berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · fakulti sains dan teknologi (tur) telah menghasilkan...

8
S ekretariat MAGNETIC UTM telah mengadakan Bengkel Kajian Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran di Hotel Bayview Langkawi pada 19 hingga 21 November 2012. Hampir kesemua ahli MAGNETIC kecuali Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah melapangkan masa dengan memberikan banyak input berguna sepanjang bengkel berlangsung. Bengkel yang boleh dianggap berjaya ini dimulakan dengan penyampaian ucaptama daripada Prof. Dr. Rosna binti Awang Hashim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga merupakan Pengerusi, Critical Agenda Projects (CAPs) Teaching and Learning (T & L).Bengkel ini juga telah mendapat khidmat Prof. Rosdi bin Abd. Rahman daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang bertindak selaku fasilitator dengan berkesan. berita selanjutnya di muka 5 Perjalanan bengkel disusun dengan objektif untuk membincang dan mengupas perkara-perkara seperti berikut: Struktur, polisi dan kedudukan pusat P & P di IPTA. Key Performance Indicator (KPI) untuk CAPs Teaching & Learning Fasa 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Graduate Employability (GE), entrepreneurship, soft skills, liberal education and ranking & rating. Hasil yang dijangkakan daripada bengkel ini: Amalan Terbaik P&P Susulan Bengkel Dana T-Novation di UniMAP dan mesyuarat di UKM pada 14 November 2012 Menekankan isu kekuatan P&P di setiap IPTA Melihat kembali proses P&P dan bagaimana hendak menambahbaik student learning Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran di IPTA dan di kongsi bersama IPTA lain Keperluan asas dalam P&P (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Upload: others

Post on 20-Mar-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

Sekretariat MAGNETIC UTM telah mengadakan Bengkel Kajian Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran di Hotel Bayview Langkawi pada 19 hingga 21 November 2012. Hampir kesemua ahli MAGNETIC kecuali Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(UPNM) telah melapangkan masa dengan memberikan banyak input berguna sepanjang bengkel berlangsung. Bengkel yang boleh dianggap berjaya ini dimulakan dengan penyampaian ucaptama daripada Prof. Dr. Rosna binti Awang Hashim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga merupakan Pengerusi, Critical Agenda Projects (CAPs) Teaching and Learning (T & L).Bengkel ini juga telah mendapat khidmat Prof. Rosdi bin Abd. Rahman daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang bertindak selaku fasilitator dengan berkesan.

berita selanjutnya di muka 5

Perjalanan bengkel disusun dengan objektif untuk membincang dan mengupas perkara-perkara seperti berikut:

• Struktur, polisi dan kedudukan pusat P & P di IPTA. • Key Performance Indicator (KPI) untuk CAPs Teaching & Learning Fasa 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. • Graduate Employability (GE), entrepreneurship, soft skills, liberal education and ranking & rating. Hasil yang dijangkakan daripada bengkel ini:

Amalan Terbaik P&PSusulan Bengkel Dana T-Novation di UniMAP dan mesyuarat di UKM pada 14 November 2012 Menekankan isu kekuatan P&P di setiap IPTAMelihat kembali proses P&P dan bagaimana hendak menambahbaik student learningAmalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran di IPTA dan di kongsi bersama IPTA lainKeperluan asas dalam P&P

(i)(ii)

(iii)(iv)

(v)

(vi)

Page 2: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

Ketua EditorProf. Dr. Mohamed Noor bin Hasan ([email protected])

EditorProf. Dr. Baharuddin bin Aris ([email protected])Pn. Norah bte Md Noor ([email protected])Tn. Hj Yahya bin Samian ([email protected])En. Mohd Fazilah bin Abdullah ([email protected])En. Mohamad Yusoff Mohamed Rashid ([email protected])

Pembantu PenerbitanEn. Abd Jalil bin Sairi ([email protected])Pn. Norafeza Mohamed Ismail ([email protected])

Grafik & VisualEn. Raja Muhammad Fariz binRaja Rohaizat Shah ([email protected])

