berita harian

Upload: bharianpdf

Post on 29-Oct-2015

308 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

2 July 2013

TRANSCRIPT

  • 13 Ramadan

    7.18

    5.345.447.061.134.36

    8.31

    ImsakSubuh

    SyurukZuhur

    Asar

    Isyak

    Waktuberbuka

    Tunaikan Kewajipan Zakat Anda Di Muis Dan Pusat Pungutan Zakat

    Bertauliah Muis.

    TELEPOL ZAKAT FITRAHNiat dan sila hubungi:

    1900-112-3430$4.30 seorang

    1900-112-3680 $6.80 seorang

    (Kos administrasi 20 setiap panggilan)

    ZAKAT HARTAKadar Nisab: $4,900

    Sila hubungi Muis di 6359-1199.Untuk keterangan lanjut, lungsuri www.zakat.sg

    PERISTIWA perjanjianAqabah bermula dengan ke-hadiran beberapa wakil dariKabilah Aus dan Khazraj dariYathrib secara rahsia ber-temu dengan Rasulullah sawdi Bukit Aqabah di Mina ba-gi memeterai PerjanjianAqabah.

    Ubadah Bin Al-Samit,salah seorang dari kabilahKhazraj yang menerima Per-janjian Aqabah meriwayat-kan Rasulullah saw telah ber-sabda yang bermaksud:

    Marilah berjanji ke-padaku bahawa kamu tidakakan mensyirikkan Allah den-gan sesuatu jua pun. Kamutidak akan mencuri, tidakberzina, tidak membunuhanak-anak kamu, tidak mem-bawa cerita-cerita fitnah darihadapan dan belakang dantidak menderhakaiku dalamkebajikan.

    Sesiapa yang melanggarsesuatu daripadanya laluakan dihukum semasa di du-nia, maka itu adalah sebagaipenebusan (yakni kaffarah).Namun jika sesiapa yang me-langgar akan perjanjian itudengan melakukan perkarayang sama-sama kita ber-janji untuk tidak melakukan-nya, tetapi ditutupkan olehAllah daripada pengetahuanmanusia, maka urusannyaterserahlah kepada Allah.Jika Dia mahu, maka Diaakan menyiksakannya danjika Dia mahu, Dia akanmengampunkannya.

    Ubadah pun berkata: La-lu aku pun berjanji denganRasulullah. [Sahih Bukhari]

    BAGHDAD: Satu siri letupan telahmembunuh 65 orang di Baghdadmalam kelmarin sedang Iraq berge-lut cuba menangani keganasan pa-ling teruk yang pernah dialami nega-ra itu sejak 2008.

    Sejauh ini, 520 orang telahterkorban akibat keganasan yangberlaku di negara itu bulan ini sa-haja.

    Sebanyak 12 bom kereta dan se-butir bom tepi jalan meletup diBaghdad, sementara sebutir bommeletup di Madain, selatan ibu kotanegara itu, kata seorang kolonel po-lis dan seorang pegawai perubatan.

    Letupan-letupan itu turutmencederakan 190 orang.

    Bom-bom itu meletup sedangpenduduk Baghdad keluar ke kedaidan bersantai di kafe selepas berbu-ka puasa.

    Dalam kejadian paling teruk,dua bom kereta membunuh 12orang di Karrada, sementara duabom kereta dan sebutir bom tepijalan meletup di Zafraniyah. Ke-dua-dua kawasan itu berada di te-ngah Baghdad.

    Keganasan turut melanda utaraIraq dengan sebutir bom tepi jalanmembunuh seorang pegawai polisdan mencederakan seorang pen-duduk lain di bandar Mosul, semen-tara sebutir bom kereta ke tenggarabandar itu membunuh seorang wa-nita dan mencederakan 22 orangyang lain, termasuk tujuh pegawaipolis.

    Sebutir bom ke barat kawasanitu pula mencederakan tiga oranglain.

    Kejadian kelmarin menjadikanhari itu hari paling berdarah di Iraqsejak serangan 10 Jun lalumenyebabkan 78 orang terbunuh.

    Siri letupan bom kelmarin ber-laku sehari setelah seorang penge-

    bom nekad membunuh 20 orangdalam sebuah masjid masyarakatSunni di utara ibu kota Iraq.

    Sejak beberapa bulan lalu, puakmilitan telah menyerang kedua-duamasjid Sunni dan Syiah, meningkat-kan kebimbangan negara itu akankembali kepda konflik perkauman

    besar-besaran yang telah mem-bunuh berpuluh ribu mangsa padatahun-tahun lalu.

    Mengikut data AFP, yang ber-dasarkan sumber pasukan kesela-matan dan perubatan, lebih 2,700orang telah terbunuh di Iraq sejakawal tahun ini.

    Kebanyakan pegawai kanan

    Iraq dan pemimpin agama telah ber-diam diri terhadap keganasan-kega-nasan yang berlaku.

    Pada Mei lalu, Perdana MenteriIraq, Encik Nuri al-Maliki, telah me-merintahkan supaya pegawai kan-an keselamatan dirombak tetapilangkah itu gagal mengekang kega-nasan.

    Iraq telah berhadapan seranganpuak militan selama ber-tahun-tahun, tetapi menurut parapenganalisis, rasa tidak puas hatiyang meluas antara anggota puakmajoriti Sunni yang gagal ditanganipemerintah telah menyebabkankeganasan meningkat di negara itutahun ini. AFP.

    ENUR DHUHA [email protected]

    LEBIH ramai anggota masyarakatMelayu kini mengikuti latihan pe-ningkatan kemahiran bagi mencerah-kan masa depan kerjaya mereka.

    Menurut cabang latihan YayasanMendaki, Mendaki Sense, bilanganpeserta Melayu telah bertambahdalam enam bulan pertama tahun iniberbanding tempoh yang sama tahunlalu.

    Antara Januari dan Jun lalu, sera-mai 6,888 anggota masyarakat Me-layu telah mengikuti kursus latihanbersama Mendaki Sense lebih 60peratus berbanding 4,285 dalam se-paruh pertama tahun lalu.

    Pengurus Besar Mendaki Sense,Cik Shenaz Poonawala, berkata an-tara sebab peningkatan itu ialah le-bih ramai Melayu kini sedar akanperi pentingnya pembelajaran sepan-jang hayat dalam membantu merekameraih pekerjaan lebih baik ataumengekalkan pekerjaan mereka.

    Selain itu, Cik Shenaz berkatakeadaan ekonomi yang baik turutmemainkan peranan.

    Ini kerana, dalam keadaanekonomi yang baik, pekerja me-naruh harapan untuk mendapat pe-kerjaan lebih baik dan mereka tahucaranya adalah dengan mengikutilatihan peningkatan diri, kata CikShenaz.

    Beliau menambah bahawa parapekerja juga kian sedar akan kepen-tingan kemahiran peribadi atau softskills seperti cara berkomunikasi danmenulis dengan lebih berkesan ditempat kerja.

    Secara keseluruhan, dalam sepa-ruh pertama tahun ini, seramai 9,840pekerja telah menyertai program-pro-gram latihan dalam bidang perkhid-matan, kemahiran peribadi, IT,

    prasekolah dan logistik yang ditawar-kan Mendaki Sense.

    Bilangan itu termasuk sekitar 35peratus peserta bukan Melayu, yangmenurut Cik Shenaz semakin me-ningkat jumlahnya sejak MendakiSense pertama kali ditubuhkan sem-bilan tahun lalu.

    Mendaki Sense bermula dengansekitar 10 peratus peserta bukan Me-layu. Tetapi jumlah itu meningkat se-jak beberapa tahun lalu. Kini, seper-tiga klien kami terdiri daripadamasyarakat bukan Melayu. Inimenunjukkan bahawa MendakiSense kian diiktiraf di peringkat ke-bangsaan, kata Cik Shenaz.

    Menurut beliau lagi, kebanyakan

    mereka yang menjalani latihan pe-ningkatan kemahiran bersamaMendaki Sense adalah wanita.

    Peserta lelaki hanya membentuksekitar 25 peratus.

    Cik Shenaz berkata pihaknyaagak musykil mengapa jumlah peser-ta lelaki sangat jauh berbeza berban-ding peserta perempuan.

    Beliau berpendapat mereka mung-kin menerima latihan melalui tempatkerja masing-masing.

    Satu lagi sebab peserta lelakikurang daripada peserta wanita ada-lah kerana mereka mungkin mempu-nyai lebih daripada satu pekerjaandan oleh itu mereka mempunyai ko-mitmen yang lebih tinggi.

    Tetapi kami terus berusaha un-tuk menjangkau kepada merekamelalui khutbah di masjid dan de-ngan menawarkan program-programlatihan dalam bidang pekerjaan yangsering dipilih kaum lelaki seperti lo-gistik dan pembinaan, kata CikShenaz.

    Dalam enam bulan pertama tahunini juga, Mendaki Sense telah me-ngadakan 156 acara jangkauan seper-ti pameran pekerjaan di pusat beli-be-lah, masjid dan kelab masyarakat diserata negara yang berjaya menarikseramai 16,352 individu.

    Acara-acara jangkauan ini ada-lah untuk meningkatkan kesedaranawam.

    Pelbagai skim dan dasar disedia-kan tetapi jika kita tidak tahu tentang-nya dan tidak tahu cara memanfaat-kannya, para pekerja akan rugi.

    Jadi peranan Mendaki Sense ada-lah untuk melihat skim-skim yangdisediakan dan pekerja-pekerja yangkita ada dan cuba padankannya.Inilah peranan utama kami, kataCik Shenaz.

    Laporan lain Muka 4

    Seru padakebajikan

    65 maut dalam serangan bom di Baghdad

    Melayu minattingkat kemahiran

    MICA (P) 041/11/2012 50 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

    MUSNAH: Seorang lelaki Iraq semalam melihat sebuah kedai yang musnah akibat letupan bom kereta di kejiranan Topchi, utara Baghdad, kelmarin. Foto AFP

    JUMLAH PESERTA MENDAKI SENSE BERTAMBAH 60% DALAM ENAM BULAN PERTAMA

    ISNIN, 22 JULAI 2013 (13 RAMADAN 1434)

    Muka 2

    Baik bersenamwaktu Ramadan

    Berbelanja Ramadan di JBMuka 7

    Suka BH, menang hadiah

    Muka 10

  • Saya dapat belajar bagaimana menahan rasahaus dan lapar, dan saya rasa bersyukur keranameskipun harus melakukan demikian, saya dapatmenggembirakan orang lain dengan persembahansaya.

    Salihuddin Mohammad, 17 tahun, daripada kumpulangenderang, Bloco Singapura.

    LUAHKAN mengapa anda suka membacaBerita Harian (BH) dan anda berpeluang me-menangi aiskrim daripada Swensens.

    Mulai hari ini, kempen Saya Suka BH akanmemberi ganjaran kepada para pembaca setia akh-bar ini dengan menyediakan 10 hadiah setiaphari.

    Apa yang perlu dilakukan pembaca ialah me-nulis dalam tidak lebih daripada 10 perkataan,mengapa anda suka membaca BH.

    Gunakan kupon yang disediakan (di atas) dankirimkannya kepada kami. Baca terma dan syaratyang tertera di kupon untuk butir lanjut.

    Setiap pembaca boleh menghantar seberapabanyak kupon yang diinginkan setiap hari untukmeningkatkan peluang anda menang.

    10 pembaca akan dipilih setiap hari untukmenikmati aiskrim Salted Gula Melaka Heavendan Chendol Delight dari Swensens setiap se-orang. Aiskrim-aiskrim istimewa itu bernilai $22.

    Pada masa yang sama, kempen tersebut jugaakan menghargai pembaca setia BH menerusi satupromosi istimewa.

    Bagi setiap tiga pembelian akhbar BH ber-turut-turut, dari Isnin hingga Rabu, di kesemuacawangan Cheers serata pulau, anda berpeluangmendapatkan satu paket rempah masakan dankari ayam bernilai $5.

    Serahkan sahaja resit-resit pembelian BH andakepada juruwang untuk mendapatkan paket rem-pah tersebut, selagi stok masih ada.

    Sempena kempen Saya Suka BH juga, carimaskot rasmi, Kiki si kucing, di cawangan-cawa-ngan Cheers terpilih.

    Bergambarlah dengan wobbler Kiki dan ke-ratan keluarga Kiki. Kemudian krimkan gam-bar-gambar anda menerusi e-mel [email protected].

    Gambar terpilih akan dimuat naik ke fanpageFacebook Berita Harian, www.facebook.-com/BeritaHarianSG.

    Gambar terbaik setiap bulan akan memenangibaucar makanan bernilai $300 dari EarleSwensens.

    Kempen Saya Suka BH akan berlangsung se-lama dua bulan, sehingga 22 September ini.

    Haus dan lapar diketepi demi latih NDP

    ENURADILAH [email protected]

    PEMERINTAH telah melancarkansatu dana bernilai $5 juta untukmenyokong projek masyarakat yangmemelihara warisan Singapura.

    Skim Geran Warisan itu akan diagih-kan dalam tempoh empat tahun dariOgos tahun ini hingga 2016, untukmenyokong projek seperti pameran, do-kumentari, penerbitan dan aplikasi tele-fon bimbit.

    Mengumumkan skim tersebut se-malam, Perdana Menteri, Encik LeeHsien Loong, mengajak rakyat Singa-pura menjadi penyumbang aktif kepa-da pemeliharaan warisan dan menyum-bang suara kepada Kisah Singapura.

    Kata Encik Lee, sumbangan suararakyat penting kerana pemerintahtidak memiliki atau mendefinisikanwarisan Singapura.

