persalinan tradisionai melayu. tengkolok semakin dilupakan...

3
BIARPUN ia sebahagian daripada warisan persalinan tradisionaI Melayu. tengkolok semakin dilupakan maIah tidak ramai generasi hari ini yang mengetahui mengenainya apatah lagi membuatnya.

Upload: vuxuyen

Post on 28-Jul-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIARPUN ia sebahagian daripada warisan persalinan tradisionaI Melayu. tengkolok semakin dilupakan maIah tidak ramai generasi hari ini yang mengetahui mengenainya apatah lagi membuatnya.

CB MegaFokus'

Fakta

... Uniknya dalam budaya Melayu. setiap pilihan . kain yang digunakan bagi membentuk tengkolok membawa maksud tersendiri seperti

'tengkolok berwarna tanah gelap bermaksud si pemakai adalah lelaki tua. manakala orang muda selalunya memilih tengkolok berwarna ta'1ah muda.

... Corak dan ragam hias kain tengkolokjuga ada maksud dan pengkhususannya. misalnya corak bungajong sarat hanya untuk raja yang turut mengenakan corak bunga penuh atau corak teluk berantai. pola bunga tabur untuk datuk bergelar serta corak berjalur adalah untuk datuk dan undang luak.

... Warna ~ Warna putih dan kuning

hanya untuk sultan.

~ Ungu untuk putera sultan atau undang luak.

... Hijau untuk individu yang berpangkat datuk.

~ Biru untuk laksamana.

~ Hitam untuk datuk adat atau datuk bergelar.

~ Hitam polos untuk pendekiu.

Te ngl{ol 0 • sa

e u Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA [email protected] Gambar SHIDDIEQIIN

TENGKOLOK, tanjak, atau destar, biar apapun nama yang diberi, ketiga­

tiganya merujuk kepada kain ikat kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki.

Merupakan pakaian kebesaran Raja­Raja Melayu sejak berkurun la.manya, tengkolok adalah warisan yang mencerminkan simbol kemuliaan 'dan masih diguna pakai sehingga hari ini.

Walaupun ia bukanlah aksesori yang dipakai secara harian oleh golongan lelaki Melayu hari ini, tetapi ia masih mempunyai

TEKNIK Iipatan membentuk tengkolok di lakukan dengan cermat.

kedudukan yang tinggi temtamanya dalam adat istiadat diraja.

Lazirnnya, tengkolok dipakai bersama baju Melayu yang dilengkapi kain samping, keris, dan eapal, malah aksesori kepala ini juga dipakai mengikut aturannya sendiri.

/

Jika dahulu tengkolok digunakan sebagai senjata dan alat pelindung diri bagi kebanyakan orang (untuk melibas bagi mengelak hunusan senjata ketika bertamng), hari ini selain dipakai dalam majlis-majlis rasmi atau kebesaran, ia juga dipakai sebagai perhiasan dalam busana pengantin.

Uniknya, seni pembuatan tengkolok dari setiap negeri adalah berbeza dan ia mempunyai nama-nama khas bagi membezakan setiap rekaan.

Malah ketika bertemu dengan pembuat tengkolok di ibu kota bam-bam ini, temyata terlalu banyak informasi yang tidak diketahui berkaitan dengan tengkolok.

Tidak hanya mempunyai pelbagai reka bentuk, tengkolok yang dihasilkan tumt mempunyai nama masing-masing mengikut negeri.

Menumt Kasman Yahya, 53, tidak semua orang, malah sekarang tidak ramai yang boleh membuat tengkolok, kerana ia memerlukan kemahiran walaupun pada dasamya dilihat begitu mudah untuk membentuknya.

Tambahnya, tanpa kemahiran, tengkolok yang ingin dihasilkan tidak akan menjadi.

"Untuk menghasilkan satu-satu tengkolok bukanlah tugasan rnudah kerana kemahiran amat diperlukan untuk membentuk jenis-jenisnya.

"Penghasilannya juga perlulah dilakukan seeara berhati-hati kerana tengkolok mempunyai seninya tersendiri

dan setiap pembuatannya perlu menitikberatkan beberapa syarat.

"Antaranya, sebelah belakang tengkolok mestilah

mempunyai seeebis kain yang tegak atau disimpul ke atas.

"Apa yang pasti, hari ini tidak ramai generasi

muda yang tahu mengubah tengkolok apatah lagi untuk

mempelajari membuatnya;' ujar Kasman ketika ditemui di ked'ai

jahitnya, Kas Tailor yang terletak di Wisma Yakin, Jalan Tunku Abdul

Rahman, Kuala Lumpur. Bereerita mengenai eara

gubahannya, jelas Kasman, ia bukanlah sekadar lipatan dan seni

mengikat tanjak atau tengkolok juga tidak dilakukan sembarangan,

sebaliknya tumt dihasilkan mengikut kesesuaian sifat si pemakai.

