terbitan rasmi majlis perbandaran pasir … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran...

16
17 www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera MENARIK DI DALAM : MPPG TEMPAT PERTAMA ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2017 MPPG MENAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU MAJLIS MESRA RAKYAT MPPG KEDUA 2018 PROGRAM GOTONG ROYONG ZON SERI ALAM 1 DAN ZON MASAI KARNIVAL SUKAN INDUSTRI PASIR GUDANG

Upload: vonguyet

Post on 28-Apr-2019

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

11

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

NOVEMBER2018

PASIR GUDANG DESTINASI AKHIR

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2018

MPPG teMPat PertaMaanuGerah Bandar MaMPan 2017

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

MENARIK DI DALAM :MPPG TEMPAT PERTAMA

ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2017

MPPG MENAwANPUNcAk GUNUNG kINABALU

MAJLIS MESRA RAkYAT MPPG kEDUA 2018

PROGRAM GOTONG ROYONGZON SERI ALAM 1 DAN

ZON MASAIKARNIVAL SUKAN INDUSTRIPASIR GUDANG

Page 2: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

PENASIHATTuan Haji Zainor bin AdaniYang Dipertua MPPG

KETuA EdITorEncik Sulaiman bin IsmailSetiausaha MPPG

PENoloNg KETuA EdITorPuan Faridah binti Abd HamidKetua Unit Korporat dan Perhubungan Awam

PENgArANgEncik Nik Masri bin Moharani

PEmbErITA- Encik Basar bin Kallil- Encik Anuar bin Abd Ghani- Puan Kamilah binti Salim- Encik Zulfadly bin Othman

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhamad Sayut- Encik Muhammad Amirul Hidayat bin Mohd Fazil

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

......................................................

Diterbitkan olehuNIT KorPorAT dAN PErHubuNgAN AWAm

Pasir Gudang Destinasi Akhir Kembara Mahkota Johor 2018.

Perhimpunan Pagi.

MPPG Tempat Pertama Anugerah Bandar Mampan 2017.

Konvensyen Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor Sesi 2018/2019.

MPPG Terima Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2017.

Program Sky-Trekking Adventure di Skytrex Melaka.

Lensa MPPG November 2018.

Majlis Mesra Rakyat MPPG Kedua 2018.

Program Mesra Industri Pasir Gudang.

Makan Malam Kelab Penyokong Sukan Johor

Karnival Sukan Industri Pasir Gudang.

JMF FC Menjadi Juara Piala FA Liga Perdana Pasir Gudang.

MPPG Menawan Puncak Gunung Kinabalu.

Program Gotong Royong Zon Seri Alam 1 dan Zon Masai.

Gotong Royong Mega Perangi Aedes dan Hari Kitar Semula serta Perkongsian Pintar EM Mudball.

Program Yayasan Pasir Gudang November 2018.

Info Terkini : Festival Layang-Layang Sedunia Ke-24 Tahun 2019.

3456

7

89

10

1112

1413

1516

SYUKUR kehadrat Allat S.W.T

kerana dengan limpah rahmat dan

nikmat yang dianugerahkan dapat kita

bertemu lagi melalui perutusan Berita

Pasir Gudang (BPG) bagi edisi bulan

November.

Sepanjang bulan ini juga telah

memperlihatkan beberapa kejayaan

dicapai oleh MPPG. Di antaranya

adalah dengan penerimaan Anugerah

Bandar Mampan dan Anugerah Inisiatif

Pengumpulan Dan Penggunaan Semula

Air Hujan (SPAH) kategori Perbandaran

bersempena Sambutan Hari Perancang

Bandar Sedunia 2018 yang dianjurkan

bertempat di Medan Bandar, Alor Setar,

Kedah.

Selain itu diucapkan tahniah kepada

ahli-ahli KIK (Kumpulan Inovatif &

Kreatif) iaitu Kumpulan Top Stage dari

Jabatan Kawalan Bangunan, Kumpulan

Sapphire dari Jabatan Penilaian Dan

Pengurusan Harta serta Kumpulan Elite

dari Jabatan Penguatkuasa yang telah

mengharumkan nama MPPG dengan

pencapaian menerima Anugerah 5

bintang serta antara terbaik Top 20

sempena Konvensyen Team Excellence

peringkat kebangsaan. Malah

lebih manis lagi apabila dua orang

pegawai MPPG iaitu Tn Hj Mohamed

Ali Mohamed Abu Backer dan LAr.

