sistem inventori blazer dan vestir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdftidak dilupakan...

22
SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VEST MENGGUNAKAN RFID RAZIMAN BIN ZAKARIA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia MEI 2009

Upload: buikhanh

Post on 27-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VEST

MENGGUNAKAN RFID

RAZIMAN BIN ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2009

Page 2: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan
Page 3: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan
Page 4: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan
Page 5: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam ke atas para

Rasul Junjungan serta kaum kerabat baginda. Syukur kehadrat Illahi kerana dengan

limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan laporan ini sebagaimana yang

dirancangkan.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak

terhingga buat Dr Mohd Murtadha bin Mohamad selaku penyelia projek saya. Beliaulah

yang banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan panduan serta idea yang bernas

sehingga terlaksananya projek ini.

Tidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi

yang banyak memberikan pandangan dan bantuan. Jasa anda semua tidak akan saya

lupakan.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan pandangan dan

cadangan sepanjang pelaksanaan projek ini, ribuan terima kasih diucapkan. Akhir kalam,

yang baik itu datangnya dari Allah swt, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan

diri saya sendiri. Semoga jasa baik anda semua akan dirahmati dan diberkati olehNya.

Sekian, wassalam.

Page 6: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

v

ABSTRAK

Di era negara yang sedang membangun sekarang, kewujudan mesin-mesin baru

untuk menghasilkan sesuatu barangan mula bertambah. Ini menyebabkan lambakan

barangan terjadi dan keperluan untuk pengurusan inventori menjadi lebih penting.

Apabila bilangan barangan bertambah, kaedah tradisional seperti pengurusan

menggunakan fail atau lejar menjadi kurang efisyen. Kaedah ini tidak mampu untuk

menampung bilangan data yang semakin meningkat setiap hari dan kesilapan semasa

mengurus data mungkin terjadi. Oleh demikian banyak sistem berasaskan komputer

telah diperkenalkan untuk menambah baik sistem pengurusan inventori yang lama.

Sistem dihubung terus kepada pangkalan data, dan semakan inventori menjadi lebih

mudah. Bergerak seiring dengan era pembangunan, banyak teknologi-teknologi baru

telah diperkenalkan untuk membantu kehidupan manusia. Kebanyakkan teknologi ini

boleh diintegrasikan ke dalam sistem sedia ada untuk menghasilkan satu sistem yang

lebih baik. Salah satu teknologi tersebut adalah Radio Frequency Identification (RFID).

RFID digunakan untuk mengesan lokasi inventori dalam satu kawasan yang terhad di

mana isyarat dari tag yang dilekatkan di inventori boleh saling berhubungan dengan

pembaca RFID. Domain penggunaan peranti RFID dapat dilihat di kebanyakkan kilang-

kilang, perpustakaan utama, dan juga di pejabat-pejabat di mana pengesanan staf boleh

dilakukan. Dengan berpandukan kepada penggunaan teknologi RFID, satu projek yang

diberi nama Sistem Inventori Blazer dan Vest Menggunakan RFID telah dibangunkan.

Pengurusan inventori menjadi lebih cekap dan komunikasi antara pentadbir sistem dan

pengguna biasa menjadi lebih mudah dengan pembangunan sistem berasaskan atas

talian. Selain itu sistem ini juga telah mengadaptasi kemudahan SMS sebagai pemberi

makluman kepada pengguna.

Page 7: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

vi

ABSTRACT

In the era of massive country’s development now, the existing of new machines

to produce items is increasing. In this case, when the production has increased, the needs

for inventories management become more crucial. When the sizes of inventories are

increasing, the traditional methods such as using files or ledgers become less efficient.

