bersama datuk dr. hassan ahmad tahukah anda? · pdf filedialectal form, iaitu ragam bahasa ......

1

Click here to load reader

Upload: ngoxuyen

Post on 12-Mar-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bersama datuk dr. hassan ahmad TAHUKAH ANDA? · PDF filedialectal form, iaitu ragam bahasa ... bidang sains dan teknologi, dalam bahasa kita sendiri, ... Kuala Terengganu pada 2 Mac

BERITA HARIAN Rabu, 21 Februari 2007 Halaman Tiga

Bahasa penjana minda

BiCaRa KaRYaWan

Ada orang berpendapat bahawa sesuatu bangsa tidak akan maju jika bahasa­nya tidak maju. Apakah yang dimak­

sudkan dengan istilah ‘bahasa yang maju’? Adakah maksudnya tatabahasa atau nahu bahasa itu lebih maju daripada nahu baha­sa lain? Kalau ya, apakah ukurannya?

Sebenarnya, semua bahasa mempunyai tatabahasa atau nahunya sendiri, yang tidak sama dengan peraturan tatabahasa bahasa lain, walaupun ada kalanya peraturan tata­bahasa itu, kebetulan sama. Kita tidak men­cipta peraturan linguistik atau nahu bahasa kita, tetapi sistem itu sudah ada sejak asal sejarah bahasa kita.

Adakah sesuatu bahasa itu dikatakan maju apabila istilah dalam bahasa itu lebih kaya atau lebih banyak daripada jumlah istilah dalam bahasa lain? Hakikatnya, perbenda­haraan kata dan jumlah istilah dalam mana­mana bahasa tidak pernah ‘lengkap’ atau tuntas. Setiap hari ada sahaja perkataan atau istilah baharu yang terbentuk dalam sesuatu bahasa. Bahasa Inggeris, misalnya, sentiasa dimasuki istilah baharu, terutama dalam bidang teknologi komputer. Istilah yang ‘pelik­pelik’ digunakan, misalnya ‘virus’, ‘mother-board’, ‘bus’, ‘mouse’ ‘thumb drive’ dan ber­puluh­puluh yang lain seumpamanya untuk menyatakan benda, sistem, teknologi atau idea baharu dalam bidang teknologi komputer. Hanya bahasa yang tidak berkembang lagi yang tidak melahirkan istilah baharu.

Charles Ferguson, seorang pakar sosiologi kemajuan bahasa dari Barat berkata, “bahasa yang maju atau a developed language ialah bahasa yang mempunyai tiga ciri, iaitu (a) bahasa itu sudah mempunyai tradisi atau sis­tem tulisan; (b) bahasa itu sudah mempunyai suatu ragam bahasa yang disebut a supra-dialectal form, iaitu ragam bahasa baku yang tidak sama lagi dengan pelbagai dialek yang terdapat dalam bahasa itu; dan (c) bahasa itu mempunyai ciri modernisasi (maksudnya, bahasa itu berupaya menterjemahkan bentuk­bentuk wacana moden dari bahasa lain yang sudah maju dan moden)”.

Ini bermakna bahasa Melayu sudah maju sejak sekurang­kurangnya abad ke­14. Sejak abad itu bahasa Melayu sudah mempunyai suatu sistem tulisan yang lengkap, iaitu

tulisan Jawi yang digunakan untuk menga­rang pelbagai kitab, hikayat dan surat rasmi kerajaan. Hikayat Melayu bertulisan Jawi yang pertama ialah Hikayat Raja Pasai yang dipercayai dikarang di Pasai (Aceh kini) bebe­rapa tahun selepas tahun 1360. Sejak abad itu juga ragam bahasa Melayu baku, atau ragam bahasa Melayu persuratan telah wujud dan berkembang, bermula dengan hikayat terse­but, dan mulai abad ke­15 atau ke­16 bahasa Melayu baku atau bahasa Melayu persuratan inilah yang digunakan oleh kerajaan­kerajaan Melayu­Islam di seluruh rantau yang kini kita sebut rantau Malaysia­Indonesia­Brunei, dari Sumatera (Aceh dan Palembang) dan Tanah Melayu (terutama Melaka dan Johor­Riau) sampai ke Makasar, Maluku dan Ternate, dan ke Borneo, dan akhirnya mulai abad ke­16, ke­Pulau Jawa.

Bahasa Melayu ‘moden’ telah berkembang sejak abad ke­16 atau lebih ketara lagi sejak abad ke­17 apabila lahir beberapa banyak karya dalam bahasa Melayu yang sebahagi­annya diterjemahkan daripada karya­karya pemikir agung Islam seperti Imam Al­Ghazali, pemikir Islam yang dapat mempengaruhi para pemikir Barat, termasuk bapa ‘falsafah moden’ Eropah, Rene Descartes (abad ke­17).

Profesor A.A Teeuw (1962) berpendapat bahawa bahasa Melayu ‘moden’ telah berkem­bang sejak abad ke­17, dan antara pemikir Melayu yang ‘mempelopori’ bahasa Melayu moden ini ialah Hamzah Fansuri, pengarang dan pemikir tasawuf agung Melayu dari Aceh. Prof Muhd Naquib Al­Attas juga ber­kata bahawa bahasa Melayu ‘moden’ sudah berkembang dalam abad yang sama setelah Hamzah Fansuri mengembangkan fikiran yang ‘saintifik dan rasional’ dalam karya­karyanya.