Zanariah Kadir antara diiktiraf sebagai

fasilitator cemerlang 2018.

Jutaan terima kasih diucapkan

kepada masyarakat Pasir Gudang yang

hadir dan terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan Sesi

Town Hall Majlis Mesra MPPG Bersama

Rakyat Kali 2/2018 serta Program

Kembara Mahkota Johor 2018 yang

telah berlangsung di Padang Awam,

Kampung Pasir Putih pada bulan ini.

Tidak dinafikan semua kejayaan

yang dicapai adalah melalui usaha

dan kerjasama yang berterusan

diberikan oleh pelbagai pihak. Semoga

slogan “Pasir Gudang Milik Kita” dan

perasaan kepunyaan yang tinggi akan

terus dihayati oleh setiap warga Pasir

Gudang.

Akhirnya didoakan semoga Pasir

Gudang terus berkembang maju, berkat

usaha, kerjasama serta doa seluruh

masyarakat Pasir Gudang.

Tuan Haji Zainor bin Adani

Yang Dipertua MPPG

BERITA PASIR GUDANG2

PEruTuSAN YANg dIPErTuAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

kANDUNGAN

Page 3: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

......................................................

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

KEMBARA MAhKotA JohoR (KMJ) 2018 telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 26 November hingga 28 November 2018. Rombongan DiRaja diketuai oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah menjelajah sejauh 777 km yang melibatkan 10 buah daerah di Negeri Johor.

Baginda telah memandu kenderaan jenis Morgan bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah di sepanjang perjalanan KMJ 2018 tersebut. Sultan telah berkenan berangkat ke 10 buah Daerah. Daerah yang terlibat bermula dari Daerah Kota Tinggi dan diikuti dengan Daerah Mersing, Kluang, Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan berakhir di Johor Bahru.

Selepas menempuh jarak perjalanan sejauh 777 km, rombongan telah menamatkan misi kembara tiga hari dengan memandu kereta beroda tiga Morgan dan tiba di Padang Awam Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang pada 28 November 2018 jam 12.30 tengahari.

Ketibaan Sultan Johor dan rombongan telah disambut dengan acara penuh meriah oleh penduduk setempat. Turut berangkat ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah bersama suaiminya, Dennis Muhammad Abdullah dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar. Beberapa acara diadakan yang menyaksikan kerabat DiRaja Johor menyertainya sambil disaksikan rakyat yang hadir.

PASIR GUDANG DESTINASI AKHIR KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2018

Persembahan Tarian dan Keroncong MPPG Menyambut Keberangkatan Tiba

Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiahdisambut penuh meriah oleh rakyat.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri JohorRaja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bergambar kenangan.

Turut sama hadir Yang Dipertua MPPGTuan Haji Zainor bin Adani, bergambar

bersama ahli-ahli majlis yang hadirbagi memeriahkan lagi majlis.

Antara acara yang telah diadakan ialah perlawanan polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan.

Page 4: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

BERITA PASIR GUDANG4 BERITA PASIR GUDANG4

4 NovEMBER 2018 - MPPG mengadakan perhimpunan pagi pada minggu pertama setiap bulan. Ianya merupakan salah satu medium pertemuan antara pihak pengurusan dengan warga kerja MPPG bagi menyampaikan segala maklumat terkini samada yang diperolehi daripada peringkat komuniti Pasir Gudang mahupun peringkat MPPG, kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Tuan Haji Zainor bin Adani selaku Yang DiPertua MPPG telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja atas pencapaian anugerah serta pertandingan yang dimenangi. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja atas kerjasama dalam menjayakan semua aktiviti yang berlangsung di peringkat MPPG dan komuniti Pasir Gudang.

Perhimpunan bulan November juga menyaksikan Tuan Yang DiPertua melakukan aktiviti senaman aerobik bersama seluruh warga kerja MPPG dengan berpakaian sukan yang sama corak dan warna pemberian Kelab Sukan Dan Kebajikan MPPG. Selepas sesi senaman aerobik tamat, warga kerja yang menerima cenderahati kelahiran bulan November telah diraikan dengan acara memotong kek.

