bercerita sains

2
SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN KHADIJAH JALAN TA’AYAH, 33007 KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.TELEFON : 05-7761179 NO.FAKS : 05-7769977 KOD SEKOLAH : ABB 4987 ‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’ Guru Besar, Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar. Tuan/Puan, PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris), KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2015. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar akan menganjurkan Karnival Sains & Teknologi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 23 Mei 2015 (Sabtu) untuk memilih Pasukan Daerah ke Peringkat Negeri. 3. Sehubungan dengan itu, SK Datin Khadijah akan menjadi Pengerusi Pertandingan Bercerita Sains Tahap 1 (Bahasa Inggeris). Pertandingan tersebut akan diadakan pada ; Tarikh /Hari : 23 Mei 2015 (Sabtu) Tempat : Dewan Srikandi, SK Datin Khadijah Masa : 8.30 pagi 4. Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat pertandingan dan juga borang pendaftaran pertandingan. Borang pendaftaran yang telah lengkap perlu dihantar sebelum 12 Mei 2015 (Selasa). Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 15.00. 5. Untuk makluman pihak tuan/ puan juga, skrip cerita perlu dihantar kepada pihak kami selewat-lewatnya sehari sebelum pertandingan berlangsung. Sebarang kemusykilan / masalah sila rujuk Guru Besar / Ketua Panitia Sains SK Datin Khadijah. 6. Sebarang kemusykilan sila hubungi Ketua Panitia Sains SK. Datin Khadijah (Pn. Badariah Akhiruddin) di talian 05-7769977 atau 017-5544215. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (HJH ROKIAH BINTI CHIK.) Guru Besar, SK Datin Khadijah, Kuala Kangsar.

Upload: abdul-razak-singah

Post on 25-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bercerita

TRANSCRIPT

Page 1: bercerita sains

SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN KHADIJAH

JALAN TA’AYAH,

33007 KUALA KANGSAR,

PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON : 05-7761179

NO.FAKS : 05-7769977

KOD SEKOLAH : ABB 4987

‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’

Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar.

Tuan/Puan,

PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris),

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR

2015.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar akan

menganjurkan Karnival Sains & Teknologi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 23 Mei 2015 (Sabtu) untuk memilih Pasukan

Daerah ke Peringkat Negeri.

3. Sehubungan dengan itu, SK Datin Khadijah akan menjadi Pengerusi Pertandingan

Bercerita Sains Tahap 1 (Bahasa Inggeris). Pertandingan tersebut akan diadakan pada ;

Tarikh /Hari : 23 Mei 2015 (Sabtu)

Tempat : Dewan Srikandi, SK Datin Khadijah

Masa : 8.30 pagi

4. Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat pertandingan dan juga borang pendaftaran

pertandingan. Borang pendaftaran yang telah lengkap perlu dihantar sebelum 12 Mei 2015

(Selasa). Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 15.00.

5. Untuk makluman pihak tuan/ puan juga, skrip cerita perlu dihantar kepada pihak

kami selewat-lewatnya sehari sebelum pertandingan berlangsung. Sebarang kemusykilan /

masalah sila rujuk Guru Besar / Ketua Panitia Sains SK Datin Khadijah.

6. Sebarang kemusykilan sila hubungi Ketua Panitia Sains SK. Datin Khadijah

(Pn. Badariah Akhiruddin) di talian 05-7769977 atau 017-5544215. Kerjasama dan

keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(HJH ROKIAH BINTI CHIK.)

Guru Besar,

SK Datin Khadijah,

Kuala Kangsar.

Page 2: bercerita sains

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2015

1. Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 (Tahun 3

sahaja).

2. Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang

guru pengiring.

3. Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja

yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.

4. Tema cerita hendaklah berkaitan dengan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah

Rendah.

5. Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.

6. Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia selewat-lewatnya

sehari sebelum pertandingan dilangsungkan.

7. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5

minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut ;

i. Permulaan - 1 kali

ii. Minit keempat - 1 kali

iii. Minit kelima - 2 kali

Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.

8. Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem

pembesar suara dan clip microphone.

9. Penggunaan komputer dan LCD , OHP atau bahan sokongan lain untuk

membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.

10. Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita

yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.

11. Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut ;

i. Mesej dan isi fakta sains - 40 %

ii. Persembahan - 20 %

iii. Bahasa - 20 %

iv. Kreativiti - 15 %

v. Pakaian (costume) - 5 %

12. Jumlah hakim untuk peringkat negeri adalah 3 orang dan peringkat

kebangsaan 5 orang (sekurang-kurangnya 3 hakim berasaskan latar belakang

sains).

13. Keputusan hakim adalah muktamad.