bersabarlah menghadapi ujian hidup

Upload: amirul-asyraf

Post on 29-May-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Bersabarlah Menghadapi Ujian Hidup

    1/4

    Bersabarlah Menghadapi Ujian Hidup

    Yang bermaksud:

    Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan

    pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya

    dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah

    ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan

    dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru danmenyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat

    membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya;

    itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk

    yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat

    yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan

    seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya

    itu. AlHajj :11-13

    Intisari ayat:Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akangembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila

    ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untukmelepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia

    dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

  • 8/9/2019 Bersabarlah Menghadapi Ujian Hidup

    2/4

    Huraian ayat:

    Pertama:

    Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberikesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yangditurunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

    Kedua:

    Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut

    dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalahketentuan daripada Allah S.W.T.

    Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan

    takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahanyang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruhdengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

    Ketiga:

    Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar

    menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikianberoleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

    Firman Allah, maksudnya:

    "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) danlapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah

    khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

    Keempat:

    Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalamgolongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi

    pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.

    Firman Allah, maksudnya:

    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman'sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yangsebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang

    yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

    Kelima:

    Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa

  • 8/9/2019 Bersabarlah Menghadapi Ujian Hidup

    3/4

    yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhanyang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya

    yang melakukan kesalahan dengan segera.

    Keenam:

    Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:

    i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut

    hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

    ii. Sabar melawan nafsu.Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik

    terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinanserta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

    iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran,

    banjir dan sakit..Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku

    pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

    Bentuk ujian keatas manusia.

    a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

    b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

    c. Ujian ke atas orang perseorangan

    d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

    e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.

    Kepentingan sabar

    a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

    b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

  • 8/9/2019 Bersabarlah Menghadapi Ujian Hidup

    4/4

    c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

    d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

    e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

    FAKTA-FAKTA PENTING

    a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar

    apabila menerima ujian daripadaNya

    b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan

    hidup di dunia.

    c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

    d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah

    serta kecewa.

    e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan

    tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam.

    Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

    LIHATLAH GAMBAR DI BAWAH INI DENGAN MATA HATIMU..

    http://www.facebook.com/photo.php?pid=4621727&op=1&view=all&subj=133921379979231&aid=-1&auser=0&oid=133921379979231&id=349417078340