PaGIPERHIMPUNAN

Page 5: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

#1MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (MPPG) telah berjaya mencatatkan markah tertinggi dan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan bagi kategori Perbandaran cemerlang dalam aspek kemampanan di Malaysia. Anugerah Bandar Mampan 2017 ‘MURNInets’ ini diterima bersempena Hari Perancang Bandar Sedunia (HBPS) 2018 yang berlangsung pada 3 November di Medan Bandar, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Program MURNInet adalah singkatan kepada ‘Malaysian Urban Rural Indikators Network on Sustainable Development’. Ia merupakan satu aplikasi atau ‘tools’ untuk mewujudkan pengkalan data dalam bentuk gerbang maya yang dapat mengukur tahap kemampanan kawasan bandar atau luar bandar di Pihak Berkuasa Tempatan melalui penunjuk-penunjuk kemampanan secara berterusan.

Ianya adalah kali ketiga berturut-turut MPPG dianugerahkan Bandar Mampan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Keputusan kemampanan bandar bagi tahun 2017 melalui Program Pelaksanaan Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) 2.0 telah dimuktamadkan oleh Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan (POMK). Keputusan dan pencapaian skor ke atas 43 indikator melalui capaian di Gerbang MURNInets 2.0 mulai 16 Oktober 2018.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

MPPG teMPat PertaMaanuGerah Bandar MaMPan 2017

Wilayah timur Di holiday villa Johor Bahru

2014 2015 2016 2017

75 93% 96% 96%

Sederhana Mampan Mampan Mampan Mampan

MPPG menerima Anugerah Bandar Mampan 2017Di Bawah Kategori Perbandaran (PertamaTertinggi) semasa Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017.

Page 6: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

BERITA PASIR GUDANG6 BERITA PASIR GUDANG6

KoNvENSyEN AhLI-AhLI MAJLIS Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor merupakan satu program khusus untuk Ahli Majlis PBT dalam meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis PBT selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa bagi mewujudkan tadbir urus yang efektif. Konvensyen ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman, dan profesionalisme Ahli-ahli Majlis dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis PBT selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa bagi mewujudkan tadbir urus yang efektif. Di samping itu ia juga bertujuan menyemai semangat kerjasama antara Ahli Majlis dan membincangkan isu di PBT masing-masing.

Konvensyen yang telah diadakan selama 3 hari bermula 11-13 November 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor Bahru telah dihadiri oleh kesemua Ahli Majlis PBT Negeri Johor secara tidak langsung dapat memberikan semangat, membentuk kerjasama, memahami serta membincangkan dasar-dasar dan program PBT dikalangan Ahli Majlis agar dapat mencapai tahap pengurusan yang berkualiti kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Program berkenaan merupakan satu platform dalam membincangkan

berkaitan penyampaian perkhidmatan supaya PBT lebih berkesan selaras dengan aspirasi ‘Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari’ selain dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran serta maklumbalas bagi mencapai matlamat pembangunan perbandaran yang efisyen untuk kesejahteraan masyarakat.

Pada sesi kali ini, sebanyak 11 kertas kerja telah dibentangkan termasuklah berkaitan pembangunan ekonomi, struktur pentadbiran PBT, pengurusan kewangan, peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis dan sebagainya.

kONVENSYEN AHLI-AHLI MAJLISPIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR SESI 2018/2019

11-13 November 2018 | Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru

Sesi bergambar bersama peserta-peserta selepas tamat acara Fun Ride.

YAB Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, Menteri Besar Johor telah menyempurnakan majlis perasmian program berkenaan dan menyampaikan sijil penghargaan kepada semua PBT yang berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ahli Majlis MPPG bersama Setiausaha MPPG bergambar kenangandi “photo booth” konvensyen.

Page 7: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG telah menerima Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau iaitu Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) untuk Kategori Majlis Perbandaran sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2018 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Medan Bandar Alor Setar, Kedah.

Majlis Perbandaran Pasir Gudang mula menyertai Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau Anjuran PLANMalaysia (JPBD) pada tahun 2014.

Pelaksanaan inisiatif ini diadakan bagi memberikan penghargaan ke atas usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan inisiatif pembangunan kejiranan hijau.

Lima (5) kategori penghargaan pelaksanaan inisiatif kejiranan hijau yang dipertandingkan iaitu:i. Penyediaan laluan basikal;ii. Penyediaan laluan pejalan kaki;iii. Kebun kejiranan; iv. Sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan; dan v. Pengkomposan sisa.

Setiap tahun, MPPG akan menyertai lima (5) kategori penghargaan pelaksanaan inisiatif yang dipertandingkan.

Pada tahun ini, MPPG telah terpilih ke peringkat akhir dan berjaya memenangi sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan (SPAH) bagi kategori Majlis Perbandaran Peringkat Kebangsaan.

