bercerita panduan am

14
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH PANDUAN AM PERTANDINGAN CERITA DALAM BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA TAHAP 1 & 2) 1. PENDAHULUAN Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang bukan sahaja mampu mempengaruhi malah mampu memukau audian. Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran dengar, tutur, bacaan dan tulisan. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibiasakan dalam diri murid dan diharap menjadi amalan harian mereka sejak di sekolah rendah lagi. Oleh hal demikian, aktiviti cerita sangat sesuai dijadikan aktiviti untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah rendah, daerah, negeri dan kebangsaan. 2. OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan. 1

Upload: dastannaga

Post on 16-Apr-2015

162 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

PERTANDINGAN CERITA DALAM BAHASA MELAYUSEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA

TAHAP 1 & 2)

1. PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk

memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat

Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit

merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak

bergantung kepada cara persembahan yang bukan sahaja mampu mempengaruhi malah

mampu memukau audian.

Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa merupakan salah satu pendekatan

yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran dengar,

tutur, bacaan dan tulisan. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai

melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibiasakan dalam diri murid

dan diharap menjadi amalan harian mereka sejak di sekolah rendah lagi. Oleh hal demikian,

aktiviti cerita sangat sesuai dijadikan aktiviti untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan

Cerita dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) dijadikan aktiviti

pertandingan di peringkat sekolah rendah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan

menyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-

penulis tempatan , karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing

dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu bertutur, mendengar dan menulis

dalam bahasa Melayu.

1

Page 2: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

3. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama

Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perpustakaan Negara Malaysia serta beberapa agensi lain.

Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang dilantik

sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri dikelolakan oleh Pejabat

Pelajaran Daerah yang dilantik sebagai tuan rumah oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-

masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran

Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4. PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 ( Tahun1-3)

dan Kategori Tahap 2 ( Tahun 4 – 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua

murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

5. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT DAERAH

5.1.1 Semua Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) bertanggungjawab

mengelolakan pertandingan ini di peringkat daerah masing-masing.

5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan peringkat daerah.

5.1.3 Semua pertandingan di peringkat daerah seharusnya selesai

dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat negeri.

5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat

negeri.

2

Page 3: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

5.2 PERINGKAT NEGERI

5.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

5.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

5.2.3 Semua pertandingan di peringkat negeri seharusnya selesai

dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

5.2.4 Peserta-peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke

peringkat kebangsaan.

5.2.5 Penyertaan peserta negeri ke peringkat kebangsaan adalah tertakluk kepada peruntukan untuk menghantar peserta, guru pengiring dan pegawai pengiring.

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu(1),dan Tahap

Dua(2) sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing

dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah,

daerah ke negeri dan negeri ke kebangsaan.

5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran kecuali

buku-buku cerita agama.(Contoh, Kisah-kisah Nabi)

5.3.3.2 cerita-cerita daripada bahan dan majalah dan media

massa lain.

5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik /internet dan

5.3.3.4 hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita

5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran

dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu

politik, ras dan agama.

3

Page 4: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap

umur murid.

5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta

tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang

diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara

8 minit hingga 10 minit.

5.3.6 Loceng akan dibunyikan pada minit ke-10 menandakan masa

persembahan telah tamat.

5.3.7 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan

tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.( Tidak melebihi

dua (02) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur

tersebut).

5.3.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta

perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang menarik dan memikat

penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota

badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya

dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan

setapak ke belakang.

5.3.10 Peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

( Pakaian seragam sekolah bermaksud pakaian yang dipakai sewaktu

P & P berlangsung sahaja termasuk uniform pengawas dan

pustakawan).

4

Page 5: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

5.3.11 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta

membuat persembahan cerita kurang daripada lapan (08) minit

atau melebihi sepuluh (10 ) minit.

* kurang daripada 7.35 minit dipotong 10 markah

* 07.36 hingga 07.40 minit dipotong 5 markah

* 07.41 hingga 07.45 minit dipotong 4 markah

* 07.46 hingga 07.50 minit dipotong 3 markah

* 07.51 hingga 07.55 minit dipotong 2 markah

* 07.56 hingga 07.59 minit dipotong 1 markah

*Lebih daripada 10 minit

*10.01 hingga 10.05 minit dipotong 1 markah

*10.06 hingga 10.10 minit dipotong 2 markah

*10.11 hingga 10.15 minit dipotong 3 markah

*10.16 hingga 10.20 minit dipotong 4 markah

*10.21 hingga 10.25 minit dipotong 5 markah

*10.26 dan ke atas dipotong 10 markah

Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim

sahaja.

5.3.12 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :-

5.3.12.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras,dan agama;

5.3.12.2 Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus

menerus;

5.3.12.3 Dibantu oleh orang lain;

5.3.12.4 Menggunakan ‘props’ , ‘back-drops’,muzik atau kesan

bunyi,

5.3.12.5 Tidak memakai pakaian seragam sekolah.

5.3.13 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

5

Page 6: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

5.3.14 Sekiranya berlaku seri,kriteria berikut harus diambil kira untuk

menentukan pemenang:-

i) Teknik persembahan

ii) Penghayatan cerita

iii) Bahasa dan pertuturan

5.3.15 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang

penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/ Pegawai PPD/

berserta salinan sijil kelahiran.