This method cannot handle the increasing size of data every day and may causes error in

data management. Therefore, many computer-based systems had been introduced to

upgrade the classic inventories management system. The system will be directly

connected to the database, and the inventories checking have become easier. Moving

along with the technology development, many new technologies are introduced to

facilitate human’s life. Some of this technology can be integrated into the existing

system to produce a better system. One of the technologies is the Radio Frequency

Identification (RFID). The RFID is used to detect the location of inventory in a limited

area where the signal from tagged inventories can be received by the RFID reader. The

domain usage of the RFID can be found in many sectors such as factories, libraries, and

in the offices where the staff detection method can be used. With the usage of the RFID

technology, a project called “Sistem Inventori Blazer dan Vest Menggunakan RFID” is

developed. The inventories management has become more effective and the

communication between the system administrator and normal users has become much

easier with the development of the online system. Redundant data management will be

simpler with the location monitoring that can be done using computers. Other than that,

this system uses the SMS technology to provide information to the user.

Page 8: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 2

1.3 Matlamat Sistem 3

1.4 Objektif Sistem 3

1.5 Skop Sistem 4

1.6 Rumusan 5

Page 9: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6

2.2 Kajian Terhadap Proses Kerja Pemantauan Inventori 7

Blazer dan Vest Menggunakan Kaedah Tradisional

2.3 Kajian Terhadap Sistem Lain 8

2.3.1 Sistem Pemantauan Buku-buku Di Perpustakaan 8

Negara Malaysia

2.3.2 Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol 10

(SMART Tag)

2.4 Analisis Masalah Mengenai Sistem Pemantauan 11

Melalui Kaedah Tradisional

2.5 Kajian Terhadap Organisasi, Keperluan Pengguna, dan 11

Keperluan Sistem Dijalankan Di Organisasi

2.6 Teknik, Peralatan, dan Perisian Yang Akan Digunakan 13

Dalam Menyelesaikan Masalah

2.6.1 Sejarah Ringkas Bagi Teknologi Pengesanan 13

Lokasi

2.6.2 Radio Frequency Identification (RFID) 14

2.6.3 Tag RFID 15

2.6.4 Global Positioning System (GPS) 16

2.6.5 Uniform Resource Locator (URL) 17

2.6.6 Internet 17

2.6.7 Microsoft.NET 18

2.6.8 Platform .NET 19

2.6.9 Visual Studio .NET (VS .NET) 20

2.6.10 Pelayan Web (IIS) 20

2.7 Justifikasi Pemilihan Teknik, Peralatan, dan Perisian 21

2.8 Rumusan 22

Page 10: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

ix

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Metodologi Yang Digunakan 24