    Warisan kita ialah himpunankenangan individu yang disulam menja-di kisah negara, yang dimiliki setiapwarga Singapura, dengan setiap orangmenyumbang dan membantu me-melihara, secara individu mahupun se-cara kolektif.

    Kita harus berubah daripada se-takat menjadi penonton pasif kandun-gan warisan kepada pereka dan pesertaaktif, ujar Encik Lee semasa berucapdi pelancaran Pesta Warisan Singapura2013 di Muzium Negara semalam.

    Skim Geran Warisan yang di-umumkan semalam menawarkan duajenis geran.

    Geran pertama ialah Geran Pe-nyertaan Warisan (HPG) yangmenawarkan hingga $50,000 setiaptahun kepada individu atau badan yangingin mempromosikan warisan Singapu-ra.

    Satu lagi geran ialah Geran ProjekWarisan (HP) yang menawarkan se-hingga $150,000 setiap tahun bagi pro-jek lebih besar yang berpotensi mem-beri kesan lebih mendalam.

    Budayawan dan perintis SriWarisan Som Said Performing Arts,Cik Som Said, berkata pihaknya bermi-nat untuk memanfaatkan dana baruitu.

    Acara warisan bukan perkara barubuat kami, malah ia satu gaya hidupbuat kami. Kami rancang mempergiat-kan lagi acara pendidikan seni danwarisan, ujar Cik Som ketika ditemuiBerita Harian di acara tersebut se-malam.

    Encik Lee juga telah melancarkan ac-ara tahunan Pesta Warisan Singapura(SHF) yang diadakan buat tahun ke-10.

    Pengerusi Lembaga Warisan Nega-ra, Encik Ong Yew Huat, berkatabilangan pengunjung SHF telah naik se-ganda dari 620,000 pada 2004 ke 1.3juta tahun lalu.

    Apa yang lebih merangsangkan,SHF telah berkembang daripada se-buah pesta anjuran NHB menjadi se-buah pesta anjuran rakyat untukrakyat, kata Encik Ong.

    Tahun ini, bertemakan KenanganUntuk Esok, SHF diraikan menerusi 10Hab Pesta dan lebih 20 program di sera-ta Singapura, termasuk pusat-pusat be-li-belah.

    Ini termasuk satu pameran TradisiSukan di Novena Square yang me-maparkan warisan sukan Singapura, pa-meran sejarah aeroangkasa di Lapan-gan Terbang Changi, dan jejak warisanSons & Daughters of SingaporesHawkers yang menjejak sejarah danwarisan pegerai makanan di Singapura.

    Encik Ong berkata NHB, yang bakalmenyambut ulang tahun ke-20 Ogosini, telah melihat semakin ramai orangdan pertubuhan yang minat terlibatdalam warisan.

    Ia sejajar dengan kenyataan Per-dana Menteri bahawa Singapura harusterus meraikan warisannya.

    Kita harus meraikan warisan kita,merenung pencapaian kita dan padamasa yang sama, memandang ke depanuntuk bersama menulis babak barudalam kisah Singapura agar dapat terusmaju dan menawarkan masa depan leb-ih cerah bagi anak kita dan generasiakan datang, kata Encik Lee.

    EERVINA MOHD [email protected]

    SEMASA Ramadandua tahun lalu, Salihud-din Mohammad, 17tahun, terpaksa menahanlapar dan dahaga sambilmenjalani latihan intensifbagi Perbarisan Hari Ke-bangsaan (NDP).

    Namun, pengalamanitu tidak sedikit pun meng-hambatnya daripadamenyertai NDP tahun inimeskipun sedar beliauharus menjalani pelbagailatihan setiap minggu se-masa menunaikan ibadahpuasa.

    Malah, pengalaman-nya sebelum ini turutmembolehkannya mem-beri nasihat berguna kepa-da peserta Muslim lain, ka-ta pelajar Institut Pendidi-kan Teknikal (ITE) Col-lege West itu ketika di-temui di pertunjukan Pen-didikan Nasional (NE)NDP kelmarin.

    Saya dapat belajarbagaimana menahan rasahaus dan lapar, dan sayarasa bersyukur keranameskipun harus melaku-kan demikian, saya dapatmenggembirakan oranglain dengan persembahansaya.

    Beliau, yang menyer-tai NDP tahun ini ber-sama anggota lain dari-pada kumpulan gen-derang, Bloco Singapura,adalah antara pesertaMuslim yang berbuka ber-sama di sekitar kawasanPelantar Terapung Mari-na Bay saat azan maghribberkumandang sejak duaminggu lalu apabila per-tunjukan NE NDP untukmurid darjah lima bermu-la.

    Seorang lagi teman-nya, Mohd Aidyl AdhaAbdul Raup, 17 tahun,juga pernah menyertaiNDP tahun lalu yang tu-rut jatuh pada Ramadan.

    Memanglah rasa le-bih lapar dan haus kalauberlatih berjam-jam dibawah terik matahari,tetapi saya tetap inginmelakukannya kerana mi-nat saya dalam bidangmuzik.

    Saya juga dapat men-jalin persahabatan den-gan lebih ramai kawanbaru dan bersama rakyatSingapura lain menyam-but ulang tahun negarasaya, katanya, pelajarmenengah empat SekolahMenengah Dunman.

    Suka BH, menang hadiah

    $5 juta untukpelihara warisan

    PESERTA NDP BERIFTAR: (Dari paling kanan) Salihuddin dan Mohd Aidyl Adha serta anggota Muslim lain kumpulan genderang Bloco Singapura berbuka puasabersama di F1 Paddock sementara menunggu giliran membuat persembahan. Foto ERVINA MOHD JAMIL

    BUAT KENANGAN:Encik Lee membantukeluarga ini untuk mengambilgambar dengan kameraPolaroid di pelancaran PestaWarisan Singapura yangtahun ini bertemakanKenangan Untuk Esok. Foto THE STRAITS TIMES

    DALAM MAHKAMAH RENDAHREPUBLIK SINGAPURA

    M.C. Suit No.13931 dari 2013 SAntara

    ABWIN PRIVATE LIMITED(RC No. 199405213N)

    PlaintifDan

    ROSLI BIN ABDUL RAHMAN(NO. NRIC S1666159G)

    sebelum ini menjalankan perniagaansebagai EVO DCOR DESIGN

    (NO. RB 53144720X) Defendan

    NOTIS PENGIKLANANKEPADA: DefendanROSLI BIN ABDUL RAHMANsebelum ini menjalankan perniagaansebagai EVO DCOR DESIGNAlamat terakhir di Blok 62Geylang Bahru #03-3401Singapura 330062

    AMBIL PERHATIAN bahawa satutindakan telah dimulakan terhadapanda di Mahkamah Rendah dalamM.C. Suit No. 13931 dari 2013 Soleh ABWIN PRIVATE LIMITEDberalamat di 8 Kaki Bukit Road 2 #01-35/36 Ruby Warehouse Complex,Singapura 417841 yang mana pihakPlaintif membuat tuntutan bagi jumlah$8,404.43 dengan faedah serta kosganti rugi penuh yang perlu dijelaskandi bawah Perjanjian Sewa Beli No.ABW11/0111/104015 bertarikh 11Januari 2011 yang dibuat antara Plaintifdan Defendan.

    Dan telah diarahkan bahawapenyampaian Writ Saman dalamtindakan ini terhadap anda berkuatkuasadengan iklan ini. Jika anda inginmembela diri dalam tindakan ini, andamesti menghadirkan diri di PejabatPendaftaran Mahkamah Rendah dalammasa 8 hari mulai tarikh penerbitaniklan ini, termasuk hari penerbitannya.Jika anda gagal menghadirkan diri, satuKeputusan boleh dibuat terhadap anda.

    Bertarikh 12 Julai 2013PEGUAM CARA BAGI PLAINTIFMESSRS MICHAEL BB ONG & CO

    10 ANSON ROAD #33-06INTERNATIONAL PLAZASINGAPURA 079903

    [MO.PSC.19297.13.AP]

    PM Lee ajak warga menjadi penyumbangaktif kepada pemeliharaan warisan

    2 Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013

    Berita

  • Botak? Jangan risau...EA. RAHMAN BASRUN

    [email protected]

    BERITA baik bagi mereka yang dilan-da masalah rambut gugur atau botak ki-ni rawatannya kian hampir ditemui.

    Institut Biokejuruteraan dan Nanote-knologi (IBN) mengumumkan pihaknyatelah menghasilkan satu model folikel(lubang) rambut yang boleh digunakanuntuk mempercepat kajian menumbuh-kan rambut semula.

    Folikel rambut adalah organ yangmenumbuhkan rambut baru menurut kita-ran. Model tiga dimensi (3D) ciptaan pasu-kan IBN itu mirip folikel rambut yang se-benar sehinggakan mengikut saiz dansusunan sel folikel rambut yang asli. Inimembolehkan sel-sel dalam model IBNitu bertindak serupa sel rambut sebenar.

    Ini sangat penting kerana ia mem-bolehkan ujian dijalankan ke atasnya.

    Model ini membolehkan kita lebihmemahami mekanisme yang mengawalpembangunan dan pertumbuhan folikelrambut, jelas Pengarah Eksekutif IBN,Profesor Jackie Y. Ying, kepada BeritaHarian baru-baru ini.

    Ini selanjutnya akan membantupengkaji mengenal pasti rawatan yang ba-ru untuk masalah botak dan gugur ram-but yang menjejas kaum Adam dan kaumHawa sedunia.

    Seramai 3,781 pesakit di Singapuramendapatkan rawatan di Pusat Kulit Ke-bangsaan untuk masalah keguguran ram-but pada 2011. Kebanyakannya lelakiberusia 30-an dan 40-an tahun. Kira-kira200 pesakit pula tahun lalu pergi ke Jaba-tan Dermatologi Hospital Besar Changi(CGH) se- tiap minggu untuk mendapat-kan rawatan keguguran rambut.

    Masalahnya, hanya terdapat duaubat-ubatan di pasaran diluluskan Pentad-biran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA)dari Amerika Syarikat ia dapat me-ngurangkan keguguran rambut tetapitidak mampu buat rambut baru tumbuh.

    Lantaran itu, kita perlu mencari rawa-tan yang serba baru bagi masalah rambutgugur, kata Prof Ying, yang turut menga-nggotai pasukan IBN yang menghasilkanmodel rambut itu.

    Model konvensional yang digunakanpara pengkaji sekarang untuk ujian pulaleceh. Ia memerlukan banyak masa untukdiproses kerana ia tidak telus dan perlu di-hiris tipis sebelum boleh dianalisis.

    Sebaliknya, model ciptaan IBN bolehdiperiksa de ngan serta-merta di bawahmikroskop kerana ia terta- nam dalam se-rat yang serba halus dan telus.

    Jika dikomersialkan, teknologi IBN ituboleh digunakan antaranya oleh syarikatfarmaseutikal untuk berusaha menemuiubat tumbuhkan rambut semula.

    Kami telah menggunakan kepakarankami dalam kejuruteraan sel dan tisu un-tuk menghasilkan model baru ini. Kamiamat berharap ciptaan kami ini akanmembawa kepada cara-cara baru untukmerawat kehilangan rambut, yang menje-jas jutaan orang di seluruh dunia, kataProf Ying.

    ENURADILAH [email protected]

    PERSEPSI awam mengenai hubungan antarakaum adalah penting, kata Menteri Bertanggung-jawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr YaacobIbrahim.

    Lantaran itu, beliau menyifatkan dapatan tin-jauan terkini mengenai hubungan kaum di sini se-bagai menggalakkan meskipun ada perkara yangmenjadi keprihatinan.

    Persepsi awam penting sekali dan ia dibentukpengalaman orang ramai dengan pelbagai agensi diSingapura. Ia merupakan sebahagian daripada mak-lum balas mereka.

    Persepsi di luar sana menunjukkan orang ramaitidak rasa didiskriminasi, walaupun ada segelintiryang berasakan sebaliknya, kata Dr Yaacob kepa-da Berita Harian ketika ditemui di majlis penyera-han cek derma Anggota Parlimen (AP) Melayu ke-pada Kelab Heal di Wisma Mendaki kelmarin.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengu-las mengenai kajian Penunjuk Keharmonian Kaumdan Agama yang dijalankan bersama Institut Penga-jian Dasar (IPS) dan OnePeople.sg ke atas lebih4,000 warga Singapura.

    Kajian itu, yang dapatannya dibentangkan Kha-mis lalu, antara lain menilai beberapa indikator se-perti ketiadaan diskriminasi kaum minoriti dalammenggunakan khidmat awam, di tempat kerja, danjuga hubungan rapat antara kaum.

    Antara lain, kajian itu menunjukkan lapandalam 10 orang Melayu dan India tidak berasa dis-kriminasi di tempat kerja, dan lebih daripada satudalam dua warga Singapura tidak mempunyai te-man akrab daripada bangsa lain.

    Dr Yaacob akur maklum balas mereka yang be-rasa didiskriminasi tidak boleh ditolak tepi.

    Oleh itu, keharmonian antara kaum ialah satu us-aha yang harus terus dijalankan.

    Bulan Ramadan ini menawarkan peluang baikkepada masyarakat Islam bukan sahaja untuk meli-hat ke dalam diri, bahkan melihat ke arah luar un-tuk mendekati rakyat Singapura yang lain kerana ki-ta sebahagian daripada keluarga lebih besar, ujarDr Yaacob.

    Menurut beliau lagi, hubungan antara kaumtidak boleh diambil ringan kerana tabiat dan sikapboleh berubah.