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MPPG telah menganjurkan Program Sky-Trekking Adventure bertempat di Skytrex Adventure, Melaka pada 29 November 2018. Ianya telah disertai seramai 42 orang peserta termasuk 14 orang anak-anak staff MPPG.

Program ini berbentuk pembelajaran eko-rekreasi. Peserta didedahkan dengan alam semulajadi melalui aktiviti yang telah diaturkan dan juga mempelajari aktiviti rekreasi boleh dijalankan tanpa menebang atau merosakkan pokok. Para peserta perlu melalui halangan dan cabaran dari pokok kepokok dengan “fly, swing, glide dan dangle” yang cukup menguji adrenalin peserta.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah menerima anugerah bagi Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2018

Pembangunan SPAH (Kategori Perbandaran) pada 3 November sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2018 anjuran

Kementerian Wilayah Persekutuan di Medan Bandar Alor Setar, Kedah.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGTErImA PENgHArgAAN PElAKSANAAN INISIATIfPEMBANGUNAN kEJIRANAN HIJAU 2017

PROGRAMSkY-TREkkING ADVENTUREDI SKYTREX MELAKA

Peserta diberi taklimat oleh jurulatih.

Di antara cabaran yang perlu dilalui setiap peserta.

Peserta menunjukkan sijil masing-masing setelah tamat program.

Page 8: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

BERITA PASIR GUDANG8

Piala Sultan Johor telah dimenangi oleh Kelab BolasepakMajlis Bandaraya Johor Bahru.

Majlis Penyampaian Pingat turut dihadiri oleh Ahli Majlis Zon Scientex 1 En. Wan Mohd Hazan Amru bin Hasbullah, Ahli Majlis Zon Scientex 2 En. Rajendiran A/L Subramaniam, Ahli Majlis Zon Bukit Dahlila En. Azhar bin Abdullah dan Ahli Majlis Zon Tanjung Puteri En. Mohd Rahim bin Amatermin

bagi memberi semangat kepada pasukan bolasepak MPPG.

Yang Dipertua MPPG Tuan Haji Zainor bin Adani menyampaikanpingat penghargaan kepada para pengadil perlawanan.

BOLASEPAK FINAL MPPG VS MBJB | PIALA SULTAN JOHOR

NOVEMBER 2018NOVEMBER 2018

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

Anugerah Fasilitator Cemerlang 2018, Tuan Haji Mohamed AliAbu Backer dan LAr Zanariah binti Kadir.

Kumpulan Top Stage, Sapphire dan Elite dari MPPGmendapat anugerah 5 Bintang.

Page 9: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

UM Land Bhd memperkenalkan bandar terbarunya di Bandar Seri Alam yang dinamakan sempena batu permata berharga, Topaz Residenz UMLand bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam seni bina dan reka bentuk

kepada pemiliknya pada masa hadapan.

Yang Dipertua MPPG melepaskan peserta Pasir Gudang November Run.

KEJOHANAN MUAY THAI TERBUKA JOHOR SIRI KE 5

MAJLIS PELANCARAN TOPAZ RESIDENCE BANDAR SERI ALAM

Pengunjung berpeluang menyaksikanpersembahan kebudayaan yang disediakan khas

untuk majlis pelancaran tersebut.

PASIR GUDANG NOVEMBERUN 2018

Penyampaian Sijil oleh Ahli Majlis Zon Scientex 1, En. Wan Mohd

Hazan Amru bin Hasbullah.

Penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan Muay Thai yang diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang.

Turut sama bergambar bersama peserta Muay Thai,En. Sulaiman bin Ismail, Setiausaha MPPG, Ahli Majlis Zon

Scientex 1, En.Wan Mohd Hazan Amru bin Hasbullah dan juga Adun Permas YB Datuk Seri Che Zakaria bin Mohd Salleh.

Aksi peserta melakukan serangandemi serangan untuk mengumpul mata kemenangan perlawanan.

Page 10: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

SESI toWN hALL - Majlis Mesra Rakyat MPPG Kali Kedua 2018 telah diadakan pada 25 November 2018 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Pelbagai agensi kerajaan dan NGO telah turut serta mengambil bahagian dan mengadakan pameran.

Ianya telah mendapat sambutan yang menggalakan dengan kehadiran ramai ahli jawatankuasa dari setiap zon Ahli Majlis. Kebanyakan yang hadir adalah muka-muka baru yang mewakili setiap Jawatankuasa Penduduk Zon (JKPZ).