JurufotoEn. Supandi bin Bunangin ([email protected])

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) Bangunan Pusat Siswazah (F54)81310 UTM Johor BahruTel.: 07-5537857/51Faks: 07-5537860

Versi elektronik: www.ctl.utm.my/buletin

Sidang

Redaksi

Dalam usaha untuk memperkasakan CTL dan menjadikannya lebih relevan sebagi pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di rantau ini, beberapa langkah telah diambil bagi meningkatkan kehadiran CTL di peringkat antarabangsa. Lawatan kerja untuk menjalin hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan beberapa buah universiti terkemuka dunia telah diadakan sepanjang tahun 2012. Selain daripada itu CTL juga telah menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara. Seminar dan persidangan di peringkat antarabangsa juga telah dianjurkan sama ada secara persendirian atau dengan kerjasama unit-unit lain di UTM.

Hasilnya beberapa projek kerjasama dalam bidang P&P telah terjalin, misalnya projek Blossoms dengan MIT, Open Courseware dengan Open Courseware Consortium, Peer Instruction dan HBS Case Study dengan Harvard University, Student Centered Learning Spaces dengan King Mongkut University of Technology dan yang terkini Computing and Engineering Education Research dengan Uppsala University.

Sesungguhnya jalinan kerjasama yang diwujudkan ini dijangka akan mendatangkan banyak faedah dari segi memperkukuhkan hubungan strategik dengan universiti terkemuka, penandaarasan, perkongsian amalan terbaik dan memberikan sumbangan dalam penjenamaan universiti di peringkat global. Yang lebih penting lagi, pelaksanaan projek-projek kerjasama ini akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti ini.

Dari meja

Editor

2

Pada 17 Oktober 2012 yang lalu, Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP), Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL). Pusat Pembangunan Akademik (CADe) ini berfungsi untuk mengeksplorasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di UPM dan salah satu matlamat lawatan mereka adalah untuk melihat bagaimana CTL melaksanakan aktiviti rekabentuk pengajaran (ID) di UTM.

Rombongan daripada CADe ini terdiri daripada 8 orang wakil iaitu:

1) Prof. Madya Dr. Alyani Ismail (Timb. Peng. Inovasi Pengajaran & Pembelajaran-IPP)2) Prof. Madya Dr. Rusli Abdullah (Felo Bahagian Inovasi Pengajaran & Pembelajaran-IPP)3) Dr. Habibah Ab. Jalil (Penyelaras Bahagian Inovasi Pengajaran & Pembelajaran-IPP)4) En. Chan Kim Fatt (Ketua Bahagian Inovasi Pengajaran & Pembelajaran-IPP)5) Dr. Khamurudin Mohd Noor (Timb. Peng. Pembangunan Pengajaran & Pembelajaran-PPP)6) Pn. Nor Azirawani Man (Ketua Bahagian Kajian Pengajaran & Pembelajaran-PPP)7) Pn. Yasminani Mohamad (Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengajaran & Pembelajaran-PPP)8) Mohamad Mazzuan Jamaludin (Staf CADe/Jurukamera)

Agenda lawatan merangkumi penerangan dan perbincangan mengenai:

Perkongsian dua hala diantara CTL dan CADe, UPM telah memberi pelbagai input yang boleh membantu kepada perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran oleh kedua belah pihak pada masa akan datang.

Penggunaan teknologi dan inovasi dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaranPenilaian pengajaran pensyarah (ePPP)Pelaksanaan dan pemantauan geran penyelidikan pengajaran dan pembelajaran (DPP)Lawatan ke Studio Rakaman dan Makmal Multimedia CTL

Lawatan Universiti Putra Malaysia ke CTL

1.

2.3.

4.