    Program berstruktur untuk mengukuhkanhubungan adalah penting tetapi saya rasa lebih pen-ting daripada itu ialah sikap dan rutin kita hari-hariuntuk memahami dan mengenali orang di sekelilingseperti jiran kita, ujar Dr Yaacob.

    Singapura meraikan Hari Keharmonian Kaumpada 21 Julai setiap tahun untuk memperingati rusu-han kaum pada 1964.

    EIRMA [email protected]

    BELIAU sedang dalam perjalananuntuk menunaikan solat Jumaat apabi-la terlihat ramai jemaah berkerumun dijalan raya di hadapan Masjid Al-Istigh-far di Pasir Ris, minggu lalu.

    Dr Hishamuddin Badaruddin berasaterkejut apabila mendapati yang dikeru-muni itu ialah seorang kanak-kanakyang sedang terlantar di jalan raya terse-but, dengan kepalanya berlumurandarah.

    Tanpa berlengah-lengah lagi, beliaumemperkenalkan dirinya sebagai se-orang doktor dan menghulurkan bantu-an kepada kanak-kanak tersebut.

    Mangsa kemalangan di Pasir RisDrive 3 Jumaat lalu itu ialah YusufRami Nazzal, seorang murid darjah li-ma di Sekolah Rendah Pasir Ris.

    Yusuf, 11 tahun, dipercayai dilang-gar sebuah lori yang membawatong-tong gas di hadapan Masjid Al-Is-

    tighfar semasa hendak menunaikan so-lat Jumaat minggu lalu.

    Menyifatkannya sebagai kejadiansedih, Dr Hishamuddin, 42 tahun, ber-kata bantuannya menyelamatkanYusuf itu juga akan dilakukan doktorlain sekiranya mereka berdepan de-ngan keadaan seperti itu.

    Apa yang saya buat, banyak oranglagi akan melakukan yang sama. Sayaberpendapat bukan hanya saya, doktorlain juga akan melakukannya juga, ka-ta beliau, yang merupakan PenolongPengarah (Pemantauan dan Respons)Divisyen Penyakit Berjangkit di Kemen-terian Kesihatan (MOH).

    Menurut Dr Hishamuddin, Yusuf be-rada dalam keadaan tidak sedarkan dirisemasa beliau memeriksanya.

    Beliau mendapati terdapat bahagianyang koyak di belakang kepala Yusufberukuran lebih 10 sentimeter manaka-la kedua-dua kakinya pula dipenuhi ke-san luka dan melecet.

    Dr Hishamuddin berkata, seorang je-maah yang berada di situ kemudian

    meminjamkan jaketnya agar beliau da-pat menekap bahagian belakang ke-palanya yang koyak, sambil terus cubaberbual dengan Yusuf agar dia mem-berikan respons.

    Saya berasa sungguh tidak beru-paya ketika itu kerana saya dah biasabergantung dengan alat-alat semasa me-merika pesakit tapi ketika itu saya tidakmempunyai apa-apa, kata beliau.

    Dr Hishamuddin berkata Yusuf mu-la memberikan respons selang bebera-pa minit diperiksa, namun kanak-kanakitu mula memekik kesakitan.

    Saya cuba menenangkannnya kera-na saya tidak tahu sama ada dia mempu-nyai keretakan atau patah tulang dala-man dan sebarang pergerakan bolehmenyebabkan keadaannya menjadi le-bih teruk, jelas beliau.

    Menurut Dr Hishamuddin, ambu-lans tiba sekitar 15 hingga 20 minit ke-mudiannya setelah beliau membantuYusuf di tempat kejadian.

    Beliau juga berkata, pemandu loriyang terlibat dalam kemalangan itu ju-

    ga berada di situ dan tidak me-ninggalkan tempat kejadian.

    Kita rasa sedih sebab ia berlaku,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadandan ketika itu, dia hendak pergi solat Ju-maat. Tapi mujur, saya gembirakeadaannya semakin bertambah baik,kata beliau.

    Ketika dihubungi, ibu Yusuf, CikYasmeen Marican, berkata anak bong-sunya itu sudah pulang dari Hospital Be-sar Changi (CGH) kelmarin dan kini se-dang beransur pulih di rumah.

    Menurut beliau lagi, doktor berkataYusuf memerlukan sekitar tiga hinggaempat minggu untuk pulih.

    Cik Yasmeen turut mengucapkanterima kasih kepada mereka yang telahmembantu anaknya ketika beliau mene-mui nahas jalan raya minggu lalu.

    Bagi mereka yang membantuYusuf, saya ucapkan terima kasih yangtulus ikhlas. Yusuf semakin bertambahbaik dan semakin pulih, kata peguamberusia dalam lingkungan 40-an tahunitu.

    Yaacob: Persepsiawam penting

    Doktor penyelamat

    USAHA SAINTIS: (Gambar atas) Pasukan penyelidikan IBN, termasuk Prof Jackie Ying (bertudung), di sebalik model rambut terbaru. (Gambarkanan) Imej mikroskop menunjukkan struktur mirip folikel rambut yang dihasilkan IBN membesar dalam matriks yang berserabut. Foto-foto IBN

    MALANG TAK BERBAU: Yusuf Rami Nazzal (gambar sisipan), 11 tahun,dari Sekolah Rendah Pasir Ris, dikejarkan ke CGH setelah cedera parahekoran satu kemalangan melibatkan sebuah lori di Pasir Ris Drive 3pada minggu lalu. Foto YASMEEN MARICAN & ROSLAN AHMAD

    Foto JOHARI RAHMAT

    Dr Hishamuddin cerita pengalaman rawat mangsa kemalangan dalam perjalanan ke masjid

    Persepsi di luar sanamenunjukkan orang ramaitidak rasa didiskriminasi,walaupun ada segelintiryang berasakan sebaliknya.

    Menteri Bertanggungjawab BagiEhwal Masyarakat Islam, DrYaacob Ibrahim

    Apa yang saya buat, banyak orang lagiakan melakukan yang sama. Sayaberpendapat bukan hanya saya, doktorlain juga akan melakukannya... Sayaberasa sungguh tidak berupaya ketika itukerana saya dah biasa bergantung denganalat-alat semasa memerika pesakit tapiketika itu saya tidak mempunyai apa-apa.

    Dr Hishamuddin Badaruddin (gambar kiri),Penolong Pengarah (Pemantauan dan Respons)Divisyen Penyakit Berjangkit di KementerianKesihatan, yang kebetulan turut sama inginmenunaikan sembahyang Jumaat di MasjidAl-Istighfar semasa kemalangan berlaku.

    Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013 3

    Berita

  • LEBIH yakin, berani dan berse-mangat.

    Itulah perubahan yang dilihatdalam diri Cik Sohana AbdulHalim setelah beliau menyertaikursus-kursus peningkatan diri ber-sama Mendaki Sense sepanjang se-tahun yang lalu.

    Bukan itu sahaja, beliau turutmelihat perubahan ketara dalampendapatan bulanannya yang me-lonjak daripada $900 ke $1,550selepas beliau tamat mengikuti 10kursus peningkatan kemahiran ba-ru-baru ini.

    Berbekalkan sijil-sijil yang di-raihnya, ibu tunggal berusia 35tahun itu menukar pekerjaan dari-pada seorang pengendali pengelua-ran yang diberi tanggungjawabmembungkus produk kepada seo-rang pembantu guru di sebuahsekolah rendah di kawasan timurSingapura.

    Tugasnya kini, meskipun lebihmencabar, memberinya kepuasan.

    Saya membantu memudah-kan kerja guru-guru dan ketua-ke-tua jabatan (HOD) di sekolahdalam bahagian pentadbiran.

    Saya sukakan sekitaran peker-jaan di sini kerana ia baik untukperkembangan diri saya. Ia mem-bolehkan saya meningkatkan dirisaya dengan lebih lanjut lagi.

    Mana tahu dengan pengala-man yang saya raih di sini bolehmembuka peluang pekerjaan lainkepada saya, kata ibu dua anakitu.

    Cik Sohana sedang memburudiploma dalam pentadbiran pernia-gaan secara separuh masa di Aka-demi BMC.

    Beliau berharap dapat menjadiseorang pengurus pentadbiran apa-bila lulus kelak.

    Beliau antara klien MendakiSense yang telah diberikan ban-tuan holistik untuk menggalakkanmobiliti sosial.

    Menurut Cik Sohana, sekitarOgos tahun lalu, beliau terbaca ten-tang program untuk ibu tunggalyang ditawarkan Mendaki Senseyang dikenali sebagai ProjekSpark.

    Saya diberitahu bahawa terda-pat program untuk membantugolongan seperti saya belajarcara-cara untuk meningkatkan di-ri.

    Saya ikuti nasihat pegawai-pe-gawai di Mendaki Sense dan me-nyertai kursus-kursus yang disaran-kan. Dari situ, saya berasa terdo-rong untuk terus meningkatkan di-ri setinggi mungkin, kata Cik So-hana yang menjadi pembantu gurusejak April lalu.

    Ditanya apakah tujuan menyer-tai Projek Spark, beliau berkatafaktor utama adalah untuk menam-bah pendapatan bulanan.

    Tapi kalau nak dapat pendapa-tan lebih, kita mesti ada pendidi-kan dan ilmu. Mendaki Sensemenawarkan banyak kursus-kur-sus yang memang patut saya re-but, kata Cik Sohana yang mene-rima subsidi bagi kursus-kursusyang diambilnya itu.

    Kursus-kursus itu telah mem-beri saya keyakinan untuk melaluialam pekerjaan yang mencabar.Hasilnya, saya menjadi lebih bera-ni dan tahu apa kemahiran yangharus digunakan di tempat kerjabaru, tambahnya.

    SEBAGAI pengurus besar Menda-ki Sense, Cik Shenaz Poonawalasering menekankan peri pentingnyameningkatkan kemahiran demimasa depan kerjaya yang lebih ber-makna.

    Namun, Cik Shenaz bukan seta-kat menasihatkan orang lain supayamengamalkan pembelajaran sepan-jang hayat malah beliau sendiri mem-praktikkannya.

    Dalam wawancara bersamanyabaru-baru ini, Cik Shenaz, 40 tahun,berkata beliau melihat pendidikan se-bagai sesuatu yang sangat pentingdan berpendapat jika seseorang itutidak mempunyai pendidikan, mere-ka tidak boleh ke mana-mana.

    Baginya, meskipun telah meraihsegulung ijazah sarjana muda dalambidang perakaunan dan pemasaran,beliau terus gigih berusaha meluas-kan kemahiran dan pengetahuannyadengan memburu sebuah diplomalanjutan dan ijazah sarjana.

    Sijil, diploma dan ijazah yangdiraihnya itu membolehkan CikShenaz bertukar-tukar bidang peker-jaan sebelum beliau menyertaiMendaki Sense 10 tahun lalu.

    Sebelum menyertai MendakiSense, saya pernah bertugas dalamindustri perkapalan. Kemudian, tim-bul minat mempelajari lebih lanjuttentang sektor logistik pula jadi sayamenyertai sebuah program diplomalanjutan dalam bidang logistikmeskipun saya sudah mempunyaiijazah sarjana muda pada waktuitu, kata Cik Shenaz yang berbang-sa India itu.

    Berbekal sijil diploma lanjutanitu, beliau berpindah ke sebuahsyarikat logistik pengurusan acaradan bekerja di situ selama enamtahun.

    Selepas itu, beliau berhasrat men-ceburi bidang pengurusan pula kera-na berpendapat kekuatannya terle-tak dalam pengurusan.

    Beliau menyertai Mendaki Sensepada 2003 sebagai pengurus dan ter-libat dalam pembentukan dan peng-hasilan konsep cabang latihan Ya-yasan Mendaki itu.

    Meskipun mempunyai ijazah sar-jana muda dan diploma lanjutan,Cik Shenaz tidak mudah berpuashati dan terus melanjutkan penga-jiannya untuk mendapatkan ijazahsarjana pula.

    Beliau ditaja Mendaki Sense un-tuk mengambil Sarjana Muda dalamPembelajaran Sepanjang Hayat ber-sama Universiti London di bawahAgensi Pembangunan Tenaga KerjaSingapura (WDA) yang selesaitahun lalu.

    Menurut Cik Shenaz, tugas yangdilakukannya kini sangat memuas-kan dan beliau terharu setiap kalimenghadiri majlis-majlis penyam-paian sijil untuk mereka yang selesaimengikuti kursus-kursus di MendakiSense.

    Antara bahagian kerjaya sayayang saya rasa paling memuaskanadalah bersama Wanita KembaliBekerja (BWW). Apabila saya meli-hat borang permohonan merekaatau berinteraksi dengan mereka,saya tidak boleh mengenal pastimereka sebagai BWW. Mereka sa-ngat berpengetahuan tetapi sayang,mereka kurang keyakinan, kataCik Shenaz.

    Ia sesuatu yang mengehadkankebolehan seseorang dan saya rasakita harus menghentikan sikapsedemikian. Wanita-wanita itu me-

    merlukan sedikit keyakinan diri.Apabila mereka menghadiri sesi te-mu duga, mereka tidak bersiap sediadan tidak mengenakan pakaian yangsesuai. Namun dengan sedikit soko-ngan dan bantuan, mereka bolehlakukan yang lebih baik daripada itujika mereka yakin dengan diri mere-ka.

    Itulah tugas Mendaki Sense un-tuk mencari sesuatu yang lebih baikdalam diri mereka menonjolkannyadalam cara yang terbaik mungkin,kata Cik Shenaz.