Antara objektif sesi Town Hall - Majlis Mesra Rakyat MPPG adalah:

i. Memberi maklumat tentang program dan projek yang telah dilaksanakan/ sedang dilaksanakan/ akan dilaksanakan oleh MPPG untuk masyarakat sekitar Pasir Gudang.

ii. Sebagai medium untuk MPPG mendapatkan maklum balas dan pandangan serta komunikasi dua hala antara wakil-wakil penduduk dan kepimpinan tempatan.

iii. Memberikan penerangan bersama agensi berkaitan berkenaan isu semasa yang berlaku.

iv. Menjalin dan mengeratkan lagi perhubungan baik antara MPPG sebagai pentadbir Pasir Gudang dengan pelbagai lapisan masyarakat di bawah pentadbirannya.

PADA 8 NovEMBER 2018 yang lalu, pihak MPPG telah mengadakan Program Mesra Industri Pasir Gudang yang bertempat di Dewan Auditorium, Aras 3, Menara Aqabah. Program ini adalah merupakan program tahunan yang mana ianya adalah salah satu medium perantaraan antara MPPG dengan pihak industri bagi menyampaikan maklumat, berbincang permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan Pasir Gudang terus menjadi kawasan industri yang sejahtera dalam perancangan jangka panjang. Selain dari itu, program ini juga mencerminkan sikap keterbukaan pihak MPPG dalam membina komunikasi dua hala antara pihak industri di kawasan pentadbiran Pasir Gudang. Selain itu, Majlis Penetapan Ahli Majlis Jawatankuasa MPPG juga telah berlangsung pada tarikh yang sama dan telah melantik 4 orang Whip Parti yang terdiri daripada Ahli Majlis MPPG.

Program di mulakan dengan tayangan Video Korporat MPPG dan diikuti dengan taklimat oleh Yang DiPertua MPPG Tuan Haji Zainor bin Adani. Ianya disusuli dengan sesi soal jawab di antara wakil JKPZ dan YDP serta Ketua Jabatan MPPG.

Sesi Town Hall ini diakhiri dengan ceramah oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah daripada DMFK Inspiration Sdn Bhd dengan tajuk “Hanya Jauhari Mengenal Manikam”.

BERITA PASIR GUDANG1 0

Barisan Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon sedang mendengar taklimat.

MAJLIS MESRA RAKYAT MPPG KEDUA 2018

Yang DiPertua MPPG menyampaikan taklimat.

Sesi dailogbersama wakil JKPZ Gambar bersama Yang DiPertua MPPG.

Ceramah disampaikan olehDato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Pihak MPPG telah menerima peruntukan sebanyakRM6.5 Juta daripada MARRIS bagi kerja-kerja

penyelenggaraan jalan di kawasan perindustrianPasir Gudang, dan telah menambahbaik

perkhidmatan perlesenan.

PROGRAM MESRA INDUSTRIPASIR GUDANG

Page 11: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

PADA 24 NovEMBER 2018 jam 9 malam, Jawatankuasa Penduduk Zon (JKPZ) Kota Masai 3 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Kelab Penyokong Sukan Johor telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Sijil Pemain Bolasepak Kelab Penyokong Sukan Johor (PSJ FC) bawah 12 tahun di Balai Komuniti Jalan Kuini, Kota Masai.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor dengan diiringi bersama oleh Tuan Haji Sabarudin bin Burahan, Ahli Majlis MPPG merangkap Pengerusi JKPZ Zon Kota Masai 3.

Objektif utama penganjuran majlis ini adalah:- Mendapatkan dana bagi menampung

aktiviti kelab.- Memberi penghargaan kepada anak-anak

yang terpilih mewakili kelab.- Merapatkan hubungan silaturrahim

dikalangan ahli jawatankuasa kelab, ibubapa dan anak-anak.

- Memastikan kelab dapat menyumbang kemajuan sukan di peringkat negeri.

Seramai 200 orang hadir menjayakan majlis tersebut. Pihak penganjur berharap dengan ada majlis seupama ini, akan dapat meningkatkan semangat kerjasama yang tinggi antara semua pihak yang terlibat.

Makan Malam

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan bin Bujang melancarkan jersi pasukan bolasepak PSJ FC.

Pemain dan penyokong kelab PSJ FCbergambar kenangan.

Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan bin Bujang menyampaikan cenderahati kepada

pengurus PSJ FC.

PROGRAM MESRA INDUSTRI

KELAB PENYOKONG SUKAN JOHOR

Sesi soal jawab bersama warga industri.

Page 12: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

Antara aksi pemain Bola Sepak 7 Sebelah.