Page 3: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

Rangkaian Kerjasama Dengan Pakar di Delft University of Technology dan Universiti UppsalaProfesor Baharuddin Aris, Pengarah CTL telah dijemput oleh Delft University of Technology dan Uppsala University untuk membincangkan isu-isu dan inisiatif mengenai amalan terbaik yang berkaitan dengan OpenCourseWare dan Computing and Engineering Education Research. Kumpulan TU Delft OpenCourseWare (OCW) adalah ahli kekal dalam OpenCourseWare Consortium (OCWC) dan Uppsala University Computing Education Research Group (UpCERG) pula adalah salah satu kumpulan penyelidikan yang terbesar dan sangat aktif dalam Computing Education Research di dunia.

Tujuan lawatan ialah untuk memperluaskan rangkaian kerjasama dengan pakar-pakar di institusi pengajian tinggi dan ianya perlu bagi penjenamaan global UTM. Kerjasama adalah penting dalam inisiatif OpenCourseWare, penyeliaan peperiksaan (viva-voce) PhD, penyelidikan, persidangan dan pembangunan staf. Lawatan ini bermula dari 30 Ogos hingga 3 September 2012.

Menurut Dr Willem Van Valkenburg, Pengarah TU Delft OCW, pasukannya telah beroperasi sejak tahun 2007. Pada masa ini, pasukan TU Delft OCW telah membangunkan lebih 90 kursus OCW (http://ocw.tudelft.nl/courses/) sejak kewujudannya dalam tempoh 5 tahun sebagai ahli berdaftar OCWC. Pihak akademik, pengurusan dan pasukan teknikal TU Delft OCW telah berkongsi bagaimana mereka menjadi ahli kekal dalam OCWC.

Insentif diberikan kepada pensyarah yang telah membangunkan OCW mereka. Sejumlah 1000 Euro (RM 4000) setiap kredit diberikan kepada pensyarah yang telah menyiapkan OCW mereka. Jumlah ini termasuk pembayaran kepada pelajar-pelajar yang membantu pensyarah membangunkan bahan.

Di TU Delft, Pusat Media Baru telah merakam pengajaran oleh pensyarah mereka dan pihak CICT pula menyediakan server dan platform e-learning iaitu Blackboard. TU Delft merancang untuk menubuhkan sebuah kampus maya seperti Universiti Robert Gordon di Aberdeen, Scotland.

Mesyuarat dengan Uppsala Computing Education Research Group (UpCERG) telah membuahkan hasil. Ahli-ahli utama UpCERG seperti Michael Thuné, Anders Berglund, Arnold Pears dan Matt Daniels turut hadir membincangkan penyelidikan masing-masing yang berkaitan dengan Computing Education.

Satu mesyuarat dengan pusat pembangunan pedagogi di Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel dan persidangan. Seperti UTM, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dipupuk dengan menyediakan dana yang diberikan kepada staf untuk membiayai projek-projek pembangunan pendidikan.

Melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman, terdapat kekuatan di TU Delft, Universiti Uppsala dan UTM. Universiti-universiti tersebut akan bekerjasama dengan UTM dalam bidang seperti inisiatif dan perkongsian OCW, penyeliaan dan peperiksaan, PhD, penyelidikan, pengajaran persidangan antarabangsa.

Page 4: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

4

Pada 28 November 2012 yang lalu, UTM dengan Kerjasama Universitas Muhammadiyah Makassar telah melaksanakan Seminar Antarabangsa dengan

tema “Innovative Learning Towards Excellence in Higher Education”.

Seminar ini bertujuan untuk membincangkan trend terkini dalam Pengajaran & Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi. Seminar ini diisi dengan empat pembentangan pada sebelah pagi iaitu New Academia Learning Innovation oleh Prof. Dr. Baharuddin Aris (Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTM), Outcome based Education (OBE) oleh Tn. Hj Yahya Samian (Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTM), Competency based Education (CBE) oleh En. Khaeruddin, S.Pd., M.Pd. (Ketua Jurusan Pendidikan Fisika Unismuh Makassar) dan Character Building and Leadership oleh Dr. H. Irwan Akib, M.Pd. (Rektor Universitas Muhammadiyah Makassar).

