bersama profesor emeritus datuk hukum a-ha p penulisan · pdf filecontoh: 2. setiap perkataan...

1
K eistimewaan tulisan Jawi sebenarnya terletak pada cara penge- jaannya, berbanding dengan tulisan Rumi. Salah satu dari- pada keistimewaan tersebut dapat kita lihat dalam kaedah yang dipanggil Hukum a-ha. Keterangan mengenai Hukum a-ha adalah seperti yang berikut: 1. Setiap perkataan yang mengandungi dua suku kata atau lebih, dan diakhiri dengan bunyi a-ha maka bunyi [a] sebelum suku kata [ha] tidak diberikan huruf alifnya. Contoh: 2. Setiap perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih dan mengandungi bunyi a-ha di tengah perkataan, maka bunyi [a] sebe- lum suku kata [ha] juga tidak diberikan huruf alifnya. Contoh: Latihan 1. Ilmu itu cahaya. 2. Usaha tangga kejayaan. 3. Bahasa jiwa bangsa. Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 21 Mei 2008 Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor BH PILIH L4 20 emel Hukum a-ha P ada kali ini, ruangan ini akan menghuraikan bebe- rapa aspek penulisan be- rita. Dengan penulisan berita dimaksudkan laras bahasa yang digunakan di lembaran akh- bar, majalah dan pelbagai jenis penerbitan yang disediakan khas untuk bacaan umum. Termasuk di bawah judul ini juga ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan berita dan mak- lumat melalui media elektronik seperti televisyen dan bentuk-ben- tuk digital lain. Namun begitu, tumpuan lebih akan diberikan kepada bahasa yang digunakan di lembaran akhbar. Penulisan berita merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita. Dalam sesebuah akhbar, bahagian yang penting ialah laporan berita. Satu ciri laporan akhbar ialah formatnya yang khusus. Pertama ialah judul berita lazimnya ber- bentuk ringkas dan kadang kala tidak memenuhi peraturan tata- bahasa. Kadang kala nama juru- lapor dimasukkan, tetapi amalan ini tidak berlaku bagi semua be- rita. Jika difikirkan perlu, diper- turunkan kutipan, jika berita itu melaporkan sesuatu kenyataan yang dibuat oleh pemimpin nega- ra atau tokoh-tokoh tertentu. Berikut ialah contoh yang dipetik daripada halaman dua, Mingguan Malaysia 2 Mei 2008. Gaji minimum ditangguh Oleh Saifulizam Mohamad dan Amran Mulup “MTUC boleh mengadakan se- hingga 100 demonstrasi jika itu yang mereka mahukan, tetapi buat masa ini kerajaan sememang- nya tidak dapat melaksanakan tuntutan tersebut” – Abdullah Ahmad Badawi. Ciri seterusnya ialah laporan berita dimulakan dengan penya- taan tempat dan tarikh berita itu berlaku. Dalam Mingguan Malaysia, nama tempat ditulis dengan huruf besar. Contohnya: KUALA LUMPUR 3 Mei – Demikianlah aspek format tentang cara berita dilaporkan di dada akhbar. Tentang baha- sa pula, satu ciri yang membe- zakan laras ini daripada laras lain ialah bagaimana berita itu disampaikan. Satu sifat yang menonjol ialah ayat-ayatnya pan- jang, selalunya satu perenggan terdiri daripada satu ayat. Hal ini demikian kerana pemberita ingin memuatkan segala macam maklumat yang relevan dalam perenggan tersebut. Dengan demi- kian, ayat yang dihasilkan ber- bentuk ayat majmuk campuran yang padat dan penuh dengan isi. Perhatikan contoh berikut: KUALA LUMPUR 3 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa cadangan gaji minimum RM900 seperti yang diminta oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan pada masa ini. Ayat di atas terdiri daripada ayat majmuk campuran yang mengandungi ayat majmuk kom- plemen dan ayat majmuk relatif. Dalam ayat-ayat ini pula mak- lumat tambahan juga terdapat, seperti nama penuh Perdana