    Beliau, yang mengenali masya-rakat Melayu melalui kerja-kerjasukarela yang dilakukan bersama Ru-mah Kebajikan Muhammadiyahsatu ketika dahulu, berharap anggo-ta masyarakat yang telah berjaya da-pat menyumbang kembali dalambentuk pementoran dan bimbingan.

    Ini adalah aspirasi saya. Saya ra-sa dengan cara itu, kita dapat me-ningkatkan keyakinan mereka yangkurang berkemahiran dan berpenda-patan rendah yang sedang cubamemperbaiki keadaan hidup merekadengan mengikuti kursus di Menda-ki Sense, kata Cik Shenaz.

    PENDAPATAN bulanan EncikMazli Nizam Ahmad dinaikkan le-bih $1,000 selepas beliau mengikutitiga kursus peningkatan kemahiranbeberapa tahun lalu.

    Daripada meraih $2,800 sebulansebagai pembantu khidmat pelang-gan di syarikat HP, gajinya melonjakke $4,000 sebulan dan beliau juga di-naikkan pangkat menjadi pengurus.

    Antara kursus yang diambilnyabersama Mendaki Sense itu ialahKaryawan Perkhidmatan Bertauliah(CSP).

    Sebelum mengikuti kursus itu,saya tidak suka menjawab panggilantelefon dan bertemu orang. TetapiCSP telah memberi saya keberanianuntuk tampil ke hadapan dan diberi-kan tanggungjawab.

    Ia juga membuat saya lebihyakin ketika menyampaikan sesuatukepada pelanggan, kata Encik Maz-li, 39 tahun.

    Menurut Encik Mazli, beliau di-perkenalkan kepada Mendaki Senseoleh abang iparnya yang meng-galaknya meningkatkan diri.

    Dengan bimbingan pegawai diMendaki Sense, beliau diberitahutentang kursus-kursus yang relevanuntuk dirinya.

    Secara keseluruhan, beliau me-ngikuti lima kursus peningkatan ke-mahiran bersama Mendaki Sensedalam tempoh dua tahun ketika be-kerja bersama HP.

    Kiasu kan? Tapi kursus manayang boleh saya ambil, saya ambil sa-ja, kata Encik Mazli.

    Malangnya, beliau diberhentikankerja tidak lama kemudian keranasyarikat itu menutup jabatan khid-mat pelanggannya di Singapura.

    Encik Mazli ditawarkan bekerjabersama HP di Australia atau KualaLumpur, namun beliau menolaknyakerana mahu menjaga ibu bapanyayang uzur.

    Bapa saya diserang penyakitangin ahmar dan ibu saya pula meng-hidap penyakit ginjal. Memandang-kan saya belum berumah tangga,saya bertanggungjawab menjaga

    mereka, kata anak bongsu dalamkeluarga enam beradik itu.

    Selepas beliau diberhentikan ker-ja, Mendaki Sense membantunyasekali lagi dengan memadankannyakepada kerja-kerja kosong yang se-suai dengan kelayakannya.

    Mereka memberi saya pilihanbeberapa syarikat tetapi saya memi-lih Alpine Group of Companies kera-na ia menawarkan masa bekerjayang fleksibel. Antara pertemuandengan klien, saya dapat menghan-tar ibu saya menjalani dialisis, kata-

    nya yang menyertai syarikat sewakereta itu Disember lalu.

    Tahun lalu, Encik Mazli, yang se-dar akan kepentingan mempunyaisijil bagi menyokong pengalaman pe-kerjaan, meraih diploma pertama-nya dalam bidang pentadbiran per-niagaan daripada Akademi BMC.

    Saya kini menggalakkan ra-kan-rakan saya menghubungiMendaki Sense bagi mendapatkannasihat tentang kursus-kursus yangdapat meningkatkan kemahiranmereka agar dapat memiliki kerjayayang lebih baik, kata Encik Mazli.

    Timba ilmu sepanjang hayat

    Spark pencetus semangat Kiasu ilmu

    JUNJUNG ILMU: Pengurus Besar Mendaki Sense, Cik Shenaz Poonawala melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahirandirinya. Foto TUKIMAN WARJI

    PAMERAN PEKERJAAN: Mendaki Sense menganjurkan pameran-pameran pekerjaan untuk membantu anggota masyarakatmencari pekerjaan dan peluang latihan kemahiran. Foto fail

    DINAIKKAN GAJI: Cik Sohana Abdul Halim kini menikmati pendapatan bulananyang lebh tinggi setelah mengikuti 10 kursus peningkatan diri bersama MendakiSense. Foto KHALID BABA

    TINGKATKAN KEYAKINAN: Encik Mazli Nizam Ahmad lebih yakin dan berani untukberunding dengan pelanggan selepas mengikuti beberapa kursus kemahiran diribersama Mendaki Sense. Foto MEDAKI SENSE

    Antara bahagiankerjaya saya yangsaya rasa palingmemuaskan adalahbersama WanitaKembali Bekerja(BWW).Apabila saya melihatborang permohonanmereka atauberinteraksi denganmereka, saya tidakboleh mengenal pastimereka sebagaiBWW. Mereka sangatberpengetahuan tetapisayang, merekakurang keyakinan.

    Pengurus besar MendakiSense, Cik ShenazPoonawala, mengenaihambatan yang dihadapioleh ramai peserta wanita.

    MENDAKI Sense, usaha sosial dan cabang latihan Yayasan Mendaki, telah menawarkan bantuan menyeluruh kepada ribuan anggota masyarakat bagi menggalakkan mobilitisosial. Daripada pelancaran Kolej Sense dan Pusat Penjagaan Pelajar (SCC) di sekolah untuk membantu pelajar memerlukan ke penganjuran pameran pekerjaan. Berikut kami

    paparkan beberapa kisah kejayaan peserta kursus-kursus peningkatan diri yang dianjurkan Mendaki Sense serta proses pembelajaran sepanjang hayat pengurus besar badantersebut, Cik Shenaz Poonawala. Laporan NUR DHUHA ESOOF ([email protected])

    Pengurus besarpraktikan matlamat

    pertubuhannya

    4 Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013

    Berita SETEMPAT

  • TOKYO: Warga Jepun keluar mengundi se-malam dalam pilihan raya parlimen yang di-jangka mengukuhkan kedudukan PerdanaMenteri, Encik Shinzo Abe.

    Keputusan pilihan raya itu nanti dijangkamemberikan Encik Abe kuasa melaksana-kan pembaharuan ekonomi dan membawakestabilan politik di negara itu.

    Namun, laporan awal menunjukkan jum-lah penduduk yang keluar mengundi se-bagai kurang memberangsangkan.

    Separuh daripada 242 kerusi dewan ting-gi parlimen dipertandingkan.

    Dengan kadar mereka yang menyokongEncik Abe berada di paras melebihi 60 pera-tus sejak beliau mengambil alih jawatan per-dana menteri dalam pilihan raya umum lalu,kemenangan bagi Parti Demokratik Liberal(LDP) pimpinannya dan sekutu parti itusudah hampir pasti.

    Selain tempoh singkat di bawah pemerin-tahan kerajaan lalu, ia merupakan kali perta-ma dalam masa enam tahun sebuah partimemerintah akan menguasai kedua-duadewan parlimen.

    Encik Abe berkata bahawa keutamaan-nya adalah mengekalkan pemulihanekonomi yang dibantu rangsangan kewan-gan dan fiskal agresif sejak beliau mengam-bil alih kuasa pada lewat Disember lalu.

    Bagi jangka masa panjang, pemulihanekonomi Jepun memerlukan perubahan me-luas untuk meningkatkan daya saing negaraitu selain membantu menangani masalahpenduduk yang menua dan beban hutangnegara yang menimbun.

    Saya mahu mereka terus lakukan yangterbaik kerana ekonomi nampaknya mulapulih, kata Encik Naohisa Hayashi, seor-ang peniaga berusia 35 tahun.

    Pilihan raya ini adalah perjuangan men-capai kestabilan politik. Dengan memenan-gi perjuangan, parti kami dapat melaksana-kan tanggungjawab terhadap negara, kataLDP dalam satu kenyataan.

    Sehingga jam 2 petang (waktu tempa-tan), hanya 22.7 peratus pengundi yang la-yak telah membuang undi.

    Jumlah ini turun 5.2 peratusan mata dari-pada undian dewan tinggi parlimen pada

    tahun 2010.Pembaharuan yang dirancang Encik Abe

    merupakan bahagian ketiga dasar ekonomiyang digelar Abenomics, yang sudah pun

    melihat kerajaan membelanjakan wang bagitujuan tertentu dan pinjaman dengan kadarfaedah agak rendah daripada bank pusatnegara itu. AFP, AP.

    KAHIRAH: Sedang beribu penunjukperasaan terus berkumpul untuk minggu ke-tiga di dataran Masjid Rabaa al-Adawiya diKahirah, penduduk kawasan itu mula hilangsabar dengan para penyokong presidenyang digulingkan, Encik Mohamed Mursi,yang berkhemah di kejiranan mereka.

    Tiga minggu lalu, berpuluh penyokongEncik Mursi membanjiri dan mengambiltempat di kawasan itu bagi menuntut agarEncik Mursi dikembalikan sebagai presiden.

    Sejak itu, mereka kekal di situ dan data-ran itu yang kini dihiasi gambar-gambar En-cik Mursi kelihatan bak pasar dengan kedaisayur, penjual bendera dan kawasan rehatbagi kegunaan semua.

    Di kawasan yang dianggap sebagai pusatmedia, di belakang pentas dengan pembesarsuara terus memuntahkan ucapan-ucapanpembakar semangat, seorang pegawai Ikh-wanul Muslimin (Ikhwan), Encik Farid Is-mail, bertegas mereka yang berkumpul di se-kitar masjid itu tidak akan ke mana-mana.

    Kami telah berada di sini selama tigaminggu, 21 hari, dan kami akan terus kekaldengan cara ini, dengan tentangan aman,katanya.

    Namun, beliau mengakui terdapatpergeseran dengan penduduk kawasan itutetapi mendakwa ramai penduduk yangmenyokong perjuangan itu.

    Pagi kelmarin, satu operasi membersih-kan kawasan dijalankan dengan bersung-guh-sungguh setelah penduduk di situmenyuarakan rasa marah atas gangguanyang dialami.

    Sedar tentang imejnya, sayap politik Ikh-wan, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP),melalui jabatan hubungan medianya telahmenyampaikan permohonan maaf atasgangguan yang dialami penduduk.

    Ia berkata penunjuk perasaan telah di-beritahu untuk memastikan kawasan itu ber-sih dan berjanji akan mengurangkan bunyipembesar suara selepas tengah malam.

    Seorang pengurus bank, Encik MohsenFahmy, tidak dapat menyembunyikan ke-jengkelannya.

    Situasi sekarang sangat teruk. Selama17 hari terdapat sekitar 20,000 orang asingdi tempat ini, tiada tempat tinggal, tiada tem-pat untuk membuang air. Mereka tiada hakberbuat demikian, kata Encik Fahmy. AFP.

    KUALA LUMPUR: Gaung hijau dengantumbuh-tumbuhan subur ini dicemarirahsia hitam apabila ia dikenal pasti se-bagai tempat lambakan surat oleh pos-men yang tidak bertanggungjawab yangmenjadikan tempat terpencil itu untukmembuang surat-surat yang tidak dihan-tar.

    Beribu-ribu surat yang tidak dihantardicampakkan ke gaung yang terletak ber-hampiran kawasan perumahan mewah diUkay Heights, Ampang, itu.

    Hasil aduan penduduk yang menemuisurat-surat itu, Pos Malaysia menghantarpasukan ke tapak dimaksudkan.

    Seorang kakitangan Pos Malaysia(dalam gambar) memeriksa surat-suratyang dibuang itu dan mengenal pasti ke-banyakan surat adalah dari dua lokasi ber-hampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1.

    Surat-surat itu sepatutnya dihantar keAmpang Jaya, Ukay Heights dan ka-wasan-kawasan perumahan di sekitarnya.

    Ketua Operasi Pos Malaysia, EncikHelmi Hashim, berkata tiga posmen terb-abit telah dikenal pasti dan akan dipecat. The Star

    Penyokong Mursiterus berkumpul,penduduk mula

    naik angin

    Pengundi dijangka pilih Abe

    Gaung jadi port posmen buang surat

    BUANG UNDI: Warga Jepun membuang undi dalam pilihan raya Dewan Tinggi Jepun di Tokyo,semalam, yang dijangka dimenangi Encik Abe dari Parti Demokratik Liberal (LDP). Foto AFP

    PILIHAN RAYA PARLIMEN JEPUN POLITIK MESIR

    Foto: THE STAR

    SEKITAR MALAYSIA

    LEARNSG

    Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013 5

    Berita DUNIA

  • WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 6.5 pada skalaRichter melanda New Zealand semalam, menggegar-kan ibu kota negara itu tetapi tiada amaran tsunamiyang dikeluarkan.

    Gempa itu melanda pada 5.09 petang (waktu tempa-tan) di Selat Cook, sekitar 57 kilometer ke barat dayaWellington dengan kedalaman 14 kilometer, menurutPusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Pihak USGS awalnya melaporkan gempa itu beruku-ran 6.9 pada skala Richter.

    Gempa itu disusuli satu lagi gempa berukuran 5.5dan berlaku sekitar 10 jam setelah gegaran sekuat 5.8di kawasan sama yang telah digegarkan gegaran bergan-da sejak beberapa hari lalu.

    Berpuluh gempa dicatatkan berlaku semalam de-ngan khidmat pantauan gempa New Zealand, GeoNet,menyifatkan gempa sekuat 6.5 yang dirasakan di ba-nyak kawasan sebagai teruk.