Pada sebelah petang pula, dua bengkel telah dijalankan serentak. Bengkel pertama bertajuk How to get your paper published in Journals telah dikendalikan oleh Prof Dr. Baharuddin Aris dan PM Dr. Othman Bin Che Puan (Timbalan Pengarah, Unit Pemasaran UTM), bengkel kedua bertajuk Web 2.0 for Teaching & Learning telah dikendalikan oleh Prof Dr. Mohamed Noor bin Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTM) dan Pn Norah Md Noor (Pengurus Teknologi Maklumat, CTL). Kedua-dua bengkel ini telah mendapat maklumbalas yang sangat positif di kalangan peserta yang terlibat.

Seramai lebih 1300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar pasca Ijazah dan pensyarah daripada universiti–universiti awam dan swasta di kawasan Sulawesi Selatan telah menghadiri seminar ini. Berita mengenai seminar ini ada dipaparkan di akhbar Tribune Timur di Makassar dan boleh diakses menerusi link berikut.

http://makassar.tribunnews.com/2012/11/27/keturunan-bugis-dari-malaysia-pemateri-di-unismuh\http://makassar.tribunnews.com/2012/11/27/unismuh-makassar-dan-utm-gelar-seminar-internasionalhttp://makassar.tribunnews.com/2012/11/28/universiti-teknologi-malaysia-bawakan-seminar-di-unismuh-makassar

SEMINAR KERJASAMA UNISMUH DAN UTM DI MAKASSAR INDONESIA

Page 5: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

Mesyuarat Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) Bil.4/2012 telah diadakan pada 26 September 2012 yang mana kali ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil peranan selaku host untuk mesyuarat kali ke 20. Mesyuarat yang diadakan di Kampus Bangi ini telah dihadiri hampir kesemua Pengarah/Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan wakil kecuali Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Atas faktor kesibukan tugas dan pertembungan program yang telah dijadualkan lebih awal, mesyuarat kali ini tidak disertai oleh Pengarah, Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (JPT) dan Timbalan Pengarah (Pengajaran dan Pembelajaran), Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) seperti kebiasaan.

Perkongsian pengalaman Pengerusi semasa membuat lawatan akademik ke TU Delft University of Technology, Netherlands dan Uppsala University, Sweden untuk menjalin kerjasama berkaitan dengan Open Course Ware (OCW), robust research dalam pendidikan komputer dan multimedia.

Caj sebanyak RM30.00 senaskah diputuskan oleh Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekiranya terdapat keperluan cetakan semula Modul Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran (KAPP) oleh IPTA yang berminat untuk mendapatkannya.

Keperluan pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam mendapatkan senarai nama tenaga pengajar daripada setiap IPTA untuk pelaksanaan KAPP kerana wujud kesukaran dalam mendapatkan tenaga pengajar atau pakar (master trainer) berdasarkan senarai melalui rekod AKEPT.

Cadangan mengguna pakai sistem profile of trainer mengikut bidang kursus dan kepakaran yang melibatkan e-Learning oleh Pengerusi, Majlis E-Learning IPTA (MEIPTA) dan ditambah baik dengan memasukkan senarai kepakaran P & P.

Sekretariat MAGNETIC UTM selesai membuat edaran buku Amalan Terbaik Pemantapan Pengajaran dan Pengajaran Di IPTA untuk setiap IPTA sebanyak 5 naskhah seperti mana yang dipersetujui.

Perbincangan khas yang melibatkan beberapa orang ahli MAGNETIC dan pihak JPT bersama pihak consultant bagi menyelaraskan data Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini perlu diadakan semula oleh pihak JPT setelah gagal diadakan sebelum ini.

Makluman pelaksanaan bengkel berkaitan penyelidikan P & P yang dijadualkan pada 19 hingga 21 November 2012 di Bayview Hotel Langkawi. Antara objektif bengkel ini adalah untuk mengkaji dan mengenal pasti kekuatan setiap IPTA melalui pengurusan dan pentadbiran P & P masing-masing melalui rujukan maklumat yang telah dibukukan serta mengkaji peluang serta prospek penyelidikan yang boleh dilaksanakan secara bersama di kalangan ahli MAGNETIC.

