nicolaas Jan Schrijver, Profesor Marcelo G. Cohen dan Penelope Nevill.

Pertikaian Pulau Batu Putih bermula pada Disember 1979 apa-bila Malaysia membentangkan pemetaan negara yang memasuk-kan Pulau Batu Putih, Middle Rock dan South Ledge. Singapura menyatakan bantahan dan mem-buat tuntutan ke atas pulau terse-but. Kedua-dua buah negara memu-lakan proses perundingan dua hala bagi menyelesaikan pertikaian, tetapi gagal. Pada September 1994, kedua-dua buah negara bersetuju untuk membawa pertikaian pulau tersebut ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Sehubungan itu, pada 6 Februari 2003 satu perjan-jian khas telah ditandatangani di Putrajaya dan perjanjian khas tersebut telah dikemu-kakan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 24 Julai 2003. Perbicaraan kes telah bermula pada 6 November 2007 dan akan berakhir pada 23 November 2007. Pelbagai fakta dikemukakan oleh kedua-dua buah negara dan mahkamah akan memutuskan pertikaian tersebut secara adil. Peranan yang dimainkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa bukan hanya menyelesaikan pertikaian malah akan mewujudkan suasana perundingan secara damai dan berdiplomasi.

Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai sejarah mah-kamah, jenis-jenis mahkamah berserta fungsinya, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia jilid 13. SERAMAI 15 orang hakim dilantik untuk menganggotai mahkamah ini.

BH PILIH L5 21 (emel)

TEROKAIENSIKLOPEDIA

DUNIASIRI KE-19

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Peace Palace yang menempatkan ICJ.