    Berlaku gegaran dan getaran selama sekitar 30saat, kata seorang penduduk bandar Nelson di SouthIsland.

    Jabatan bomba turut menerima banyak panggilanmeminta bantuan daripada penduduk yang terpe-rangkap dalam lif di Wellington.

    Gempa yang berlaku itu juga menyebabkan sistempemercik air (sprinkler) dalam bangunan di kawasanbandar menjadi aktif dan memotong bekalan elektrikdi beberapa kawasan.

    Ahli seismologi, Cik Anna Kaiser, memberitahu akh-bar New Zealand Herald bahawa gempa sekuat itutidak asing di rantau itu.

    Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan gempasekuat itu boleh menyebabkan berlakunya tsunamitempatan, tetapi tiada ancaman tsunami pemusnahyang meluas.

    Pihak berkuasa pertahanan awam New Zealand ber-kata gempa itu tidak berkemungkinan menyebabkantsunami yang akan mengancam New Zealand.

    Kejadian gempa di kawasan itu baru-baru ini berpu-sat sekitar 200 kilometer ke utara bandar kedua terbe-sar negara itu, Christchurch.

    Pada Februari 2011, gempa sekuat 6.3 menumbang-kan bangunan yang menimpa para pekerja yang keluarmakan tengah hari dan menyebabkan 185 orang terkor-ban.

    New Zealand berada pada lingkaran yang dipanggillingkaran gunung berapi Pasifik atau Pacific Ring ofFire.

    Ia berada di sempadan plat tektonik Australia danPasifik dan mengalami 15,000 gegaran setahun. AFP.

    CANBERRA: Seramai 125 pemohon suaka ditahan polis dinegara pulau Pasifik, Nauru, setelah satu rusuhan berakhirdengan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besarpusat tahanan yang dikendalikan Australia, kata seorangpegawai semalam.

    Kebakaran pada Jumaat malam lalu memusnahkanblok penginapan, kemudahan perubatan dan pejabat sertamenyebabkan kerosakan bernilai 60 juta dolar Australia($69.84 juta), kata seorang jurucakap Jabatan Imigresen,yang tidak mahu dinamakan.

    Hanya bangunan tempat makan dan riadah yang terse-lamat daripada dijilat api.

    Menurut jurucakap Jabatan Imigresen itu lagi, seramai125 pemohon suaka kekal dalam tahanan polis semalamkerana kejadian rusuhan dan kebakaran.

    Beliau tidak pasti berapa ramai pemohon suaka yang te-lah didakwa.

    Pesuruhjaya Polis Nauru, Encik Richard Britten, tidaksegera menjawab panggilan telefon agensi berita The Asso-ciated Press (AP) kepadanya semalam.

    Baki 420 pemohon suaka yang sebelum ini turut ditem-patkan di pusat tahanan itu telah dipindahkan ke pusat ta-hanan kedua yang sedang dibina.

    Pusat tahanan kedua itu berada di kawasan lain pulau

    Nauru, yang didiami kurang 10,000 penduduk, kata ju-rucakap itu.

    Para pemohon suaka itu kini terpaksa tinggal dalamkhemah-khemah.

    Seramai lapan pemohon suaka menerima rawatandi hospital menyusuli rusuhan itu, di mana para pe-rusuh melemparkan batu ke arah pengawal dan pihakpolis yang bersenjatakan belantan dan perisai.

    Australia membuat bayaran kepada negara Nauru,dan Papua New Guinea untuk menempatkan pemohonsuaka yang cuba mendarat di Australia dengan menaikibot. Permohonan suaka mereka dinilai di pusat-pusattahanan di pulau-pulau itu.

    Sebagai langkah lanjut untuk menghalang lebih ra-mai pemohon suaka memulakan perjalanan menaikibot untuk sampai ke Australia, kerajaan Australia Ju-maat lalu mengumumkan bahawa semua pelarian yangtiba dengan bot akan ditempatkan secara tetap di Pa-pua New Guinea, negara dengan tujuh juta penduduk.

    Kebanyakan penduduk Papua New Guinea bercu-cuk tanam untuk menyara hidup mereka.

    Perdana Menteri Australia, Encik Kevin Ruud, ber-harap program tegar itu akan meningkatkan peluang-nya memenangi pilihan raya tahun ini dengan mengu-rangkan jumlah kedatangan pemohon suaka yangmenaiki bot.

    Sejauh ini, jumlah pemohon suaka yang tiba denganmenaiki bot telah melepasi 15,000 orang.

    Kumpulan pertama pelarian yang terjejas denganperaturan baru itu dipintas di perairan utara Australia,kelmarin.

    Encik Ian Rintoul, penyelaras kumpulan penyokongPerikatan Tindakan Pelarian Australia, berkata menyu-suli kebakaran itu, para pemohon suaka kini tidak da-pat dijaga dengan secukupnya di Nauru dan harus diba-wa ke Australia.

    Katanya, rusuhan Jumaat lalu adalah sebagai mem-bantah kelewatan permohonan suaka diproses dan te-lah dirancang sepanjang minggu tetapi kebakaran yangberlaku tidak dirancang.

    Rusuhan malam Jumaat dirancang sebagai tinda-kan melepaskan diri dan berarak ke lapangan terbangsebelum pulang ke pusat tahanan, kata Encik Rintoul.

    Nampaknya apa yang berlaku ialah mereka meng-hadapi lebih banyak tentangan daripada yang dijang-ka, katanya.

    Kebanyakan perusuh merupakan warga Iran, Pales-tin, Lebanon dan Iraq, kata Encik Rintoul lagi.

    Seorang penduduk Nauru yang menyaksikan rusu-han selama hampir sejam itu daripada pagar pusat taha-nan, Encik Clint Deidenang, memberitahu radio Austra-lian Broadcasting Corp. kelmarin sehingga 1,000 pen-duduk lelaki Nauru tempatan yang membawa parangdan paip besi tiba untuk membantu polis menghalangpara pemohon suaka daripada melarikan diri.

    Hari ini adalah hari bersejarah rusuhan terbesaryang pernah berlaku di bumi Nauru, yang paling ganasyang pernah saya lihat, katanya. AP, AFP.

    New Zealanddigegargempa

    Pemohon suakamerusuh

    HANGUS TERBAKAR: Gambar yang diambil Jumaat lalu dan diedarkan Jabatan Imigresen dan Kerakyatan Australia menunjukkanpetugas cuba memadamkan api setelah 125 pemohon suaka merusuh di pusat tahanan Australia di Nauru. Foto AP

    Percubaan tahanan melepaskan diri dan berarak ke lapanganterbang dibantut pasukan polis dan penduduk Pulau Nauru

    6 Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013

    Berita DUNIA

  • DI SAMPING baju kurungMelayu yang tetap menjadi pa-kaian tradisional Hari Raya Ai-dilfitri, terselit berbaris fesyenterkini baju kurung Peplum.

    Fesyen tersebut kini men-jadi kegilaan bukan saja golon-gan remaja, malah orang de-wasa yang ingin kelihatan ang-gun bila beraya seolah-olah be-rada dalam zaman P. Ramleeatau tarakucah.

    Beberapa peniaga di pu-sat-pusat beli-belah di bazarRamadan/Raya menyatakanbaju kurung Peplum yangramping di bahagian pinggangdan kembang di bahagianpunggung dan di hujung kain-nya amat laris dijual.

    Sekarang sana sini orangsibuk tempah dan beli baju un-tuk Hari Raya. Fesyen yangtop sekarang ini ialah baju-ba-ju kurung Peplum.

    Sebenarnya fesyen ini bu-kanlah baru... ia macam bajuSaloma dalam filem zaman P.Ramlee.

    Tapi sekarang lebih cantikkerana jenis kain mahal yangdigunakan untuk membuat-nya. Saya tengok yang sukabeli ialah orang-orang Singa-pura. Mereka pandai ber-gaya, kata Cik AsfarinaBakar, 20 tahun, pembantu jua-lan gerai pakaian Pustaka

    Azhar di Pasar Larkin, JohorBahru.

    Macam goreng pisangpanas. Hari ini gantung, esoklusa habis direbut pelangganyang ikut trend fesyen terkini.

    Anda tengok kedai-kedaisebelah, semuanya menjualbaju kurung Peplum, kataCik Bella, 19 tahun, juru jualkedai pakaian di Plaza Ang-sana.

    Pemilik Matre Collection,Cik Margaret Chong, 64tahun, mengesahkan beliaubanyak menerima tempahanbagi blaus Peplum bersertakainnya sejak beberapa bulanlalu.

    Saya tak ada masalahmembuatnya kerana saya adadesain sendiri atau mereka ba-wa contoh desain daripada ma-jalah atau Internet.

    Blaus Peplum ini jika di-pakai dengan betul akan me-nampakkan bentuk badan pe-makainya terutama yang ping-gang ramping. Memang me-narik jika pemakainya adapinggang dan berbadanlangsing.

    Orang berbadan gempaltidak begitu sesuai.. bukan takboleh pakai tetapi tak begitucantik, tambah beliau yangmempunyai pengalaman 40tahun menjahit dan mem-punyai kedai di Pasar Larkin.

    ORANG ramai yang ter-lepas peluang menontonfilem box-office Ombak Rin-du tetap boleh menikmati-nya musim Aidilfitri ini.

    Namun, mereka tidakboleh menontonnya, se-baliknya merasa sendiri nik-mat kuih yang khusus dibuatdengan meminjam namafilem popular yang ditayang-kan di pawagam serata Ma-laysia tidak lama dulu.

    Berita Harian ter-sandung kuih Ombak Rinduitu ketika meninjau aneka ge-rai di bazar Ramadan/Rayadi Plaza Angsana.

    Jurujual di gerai DapurUmmi itu, Cik Erny, lewat30-an tahun, dengan cepatmenyatakan Ombak Rindudipasarkan buat pertamakali tahun ini.

    Bos saya yang menciptakuih Ombak Rindu sempenanama filem yang tiba-tibameletup tu.

    Kita tak hebohkan kepa-da orang ramai tetapi entahmacam mana nanti ada yangtanya nama kuih yang pe-lik-pelik, kata Cik Erny ke-tika ditemui di gerainya diPlaza Angsana.

    Kuih berkenaan diper-

    buat daripada kerepek ja-gung yang diolah dengancoklat dan kelihatan sepertiberombak.

    Nama kuih-kuih lain yangdijual di gerai tersebut ter-masuklah Sehangat Asmara,Meletup, Bantal Saloma danmacam-macam lagi.

    Di sebalik nama yangmenyentuh perasaan itu, be-liau sendiri tidak beranimengesahkan kesemuakuih-muih glamor tersebut

    sedap rasanya.Seorang pelanggan yang

    singgah di gerai Dapur Um-mi itu mencelah: Saya per-nah dengar nama kuih lagipelik seperti Tahi Itik, Da-han Patah, Janda, JamaicaForest dan macam-macamlagi.

    Ini semua gimik... yangpaling sedap tetap kuih jenislama seperti makmur, tart,batang buruk dan putu ka-cang.

    CIK Normah Abdul Jamal dansuaminya, Encik Mohd YunosNoordin, bertungkus lumus meng-atur kuih-muih berwarna warnidan pelbagai nama di dua geraimereka di bazar Ramadan/Raya ditempat meletak kereta Pasar Lar-kin.

    Antara kuih-muih hasil airtangan beliau itu ada yang diang-gap kuih killer kerana sedap,popular dan laris dijual.

    Mereka merupakan antara pen-jaja pertama yang membuka geraibagi memenuhi permintaan pelang-gan termasuk ramai pelanggantetap dari Singapura.

    Kami sengaja buka siang-siangkerana kuih-miuh yang hendak di-jual telah kami siapkan. Kami takbergantung kepada pembekal se-perti yang dilakukan kebanyakangerai di sini.

    Lagipun kami tahu ramai pe-langgan tetap termasuk dari Singa-pura yang bakal datang mencari ka-

    mi untuk buat tempahan, kataCik Normah, 44 tahun, yang telahmenjaja kuih Raya sejak 2003.

    Encik Mohd Yunos, 58 tahun,melahirkan rasa syukur kerana ke-banyakan peniaga kuih-muihJohor sepertinya mendapat durianruntuh hasil sokongan pelanggandari Singapura.

    Dulu ada satu pak cik yang da-tang sekali beli kuih-muih berhar-ga sekitar RM2,000 ($830) penuhsatu kereta.

    Dia kata beli banyak-banyakuntuk bahagikan kepada anak-anaknya yang telah berkeluarga.Saya dengar pak cik itu dah me-ninggal tetapi anak-anaknya tetapdatang ke gerai saya, kata taukeNormah Cookies Enterprise itu.

    Cik Normah menyatakankededua gerainya itu menjual 70jenis kuih dengan kebanyakannyadihasilkan oleh beliau dan para pe-kerjanya sendiri.

    Antara kuih paling laris atau be-liau sifatkan sebagai kuih killler

    termasuk Gajus Turkey, BiskutN&M, Oreo, Tat Karipap Nanasdan Lapis Milo.

    Bazar Ramadan/Raya Larkinitu masih belum dibuka sepenuh-nya kerana para penjaja menjan-gkakan permintaan hanya men-ingkat pada minggu kedua Ra-madan.

    Namun, di bazar Ramadan/Raya bersebelahan Plaza Angsana,para pengunjung sudah mula ber-sesak untuk mendapatkan pilihanjuadah Raya.