Cadangan menggabungkan mesyuarat MAGNETIC dan MEIPTA pada hari yang sama perlu dibincang dan diperhalusi oleh pihak UNIMAS selaku sekretariat baru MAGNETIC bagi sesi 2013/2014.

Perbincangan khusus berkaitan pengecualian staf akademik baru daripada mengikuti Kursus Pengajaran Pensyarah perlu diadakan agar satu peraturan yang sama dapat diguna pakai oleh semua IPTA dalam menetapkan syarat-syarat khas mahupun sebarang pelepasan yang boleh diberi. Persetujuan pihak Universiti Malaya (UM) untuk menjadi tuan rumah mesyuarat yang akan datang iaitu kali ke 21 Bil.5/2012 dan dijadualkan pada Disember 2102.

Sesi petang selepas berakhir mesyuarat, Bengkel Semakan Semula Term Of Reference (TOR) MAGNETIC telah diadakan. Bagi melengkapkan program, UKM selaku tuan rumah telah membawa ahli mesyuarat melawat Pusat PERMATA pintar Negara yang merupakan program pendidikan untuk pelajar pintar dan cerdas yang pertama di Malaysia. Pada keesokan hari sebelah pagi, Simposium Inovasi dan Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran IPTA telah diadakan dan disusuli dengan Pelancaran Dana T-Novation yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Nor yang mewakili Y.B. Menteri Pengajian Tinggi.

1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)

9)

10)

11)

MESYUARAT KERJASAMA KETUA-KETUA PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA (MAGNETIC) KALI KE-17

5

Bengkel Amalan Kajian TerbaikPerkara-perkara tersebut dibincangkan melalui pembentukan empat kumpulan kalangan ahli MAGNETIC yang hadir termasuk isu-isu lain yang berkaitan seperti : • SCL (Student Centred Learning) • SLT (Student Learning Time) • Status T & L di IPTA • Penambahbaikan yang ideal melalui amalan terbaik • Benchmarking • Kenalpasti bidang/tujahan penyelidikan/focus area research

Pembahagian kumpulan mengikut IPTA:Kumpulan AFokus utama kepada Soft SkillsProf. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat (UKM - Ketua)

Ahli lain – UTM, UTeM, UPSI dan UMK

Kumpulan BFokus utama kepada Liberal EducationProf. Dr. Raja Maznah Raja Hussain (UM - Ketua)

Ahli lain – UUM, UIAM dan UMP

Kumpulan CFokus utama kepada Graduate EmployabilityProf. Dr. Gabriel Tonga Noweg (UNIMAS – Ketua)

Ahli lain – UTHM, UPM dan UniSZA

Kumpulan DFokus utama kepada EntrepreneurshipProf. Dr. Marcus Jopony (UMS – Ketua)

Ahli lain – UPSI, UniMAP dan USM

sambungan dari muka hadapan

SEMINAR KERJASAMA UNISMUH DAN UTM DI MAKASSAR INDONESIA

Page 6: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

* Nota : A (Kursus Kompetensi Teras Bagi Staf Akademik) B (Kursus dan Latihan Pembangunan Profesional P&P)

BIL. KURSUS TARIKH TEMPAT BIL. PESERTA

1 KURSUS OBE-PENYEDIAAN CRR & PRR ONLINE 6 JULAI 2012 MAKMAL KOMPUTER CTL 28 Orang

2 KURSUS SIJIL PENGAJARAN PENGAJIAN TINGGI (SPPT) PENGAJARAN DENGAN TEKNOLOGI 16 - 19 JULAI 2012 MAKMAL KOMPUTER CTL 20 Orang

3 BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PERISIAN KURSUS TERBUKA @ OPEN COURSEWARE (OCW) SIRI 3 24 - 25 JULAI 2012 BILIK JAMUAN, DSI 48 Orang