3.2.1 Justifikasi Metodologi 28

3.3 Fasa Pembangunan Sistem 29

3.3.1 Aktiviti Dalam Fasa Pertama (PSM 1) 29

3.3.2 Aktiviti Dalam Fasa Kedua (PSM 2) 30

3.4 Keperluan Sistem 31

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan 31

3.4.2 Spesifikasi Perisian 34

3.4.3 Justifikasi Pemilihan Perisian 35

3.5 Rumusan 37

4 REKABENTUK DAN ANALISIS SISTEM

4.1 Pengenalan 38

4.2 Rekabentuk Kawalan Capaian 41

4.3 Rekabentuk Sistem Aplikasi 42

4.4 Rekabentuk Senibina Sistem 43

4.5 Rekabentuk Konsepsual 45

4.5.1 Rekabentuk Gambarajah Kes Guna 45

4.5.2 Rekabentuk Logikal 47

4.6 Rekabentuk Pangkalan data 51

4.7 Rekabentuk Rangkaian 53

4.8 Rekabentuk Antaramuka Sistem 53

4.9 Rumusan 54

Page 11: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

x

5 PERLAKSANAAN DAN HASIL

5.1 Pengenalan 55

5.2 Fasa Perlaksanaan 55

5.3 Bahagian Implementasi 56

A) Pengekodan Untuk Bahagian Pendaftaran 56

Ahli

B) Pengekodan Untuk Bahagian Pentadbir 59

Sistem

C) Pengekodan Untuk Bahagian Staf dan 78

Pelajar UTM

5.4 Persekitaran Pembangunan 81

5.4.1 Proses Pengujian 82

5.4.2 Pengujian Unit 82

5.4.3 Pengujian Integrasi 83

5.4.4 Pengujian Kotak Hitam 85

5.5 Hasil 86

5.6 Rumusan 86

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 87

6.2 Hasil dan Pencapaian 87

6.3 Masalah dan Kelemahan Sistem 90

6.4 Cadangan Bagi Pembaikan Peningkatan 91

6.5 Kesimpulan 92

Page 12: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

xi

RUJUKAN 93

LAMPIRAN A - PSM 1 95

LAMPIRAN B - PSM 2 97

LAMPIRAN C - GAMBARAJAH KES GUNA DAN

GAMBARAJAH JUJUKAN 99

LAMPIRAN D - REKABENTUK PANGKALAN DATA 106

LAMPIRAN E – REKABENTUK ANTARAMUKA 114

LAMPIRAN F - MANUAL PENGGUNA 127

Page 13: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Spesifikasi Minimum Komputer 32

3.2 Keperluan Perisian Dan Keterangan 35 4.1 Kawalan Capaian Pengguna 42 4.2 Rekabentuk Pangkalan Data 52

5.1 Hasil Bagi Pengujian Integrasi Yang Telah

Dilakukan 84

5.2 Hasil Bagi Pengujian Kotak Hitam Yang Telah

Dilakukan 85

6.1 Pencapaian Sistem Berdasarkan Objektif 89

Page 14: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Proses Yang Berlaku Di Perpustakaan 9

2.2 Smart Tag 10 2.3 Logik Bagaimana RFID Berfungsi 15 3.1 Faktor-faktor Strategi Prototaip Evolusi 26

3.2 Pendekatan Pembangunan Prototaip Evolusi

Dalam Pembangunan Sistem 28

3.3 Lokasi RFID Mengikut Cadangan 33

3.4 Peranti RFID Yang Digunakan Dalam Sistem 33

3.5 Modem Dari Jenis Huawei E160 34

3.6 Modem Dari Jenis Fast Track Wavecom 34

4.1 Bahagian Utama Dalam Sistem 39

Page 15: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

xiv

4.2 Aliran Aplikasi Sistem Tradisional 40

4.3 Aliran Aplikasi Sistem Yang Dibangunkan 41

4.4 Rekabentuk Senibina Sistem 44

5.1 – 5.23 Keratan Kod Aturcara 58

Page 16: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

xv

SENARAI SINGKATAN

ID / id - Identifikasi

IIS - Internet Information Service

GPS - Global Positioning System

RFID - Radio Frequency Identification

SDLC - Software Development Life Cycle

SMS - Short Messaging System

UML - Unified Modelling Language

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Gantt PSM 1 95

B Carta Gantt PSM 2 97

C Gambarajah Kes Guna Dan Gambarajah Jujukan 99

D Rekabentuk Pangkalan Data 106

E Rekabentuk Antaramuka 114

F Manual Pengguna 127

Page 18: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Untuk sekian lamanya organisasi telah menghadapi cabaran dalam mengesan dan

menjejak sumber manusia dan aset. Aktiviti-aktiviti seperti penerimaan, penyimpanan,

dan penghasilan item inventori dan mengesan keadaan dan lokasi aset utama serta

sumber manusia masih kekal tidak berubah. Cuba bayangkan cabaran untuk mengesan

kedudukan yang tepat bagi satu inventori yang berada di dalam gudang, daripada beribu-

ribu inventori yang kelihatan seakan-akan sama. Ketika teknologi tradisional boleh

membantu merekod apabila satu inventori sampai dan di mana ia diletakkan, tiada

sistem yang mampu menyediakan informasi lokasi yang tepat kepada pengurus bagi

operasi yang kompleks. Tiada sistem yang seperti itu sehinga diperkenalkan Radio

Frequency Identification (RFID).