6. PENGHAKIMAN

6.1 Bilangan panel hakim

6.1.1 Bilangan hakim di Peringkat Kebangsaan ialah tujuh (07) orang,

manakala di Peringkat Negeri ialah lima (05) orang, Daerah sekurang-

kurangnya tiga (03) orang.

6.1.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan seorang hakim.

6.1.3 Hakim boleh terdiri daripada guru pengiring.

6.1.4 Perbelanjaan hakim ditanggung oleh kontinjen/pasukan masing-masing.

6.1.5 Ketua hakim dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

6.1.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan

diumumkan.

6.2 Kriteria Penghakiman

6.2.1 Teknik persembahan 20 markah

6.2.2 Penghayatan cerita 20 markah

6.2.3 Bahasa dan pertuturan 20 markah

6.2.4 Kontak mata 15 markah

6.2.5 Kesesuaian tema 05 markah

6.2.6 Tempo dan masa 10 markah

6.2.7 Kawalan suara 10 markah

6

Page 7: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

7 HADIAH

A Peringkat Daerah dan Sekolah

i Hadiah peringkat ini mengikut kesesuaian daerah dan sekolah.

B Peringkat Negeri (Setiap kategori)

i Johan Trofi dan Sijil Penyertaan

ii Naib Johan Trofi dan Sijil Penyertaan

iii Ketiga Trofi dan Sijil Penyertaan

iv Sagu Hati Trofi dan Sijil Penyertaan

C Peringkat Kebangsaan (Setiap kategori)

Hadiah Peringkat Kebangsaan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola peringkat ini.

8. PANDUAN PENCERITA YANG BAIK

Memilih cerita yang sesuai dengan tahap pelajar

Cerita yang dipilih dipetik daripada buku / media cetak / hasil karya dan

sumber

Internet

Dapat merumuskan / membuat kesimpulan di hujung cerita

Berkemahiran menggunakan suara semasa menyampaikan cerita

Suara yang jelas dan sedap didengar serta mempengaruhi pendengar

Bercerita dengan pergerakan mata,mimik muka dan gerakan bibir

Berdiri tegak dan hanya menggunakan ‘bahasa badan’aras pinggang ke

atas

Dapat mengawal emosi dengan cara bersahaja dan tidak dibuat-buat

Dapat menyampaikan mesej cerita dengan jelas,tepat dan bermakna

Bercerita dalam keadaan suara,nada,sebutan dan intonasi

sebenar (natural)

serta dalam keadaan bersahaja

Akur kepada semua syarat dan peraturan bercerita

7

Page 8: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

9. PERKARA YANG MENGURANGKAN MARKAH

Pakaian seragam sekolah yang tidak lengkap dan berlebih-lebih

Tidak berdiri dengan tertib,banyak gerakan ataupun gerakan yang

melampau

Ada tanda-tanda berlakon atau berteater

Lebih memberatkan pada nyanyian,sajak,syair ataupun berseloka(aktiviti

Ini tidak digalakkan)

Memulakan cerita sambil berjalan atau berjalan-jalan

Tidak membuat rumusan dan kesimpulan cerita

10. PENGURUSAN

Persediaan tempat

Pelan lokasi hakim

Persediaan siaraya

Senarai semak

- borang hakim

- borang penjaga masa

- borang hakim (sistem juri)

- fail/alat tulis

- borang pendaftaran(sertakan no akaun bank murid)

Taklimat bengkel penghakiman

Juruacara tidak boleh mengulas persembahan peserta

Peserta duduk di bahagian hadapan dan guru pengiring tidak

dibenarkan mengganggu konsentrasi peserta.

8

Page 9: Bercerita Panduan Am

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAHPANDUAN AM

CADANGAN PERTANDINGAN CERITA SPONTAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH TAHAP 2 TAHUN 2010

1 OBJEKTIF

1.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan

meyakinkan.

1.2 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan

rangsangan.

1.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing

dalam kalangan murid.

1.4 Meningkatkan kemahiran murid berbahasa iaitu bertutur, mendengar dan

menulis dalam bahasa Melayu.

2 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan tajuk

bebas/tema/bahan rangsangan akan dikemukakan oleh Pengerusi

Pertandingan. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian

Pertama.

2.2 Peserta diberi masa selama dua (02) minit untuk persediaan dan tiga (03) minit

untuk persembahan.

2.3 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan

tamat.

3 KRITERIA PENGHAKIMAN

3.1 Isi cerita - 30 markah

3.2 Bahasa Pertuturan - 30 markah

3.3 Teknik Persembahan - 20 markah

3.4 Kontak mata - 10 markah

3.5 Tempo penceritaan - 10 markah

9