4 KURSUS SIJIL PENGAJARAN PENGAJIAN TINGGI (SPPT) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

27 OGOS – 7 SEPTEMBER 2012 BILIK LATIHAN KORPORAT 15 Orang

5 BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN PEMBELAJARAN PERISIAN KURSUS TERBUKA (OCW)/PENILAIAN

28 – 30 SEPTEMBER 2012 BAYVIEW HOTEL, MELAKA 42 Orang

6 PEER INSTRUCTION TRAINING COURSE 17 OKTOBER 2012 BILIK 2 & 3, CICT 44 Orang

7 KURSUS MASTERS TRAINING PENGGUNAAN LECTURE MAKER BAGI TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6 – 7 NOVEMBER 2012 MAKMAL KOMPUTER CTL 27 Orang

8 PEER INSTRUCTION TRAINING COURSE II 20 NOVEMBER 2012 MAKMAL CTL UTMJB & MAKMAL CICT UTMKL 45 Orang

9 BENGKEL PENYEDIAAN COURSE ASSESSMENT REPORT (CAR) 21 NOVEMBER 2012 DEWAN SEMINAR FKM 51 Orang

10 BENGKEL PENYEDIAAN COURSE ASSESSMENT REPORT (CAR) 23 – 24NOVEMBER 2012

BILIK SENDIKET 1, BATC UTMKL 9 Orang

KURSUS DAN BENGKEL ANJURANPUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (CTL)

BULAN JULAI – NOVEMBER 2012

KALENDAR KURSUS/BENGKEL PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (CTL)

DISEMBER 2012 – JAN 2013

6

BIL. KURSUS KATEGORI KUMPULANSASARAN TARIKH

1 KURSUS TEKNOLOGI WEB 2.0 BAGI TUJUAN P&P B Terbuka 5 DIS 2012

2 PRA BENGKEL LATIHAN PENGAJARAN HBSCS B Terbuka 21-22 DIS 2012

3 KURSUS BLOSSOM B Terbuka 8-10 JAN 2013

4 HARVARD BUSINESS SCHOOL CASE STUDY B Terbuka 29 JAN - 1 FEB 2013

Page 7: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

Pihak CTL ingin merakamkan ucapan tahniah kepada En. Mohd Fazilah bin

Abdullah yang telah dinaikkan pangkat daripada Penolong Pendaftar Kanan kepada Timbalan Pendaftar bermula 9 Ogos 2012. Semoga kejayaan ini akan memberi semangat dan segala usaha gigih akan dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi kecemerlangan Universiti.

Pihak CTL ingin merakamkan ucapan takziah kepada Pengurus IT iaitu

Pn. Norah binti Md Noor dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada tanggal 31 Oktober 2012 semasa mengerjakan haji di tanah suci mekah. Seluruh warga CTL mendoakan agar ayahanda Pn. Norah dirahmati Allah dan dihimpunkan bersama golongan yang soleh.

Hari Keluarga CTL telah diadakan di Mutiara Motor Resort, Sedili, Kota Tinggi pada 20-21 Oktober 2012. Program anjuran Badan Kebajikan Staf CTL ( KAPELLA ) ini telah dihadiri oleh staf CTL

bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Tujuan diadakan program seperti ini ianya lebih kepada untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf disamping dapat mengenali ahli keluaraga staf di CTL. Beberapa acara telah diadakan seperti Berjalan dengan Terompah Gergasi, Meniup Tepong , Berlari dalam Guni, Masukkan Air ke dalam Botol yang disertai oleh staf dan keluarga. Program bertambah meriah bila Pengarah CTL turut serta dalam kebanyakan acara yang dipertandingkan. Pada sebelah malamnya Majlis Penyampian Hadiah telah diadakan pada Majlis Makan Malam berserta Cabutan Bertuah yang disampaikan oleh Pengarah dan Timbalan Pendaftar. Sekalung tahniah diucapkan kepada KAPELLA kerana telah berjaya menganjurkan program seperti ini dan harapan kami agar usaha-usaha murni ini dapat diteruskan dari masa kesemasa demi kecemerlangan CTL.