Sistem Inventori Blazer dan Vest adalah sistem yang dapat mengesan lokasi aset

ini dan mengawasinya dari dibawa keluar dari tempat simpanan secara tidak sah. Satu

cara penyelesaian RFID kebiasaannya menggunakan satu komputer desktop ataupun

komputer riba, yang diletakkan pada satu kawasan yang tetap dan diawasi oleh seorang

staf. Sistem pengesanan ini akan berfungsi selagi “RFID reader” atau pembaca RFID

dapat mengesan isyarat dari tag yang dilekatkan pada satu-satu inventori.

Page 19: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

2

1.2 Latarbelakang Masalah

Hampir keseluruhan sistem inventori di organisasi masih menggunakan cara

tradisional dalam sistem pengurusannya. Jika teknik pengurusan ini diurus dengan baik,

ia mungkin tidak menimbulkan masalah, tetapi bagi sistem inventori yang besar,

terdapat beberapa kelemahan yang akan timbul. Sebagai contoh, terdapat sistem

inventori masih menggunakan cara simpanan data secara manual iaitu mengunakan fail,

borang, dan perisian seperti Microsoft Excel atau Pro Data Maker. Apabila stok

inventori terlampau banyak, pihak pengurusan perlu menyimpan bilangan data yang

lebih banyak, dan carian data juga mungkin sukar dan memerlukan masa yang lebih

lama.

Masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan sistem yang lebih berteknologi, di

mana pengguna hanya perlu memberi arahan kepada sistem dan biarkan sistem yang

membuat kerja. Ia turut memudahkan kandungan data yang berbeza seperti stok lama,

stok baru, lokasi inventori, dan staf yang bertanggungjawab terhadap inventori dipantau

dengan segera tanpa melibatkan dokumen yang berserabut.

Sistem melibatkan pengurusan inventori tidak akan lari dari masalah kehilangan

inventori. Memandangkan pengurusan data yang melibatkan dokumen yang banyak,

mungkin terdapat sesetengah pihak cuba membawa keluar inventori untuk kegunaan

persendirian secara haram kerana kurangnya penguatkuasaan. Dengan penggunaan

sistem berteknologi, inventori boleh dipantau setiap masa, dan dengan adanya teknologi

RFID, pihak pengurusan akan mengetahui sekiranya inventori berada dalam simpanan

atau sudah dibawa keluar dari fasiliti.

Sistem lama juga tidak akan lari dari pertindihan data, memandangkan masa

yang lama diperlukan untuk memeriksa rekod inventori yang banyak, maka proses ini

dilangkau oleh mana-mana staf. Sistem yang dibangunkan dapat membantu dalam

pembahagian data yang telah sedia ada dan data baru, dan pengguna seperti staf terlibat

Page 20: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

3

akan mengetahui tentang adanya ralat dengan serta merta. Memandangkan sistem

tradisional mempunyai kelemahan yang ketara, maka sistem yang dibangunkan telah

dapat mengatasi masalah ini, dan sekaligus dapat memudahkan samada pihak organisasi

atau orang awam.

Tujuan utama projek ini dibangunkan adalah untuk membantu pihak organisasi

memantau rekod inventori, membuat penambahan atau kemaskini data, memantau lokasi

inventori pada masa nyata, dan sekaligus membantu pertukaran maklumat di antara staf

dan orang awam.

1.3 Matlamat Sistem

Matlamat utama Sistem Inventori Blazer dan Vest Menggunakan RFID ialah

untuk menyediakan satu sistem pengurusan inventori bagi kemudahan penyimpanan

maklumat inventori blazer melalui laman web ke pangkalan data dan mengaplikasikan

teknologi RFID sebagai gajet yang membantu dalam proses pengesanan lokasi aset.