Menteri, jumlah gaji minimum yang dipohon dan keterangan waktu atau masa permohonan gaji minimum itu tidak dapat dilaksanakan. Satu lagi ciri bahasa laporan berita ialah sifat memetik, kera- na yang dilaporkan itu kadang- kadang berbentuk sesuatu yang dinyatakan oleh seseorang. Pe- tikan boleh berbentuk laporan dan boleh juga secara langsung. Contoh pertama, “Beliau ber- kata demikian kepada pembe- rita selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putera Bukit Jalil di sini hari ini.” Contoh kedua: Beliau berkata, “Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita mempu- nyai sebab untuk menangguhkan- nya.” Dari segi ungkapan dan per- kataan yang digunakan, satu ciri yang jelas kelihatan ialah per- kataan-perkataan yang menun- jukkan aspek pelaporan, seperti “Menurut Presiden MTUC...”, “Ujarnya lagi, ...”, “Terdahulu dalam ucapannya, ...” “Kata beliau ...”, dan “Ketika mengulas perkara itu, beliau telah menga- takan .... Sehingga kini telah dihuraikan laporan berita, juga cirinya yang khusus termasuklah judul be- rita yang ringkas, bahasa lapor- an yang bersifat memetik dan menggunakan ayat yang panjang. Huraian tentang ulasan berita dan rencana tentang berita akan disambung pada keluaran yang akan datang. Penulisan Berita PEDOMAN BAHASA Paha Maha Jaha Usaha Rumi Jawi Bahasa Cahaya Bahagia Bahaya Sahaya Gahara Jaharu Rumi Jawi PEDOMAN EJAAN JAWI ISTILAH SEMASA Oleh Raja Shaiful Azizul Azuan BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU supervisory belief kepercayaan seliaan instructional scaffolding perancah pengajaran underdog bukan pilihan topdog pilihan jingle nada pesona anime animasi jepun BAHASA SUKUAN Sondulu S ondulu ialah kosa kata bahasa suku kaum Kadazandusun yang bermaksud kuku. Kata ini diucap dalam tiga suku kata son-du-lu. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat yang berikut; Penari kebudayaan itu menggunakan sondulu palsu sebagai aksesori. Oleh Norzanani Kata KOSA KATA BARU (BIDANG MUZIK) papan nada Alat yang mempunyai set kekunci yang mengeluarkan nada berbe- za apabila ditekan, misalnya pada piano, organ dan sebagainya. vibrato Kecepatan turun naik nada muzik. kantata Sebuah gubahan muzik yang pendek yang dinyanyikan oleh penyanyi solo dan koir dengan iringan orkestra. lento Muzik yang dimainkan dengan tempo yang perlahan. oktet 1. Gubahan muzik untuk sekum- pulan lapan orang penyanyi atau pemuzik. 2. Kumpulan yang terdiri dari- pada lapan orang penyanyi atau pemuzik. opereta Sejenis komedi muzik yang pen- dek dan ringan. Oleh Zaiton Nasir KATA KLASIK Lenggana T akrif: tidak sudi, enggan Contoh ayat: Jika seperti itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, lengganalah aku pergi ke Majapahit itu. PENGUMUMAN Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Dewan Bahasa Pustaka wilayah Timur menganjurkan Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP wilayah Timur 2008. Sayembara ini menawarkan hadiah utama sebanyak RM7000 kepada karya yang terbaik dan dua hadiah penghargaan bernilai RM3000 setiap satu. Semua yang berminat dipelawa untuk menyertai Sayembara dan karya yang telah siap hendaklah dihantar kepada urus setia sebelum 31 Ogos 2008. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP wilayah Timur 2008, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu, Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohammad, 20519 Kuala Terengganu, Terengganu atau pegawai DBP wilayah Timur Encik Saidul Azam di talian 09-7414906. Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP wilayah Timur