    Begitu juga di tempat meletakkereta Stadium Larkin yang jugatapak pasar tani, beberapa penjajasudah mula membuka gerai yangmenjual kuih-muih Raya dan pel-bagai jenis kerepek.

    Orang ramai kini banyak pili-han bagi membeli kuih Raya. Bagiyang pentingkan mutu dan rasa,mereka akan cari gerai yang men-jual kuih Raya buatan sendiri atauhome made yang boleh tahan la-ma, tegas Cik Normah.

    E SAINI [email protected]

    PARA peniaga di pusat-pusat be-li-belah dan bazar Ramadan/Rayayang dibuka bak cendawan tumbuhselepas hujan di Johor Bahru men-jangkakan perniagaan mereka terusrancak hasil permintaan yang masihtinggi dari warga seberang Singa-pura!

    Deruman kenderaan dan deruanwarga Singapura dijangka menjadi an-tara penyumbang utama peningkatanperniagaan di pusat-pusat beli-belahdan bazar-bazar Ramadan/Raya le-bih-lebih lagi apabila mereka men-dapat baucar GST pada 1 Ogos ini.

    Ketergantungan para peniaga JBterhadap pelanggan dari Singapura ituterang-terang dinyatakan ramai pe-niaga musiman dan pekedai di sana ke-tika ditanya mengenai jangkaan sam-butan dan perniagaan mereka sem-pena Ramadan tahun ini.

    Pemilik firma da simple creative,Encik Yaacob Sayan, 56 tahun, yangditemui di gerainya di bazarRamadan/Raya di Plaza Angsana,menyatakan judah Raya yang dijual-nya memang disasarkan kepada war-ga Singapura.

    Orang Singapura sekali belibanyak dan tak banyak berkira.

    Orang Johor ada beli tetapi sikit dansuka tawar serendah mungkin.

    Kalau tak ada orang Singapura,tak mungkin perniagaan di JB bolehrancak dan terus berkembang, kataEncik Yaacob sambil menyatakangerainya mendapat sambutan sangatbaik daripada warga Singapura ber-dasarkan hasil jualan pertama kali disitu tahun lalu.

    Menurutnya, kebanjiran warga Sin-gapura menambah seri kemeriahanmenyambut Aidilfitri di bandar di sela-tan Semenanjung itu.

    Pemilik Lan Lia Collection, CikWidiakaswati Samsudin, 28 tahun, diKota Raya juga menyatakan sekitar90 peratus pelanggannya adalah dariSingapura.

    Duit anda besar dan kerana ituwarga Singapura mewah berbelanja.Dia orang suka beli yang mahal danada jenama seperti Fareeda dan Na-tasha. Meskipun mahal bagi standardorang Johor, ia murah bagi orangSingapura, tambah beliau yang mem-punyai cawangan kedai di Pasar Lar-kin.

    Pemilik kedai jahit, Marte Collec-tion, Cik Margaret Chong, 64 tahun,sambil menunjukkan timbunan begberisi kain upah jahit, berkata: OrangSingapura ini banyak tempah kainyang mahal-mahal dan mereka hanyamahu fesyen terbaru.

    Mereka banyak kasi kita bisnes.kalau dia orang tak langgani kami katsini, bisnes di JB tak boleh maju danbagus.

    Sebenarnya kedua-dua pihak,warga Singapura dan Johor, sama-sa-ma untung. Peniaga Johor raih untungdan warga Singapura dapat barangyang jauh lebih murah apabila datangsini.

    Tinjauan Berita Harian mendapatidi sebalik permintaan daripada wargaSingapura yang terus tinggi, hargabarangan dan makanan di JB agak sta-bil dan tiada tanda-tanda akan naikmendadak.

    Seorang teknisyen, Haji Solhan Ari-ffin, dari Woodlands, menyatakan be-liau banyak berbelanja untuk HariRaya di JB.

    Awak tengok saya beli tigapasang baju kurung dengan setiappasang berharga RM69 atau RM207bagi tiga pasang. Awak kira duit Sin-gapore baru $84. Mana boleh dapatkat Singapore harga macam ini!

    Johor dan Singapura sama-samauntung. Peniaga Johor buat duit ter-utama musim Hari Raya manakalawarga Singapura dapat jimat dan belibarang pada harga lebih rendah ber-banding di negara sendiri, tambahHaji Solhan ketika ditemui membelijuadah berbuka puasa selepas puasberbelanja di Plaza Angsana.

    Beliau dan seorang lagi pegawai pe-masaran, Encik Johari Tahir, 46tahun, menyatakan peniaga JB dijang-ka meraih durian runtuh apabila ramaiwarga Singapura yang layak meneri-ma baucar GST 1 Ogos ini men-yerbu bandar itu menjelang HariRaya.

    Fesyen gaya Saloma jadi pujaan kali ini Ingin jamu tetamu Ombak Rindu?

    Ada pak cik beli sampai RM2,000...

    Jom Belanja!

    NAMA UNIK: Cik Erny, pembantu jualan di gerai Dapur Ummi diAngsana, menunjukkan kuih terbaru, Ombak Rindu, sempena namafilem box-office di Malaysia.

    BAJU KURUNG PEPLUM KINI POPULAR: Baju kurung Peplum menjadifesyen paling popular di Malaysia dan Singapura Aidilfitri tahun ini.

    PENJAJAPERTAMA DI

    PASAR LARKIN:Cik Normah Abdul

    Jamal dansuaminya, MohdYunos Noordin,

    menyusun juadahHari Raya hasil airtangan mereka di

    Pasar Larkin. Foto-foto JOHARI

    RAHMAT

    MUDEK KE JOHOR BAHRU: Kereta plat Singapura dilhat bertaburan di pusat-pusat beli-belah di Johor termasuk Plaza Angsana yang menjadi tumpuan masyarakat Melayu Singapura berbelanja menjelang Aidilfitri. Foto SAINI SALLEH

    PILIHAN LUAS:Deretan gerai pakaian

    menanti pelanggandi Kip Mart, Tampoi. Foto JOHARI RAHMAT

    TEMPAHANMENDERU DARISEBERANG:Cik MargaretChong, tukangjahit di PasarLarkin, mampumenjahit apajuga fesyensekali punkeranaberpengalaman40 tahun.

    EBazar Ramadan/Raya di Johor tumbuhbak cendawan selepas hujan

    EJangka niaga rancak hasil permintaantinggi pembeli Singapura

    Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013 7

    Berita SETEMPAT

  • LANGKAH Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) tidak

    memperbaharui lesen pengendali teksi Smart tidak

    mengejutkan. Selain gagal penuhi kadar tempahan

    menerusi telefon, Smart tidak kekalkan minimum 800 teksi

    di jalan raya serta gagal memenuhi piawaian seperti kadar

    kemalangan dan kadar kelulusan pemeriksaan kali

    pertama. Dengan langkah LTA itu, Smart perlu

    memastikan kebajikan sekitar 300 drebar teksinya terjaga.

    Ini termasuk menyelesaikan tunggakan gaji danmemastikan mereka dapat pekerjaan sama di syarikatpengendali teksi lain atau pekerjaan lain.

    LTA pula sebagai badan penguatkuasa perlu memastikankesan langkahnya itu ke atas penumpang dan pemanduteksi adalah minimum. Ini walaupun bilangan teksi Smartkurang 1 peratus daripada jumlah teksi di sini.

    Baki enam syarikat teksi yang masih beroperasi jugaperlu memikirkan dengan mendalam bagaimana merekadapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan teksi di sini.LTA telah memperkenal piawaian lebih ketat bagimemastikan bilangan minimum teksi yang beroperasi di

    jalan raya, bermula awal tahun ini. Hanya Comfort danCityCab berjaya memenuhi piawaian lebih tinggi itu,empat bulan selepas ia dilaksana.

    Melangkah ke hadapan, LTA mungkin bolehmenimbangkan usaha menyusun syarikat teksi bagimembolehkan mereka menikmati ekonomi skala. Ia jugaperlu mengkaji dengan mendalam usaha membantupemandu teksi mencapai tahap profesionalisme lebih tinggi.Pada akhirnya kita mahu melihat sistem berkesan danmemuaskan penumpang dalam memenuhi keperluanmereka. Ini dengan sendiri akan memberi manfaat kepadasyarikat pengendali dan pemandu teksi sendiri.

    SATU petang musim luruh yanglalu, dalam kawasan bandar yangdipenuhi bangunan pencakar la-ngit, dua ahli perniagaan Amerikasibuk meratah ketam cili di pusatpenjaja Lau Pa Sat, salah satu dari-pada pelbagai hab penjual makan-an jalanan di Singapura. Merekamenyifatkan Singapura sebagaiSwitzerland di Asia.

    Memang benar, Singapura telahmenarik pelabur asing dengan matawang yang kukuh, ekonomi yangmesra perniagaan dan kebersihan,selain menarik pelancong ke pel-bagai tarikan moden seperti SkyPark setinggi 55 tingkat di MarinaBay Sands dan Sentosa.

    Berbanding Switzerland yangmerupakan sebuah negara perta-nian, kepulauan kecil ini mengim-port 93 peratus makanannya. Wa-laupun Singapura bermula sebagaisebuah kampung, konsep pertaniandi tempat yang padat dengan pen-duduk ini seolah-olah tidak masukakal.

    Namun pertanian memang wu-jud, terutama sekali dalam duatahun lalu di kawasan kejirananKranji. Kawasan ini bukan tempat

    pelancongan besar, tetapi ia me-nempatkan resort ladang dan pelan-congan agro di mana locavore, atauidea memakan makanan yang dita-nam dan disediakan secara setem-pat, semakin popular dan mulamendefinisikan semula masakandan budaya Singapura.

    Sebagai sebuah negara, dengankawasan kira-kira 710 kilometerpersegi, Singapura mendapati dirin-ya diselubungi jerebu akibat pem-bakaran hutan di Sumatera, Indone-sia, dan ia kini mula memikirkandengan serius isu-isu sepertibekalan rangkaian makanan danmeneroka pertanian yang berdayatahan.

    Pelbagai ladang bandar yang ba-ru, pasar tani dan taman-tamantegak telah tumbuh, sesuatu peman-dangan yang dialu-alukan untukpenduduk dan pelancong yang men-cari ketulenan di dalam bandaryang menurut beberapa pihak se-bagai terlalu steril.

    Singapura adalah sebuah pulautropika dan menempatkan beri-bu-ribu tumbuhan yang boleh dima-kan, kata Cik Ivy Singh, seorangpetani dan pemilik restoran. Tiba

    masanya untuk kita mengambilsemula tanah dan menggunakan-nya untuk sesuatu yang lebih Si-ngapura.

    Tarikan terbaru kepada idea iniadalah Sky Greens, koleksi 120sembilan meter, atau 30 kaki me-nara yang dibuka pada akhir 2012dengan menggunakan kaedah yangdipanggil Kumpulan Pertanian Me-negak A-Go-Go, yang menyeru-pai roda Ferris, disumbat dengansayur-sayuran dan direka untuksayur-sayuran hijau seperti bayamdan bok choy.

    Sky Greens adalah ladang perta-ma Singapura, yang terletak diKranji, 22 kilometer dari pusat ban-dar Singapura, dengan perkhidma-tan bas yang disediakan setiap 75minit.

    Jejak Warisan Kranji, dimula-kan pada 2011, merangkumi 34ladang bebas dan perniagaan ber-kaitan pertanian. Tujuh belas jejakperhentian ini dibuka kepada orangramai, termasuk sebuah ladang ter-nakan, ladang kambing, ladangpembiakan katak, tamansayur-sayuran, sekolah memasak,dan D'Kranji Farm Resort, dengan

    19 villa dan spa mesra alam.Satu hari meneroka ladang di

    Kranji adalah penawar yang ter-baik sebagai pilihan alternatif ber-banding lawatan ke pusat-pusatpenjaja atau tarikan bandar yanglain.

    Salah satu kemuncak jejak ialahBollywood Veggies sekolah me-masak, restoran dan ladang yang di-miliki Cik Singh, seorang usahawanpertanian yang lantang.

    Cik Singh, berdiri di kebunpisang Cavendish, salah satu daripa-da lebih daripada 20 jenis pisangyang berbeza di lokasi, mengingat-kan pengunjung bahawa ketamlumpur (digunakan untuk menyiap-kan ketam cili Singapura) sering di-import dari Sri Lanka dan makananjalanan yang terkenal di Singapurasebenarnya bukan asal tempatan.

    Restoran beliau, Poison Ivy, dik-endalikan oleh siswazah CordonBleu yang menyediakan makanantermasuk kari pisang, rojak-bungadan telur dadar otah-otah.

    Penjaja makanan juga telahmengikuti trend terbaru ini. EncikDerrick Ng daripada gerai Sup IkanWang Yuan di Tampines mengenda-likan satu siri projek kebun bandar

    yang dikenali sebagai GenerationGreen, dengan menjual hasil tempa-tan untuk kedai-kedai kesihatan,restoran dan peruncit.

    Taman Edible Singapura pulamembantu individu dan institusimewujudkan taman-taman, sepertisayur-sayuran yang dibina di Path-light, sebuah sekolah untukkanak-kanak autistik.

    Pertanian seperti ini mungkinsudah biasa di Copenhagen atauNew York, tetapi menggalak satugenerasi yang dibesarkan di ka-wasan pencakar langit untuk me-ngotorkan tangan mereka dengantanah bukanlah mudah.

    Hort Park memperkenalkantaman atas bumbung dan tamansayur-sayuran menegak danmenawarkan bengkel kebun percu-ma untuk pelawat dan pelancong.