1.4 Objektif Sistem

Sistem yang dibangunkan perlu mempunyai objektif yang harus dicapai oleh

pembangun. Bagi projek ini, terdapat beberapa objektif yang telah dicapai di mana

setiap satu telah dikenalpasti dengan sepenuhnya iaitu :

i. Mengkaji kelemahan yang terdapat di dalam sistem sedia ada. Kelemahan

ini perlu diatasi di dalam sistem baru yang telah dibangunkan.

Page 21: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

4

ii. Membangunkan sistem secara atas talian untuk memudahkan capaian

oleh setiap kumpulan pengguna yang berbeza.

iii. Merekabentuk sistem yang dicadangkan mengikut kehendak pengguna

dan keperluan sistem. Pengguna lebih mudah untuk berinteraksi dengan

sistem yang lebih mesra pengguna dan senang difahami.

iv. Mengimplementasikan sistem cadangan mengikut fasa-fasa yang telah

ditentukan. Sistem perlu menjalani beberapa fasa penting dalam Kitar

Hayat Pembangunan Sistem (SDLC).

v. Membangunkan sistem yang dapat beroperasi berdasarkan masa nyata, di

mana pemantauan lokasi menggunakan RFID membolehkan lokasi storan

diketahui dengan cepat dan tepat.

1.5 Skop Sistem

Skop bagi sistem yang telah dibangunkan ini adalah seperti yang berikut :

i. Projek ini telah dibangunkan pada salah sebuah unit di Pejabat Hal Ehwal

Pelajar. Unit yang terlibat menguruskan inventori blazer dan vest.

ii. Entiti yang terlibat di dalam sistem ini adalah staf yang menguruskan

inventori ini.

iii. Capaian oleh pengguna biasa adalah terhad dan untuk mendapat

maklumat inventori secara lebih lanjut, mereka perlu berhubung dengan

mana-mana staf yang berkaitan.

iv. Sistem akan lebih tertumpu kepada fungsi mengesan lokasi inventori dan

samada inventori masih terdapat di organisasi atau tidak.

Page 22: SISTEM INVENTORI BLAZER DAN VESTir.fsksm.utm.my/556/1/razimanbc070093d09ttp.pdfTidak dilupakan kepada pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi yang banyak memberikan pandangan

5

v. Sistem ini boleh dicapai menggunakan internet tetapi kebiasaannya ia

hanya akan dipantau dari satu lokasi sahaja samada di gudang atau pintu

keluar. Capaian dari pihak luar mungkin hanya untuk memantau

perjalanan stok sahaja.

1.6 Rumusan

Sistem yang telah dibangunkan ini merupakan sistem yang menggunakan

teknologi-teknologi terkini yang seiring dengan peredaran zaman. Pada zaman ICT kini,

penggunaan teknologi-teknologi mahupun sistem yang sotisfikated dilihat mampu

memudahkan tugas pengguna di samping meningkatkan mutu dan gaya kehidupan

rakyat Malaysia. Dari prospek sistem yang dicadangkan, masih banyak organisasi yang

belum memperkenalkan sistem pengurusan aset secara web dan mengimplementasikan

penggunaan teknologi baru seperti RFID. Ini sekaligus merugikan, kerana

perkembangan teknologi ini sebenarnya dapat membantu pengguna dalam kehidupan

harian yang lebih mudah dan efisyen. Selain menggantikan sistem tradisional yang

dilihat mempunyai banyak kelemahan, sistem yang dibangunkan ini juga mempunyai

banyak faedah ke atas pengguna.

Bagi pihak organisasi sendiri, proses-proses pemantauan inventori akan menjadi

lebih mudah. Lokasi inventori akan dipaparkan dengan segera dan tidak memerlukan

staf mencari data ia disimpan di dalam mana-mana fail. Pembangunan sistem secara web

juga diharap dapat membantu komunikasi antara staf yang mentadbir sistem dan

pengguna biasa seperti staf dan pelajar UTM yang mengguna pakai sistem.