Oleh itu, yang memajukan bahasa itu ialah pengguna bahasa itu. Jika kita maju, misal­nya dalam bidang ilmu, dan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pemikirannya, sudah tentulah bahasa kita juga akan turut maju sebagai bahasa ilmu. Jika kita banyak menghasilkan karya ilmu bermutu tinggi, dalam bidang apa pun, termasuk dalam bidang sains dan teknologi, dalam bahasa kita sendiri, sudah tentulah bahasa Melayu akan mempunyai kepustakaan ilmu yang kaya dan

banyak. Dengan itu, para ilmuwan dari tama­dun atau bahasa­bahasa lain akan tertarik untuk mempelajari ilmu yang terdapat dalam bahasa Melayu itu.

Jelas, untuk menjadi bangsa yang mempu­nyai kelebihan atau ‘nilai tambahan’ dalam apa jua bidang, kita hendaklah berfikir dan mencipta dalam bahasa kita sendiri. Salah satu sebab mengapa sesuatu bangsa itu ‘tidak maju’ ialah mereka tidak mampu berfikir secara kreatif dan mencipta idea­idea, ilmu dan teori­teori baharu dalam bahasa mere­ka sendiri, kerana mereka tidak menguasai bahasa ragam tinggi. Mereka lebih mengua­sai bahasa Inggeris untuk ‘berfikir tinggi’, tanpa menyedari bahawa sebenarnya mereka lebih banyak mengulangi atau meniru fikiran atau ilmu yang sudah diciptakan oleh orang Inggeris. Bangsa yang meniru fikiran atau budaya orang lain tentunya tidak akan mampu mengatasi atau bersaing dengan bangsa yang menjadi ‘model’nya itu, dan tidak akan berjaya melahirkan apa­apa kelebihan atau ‘nilai tam­bahan’ daripada ‘model’ yang ditiru itu.

Oleh itu, tiga perkara perlu kita sedari untuk menjadi bangsa yang mampu men­cipta kelebihan. Pertama, kita hendaklah menyedari bahawa bahasa Melayu sudah maju sejak ratusan tahun lamanya, dan merupakan salah satu bahasa yang ter­besar di dunia. Kedua, bahasa Melayu sebagai sistem bahasa (linguistik) mampu menjadi ‘alat’ untuk melahirkan apa sahaja fikiran, idea, ilmu, teori dan sebagainya dengan syarat kita berusaha berfikir dalam bahasa Melayu ragam tinggi, bukan dalam bahasa pasar yang bercampur aduk dengan unsur Melayu­Inggeris. Bangsa yang menggunakan bahasa campur aduk Melayu­Inggeris menandakan bangsa itu tidak maju dalam budaya dan fikirannya. Contohnya, bangsa Papua New Guinea, Hawaii dan Tahiti, yang menggunakan bahasa kacukan, misalnya bahasa ‘Pidgin’ atau ‘Creol’, ialah bangsa yang tidak maju. Ketiga, bahasa Melayu akan terus maju apabila kita maju dalam apa jua bidang dengan menggunakan bahasa kita sebagai alat kemajuan itu.

Kesimpulannya, ‘teori’ yang benar ialah: maju bangsa majulah bahasanya.

maju Bangsa majulah Bahasanya

TAHUKAH ANDA?

Anugerah Kencana Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) diwujudkan sempena sambutan 25 tahun

MABBIM. Anugerah tertinggi MABBIM diberikan kepada pen-cetus, ahli bahasa dan pakar bidang yang telah memberikan sumbangan besar dan mencapai tahap yang paling tinggi kepada perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Individu yang telah mencetuskan gagasan awal penubuhan wadah MBIM/MABBIM ini perlu dikenang dan diberi penghar-gaan yang tinggi oleh ketiga-tiga negara anggota MABBIM. Tiga orang tokoh yang dikurniai Anugerah ini ialah Tun Datuk Dr. Hussein Onn, Bapak Mashuri S.H. dan Dato’ Paduka Haji Ahmad Kadi.

Dua orang tokoh penting yang terlibat dalam Pernyataan Bersama Indonesia-Malaysia yang ditandatangani pada 23 Mei 1972 di Jakarta, Indonesia ialah Allahyarham Tun Hussein Onn yang pada waktu itu menjawat jawatan Menteri Pelajaran Malaysia bersama-sama Bapak Mashuri S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia. Bertitik-tolak daripada peristiwa itu, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dibina, dikembangkan dan diperlengkap baik dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa agar dapat berfungsi sebagai bahasa komu-nikasi luas di rantau ini, di samping dapat berfungsi sebagai bahasa ilmu.