PG Strongest Man PHONIX menjadi johan Bola Baling 3 on 3

Johan Bola Sepak 7 Sebelah - Johor Port BMemanah (Barebow)

MPPG tELAh MENGANJURKAN Karnival Sukan Industri Pasir Gudang 2018 pada 18 November 2018 di Padang Perbandaran Pasir Gudang. Ianya merupakan acara tahunan dan masuk tahun ke 3 berjaya dianjurkan. Di antara acara yang dipertandingkan termasuklah pencarian PG Strongest Man, Bola Sepak 7 Sebelah, Bola Jaring 3 On 3, Penalti Bola Baling dan Memanah (Barebow). Semua acara telah mendapat sambutan dari pekerja industri Pasir Gudang. Mereka turut menjadikan Karnival Sukan Industri Pasir Gudang sebagai medium untuk bersukan dan mengeratkan hubungan kesukanan antara warga kerja industri.

Majlis penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh En Nazarul Bin Jaafar dari Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPG selaku wakil rasmi YDP MPPG. Semua peserta melahirkan rasa sukacita dan sangat gembira kerana dengan adanya kejohanan seupama ini. Mereka merasakan sumbangan dari kalangan warga industri telah diraikan dan berharap penganjuran sukan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

PERLAWANAN AKhIR BoLASEPAK merebut Piala FA Liga Perdana Pasir Gudang 2018 antara pasukan JMF FC menentang pasukan Aloya FC telah berlangsung di Stadium Bolasepak Pasir Gudang pada 21 November 2018 jam 8.30 malam. JMF FC telah muncul sebagai juara dengan mengalahkan Aloya FC dengan jaringan 7-1 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.00 beserta medal manakala naib juara Aloya FC pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.00 dan juga medal.

Turut menyaksikan perlawanan tersebut ialah Tuan Setiausaha MPPG En Sulaiman bin Ismail, Yang Dihormati Mejar Ahmad Hamdan bin Libar dari Johor Military Force dan Yang Berbahagia Kapten Mohd Fahmy bin Yahya Setiausaha Kehormat Kelab Bola Sepak JDT.

KARNIVAL SUKAN INDUSTRIPASIR GUDANG

En Nazarul menyampaikan hadiah johanPG STRONGEST MAN kepada En Stephen Anthony

Juara menerima Piala FA Liga Perdana Pasir Gudang daripada Setiausaha MPPG.

JMF FC MENJADI

PASIR GUDANGJUARA PiALA FA LiGA PERdANA

BERITA PASIR GUDANG1 2

Page 13: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

mPPg mENAWANPUNCAK GUNUNG KINABALU

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mencipta sejarah pada 9 November yang lalu apabila seramai 25 orang warga kerja MPPG telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia dengan ketinggian 4,095M dari aras laut manakala jarak pendakian adalah sejauh 8.5 kilometer. Ekspedisi menawan Puncak Gunung Kinabalu ini mengambil masa selama 6 jam dari lokasi Tim Pohon ke Laban Rata yang kemudiannya bersambung 3 jam lagi untuk sampai ke Puncak yang dikenali sebagai Low’s Peak.

Para peserta berlepas ke Sabah pada 7 November dengan pengisian santai pada hari pertama diisi dengan melawat Desa Dairy Farm, Kundasang. Misi pendakian hanya bermula pada hari kedua pada 8 November pada jam 8.00 pagi menuju ke Taman Kinabalu. Sebaik tiba di lokasi, para peserta diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian sekitar pada jam 10.00 pagi dengan dipandu oleh beberapa Mountain Guide sehingga ke Laban Rata iaitu lokasi untuk bermalam sebelum bergerak seterusnya di awal pagi 9 November ke puncak gunung.

Menurut Ketua Ekspedisi yang juga selaku Pengerusi Biro Rekreasi KSK MPPG, Encik Norhisam bin Ismail, kejayaan ekspedisi kali ini memberikan pengalaman baru yang amat bermakna kepada para peserta kerana telah dapat menunjukkan semangat kerjasama dan sikap saling bantu membantu selain dapat menikmati keindahan kepelbagaian flora dan fauna ciptaan Allah yang mempersonakan.

Misi pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu ini bukanlah satu perkara yang mudah namun berkat latihan serta dibekalkan dengan kekuatan fizikal dan mental ditambah pula dengan suntikan kata-kata semangat yang tinggi, maka segala rintangan dan cabaran corak muka buminya yang curam telah berjaya diharungi dengan jayanya.