Upload: hahuong

Post on 06-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bersama Profesor Emeritus Datuk Hukum a-ha P Penulisan · PDF fileContoh: 2. Setiap perkataan ... laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita. ... Demikianlah aspek format

Keistimewaan tulisan Jawi sebenarnya terletak pada cara penge-jaannya, berbanding dengan tulisan Rumi. Salah satu dari-pada keistimewaan tersebut dapat kita lihat dalam kaedah yang

dipanggil Hukum a-ha. Keterangan mengenai Hukum a-ha adalah seperti yang berikut:1. Setiap perkataan yang mengandungi dua suku kata atau lebih, dan diakhiri dengan bunyi a-ha maka bunyi [a] sebelum suku kata [ha] tidak diberikan huruf alifnya.Contoh:

2. Setiap perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih dan mengandungi bunyi a-ha di tengah perkataan, maka bunyi [a] sebe-lum suku kata [ha] juga tidak diberikan huruf alifnya.Contoh:

Latihan

1. Ilmu itu cahaya.2. Usaha tangga kejayaan.3. Bahasa jiwa bangsa.

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 21 Mei 2008

Bersama Profesor Emeritus DatukDr. Nik Safiah Karim

BersamaWan Mohd SaophyAmizul Wan Mansor

BH PILIH L4 20 emel

Hukum a-ha Pada kali ini, ruangan ini akan menghuraikan bebe-rapa aspek penulisan be-

rita. Dengan penulisan berita dimaksudkan laras bahasa yang digunakan di lembaran akh-bar, majalah dan pelbagai jenis penerbitan yang disediakan khas untuk bacaan umum. Termasuk di bawah judul ini juga ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan berita dan mak-lumat melalui media elektronik seperti televisyen dan bentuk-ben-tuk digital lain. Namun begitu, tumpuan lebih akan diberikan kepada bahasa yang digunakan di lembaran akhbar.

Penulisan berita merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita. Dalam sesebuah akhbar, bahagian yang penting ialah laporan berita.

Satu ciri laporan akhbar ialah formatnya yang khusus. Pertama ialah judul berita lazimnya ber-bentuk ringkas dan kadang kala tidak memenuhi peraturan tata-bahasa. Kadang kala nama juru-lapor dimasukkan, tetapi amalan ini tidak berlaku bagi semua be-rita. Jika difikirkan perlu, diper-turunkan kutipan, jika berita itu melaporkan sesuatu kenyataan yang dibuat oleh pemimpin nega-ra atau tokoh-tokoh tertentu.

Berikut ialah contoh yang dipetik daripada halaman dua, Mingguan Malaysia 2 Mei 2008.

Gaji minimum ditangguhOleh Saifulizam Mohamad dan

Amran Mulup“MTUC boleh mengadakan se-

hingga 100 demonstrasi jika itu yang mereka mahukan, tetapi

buat masa ini kerajaan sememang-nya tidak dapat melaksanakan tuntutan tersebut” – Abdullah Ahmad Badawi.

Ciri seterusnya ialah laporan berita dimulakan dengan penya-taan tempat dan tarikh berita itu berlaku. Dalam Mingguan Malaysia, nama tempat ditulis dengan huruf besar. Contohnya: KUALA LUMPUR 3 Mei –

Demikianlah aspek format tentang cara berita dilaporkan di dada akhbar. Tentang baha-sa pula, satu ciri yang membe-zakan laras ini daripada laras lain ialah bagaimana berita itu disampaikan. Satu sifat yang menonjol ialah ayat-ayatnya pan-jang, selalunya satu perenggan terdiri daripada satu ayat. Hal ini demikian kerana pemberita ingin memuatkan segala macam maklumat yang relevan dalam perenggan tersebut. Dengan demi-kian, ayat yang dihasilkan ber-bentuk ayat majmuk campuran yang padat dan penuh dengan isi. Perhatikan contoh berikut:

KUALA LUMPUR 3 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa cadangan gaji minimum RM900 seperti yang diminta oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan pada masa ini.

Ayat di atas terdiri daripada ayat majmuk campuran yang mengandungi ayat majmuk kom-plemen dan ayat majmuk relatif. Dalam ayat-ayat ini pula mak-lumat tambahan juga terdapat,

seperti nama penuh Perdana Menteri, jumlah gaji minimum yang dipohon dan keterangan waktu atau masa permohonan gaji minimum itu tidak dapat dilaksanakan.