    Taman Sengkang Riversidemempunyai jejak pokok buah-buah-an dengan lebih daripada 300 jenis,termasuk laichi, manggis dan du-rian.

    Garden by The Bay, yang diurus-kan Lembaga Taman Negara(Npark) dibuka pada 2011 di atastanah tambak. Seluas 101 hektar,atau 250 ekar, ia menempatkan pel-

    bagai taman-taman menegak dankonservatori atau rumah pemuli-haraan, termasuk konkrit setinggi30 meter Supertree yangmenyerupai pokok kelapa sawitbatu, setiap satu dihiasi paku-pakis,orkid dan bromeliad berlatar bela-kang pertunjukan laser malam.

    Hampir semua,kecuali satupenempatan kampung, KampongBuangkok, telah dirobohkan sewak-tu pembangunan pesat di Singapu-ra.

    Kampong itu boleh dicapai me-nerusi Jejak Penghubung Taman,iaitu rangkaian sepanjang 100 kilo-meter yang menghubungkan pel-bagai taman di Singapura. Perjalan-an ini merupakan peluang terbaikuntuk melihat sendiri lebih 2,000tanaman-tanaman liar, 295 ku-pu-kupu, 57 mamalia dan 370 jenisburung.

    Malangnya, Kampong Buang-kok kini menghadapi ancamandirobohkan. Sedang ia menjadi sim-bol masa silam Singapura, ia jugamembawa pelbagai pengajaran ten-tang masa depannya.

    E Rencana ini telah disiarkan diInternational Herald Tribune

    HAMPIR setiap tahun penentuan tarikhpermulaan Ramadan dan Syawal menjadisumber pertikaian antara beberapa organisa-si di Indonesia.

    Perbezaan ini amat ketara antarapengikut-pengikut organisasi Nahdlatul Ula-ma (NU) dan Muhammadiyah.

    Memandangkan kedua-dua organisasi inimempunyai sejarah yang panjang danribuan pengikut, perselisihan antara ke-dua-duanya jika tidak ditangani secara he-mat berisiko memecah-belahkan umat Islamdi negara itu.

    Secara ringkas, Muhammadiyah ditubuh-kan pada 1912 atas alasan untukmemurnikan agama daripada tokok-tam-bah. Muhammadiyah banyak menyumbangdalam reformasi pendidikan agama.

    NU pula adalah organisasi massa terbesardi Indonesia. Ia didirikan pada 1926 dengantujuan mengekalkan tradisi Ahlus SunnahWal Jamaah.

    Ia juga mendukung pengajian agama me-nerusi sekolah pondok dan pesantren, se-mentara mengekalkan kepimpinan para kiaidan tradisi kitab kuning. Mengikut sejarah,NU didirikan sebagai reaksi kepada pemiki-ran Muhammadiyah yang dituduh sebagaiantitradisi.

    Penentuan awal Ramadan oleh ke-dua-dua organisasi pada tahun ini juga berbe-za. Anggota-anggota Muhammadiyah memu-lakan ibadah puasa pada hari Selasa 9 Julaimanakala NU pula mengisytiharkan 1 Ra-madan pada Rabu 10 Julai.

    Rata-rata, banyak negara di dunia, terma-suk Singapura dan Malaysia, memulakanpuasa sama seperti hari yang diisytiharkanNU.

    Malah, Kementerian Agama Indonesia ju-ga menetapkan 1 Ramadan sebagai 10 Julai,dan ini diikuti oleh banyak organisasi-orga-nisasi lain seperti Majelis Ulama Indonesia(MUI), Persis, Ikatan Cendekiawan MuslimIndonesia (ICMI) dan Dewan Masjid Indone-sia.

    Bagaimanapun, setiap pengisytiharantarikh itu adalah pandangan yang tidakmengikat.

    Apakah yang menyebabkan perbezaandalam menentukan tarikh awal Ramadanini? Kesemuanya bersandarkan perbezaanpandangan ulama-ulama terdahulu.

    Muhammadiyah menggunakan hisab,iaitu kaedah moden berlandaskan mateme-tik dan astronomi dalam menentukankedudukan bulan. Sebaliknya, NU meng-gunakan kaedah rukyatul-hilal dengan meli-hat anak bulan.

    Kaedah UN ini bersifat lebih tradisionaldan lebih dipakai di Indonesia.

    Kini, ada kaedah yang disebut ImkanurRukyat Mabims, atas persetujuanMusyawarah menteri-menteri agama Bru-nei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.Kaedah ini boleh dikatakan cuba menyatu-kan kaedah hisab dan rukyat.

    Tanpa menghuraikan panjang lebar inti-pati kaedah-kaedah tersebut, hakikatnya, pe-nentuan tarikh Ramadan dan Syawal iniadalah satu perkara yang sensitif bagi umatIslam dan mempunyai natijah yang besar.

    Secara tidak langsung, ia menentukan bi-la malam Nuzul Quran dan Lailatul Qadar,bagi mereka yang berpandangan bahawahari-hari tersebut jatuh pada hari-harikhusus di bulan Ramadan.

    Malangnya, perbezaan dalam menentu-kan tarikh-tarikh tersebut seringkali menjadibuah mulut dan bahan gelak segelintir pihak,baik di Indonesia mahupun di negara asing.

    Bagaimana umat Islam boleh bersatu se-dangkan masih bertelingkah soal remeh, soaltarikh?

    Semasa saya melakukan kajian saya di In-donesia, ada juga ulama yang menyuarakankekesalan mereka kerana masih belummendapat huraian bagi perbezaan tersebut.

    Namun, pada hemat saya, masyarakat In-donesia sudah dapat menerima perbezaanpandangan ini dengan terbuka. Kita kurangmendengar akan adanya sebarang sera-ngan-serangan atau cemuhan-cemuhan dilon-tarkan kepada pihak yang berbeza panda-ngan.

    Ini manifestasi kematangan yang ditunjuk-kan oleh tokoh-tokoh agama di Indonesia.

    Adalah diharapkan agar kesopanandalam memberikan pandangan soal tarikhawal Ramadan ini dapat dilanjutkan kepadaisu-isu lain.

    Hakikatnya, boleh sahaja kita tidak ber-setuju dengan fahaman-fahaman lain tetapiharus sama sekali mengelakkan daripadabertindak ganas, mencerca, mentelah me-ngancam nyawa.

    Isu perbezaan dalam penentuan tarikh inijuga dapat memberikan beberapa pengaja-ran pada kita.

    Pertama, ada banyak perkara dalam aga-ma kita yang membenarkan perbezaan pan-dangan. Justeru, kita harus lebih banyakmembaca agar dapat menilai pandangan-pan-dangan alternatif bersabit sesuatu perkara.

    Usaha ini tidak harus terhenti dengan ha-

    nya menelaah kitab-kitab klasik malahpemikir-pemikir Islam masakini yang menga-jar di universiti-universiti terkemuka di Ba-rat.

    Misalnya, pandangan Muhammadiyahdan NU dalam hal tarikh ini semuanya ber-sandarkan nas-nas agama, walaupun san-darannya berbeza. Yang penting, kedua--duanya terima bahawa puasa itu wajib.

    Kedua, kita boleh sahaja meyakini baha-wa pandangan kita adalah yang terbaik ber-banding pandangan orang lain tetapi harusbersedia untuk terima pandangan yang ber-beza secara hormat.

    Dalam masa yang sama, kita juga harusmemberi ruang untuk memikir-ulang pan-dangan yang kita pegang selama ini. Jika per-lu, kita harus bersedia mengubahnya jikaternyata pandangan alternatif itu lebih baikdan munasabah dalam konteks masakini.

    Ketiga, adalah perlu seseorang ketua aga-ma menyatakan hujah-hujah pandanganmereka secara terperinci dan terbuka kepa-da umum. Ini agar masyarakat dapat menilaibaik-buruknya sesuatu hujah.

    Maka inilah yang dilakukan oleh NU danMuhammadiyah, iaitu cara penentuan awal

    Ramadan dijelaskan kepada masyarakat se-cara meluas sehingga mereka fahamasas-asas hujah mereka.

    Sebagai masyarakat pula, kita tidak harusberpuas hati dengan hanya bertaklid. Kitatidak harus menyerahkan soal-soal agamakepada pemimpin-pemimpin agama tanpamemahami asas-asas pandangan mereka.

    Lantas, cabaran utama masyarakat kitaadalah untuk membina orientasi keagamaanyang lebih rasional.

    Sebenarnya, dengan melihat per-bezaan-perbezaan antara agamawan-agam-awan kita terdahulu dan masakini, bukanlahmudah untuk menghukum sesuatu pihak itusebagai sesat atau keliru.

    Namun, tidak ada jalan pintas untuk men-capai hal sedemikian melainkan meluaskanpembacaan kita, mendekati ilmu dan pan-dangan berbeza dengan sifat terbuka, dan ju-ga mempunyai ramai guru.

    ENota: Penulis calon doktor falsafahSekolah Antarabangsa, Politik, StrategikUniversiti Kebangsaan Australia (ANU).Beliau penerima biasiswa Muis (PGS)2011.

    Pertanian mula subur di Singapura

    Lebih terbuka hadapi perbezaan

    SEDIA MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN: MusIim di Indonesia berkumpul di bumbung Masjid Basmol Al-Hidayah di Jakarta awal bulan ini untuk melihat anak bulan bagi memulakan ibadat puasa. Foto AFP

    PANDANGAN

    Ke arah sistem teksi yang berkesan dan memuaskan penumpang

    PENENTUAN TARIKH RAMADAN DAN SYAWAL DI INDONESIA

    Isnin, 22 Julai 2013

    NORSHAHRIL SAAT

    8 Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013

    Rencana PANDANGAN

  • ENUR ATIKAH JAMSURI

    PADA musim sejuk yang lalu,saya sekeluarga telah bercuti keBeijing, China, bersama rombonganseramai 24 orang.

    Seronok betul bercuti beramai-ra-mai, lebih seronok daripada yangsaya sangka.

    Di Beijing, kami mengunjungiSummer Palace. Tasik di situ sudahmenjadi air batu, dek suhu di bawahparas beku. Menarik sungguh apabi-la kami dapat berjalan di atas tasik.

    Puas meneroka Summer Palace,

    kami ke masjid pertama Beijing,Masjid Niujie. Setelah itu, kami ke se-buah pasar raya khas untuk pelang-gan Muslim kerana semua baranganyang dijual di situ halal.

    Kami juga sempat menonton se-buah persembahan akrobatik yangdipentaskan pada waktu malam.

    Persembahan tersebut sungguhmenakjubkan. Segmen yang palingsaya sukai ialah pertunjukan tera-khir di mana empat motosikal berpu-sing-pusing di dalam sebuah bola be-si gergasi! Skill betul para penung-gangnya.

    Apabila ke Beijing, tidak sah jikatidak ke Tiananmen Square dan For-bidden City. Di situlah tempat kedia-man Maharaja Dinasti Cina dahulu.

    Rombongan kami diberitahu, ke-diaman Maharaja Cina itu mempu-nyai 9,999 bilik.

    Daripada kediaman gah danpenuh kemewahan, kami menaikibeca mengelilingi kawasan perumah-an rakyat Beijing miskin di Hutong.Meskipun hidup dalam serba kekura-ngan, para penduduk di situ nampakceria.

    Dengan menaiki beca juga, kami

    ke kawasan yang dipenuhi rumah-ru-mah urut. Sewaktu Sukan OlimpikBeijing 2008, ramai atlit yang datangke kawasan ini untuk mendapatkankhidmat urut tradisional Cina.

    Kami tidak berhenti untuk me-ngurut, sekadar melihat dari jauh. Se-terusnya, kami ke kilang membuatsutera.

    Ibu saya dan seorang lagi wanitadaripada rombongan kami membelicadar katil setelah beberapa kali di-ngoyok oleh si penjual!

    Selepas ke kilang sutera, kami kekilang jed pula. Adik perempuan sa-ya membeli gelang jed sebagaikenang-kenangan.

    Jauh berjalan, perut pun berke-

    roncong. Jadi kami singgah ke sebu-ah restoran untuk makan tengahhari.

    Restoran yang kami kunjungi itumerupakan bekas tempat perkahwi-nan pada zaman Kublai Khan.

    Tentunya, kami tidak melepas-kan peluang melawat Tembok BesarCina.

    Sebilangan orang daripada rom-bongan kami berjaya mendaki tem-bok itu sepenuhnya meskipun dalamcuaca sejuk, sekali gus membuatanak-anak tangga tembok itu yang li-cin kerana sudah diselaputi ais.

    Setelah kesejukan, kami menujupula ke kilang membuat teh, Dr Tea,untuk menghirup teh panas yang

    menyegarkan satu persinggahanyang sesuai untuk menyemarakkantenaga sebelum kami membeli-belahdi pasar bebas Xiushie.

    Dalam rangka lawatan kami keBeijing, kami juga ke kedai permai-dani, pasar bebas Mutiara, makanitik panggang dan bermain ski.

    Apabila tiba masa untuk menin-ggalkan China, kami rasa agak sedihkerana seminggu di sana seolah-olahtidak mencukupi.

    Apa-apa pun, Beijing akan selaluberada di hati saya.

    Wo ai ni Beijing!

    E Penulis seorang penuntutPoliteknik Temasek.

    Wo ai ni Beijing

    PENGALAMAN BARU: Penulis berpeluang bermain ski.

    MENGKAGUMKAN: Penulis sempat menyaksikan persembahan akrobatik semasa bercuti ke Beijing. Foto-foto NUR ATIKAH JAMSURI

    Ruangan GAH! mengalu-alu sumbangan sukarela anda.Sila kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara kepadapengelola melalui e-mel: [email protected] anda sebaik-baiknya antara 450 dengan 550 perkataan.