“kedinginan semakin dirasai sewaktu pendakian menuju ke Laban Rata disebabkan hujan mula turun ketika itu dan ini telah menambah lagi cabaran kepada para peserta di mana bacaan

suhu mencecah sehingga 10°c ketika pendakian ke puncak dilakukan dari Laban Rata”.

Beliau turut merakamkan “ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kelab Sukan dan Kebajikan MPPG dan Unit Latihan MPPG atas kepercayaan dan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan dalam menjayakan Ekspedisi Menawan Puncak Gunung Kinabalu 2018 ini”.

Dengan kejayaan ini, beliau dan rakan-rakan turut merancang bagi melaksanakan ekspedisi mendaki gunung seterusnya yang lebih mencabar bagi mengekalkan prestasi dan daya tahan yang tinggi.

KARNIVAL SUKAN INDUSTRIPASIR GUDANG

JMF FC bergambar kenangan bersama dengan hadiah yang dimenangi.

Page 14: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

BERITA PASIR GUDANG1 4

PRoGRAM GotoNG-RoyoNG PERDANA telah diadakan pada 17 November 2018 bertempat di kawasan flat Tasek 64, Bandar Seri Alam. Gotong-royong ini merupakan gabungan dua zon iaitu Zon Seri Alam 1 dan Zon Masai yang diterajui oleh Pengerusi Zon iaitu Encik Ku Chee Chen dan Encik Ng Seng.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Cik Liow Cai Tung, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor diiringi oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang juga merangkap Pengerusi Zon iaitu Encik Ku Chee Chen dan Encik Ng Seng dan beberapa pengamal media.

Program ini merupakan program gabungan kali pertama diadakan yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa penduduk zon dan penduduk Flat Tasek 64, yang juga telah melibatkan beberapa agensi iaitu Pejabat Kesihatan dan Southern West Malaysia.

Walaupun hujan turun pada pagi tersebut, ianya tidak menghalang perjalanan program gotong-royong tersebut. Kerja-kerja pembersihan ini melibatkan blok Setiausaha Kerajaan (SUK) iaitu Blok A, B dan G serta blok-blok yang berhampiran. Pembersihan tersebut meliputi pembersihan longkang, rumah sampah, kawasan bawah blok dan tempat-tempat bersiko pembiakan nyamuk aedes. Pokok-pokok yang berisiko tumbang juga dicantas dan ditebang. Dianggarkan seramai lebih kurang 250 orang telah melibatkan diri dalam program gotong-royong ini.

Program gotong-royong berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 11.45 pagi. Tetamu VVIP dihidangkan dengan jamuan dan cenderahati penghargaan. Program bersurai pada jam 1.00 petang.

11 NovEMBER 2018 - Majlis Perbandaran Pasir Gudang melalui Jabatan Kesihatan Awam dengan kerjasama penduduk di Jalan Ciku, Kota Masai telah mengadakan program gotong royong mega. Program ini telah melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (MODCC Pasir Gudang & UPK PKDJB), Combi Pasir Gudang dan SWM Johor Bahru.

Ianya bertujuan bagi memelihara kualiti alam sekitar agar lebih bersih, indah dan selesa didiami dan mengawal serta

PROGRAM GOTONG ROYONGZOn SerI aLaM 1 dan ZOn MaSaI

GOTONG ROYONG MEGA PERANGI AEDES DAN HARI KITAR SEMULASErTA PErKoNgSIAN PINTAr Em mudbAllmencegah berlakunya penyakit demam denggi. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung dan ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Antaranya ialah taklimat menjaga kebersihan dan demam denggi, pembersihan kawasan luar dan dalam rumah, pertandingan mencari Jentik-jentik, pertandingan kitar semula dan perkongsian pintar EM Mudball. Kira-kira 150 orang telah hadir menjayakannya.

YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanitadan Pelancongan Negeri Johor turut hadir program gotong-royong.

Peserta yang menjayakan gotong royong.

Page 15: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

nOVeMBer 2018MOBILE TEAM PEJABAT DAERAH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

ANUGERAH cEMERLANG PUSAT TUISYEN PERCUMA

SUMBANGAN MANGSA RIBUT DI KAMPONG PASIR PUTIH DAN KAMPONG SENTOSA

Pada 11 November 2018 (Ahad), Tn Hj Mohamed Ridha bin Dato’ Hj Abd Kadir, Pegawai Daerah Johor Bahru telah mengetuai program Lawatan Mobile Team Pejabat Daerah dan Penyampaian Kurnian Tunku Mahkota Johor kepada 3 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan pentadbiran MPPG. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Tuan Haji Ab Jalil Ab Rahman,Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPPG dan En Sharul Akmal bin Johari, Pengurus Eksekutif Yayasan Pasir Gudang diikuti oleh wakil daripada JKM, MAIJ, ICU, JPN dan Pejabat Parlimen Pasir Gudang.

