berita minggu - isis · 2019. 1. 6. · berita minggu ahad 18 september 2011 pemerintah komited...

3
BERITA MINGGU Ahad 18 September 2011 Pemerintah komited perkukuh demokrasi Firdaos Rosli ?BOLEHKAH anda perjelaskan mengenai ISA. Apa tujuan ia diperkenalkan dulu dan bagaimana daya relevan akta berkenaan. Saya percaya semua rakyat Malaysia akur dan yakin tujuan sebenar ISA diperkenalkan lima dekad lalu. Pada masa itu, ia mesti dikuatkuasakan untuk mengekang ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman negara, tetapi selepas sekian lama, ancaman bertukar kepada aspek berbeza yang mana kebanyakan tahanan ISA ialah golongan yang berbaur politik. Oleh sebab itu, golongan ini mengambil kesempatan untuk membidas parti yang memerintah kerana menggunakan kelebihan ISA untuk kepentingan sendiri. Pada masa negara mengorak langkah ke dunia teknologi maklumat, kegunaan ISA boleh disalah erti berdasarkan maklumat dan tafsiran masyarakat yang berbeza. ?Bagaimana pula pandangan anda mengenai keputusan kerajaan memansuhkan akta berkenaan. Sejak April 2009, Perdana Menteri mengambil pelbagai langkah liberalisasi yang fokus kepada kumpulan sasaran iaitu komuniti perniagaan, sistem penyampaian kerajaan, golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan kini ahli politik, peguam, aktivis dan sebagainya. Bagaimanapun, kesan sebenar daripada konsesi ini hanya dapat dinilai selepas kerajaan membentangkan usul pemansuhan terbabit ke Parlimen. Langkah berani kerajaan menghapuskan akta ini bukan bermaksud ISA tidak perlu untuk jaga

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • BERITA MINGGU Ahad 18 September 2011

    Pemerintah komited perkukuh demokrasi Firdaos Rosli

    ?BOLEHKAH anda perjelaskan mengenai ISA. Apa tujuan ia diperkenalkan dulu dan bagaimana daya relevan akta berkenaan. Saya percaya semua rakyat Malaysia akur dan yakin tujuan sebenar ISA diperkenalkan lima dekad lalu. Pada masa itu, ia mesti dikuatkuasakan untuk mengekang ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman negara, tetapi selepas sekian lama, ancaman bertukar kepada aspek berbeza yang mana kebanyakan tahanan ISA ialah golongan yang berbaur politik. Oleh sebab itu, golongan ini mengambil kesempatan untuk membidas parti yang memerintah kerana menggunakan kelebihan ISA untuk kepentingan sendiri. Pada masa negara mengorak langkah ke dunia teknologi maklumat, kegunaan ISA boleh disalah erti berdasarkan maklumat dan tafsiran masyarakat yang berbeza. ?Bagaimana pula pandangan anda mengenai keputusan kerajaan memansuhkan akta berkenaan. Sejak April 2009, Perdana Menteri mengambil pelbagai langkah liberalisasi yang fokus kepada kumpulan sasaran iaitu komuniti perniagaan, sistem penyampaian kerajaan, golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan kini ahli politik, peguam, aktivis dan sebagainya. Bagaimanapun, kesan sebenar daripada konsesi ini hanya dapat dinilai selepas kerajaan membentangkan usul pemansuhan terbabit ke Parlimen. Langkah berani kerajaan menghapuskan akta ini bukan bermaksud ISA tidak perlu untuk jaga

