berita kebakaran (1)

1
KUALA TERENGGANU,Rabu- Sebaris rumah kedai dua tingkat telah musnah dijilat api dalam kejadian jam 5.00 pagi semalam.Enam buah kedai yang diperbuat daripada kayu itu terletak di Jalan Sentosa. Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang digunakan oleh penghuni kedai nombor empat.Lilin telah digunakan kerana bekalan elektrik terputus sejak jam 10.00 malam tadi.Api yang marak dengan cepat menyebabkan pihak bomba tidak dapat menyelamatkan rumah kedai tersebut daripada musnah. Menurut Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat,Encik Kassim Mahmud,pihak bomba telah mencuba sedaya upaya untuk memadamkan api sebaik sahaja tiba di tempat kejadian pada jam 5.25 pagi.Menurut beliau,anggaran kerugian yang dialami dalam kebakaran itu mencapai RM700,000. Wakil kerajaan negeri,Encik Puad Ibrahim berjanji akan mendapatkan bantuan kerajaan negeri untuk membina kembali rumah kedai tersebut.Menurut beliau,kawasan rumah kedai Jalan Sentosa termasuk dalam perancangan pembinaan baru yang akan dimulakan awal tahun hadapan. Sementara itu Pegawai Bomba Daerah menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan lilin jika ketiadaan bekalan elektrik.

Upload: zaki-mohammad

Post on 27-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

karangan upsr

TRANSCRIPT

Page 1: berita kebakaran (1)

KUALA TERENGGANU,Rabu- Sebaris rumah kedai dua tingkat telah

musnah dijilat api dalam kejadian jam 5.00 pagi semalam.Enam

buah kedai yang diperbuat daripada kayu itu terletak di Jalan

Sentosa.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang

digunakan oleh penghuni kedai nombor empat.Lilin telah

digunakan kerana bekalan elektrik terputus sejak jam 10.00

malam tadi.Api yang marak dengan cepat menyebabkan pihak bomba tidak dapat menyelamatkan rumah kedai tersebut daripada musnah.

Menurut Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat,Encik Kassim Mahmud,pihak bomba telah mencuba sedaya upaya untuk memadamkan api sebaik sahaja tiba di tempat kejadian pada jam 5.25

pagi.Menurut beliau,anggaran kerugian yang dialami dalam

kebakaran itu mencapai RM700,000.

Wakil kerajaan negeri,Encik Puad Ibrahim berjanji akan

mendapatkan bantuan kerajaan negeri untuk membina kembali rumah kedai tersebut.Menurut beliau,kawasan rumah kedai Jalan Sentosa termasuk dalam perancangan pembinaan baru yang akan dimulakan awal tahun hadapan.

Sementara itu Pegawai Bomba Daerah menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan lilin jika ketiadaan bekalan elektrik.