beza nur dan dhiya

4
PERBEZAAN NUR DAN DHIYA` MUQADDIMAH Al-Quran merupakan Kalamullah, diturunkan kepada nabi akhir zaman, Nabi Muhammad saw. Ia diturunkan 1400 tahun yang dahulu, sebagai mukjizat untuk membuktikan kenabian Nabi Muhammad saw. Pada zaman dahulu, mukjizat Al-Quran dilihat dari sudut Balaghah Bahasa Arab dan susunan ayatnya, yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Namun, pada hari ini Al-Quran sekali lagi menjadi mukjizat betapa ia adalah Kalamullah yang benar. Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, banyak penemuan-penemuan sains berjaya ditemui. Semuanya bertepatan dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim. Antaranya, adalah berkenaan perbezaan antara cahaya matahari dan cahaya bulan. Mari sama- sama kita lihat. Firman Allah swt : 5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah- manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak 1 . Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang Mengetahui. Kalau kita lihat di dalam ayat di atas, Allah swt menggunakan lafaz atau perkataan yang berbeza bagi cahaya bulan dan matahari. Cahaya matahari diibaratkan dengan (Dhiya’), manakala bulan pula dengan (Nur). Persoalannya, apakah beza antara Dhiya’ dan Nur. CAHAYA 2 Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat . Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk 1 Maksudnya: Allah menjadikan semua yang disebutkan itu bukanlah dengan percuma, melainkan dengan penuh hikmah. 2 Laman web Wikipedia, edisi Bahasa Melayu

Upload: syihabudin-ahmad

Post on 18-Jun-2015

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BEZA NUR dan DHIYA

PERBEZAAN NUR DAN DHIYA`

MUQADDIMAH

Al-Quran merupakan Kalamullah, diturunkan kepada nabi akhir zaman, Nabi Muhammad saw. Ia

diturunkan 1400 tahun yang dahulu, sebagai mukjizat untuk membuktikan kenabian Nabi Muhammad

saw. Pada zaman dahulu, mukjizat Al-Quran dilihat dari sudut Balaghah Bahasa Arab dan susunan

ayatnya, yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun.

Namun, pada hari ini Al-Quran sekali lagi menjadi mukjizat betapa ia adalah Kalamullah yang

benar. Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, banyak penemuan-penemuan sains berjaya

ditemui. Semuanya bertepatan dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim.

Antaranya, adalah berkenaan perbezaan antara cahaya matahari dan cahaya bulan. Mari sama-

sama kita lihat. Firman Allah swt :

5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-

manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan

perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak1. Dia

menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang Mengetahui.

Kalau kita lihat di dalam ayat di atas, Allah swt menggunakan lafaz atau perkataan yang berbeza

bagi cahaya bulan dan matahari. Cahaya matahari diibaratkan dengan (Dhiya’), manakala bulan pula

dengan (Nur). Persoalannya, apakah beza antara Dhiya’ dan Nur.

CAHAYA2

Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.

Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk

1 Maksudnya: Allah menjadikan semua yang disebutkan itu bukanlah dengan percuma, melainkan dengan penuh

hikmah.

2 Laman web Wikipedia, edisi Bahasa Melayu

Page 2: BEZA NUR dan DHIYA

rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.

Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.

Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.

CAHAYA MATAHARI3

Sebagaimana yang kita tahu, antara sumber utama cahaya adalah matahari. Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar,

matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak

balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat.

Cahaya juga boleh di dapati pada lampu elektrik. Ia terjadi apabila dawai di dalam lampu

tersebut dipanaskan. Semakin panas dawai tersebut, semakin kuat cahaya yang terhasil. Begitu juga

dengan pelita (Siraj). Ia terhasil apabila minyak dibakar dan menghasilkan api yang bercahaya4.

Sebenarnya, banyak lagi sumber-sumber cahaya di dalam dunia ini. Apa yang penting adalah, semua

sumber cahaya ini adalah berasal dari dirinya sendiri, bukan pantulan.

3 Laman web Wikipedia, edisi Bahasa Melayu

4 Tafsir Al-Ayat Al-Kauniyyah fi Al-Quran Al-Karim oleh Dr. Zaghlul An-Najjar

Page 3: BEZA NUR dan DHIYA

CAHAYA BULAN 5

Bulan sebenarnya adalah satu jisim yang gelap, sejuk dan tiada cahaya padanya. Tetapi kita mampu

melihatnya kerana kemampuannya memantulkan cahaya matahari. Maka, sebab itu kita lihat bulan

seolah-olah bercahaya. Inilah perbezaan antara cahaya bulan dan matahari. Berdasarkan fakta ini (iaitu

cahaya matahari berasal dari dirinya sendiri, terhasil dari tindak balas nuclear dan cahaya bulan yang

sekadar memantulkan cahaya matahari) mari kita lihat pula bagaimana Al-Quran Al-Karim membezakan

cahaya bulan dan matahari. Firman Allah swt :

5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-

manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan

perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia

menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang Mengetahui6.

Kalimah Dhiya digunakan pada matahari dan Nur pada bulan.

* * * * * * * * * * *

Firman Allah swt di dalam ayat yang lain :

45. Hai nabi, Sesungguhnya kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gemgira dan

pemberi peringatan,

46. Dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang

menerangi7

Allah swt menggunakan kalimah Siraj iaitu pelita (maksudnya, dia bersinar dengan dirinya

sendiri) untuk menyifatkan Rasulullah swt bukan dengan Nur.

Firman Allah swt :

5 Tafsir Al-Ayat Al-Kauniyyah fi Al-Quran Al-Karim oleh Dr. Zaghlul An-Najjar

6 Surah Yunus : 5

7 Surah Al-Ahzab : 45-46

Page 4: BEZA NUR dan DHIYA

20. Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. setiap kali kilat itu menyinari mereka,

mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah

menghendaki, niscaya dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah

berkuasa atas segala sesuatu8

Allah swt menyifatkan kilat dengan kalimah (ado’ah) sama seperti matahari. Bukankah cahaya

kilat terhasil dari kilat itu sendiri ??

MUKJIZAT AL-QURAN

Kesimpulannya, kita dapat melihat betapa terperincinya makna bagi setiap perkataan yang

digunakan di dalam Al-Quran. Ia mempunyai makna yang terperinci dan sangat mendalam. Penemuan

ini hanya diketahui pada zaman ini, selepas lebih 1400 tahun ia diturunkan. Bahkan pada zaman ia

diturunkan, tiada peralatan yang canggih yang mampu menyingkapnya.

Maha Suci bagi Allah swt yang telah menurunkan Al-Quran Al-Karim, kepada penutup segala

nabi dan rasul. Dialah yang akan menjaga Al-Quran yang telah menjadi hujah dan dalil bagi manusia

dulu, kini dan selamanya sehinggalah hari kiamat.

PENUTUP

Sekiranya wujud kesilapan atau ia tidak mampu difahami, ana memohon sejuta kemaafan. Ini

adalah terjemahan pertama mengenai ‘Ijaz Al-Quran. Fakta-fakt sains ditulis dalam Bahasa Arab. Jadi

ana hanya mampu paham sebahagian sahaja, bakinya ana rujuk di internet.

Wallahu’alam…

Mohd Naqib bin Hamdan,

Kuliah Dirasat Islamiah, Syukbah Syariah Islamiah,

Universiti Al-Azhar, Damieatta , Mesir.

8 Surah Al-Baqarah : 20