  • keamanan negara, tetapi ia tidak diperlukan lagi kerana ada cara lain yang lebih baik boleh digunakan untuk tujuan itu. Ini menunjukkan Perdana Menteri yakin dalam menjaga keamanan negara dengan cara yang berbeza daripada sebelumnya. Inilah peluang beliau untuk merekabentuk semula negara berlandaskan prinsip demokrasi seadilnya. Selain itu, sistem pentadbiran kerajaan perlulah menjadi lebih licin dan efisyen selepas usul ini diluluskan Parlimen. Siasatan pihak berkuasa tidak boleh terjejas dengan pengurangan tempoh tahanan yang akan diperkenalkan kelak. Apa pun, masih terlalu awal untuk membuat jangkaan lanjut berdasarkan ucapan Perdana Menteri saja, namun apa yang pasti kerajaan tidak boleh lagi disalah erti dalam menggunakan ISA untuk berpegang kepada kuasa. Ini selari dengan komitmen Perdana Menteri yang mengatakan bahawa tidak akan ada lagi individu yang akan ditahan kerana ideologi politik. Beliau tahu kesan sampingan daripada pemansuhan ISA ini, tetapi langkah berani ini menunjukkan beliau yakin dengan pentadbiran kerajaan dalam mencapai aspirasi negara. ?Apakah impak pemansuhan ISA dari segi kedudukan Malaysia di peringkat dunia dalam aspek hak asasi manusia. Saya bukan pakar dalam bidang hak asasi manusia, tetapi sebagai sebuah negara progresif, pemansuhan ISA perlulah mengikut kehendak dan aspirasi rakyat, bukan semata-mata untuk memenuhi kerenah masyarakat luar. Kita perlu tahu apa yang kita mahu kerana kita yang menentukan nasib kita sendiri. Kita tak boleh tunduk kepada jangkaan orang luar terhadap kita. ?Apa pula pendapat anda mengenai dua akta baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah. Perdana Menteri sudah memberi jaminan bahawa undang-undang baru ini hanya akan digunakan untuk tujuan mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam. Namun begitu, masih terlalu awal untuk membuat sebarang analisis mengenainya berdasarkan ucapan Perdana Menteri saja. Tidak ada satu pun undang-undang di dunia ini yang mampu mengekang pergolakan politik, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pergolakan politik akan terus berlaku kerana era majoriti mutlak mungkin sudah berakhir. Bagaimanapun semua rakyat Malaysia, sama ada ahli politik atau tidak, perlu tahu bahawa kebebasan bersuara bukanlah tanpa sempadan. Di dalam negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, semua perlu tahu sensitiviti orang lain melalui pengetahuan asas mengikut kaum termasuk bahasa, agama dan lokasi geografi. Saya percaya semua rakyat berharap bahawa dua undang-undang baru itu nanti tidak seharusnya replika undang-undang sedia ada, sebaliknya perlu digubal atas dasar pembahagian kuasa eksekutif dan perundangan yang adil dan saksama selaras proses demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia.

    ?Selalunya ISA dijadikan modal politik menghentam kerajaan. Apakah kesan pemansuhan akta ini terhadap pilihan raya umum akan datang.

    Selepas lama pembangkang berjuang mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA, sudah pasti mereka akan menyambut baik keputusan ini. Saya percaya ada di antara mereka masih skeptikal dan akan terus mendesak kerajaan untuk membentangkan usul ini pada sidang Dewan Rakyat

  • akan datang. Bagaimanapun, pembangkang akan terus membangkang, tidak bermaksud mereka akan menyokong kerajaan sebulat suara dalam menyokong usul ini di Parlimen nanti. Pada firasat saya, ia akan bergantung kepada 'mood' ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang mewakili parti kerajaan di Parlimen nanti.

    ?Bolehkah anda rumuskan sama ada pemansuhan ini bukti kerajaan prihatin dan sentiasa mendengar suara rakyat. Dari kaca mata rakyat, pemansuhan ISA bukanlah satu-satunya kayu pengukur untuk menjadi kerajaan prihatin, tetapi ia perlu dilihat berdasarkan langkah yang diambil daripada awal pentadbiran Najib. Pada pendapat saya, beliau sudah mengambil langkah proaktif yang menunjukkan pentadbirannya kini lebih reflektif dan inklusif kepada kehendak rakyat. Ia sudah pasti akan mencerminkan bahawa kerajaan kini menuju ke arah sistem demokrasi berdasarkan pemisahan kuasa yang jelas dan saksama. Ini sememangnya hadiah terbesar kepada rakyat pada Hari Malaysia, menunjukkan evolusi negara yang semakin matang tanpa mengira agenda pilihan raya atau tidak. Ini perlu dilakukan secara penambahbaikan berterusan. Kerajaan tidak harus memandang perkara ini sebagai titik noktah ke arah demokrasi lebih terbuka. Saya percaya rakyat akan terus memerhati setiap langkah kerajaan dengan lebih terperinci lagi selepas ini.