Ucapan Tahniah

Salam Takziah

HARI KELUARGA CTL TAHUN 2012

Page 8: berita selanjutnya di muka 5 · 2016-05-09 · Fakulti Sains dan Teknologi (TUR) telah menghasilkan ruang lebih luas untuk kerjasama. TUR menggalakkan kerjasama akademik dalam pengajaran

Mulai Semester I Sesi 2012/13 yang lalu, sistem e-pembelajaran UTM telah mula menggunakan perisian Moodle versi 2.3. Penaiktarafan ini adalah perlu

memandangkan banyak kelbihan yang ada pada versi 2 yang menjadikan penggunaan e-pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan kepada pembelajaran. Di sini dikongsikan beberapa ciri yang berbeza dengan versi lama (1.9) dan diharapkan boleh menjadi panduan kepada pensyarah untuk menjadikan penggunaan e-pembelajaran lebih berkesan.

1. Kemudahan drag and drop untuk memuatnaik fail ke laman web kursus

Cara mudah untuk memuatnaik fail ke laman kursus anda boleh dilakukan dengan menarik fail yang berkenaan terus ke dalam topik atau minggu mana yang dikehendaki. Pautan yang akan terhasil akan menggunakan nama fail yang dimuat naik dan ini boleh ditukar kepada nama lain yang sesuai.

yang mana ia diperlukan Bagaimanapun, sekiranya anda tidak lagi mengajar kursus ini, pautan itu akan terputus dan sumber berkenaan tidak boleh diakses oleh pelajar. Jika anda inginkan supaya sumber tersebut sentiasa boleh diakses (tidak kira siapa pengajarnya), sila muatnaik fail tersebut terus ke kursus seperti kaedah biasa atau menggunakan kemudahan drag and drop seperti di atas. Fail yang terdapat di My Private Files juga boleh digunakan dipelbagai kursus pada satu-satu masa. Hal ini amat berguna sekiranya anda mengajar lebih daripada satu kursus dan setiap kursus mungkin menggunakan beberapa fail yang sama.

3. Pemilihan aktiviti atau sumber

Dalam versi yang baru, sumber atau aktiviti diletakkan dalam pautan yang sama iaitu +Add an activity or resource. Apabila anda klik pautan ini, senarai aktiviti dan sumber akan dipaparkan. Apabila anda pilih mana-mana aktiviti atau sumber, penerangan mengenainya akan dipaparkan.

2. Sistem pengurusan fail persendirian

Setiap pengguna sistem e-pembelajaran kini diberi kemudahan untuk menyimpan fail persendirian dalam server. Sistem pengurusannya juga mempunyai kemudahan drag and drop. Anda boleh melihat fail yang terdapat dalam folder masing-masing dengan mengklik pada My Private files di bawah menu My Profile.

Sekiranya anda menjadikan fail yang terdapat dalam My Private Files sebagai sumber yang boleh diakses oleh pelajar, anda cuma perlu menyediakan pautannya dalam minggu/topik

4. Aktiviti Tugasan yang lebih kemas

Aktiviti Tugasan (Assignment) dalam versi 2.3 kini lebih kemas kerana hanya menyediakan satu jenis assignment sahaja. Bagaimanapun, jika assignment ini memerlukan pelajar memuatnaik fail, anda boleh pilih berapa banyak fail yang boleh dimuatnaik serta saiz maksimumnya. Selain daripada itu terdapat pelbagai kaedah pengredan termasuk yang menggunakan rubric. Untuk memudahkan penggredan, anda boleh memuat turun semua fail yang telah dihantar oleh pelajar sekaligus, iaitu dalam satu zip file. Ini memudahkan pensyarah melakukan pengredan secara luar talian.

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri yang berfaedah yang disediakan dalam e-learning@utm versi 2 ini. Untuk mempelajari lebih lanjut ciri-ciri tersebut, sila ke laman web:http://docs.moodle.org/23/en/Managing_a_Moodle_course

Rajah 2. Contoh isi kandungan My Private Files

Rajah 3. Senarai aktiviti dan sumber

Rajah 1. Penggunaan kemudahan drag and drop

Ciri baharu e-learning@utm 2.0