    Gambar perlu dalam format JPEG dengan resolusi sekurang-kurangnya 200 dpi.Sertakan sepotong ayat mengiringi gambar anda. Sertakan juga nama penuhpenulis, pekerjaan dan nombor telefon bimbit anda.

    AYUH KONGSI PENGALAMAN KEMBARA

    Hati penulis terpaut selepas seminggu bercuti di China

    BUAT KENANGAN:Penulis (tengah)bergambar bersamakeluarga di TembokBesar China.

    Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013 9

    Gah! Gaya Hidup Artistik Hiburan

  • EDR FADZIL HAMZAH

    SEMASA Ramadan, timbul kepri-hatinan di kalangan kita tentang ama-lan bersenam.

    Ini memandangkan kita tidak bo-leh minum atau makan sewaktu ber-puasa untuk menggantikan tenagayang hilang akibat kegiatan harian.

    Sebenarnya tiada jenis senamanyang khusus yang boleh dianggappaling sesuai dilakukan di bulan Ra-madan. Tetapi dengan sedikit pe-rubahan pada tabiat senaman dan di-et, seseorang itu masih mampu berse-nam tanpa menjejas kesihatan.

    Apa yang boleh kita lakukan danbagaimanakah harus kita merubahtabiat senaman sewaktu berpuasa?

    Mungkin nasihat berikut dapatmenjawab soalan-soalan tersebut:

    1) Dapatkan nasihat doktor ke-luarga anda sebelum memulakan se-barang rutin senaman terutamanyasemasa anda berpuasa.

    Doktor anda biasanya akan tahusecara mendalam tentang kesihatandan sejarah perubatan anda danmampu memberikan panduan ter-perinci kepada anda.

    2) Jangan berhenti bersenam.Tubuh anda mengekalkan kelom-

    pok otot selagi ia masih digunakan.Apabila anda berhenti bersenam

    pula, lemak akan terkumpul dan iniakan menyebabkan berat badan an-da semakin meningkat.

    Semasa berpuasa, metabolismeanda akan menjadi agak perlahan un-tuk mengekalkan tahap tenaga di da-lam badan.

    Namun, berat badan anda akanberkurangan semasa anda berpuasaakibat dehidrasi dan kelompok ototyang berkurangan.

    Meskipun begitu, anda masihmampu mengekalkan kelompokotot yang masih ada sekiranya andameneruskan aktiviti senaman.

    Sebaiknya sediakan perancangansenaman yang lebih realistik.

    3) Pilihlah jenis senaman yang ku-rang intensif.

    4) Pilihlah kegiatan seperti ber-jalan dan bukan berlari.

    Cara ini memberi impak yang le-bih rendah namun masih dapat me-ningkatkan metabolisme individuitu.

    5) Cuba lakukan pergerakan yo-ga atau tai-chi.

    Pergerakan perlahan sebegini bu-kan sahaja akan meningkatkan kese-imbangan dan memberi stimulasi pa-da tubuh, malah ia juga dapat mene-nangkan dan membantu minda agarlebih jelas.

    6) Lakukan latihan angkat berat.Kaedah ini dapat menguatkan ototsecara keseluruhannya.

    7) Cuba lakukan kegiatan sepertiberkebun atau kerja rumah. Ia me-merlukan anda agar berbongkok,mengangkat dan menggerakan selu-ruh tubuh. Bukan sahaja ia baik un-tuk tubuh, malah memastikan ru-mah anda bersih, terutama untukpersediaan Hari Raya.

    Kebaikan senamansemasa Ramadan

    Kita sering dengar keluhan sese-tengah orang yang berkata merekamenambah berat badan semasa Ra-madan. Ini berlaku kerana sejuruswaktu berbuka, mereka terus menik-mati makanan yang disediakan.

    Kadangkala, selepas solat tara-wih, sesi makan disambung sehing-galah ke lewat malam.

    Sejurus makan, terus tidur.Sistem tubuh akan menjadi perlahanketika kita tidur dan ini menyebab-kan komponen makanan terkumpulsemasa waktu itu. Tetapi jika adausaha untuk bersenam sewaktu si-ang hari, maka makanan itu akan di-salur kepada pembaikan otot.

    Sekiranya seseorang itu terus ber-senam semasa Ramadan, beliautidak perlu kembali ke peringkatawal semasa bersenam selepas Ra-madan.

    Waktu terbaik bersenamsemasa Ramadan

    Sebaiknya lakukan senaman sele-pas solat tarawih. Ini akan memasti-kan yang anda terus mendapat be-kalan makanan dan minuman yangdiperlukan untuk sistem tubuh se-masa bersenam.

    Jika ini dianggap terlalu lewat,maka anda boleh bersenam sekitarsejam selepas berbuka sebelum me-lakukan tarawih anda itu.

    Senaman selama 20 hingga 30 mi-nit sudah memadai.

    Kadang kala bagi mereka yangingin melakukan senaman kardiovaskular bagi mengurangkan berat

    badan, sebaiknya ini dilakukan sebe-lum sahur.

    Sekiranya anda seorang yangmampu bangun awal sebelum ber-sahur, maka sebaiknya minum ba-nyak air, seperti air masak, milo, mi-numan bergandum dan tunggu sela-ma 30 minit sebelum melakukan se-naman kardio vaskular antara 30 de-ngan 45 minit.

    Ini termasuklah berjalan pantasatau berjalan atas mesin treadmill.

    Berlari pecut juga baik dilakukan.Ia memerlukan kurang 10 minit

    dan memanfaatkan seseorang itu me-nerusi membakar lemak dan menge-kalkan otot tanpa lemak.

    Tip pemakananbersenam semasa Ramadan

    Pastikan anda dapatkan minu-man yang cukup. Apabila bercakaptentang pemakanan sihat, jangan lu-pa minuman yang mencukupi.

    Pastikan anda minum air secukup-nya seperti semasa berbuka atausahur. Elakkan minuman yang me-ngandungi diuretiks seperti kopiatau teh yang boleh menyumbangkepada masalah dehidrasi.

    Dapatkan makanan yang berzatseperti padat protein dan serat.

    Sebaiknya pilihlah makananyang kaya dengan zat.

    Sebaiknya karbohidrat yang si-hat, sumber protein yang baik, sayur-sayuran, buah-buahan, tenusurendah lemak dan sumber lemak asliyang sihat.

    Lemak-lemak ini mengandungibanyak manfaat dan akan memberianda tenaga sepanjang hari apabilaanda tidak makan.

    Protein dapat memberi rasa ke-nyang dan serat daripada sumber as-li seperti sayur dan buah-buahan ju-ga dapat mengekalkan tahap tenagasepanjang hari.

    Elakkan makanan bergoreng, ma-nisan dan yang mengandungi terlalubanyak lemak dan gula.

    Secara umum cuba makan maka-nan yang hadam perlahan dan mam-pu mengekalkan tahap kandungangula dalam tubuh untuk jangka masalama.

    E Penulis ialah Doktor ResidenKanan Pusat Perubatan SukanChangi, Hospital Besar Changi(CGH)

    LAPORAN mengenai pil sena-man bukanlah sesuatu yang baru.

    Beberapa laporan pernah munculsebelum ini di laman-laman Internet.

    Tetapi sebelum ini, semua itu ba-gaikan sesuatu yang sukar tercapai.

    Namun satu kajian baru yang di-laporkan dalam laman Nature Medi-cine melaporkan bahawa impiansedemikian mungkin menjadi realitisatu hari nanti.

    Ini hasil satu dapatan kajian yangdijalankan para penyelidik daripadaUniversiti Washington dan Universi-ti Saint Louis yang berlangsung diInstitut Scripps, Florida, mendapatikesan rangsangan ke atas sejenis pro-tein yang diberi nama REV-ERB se-hingga mampu mencapai sasaranyang diingini seseorang yang berse-nam.

    Ini termasuk juga mengurangkanberat badan dan meningkatkan ka-dar metabolisme.

    Menurut laman Theweek, parapenyelidik itu telah menyuntik tikusdengan bahan protein itu dan menda-pat kesan yang diingini.

    Haiwan-haiwan tikus yang disun-tik itu dikatakan dapat mengurang-kan berat badan, meskipun sedangdiberi diet lemak yang tinggi.

    Haiwan tersebut juga dikesan da-pat membaiki profil kolesterol mere-ka.

    Tanpa diduga, tikus-tikus terse-but memerlukan lebih banyak oksi-gen sepanjang hari dan meng-gunakan lebih banyak tenaga (seki-tar lima peratus) berbanding tikusyang tidak disuntik.

    Ini meskipun tikus yang disuntikitu kurang bergerak berbandingyang lain.

    Suntikan bahan itu seolah-olahmemberi mereka kesan senaman,tanpa perlu melakukannya secara fi-zikal.

    Kebetulan pula pada awal tahunlalu, para penyelidik daripada Insti-tut Barah Dana-Farber turut menda-pati perubahan psikologikal yang se-rupa apabila sejenis hormon diberinama irisin disuntik dalam tikus.

    Namun kesan sampingan peng-gunaan protein tersebut ke atas tu-buh tidak dilaporkan.

    Dan isu tentang mendisiplinkandiri menerusi senaman juga tidakdiketengahkan hasil daripada kajiantersebut.

    Sebaiknya pil sedemikian amat se-suai digunakan bagi golongan ku-rang upaya dan mereka yang sukarbersenam.

    BAGI anda yang berasa letih dan malas untuk lakukan kegia-tan di luar semasa Ramadan, apa kata anda cuba beberapa sena-man ini yang boleh dilakukan semasa anda di rumah.

    Berikut adalah antara senaman yang ditunjukkan pembimbingsukan di Pusat Perubatan Sukan Hospital Besar Changi (CGH), En-cik Jonathan Jacob.

    Bersenam dalam Ramadan

    Bersenam dalam rumah

    Bolehkah pilganti senaman?

    KUATKAN OTOT UTAMA: Pastikan tubuh anda rata semasa lakukan aksi ini. Cubabertahan selama mungkin.

    JANGAN HENTI SENAMAN: Menurut Dr Fadzil (kiri) biarpun berpuasa, masyarakat Islam digalak terus mengekalkan gaya hidupaktif denganh bersenam dan membuat perubahan seperti dari sudut pemakanan dan waktu bersenam. Foto TAUFIK A. KADER

    KUATKAN BAHAGIAN ATAS: Bagimereka yang malas mahu melakukanpush-up lantai, bolehlah lakukansenaman push-up pada tembok sambilberdiri.

    SANDAR DAN TURUN-NAIKKAN TUBUH: Dengan senaman ini, seseorang itudapat menguatkan punggung dan pahanya. Foto-foto TUKIMAN WARJI

    ANGKAT BERAT: Anda boleh gunakanbuku-buku teks atau guni beras untuklakukan aksi seperti angkat berat ini. Iabaik untuk menguatkan otot tangan.

    UNTUK OTOTPUNGGUNG DANKAKI: Senaman iniboleh dilakukan dalambeberapa set dengansetiap set sebanyaklapan hingga 10 kali.Pastikan andaseimbangkan tubuh.Jika tidak berupayaberbuat demikian,cuba berpaut padatembok berdekatan.

    RATAKAN TUBUH DAN ANGKAT KAKI: Senaman ini bagi menguatkan ototpunggung dan bahagian hamstring.

    TELAN PIL SAJA: Mungkinkah amalan menelan pil tanpa perlu bersenam untukmendapatkan kesan kebaikan seperti senaman akan diperkenalkan tidak lama lagi? Foto KHALID BABA

    Senaman kardio vaskular sebaiknya dilakukan sebelum sahur

    10 Berita Harian | Isnin, 22 Julai 2013

    Gah!

  • DULU tidak terurus, kini segalanyalebih tersusun.

    Begitulah kesannya sentuhan seor-ang isteri bagi pengarah filem dan penya-nyi Yusry Abdul Halim.

    Pendedahan itu dibuat isterinya sen-diri, pelakon Lisa Surihani. Lisa, 27tahun, berkata beliau bangga kerana te-lah mengubah cara hidup suaminya itu,yang kini lebih teratur dan terurus.

    Sejauh ini Alhamdulillahlah, nam-paknya ada juga kesan saya kepada diridan gaya hidup beliau. Kalau dulu, di bu-lan puasa beliau tidak bangun sahur ke-rana lebih suka bersahur sebelum tidur.

    Tapi sekarang beliau perlu ikut carasaya dengan tidur awal dan bangun un-tuk bersahur kerana bagi saya berpuasa

    itu lebih indah lagi kalau kita bangun pa-gi untuk bersahur, katanya kepadamStar Online.

    Lisa menambah, beliau juga kini men-jaga dan mengurus segala jadual harianYusry bagi memudahkannya merancangaktiviti hari-hari.

    Kalau dulu kami letak jadual ma-sing-masing pada papan tulis di rumah,tapi apabila di luar masing-masing lupa,jadi saya ada aplikasi di telefon yang bo-leh isi jadual beliau dan saya sekali.

    Sejak itu saya terus uruskan jadualkerja beliau, katanya tersenyum.

    Malah, bukan itu sahaja, tambahLisa, suaminya juga sudah boleh meneri-ma makanan pedas.

    Sebelum ini, beliau memang tidak

    akan sentuh makanan yang nampak pe-das tapi sekarang beliau sudah boleh teri-ma. Beliau paling suka kalau sayamasak ayam pedas, katanya.

    Berkongsi pengalaman berpuasayang tidak dap