berbalas pantun merdeka 1

1
Lelaki: Biduk berlalu kiambang bertaut, Hanyut perahu menuju muara; Salam dihulur merdeka disambut, Akrabnya ukhwah, sejahteralah Malaysia. Perempuan : Demi maruah bangsa yang gagah, Rela kutempuhi onak dan duri; Agar Malaysiaku terus megah, Dijajah semula rakyat yang rugi Lelaki: Jalur gemilang berkibar megah, Ditiup angin sepoi bahasa; Demi maruah bangsa yang gagah, Bekalan warisan anak-anak merdeka. Perempuan : Bekalan warisan anak-anak merdeka, Disanjung dipuja setiap masa; Semangat patriotik tertanam di jiwa, Anak pasca merdeka pasti berbangga. Lelaki: Terasa sejuk menyapa muka, Mudik perahu singgah di kuala; Kukuh perpaduan demi Malaysia, Negara maju aman sejahtera. Perempuan: Aman bahagia rakyat sejahtera, Rakyat sepakat dalam perpaduan: Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia, Malaysia berada di puncak kejayaan. Lelaki: Bendera berkibar di rumah Pak Agos Di halaman rumah pasang pelita Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos Tarikh kemerdekaan negara kita. Perempuan: Bersyukur menjadi rakyat Malaysia Bumi bertuah indah permai lima puluh enam tahun kita merdeka rakyat hidup aman damai Lelaki: Setiap tahun menyambut merdeka Jalur gemilang berkibar megah Sejarah negara jangan dilupa beratus tahun kita dijajah. Perempuan: Kaum melayu, Cina dan India Hidup sejahtera bersatu padu Jasa pemimpin jangan dilupa rakyat terbilang negara maju.

Upload: haslinda-mohd-jamil

Post on 31-Dec-2015

594 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berbalas Pantun Merdeka 1

Lelaki:Biduk berlalu kiambang bertaut,Hanyut perahu menuju muara;Salam dihulur merdeka disambut,Akrabnya ukhwah, sejahteralah Malaysia.

Perempuan :Demi maruah bangsa yang gagah,Rela kutempuhi onak dan duri;Agar Malaysiaku terus megah,Dijajah semula rakyat yang rugi

Lelaki:Jalur gemilang berkibar megah,Ditiup angin sepoi bahasa;Demi maruah bangsa yang gagah,Bekalan warisan anak-anak merdeka.

Perempuan :Bekalan warisan anak-anak merdeka,Disanjung dipuja setiap masa;Semangat patriotik tertanam di jiwa,Anak pasca merdeka pasti berbangga.

Lelaki:Terasa sejuk menyapa muka,Mudik perahu singgah di kuala;Kukuh perpaduan demi Malaysia,Negara maju aman sejahtera.

Perempuan:Aman bahagia rakyat sejahtera,Rakyat sepakat dalam perpaduan:Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,Malaysia berada di puncak kejayaan.

Lelaki:Bendera berkibar di rumah Pak AgosDi halaman rumah pasang pelitaMenjelang tiba Tiga Puluh Satu OgosTarikh kemerdekaan negara kita.

Perempuan:  Bersyukur menjadi rakyat Malaysia  Bumi bertuah indah permai  lima puluh enam tahun kita merdeka  rakyat hidup aman damai

Lelaki:  Setiap tahun menyambut merdeka  Jalur gemilang berkibar megah  Sejarah negara jangan dilupa  beratus tahun kita dijajah.

Perempuan:  Kaum melayu, Cina dan India  Hidup sejahtera bersatu padu  Jasa pemimpin jangan dilupa  rakyat terbilang negara maju.