Hasil daripada pernyataan tersebut, maka lahirlah sebuah majlis bahasa yang dinamai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) yang memainkan peranan penting memajukan baha-sa Melayu di kedua-dua negara. MBIM menjadi MABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Keanggotaan negara Brunei Darussalam dalam MABBIM diusahakan atas inisiatif Dato’ Paduka Haji Ahmad Kadi. MABBIM seterusnya memainkan peranan pen-ting sebagai wadah kerjasama kebahasaan di persada Asia Tenggara untuk mengangkat martabat bahasa Melayu seiring dengan bahasa moden yang lain.

Anugerah tertinggi ini telah disampaikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu dalam Sidang MABBIM ke-37 di Kuala Terengganu pada 2 Mac 1998. Sewajarnya, ketiga-tiga tokoh ini dikenang dan diberi penghargaan yang tinggi, iaitu Anugerah Kencana MABBIM kerana kencana bererti emas, sesuatu yang tinggi mutunya, mulia, berharga dan bernilai serta menjadi sanjungan sesuai dengan sumbangan, tenaga dan keringat yang telah dicurahkan.

Oleh Fatimah Zahrin mohd Taib

Anugerah Kencana MABBIM

PERIBAHASA

Satu Kapal Dua Nakhoda

Peribahasa "satu kapal dua nakhoda", menjelaskan bahawa apabila terdapat dua orang yang mengetuai

atau mengarahkan sesuatu pekerjaan, maka akhirnya pekerjaan itu akan mengalami masalah dan menyebabkan kegagalan. Dalam bahasa Inggeris fenomena ini disebut Too many cooks spoil the broth. Peribahasa ini juga merupa-kan pandangan serong orang terhadap perempuan yang menduakan suaminya.

Oleh Raja masittah Raja ariffin

KATA DIALEK

Acak

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L3 21 (emel)

F rasa kali ini masih lagi merupakan frasa yang mengandungi kata “call”. Seperti yang dimaklumkan pada

artikel yang lalu, frasa yang telah men­jadi ungkapan umum merupakan frasa

yang terdiri daripada gabungan atau susu­nan kata­kata yang sedemikian bentuk dan mempunyai makna atau maksud yang tersendiri. Frasa begini memerlukan penterjemah yang peka, memahami kon­

teks dengan jelas dan sentiasa merujuk alat bantu seperti kamus , istilah dsb. Sebilangan besar frasa ini juga bersifat idiomatik (peribahasa) yang lazimnya mempunyai maksud yang tersirat.

pedOman penTeRjemahan Bersama sa'odah abdullah

Dalam dialek Pulau Pinang, acak bermaksud “kawasan takungan air buangan, seperti air mandi, air basuhan

pinggan dan lain-lain”. Contoh penggunaan: “Sepa tak makan itek pasai dia suka sudu acak” (kami tidak makan itik sebab itik suka menyudu kawasan takungan air buang-an).

Oleh shariffulizan malek

Bersama datuk dr. hassan ahmad(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh PenggunaannyaBahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaannya

call for (help) menjerit meminta BI: Nobody heard her when she called for help. tolong BM: Tiada sesiapa yang mendengarnya, semasa dia menjerit meminta tolong,

call (someone) menggelar (seseorang) BI: Poor him, in school the other children called names him names. BM: Kasihan dia, di sekolah kanak-kanak lain menggelar dia dengan berbagai-bagai gelaran.

call at (of ship) singgah berlabuh BI: The ship called at several ports before stopping at Port Klang. BM: Kapal itu singgah berlabuh di beberapa buah pelabuhan sebelum berhenti di Pelabuhan Klang.

call upon a. mempersilakan BI: The Director General was called upon by the master of ceremony to give his address.

BM: Pengacara majlis mempersilakan Ketua Pengarah untuk menyampaikan ucapannya.

b. menyeru BI: The Prime Minister called upon the corporate sector to cooperate with the Government.

BM: Perdana Menteri telah menyeru sektor swasta untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan.

call to account meminta (seseorang) BI: He was called to account for the missing file. memberikan penjelasan BM: Dia diminta untuk memberikan penjelasan tentang fail yang hilang.

call a halt Menghentikan sesuatu BI: When the rain got very heavy, the referees(to something) (aktiviti dsb) call a halt to the game.

BM: Pengadil menghentikan perlawanan apabila hujan semakin lebat.

call it quits mengakhiri (sesuatu) BI: Their relationship is getting worse and they decided it was time to call it quits.

BM: Mereka membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka yang semakin teruk.

call the shots berkuasa BI: Who is calling the shots in this house?

BM: Siapa yang berkuasa dalam rumah ini?.

on call Bertugas BI: Physicians who were on call for 48 hours.

BM: Para doktor yang bertugas selama 48 jam.

within call (dalam jarak) BI: She was allowed to play outside but only sepelaung, sepemanggil, within call of his mother tidak jauh; BM: Budak perempuan itu dibenarkan bermain di luar tetapi dalam jarak sepelaung dari ibunya.

call to order dengan lebih teratur BI: The chairman call the meeting to order BM: Pengerusi meminta supaya mesyuarat berjalan dengan lebih teratur.

call it a day berhenti (melakukan BI: It’s almost midnight - let’s call it a day! sesuatu) BM: Sudah larut malam - Mari kita berhenti!