Satu lagi ciri bahasa laporan berita ialah sifat memetik, kera-na yang dilaporkan itu kadang-kadang berbentuk sesuatu yang dinyatakan oleh seseorang. Pe-tikan boleh berbentuk laporan dan boleh juga secara langsung. Contoh pertama, “Beliau ber-kata demikian kepada pembe-rita selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putera Bukit Jalil di sini hari ini.”

Contoh kedua: Beliau berkata, “Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita mempu-nyai sebab untuk menangguhkan-nya.”

Dari segi ungkapan dan per-kataan yang digunakan, satu ciri yang jelas kelihatan ialah per-kataan-perkataan yang menun-jukkan aspek pelaporan, seperti “Menurut Presiden MTUC...”, “Ujarnya lagi, ...”, “Terdahulu dalam ucapannya, ...” “Kata beliau ...”, dan “Ketika mengulas perkara itu, beliau telah menga-takan ....”

Sehingga kini telah dihuraikan laporan berita, juga cirinya yang khusus termasuklah judul be-rita yang ringkas, bahasa lapor-an yang bersifat memetik dan menggunakan ayat yang panjang. Huraian tentang ulasan berita dan rencana tentang berita akan disambung pada keluaran yang akan datang.

Penulisan Berita

PEDOMAN BAHASA

Paha

Maha

Jaha

Usaha

Rumi Jawi

Bahasa

Cahaya

Bahagia

Bahaya

Sahaya

Gahara

Jaharu

Rumi Jawi

PEDOMAN EJAAN JAWI

ISTILAH SEMASA

Oleh Raja Shaiful Azizul Azuan

BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU

supervisorybelief kepercayaanseliaan

instructionalscaffolding perancahpengajaran

underdog bukanpilihan

topdog pilihan

jingle nadapesona

anime animasijepun

BAHASA SUKUAN

Sondulu

Sondulu ialah kosa kata bahasa suku kaum Kadazandusun yang bermaksudkuku.Katainidiucapdalamtigasukukatason-du-lu.Contohpenggunaannyaadalah seperti dalam ayat yang berikut; Penari kebudayaan itu menggunakan

sondulu palsu sebagai aksesori.

Oleh Norzanani Kata

KOSA KATA BARU (BIDANG MUZIK)

papan nadaAlatyangmempunyaisetkekunciyangmengeluarkannadaberbe-zaapabiladitekan,misalnyapadapiano,organdansebagainya.vibratoKecepatan turun naik nadamuzik.kantata Sebuah gubahan muzik yangpendek yang dinyanyikan olehpenyanyi solo dan koir denganiringanorkestra.lento Muzik yang dimainkan dengantempoyangperlahan.oktet1.Gubahanmuzikuntuksekum- pulanlapanorangpenyanyi ataupemuzik.2.Kumpulanyangterdiridari- padalapanorangpenyanyi ataupemuzik.operetaSejenis komedi muzik yang pen-dekdanringan.

Oleh Zaiton Nasir

KATA KLASIK

Lenggana

Takrif:tidaksudi,engganContoh ayat: Jika seperti itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, lengganalah aku pergi ke Majapahit itu.

PENGUMUMAN

MajlisAgamaIslamdanAdatIstiadatMelayuTerengganu(MAIdAM)dengankerjasamadewanBahasaPustakawilayahTimurmenganjurkanSayembaraMenulisNovelMAIdAMdandBPwilayahTimur2008.SayembarainimenawarkanhadiahutamasebanyakRM7000kepadakaryayangterbaikdanduahadiahpenghargaanbernilaiRM3000setiapsatu.SemuayangberminatdipelawauntukmenyertaiSayembaradankaryayangtelahsiaphendaklahdihantarkepadaurussetiasebelum31 Ogos 2008.Untuksebarangpertanyaan,silahubungiUrus Setia Sayembara Menulis Novel MaidaM dan dBP wilayah Timur 2008, Majlis agama islam dan adat istiadat Melayu Terengganu, Tingkat 1, Pusat Pentadbiran islam, Kompleks Sri iman, Jalan Sultan Mohammad, 20519 Kuala Terengganu, TerengganuataupegawaidBPwilayahTimurEncikSaidulAzamditalian09-7414906.

Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP wilayah Timur