Tujuan lawatan adalah untuk menyampaikan Kurniaan Tunku Mahkota Johor dan melihat secara lebih dekat serta mendalami keperitan hidup keluarga yang kurang berkemampuan.

Setiap keluarga akan menerima Kurniaan Tunku Mahkota Johor wang tunai RM1,000 dan barangan keperluan asas sumbangan Yayasan Pasir Gudang yang bernilai RM100. Berikut merupakan senarai penerima Kurniaan Tengku Mahkota Johor :

Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi keputusan peperiksaan dan mereka yang menunjukkan komitmen dengan kehadiran penuh sepanjang program tuisyen diadakan, satu majlis anugerah cemerlang telah diadakan pada 15 November 2018 jam 8 malam di Pusat Tuisyen Percuma Bacang, Zon Cahaya Masai. Setiap pelajar penerima anugerah menerima sekeping sijil penghargaan.

Majlis ini telah disempurnakan olen Pn Hjh Ilhazrah binti Mohd Yusoff, mantan Ahli Majlis Zon Cahaya Masai, selaku Penyelaras Pusat Tuisyen Komuniti Percuma Bacang dan diiringi oleh En Sharul Akmal bin Johari, Pengurus Yayasan Pasir Gudang dan Pn Sakina binti Osman, Penyelia Pusat Tuisyen Komuniti Percuma Bacang. Majlis juga diserikan dengan kahadiran En Lim Kerk Wei, Ahli Majlis Zon Cahaya Masai yang baru dilantik bagi sesi 2018/2019. En Lim Kerk Wei turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima anugerah.

Tn Hj Mohamed Ridha bin Dato’ Hj Abd Kadir, Pegawai Daerah Johor Bahru diiringi oleh En Sharul Akmal bin Johari, Pengurus Yayasan Pasir Gudang diikuti oleh En Farhan bin Abu Hasan Shaari, Ahli Majlis MPPG, En Suhaimi bin Ahmad Shah, Ketua Kampung Pasir Putih dan wakil daripada MAIJ dan anggota sukarelawan JPAM telah melakukan lawatan tapak dan memberikan sumbangan kecemasan kepada mangsa ribut di dua buah kampung iaitu Kg Sentosa dan Kg Pasir Putih pada 15 November 2018 jam 4 petang. Setiap keluarga penerima menerima sumbangan tunai bernilai RM300 daripada Yayasan Pasir Gudang.

Butiran 3 keluarga yang menerima sumbangan adalah seperti berikut :

Tn Hj Mohamed Ridha bin Dato’ Hj Abd KadirPegawai Daerah Johor Bahru meyampaikan sumbangan

kecemasan kepada keluarga mangsa ribut

En Farhan bin Abu Hasan Shaari,Ahli Majlis MPPG meyampaikan sumbangankecemasan kepada keluarga mangsa ribut

BIL. Nama Alamat Status1. Fatimah Bebe bin Abdullah T1-07, Blok 41, Taman Cendana Keluarga Kurang Berkemampuan

2. Abdul Rahim bin Muluk T4-60, Blok 44, Taman Cendana Anak Sakit Jantung

3. Fhadzilah binti Shamsudin No. 8, Setinggan, Jalan Bunga Ros, Masai Keluarga Kurang Berkemampuan

BIL. Nama Alamat Status1. Mohd Hamlina bin Bahari No. 4, Jalan Damai Utama, Kg Sentosa Mangsa Ribut

2. Siti Zahara binti Isa 97, Jalan Masjid, Kg Pasir Putih Mangsa Ribut

3. Yusoff bin Kadri Lot 3245, Jalan Damai, Kg Pasir Putih Mangsa Ribut

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

program YAYASAN PASIR GUDANG

Page 16: terBItan raSMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR … polo berbasikal, futsal, tarik tali dan juga pameran dari beberapa agensi kerajaan. 4 BERITA PASIR GUDANG 4 BERITA PASIR GUDANG 4 NovEMBER

FESTIVAL LAYANG-LAYANG

SEDUNIA ke-24 tahun 2019