Katanya, kebiasaannya, tengkolok digubah berdasarkan empat prinsip utama iaitu duka, tegas, megah, dan garang.

Malah terdapat juga gubahan yang direka untuk menaikkan watak berdasarkan permintaan si pemakai.

Menumt Kasman, prost!s pembuatan tengkolok ini sebenamya mengambil masa sekurang-kurangnya satu hari 1..l,ntuk disiapkan dengan sempuma.

Bagairnanapun, sekiranya ada berlaku peristiwa-peristiwa tertentu seperti kemangkatan kerabat diraja, pihaknya bempaya menyiapkan tengkolok dalam

MARl Ini tengkolok banyak dlhasilkan dengan menggunakan kaln songket.

masa kurang 24 jam. . Berbieara lebih lanjut mengenai

penglibatannya dalam pembuatan tengkolok ini, tutur bapa kepada tujuh orang eahaya mata ini, dia mempelajarinya daripada bapa saudara yang juga mempakan seorang pembuat tengkolok.

Begitupun katanya, bukan mudah untuk belajar kerana tidak semua ilmu dipertumnkan kepadanya.

Namun, dek kerana minat yang mendalam, dia euri-euri melihat bagaimana bapa saudaranya membuat tengkolok dan kadang kala belajar sendiri dengan membuka satu persatu ikatan yang telah terhasillalu melipatnya semula sehingga mahir.

Lebih daripada 30 tahun berkeeimpung dalam bidang itu, Kasman tumt mendedahkan mood tumt memainkan peranan penting dalam penggubahan tengkolok kerana ia akan menjadikannya lebih fokus.

Bereakap pula mengenai jenis fabrik yang digunakan, Kasman berkata, kebiasaannya ia dibuat daripada kain songket tetapi pada dasamya apa juga jenis kain boleh digunakan.

"Sebenamya tengkolok yang dihasilkan lebih eantik sekiranya daripada songket, tetapi terserah kepada si pemakai untuk menggunakan fabrik jenis apa.

"Malah tengkolok hari ini boleh dihasilkan mengikut reka bentuk serta eita rasa si pemakai itu sendiri dan ia boleh dipelbagaikan berdasarkan kreativiti;' katanya lagi.

Menggunakan kain bersaiz 32 x 32 inci, Kasn'lan menambah, kain tersebut akan dialas terlebih dahulu- dengan kertas eoklat sebelum ia dilipat menjadi bentuk segi tiga.

Penggunaan kertas eoklat bertujuan sebagai alat sokongan supaya lipatan tengkolok ini menjadi lebih kukuh.

Setemsnya kain yang berbentuk segi tiga ,ini akan dijahit tepi sebelum iadigubah

menjadi tengkolok. Menghasilkan sehingga 20 tengkolok

setiap bulan, Kasman berkata, harga satu­satu tengkolok mampu meneeeah hingga ribuan ringgit dan ia bergantung kepada kualiti kain songket yang dipilih.

Mengikut kepereayaan, rekaan tengkolok biasanya berkait rapat dengan status si pemakai dan rakyat tidak boleh memakai bentuk tengkolok yang sarna dengan bentuk tengkolok raja atciu sultan.

Mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, usaha~usaha mempergiat seni 'Pembuatan alat tradisional sebegini perlu diperluas agar warisan bemilai ini tidak hilang ditelan zaman.

-+ Dendam Tak Suda (dipakai Yang di·Pertuan Agong. Sultan Kedah. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Raja Perlis).

-+ Belalai Gajah (Tengkolok Sultan Terengganu).

-+ Setanjak Balung Raja (Tengkolok Sultan Selangor).

-+ Sarang Kerengga.

-+ Sekelungsung Bunga (Tengkolok Sultan Pahang).

-+ Ketam Budu (Tengkolok Sultan Kelantan).

-+ K~cang Dua Helai Daun.

-+ Solok Timba.

-+ Mumbang Belah Dua.

, -+ Sekolongsang Bunga.

-+ Cogan Daun Kopi.

-+ Balung Ayam (Tengkolok Sultan Perak).

-+ Ayam Patah Kepak (Tengkolok Raja Muda Perak).

-+ Pucuk Pisang.

-+ Buana.

-+ Sering.

-+ Getam Pekasam (Tengkolok Orang Besar Empat Perak).

-+ Anak Gajah Menyusu.

-+ Pari Mudek.

-+ lang Menyusur! Menyonsong Angin (Tengkolok Raja Di·Hilir Perak).