bentuk kata majmuk

7
Bentuk Kata Majmuk Menurut tatabahasa dewan proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil yang membawa makna yang khusus. Ia dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sisipan unsur lain. Contohnya seperti perkataan kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat menerima sisipan unsur lain seperti ‘yang’. Bagi perkataan pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat menerima unsur sisipan seperti ‘ dan’ iaitu kata hubung. Manakala menurut linguistik am kata majmuk binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua perkataan. Setiap perkataan itu boleh terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kesatuan seperti satu patah perkataan mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.Dalam linguistik am kata majmuk ada dua pertama kata majmuk sintaktik dan kata majmuk bukan sintaktik. Kata majmuk sintaktik apabila kata-kata itu bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu iaitu yang diterangkan adalah inti yang diterangkan, dan cuaca penerangnya. Kata majmuk bukan sintaktik pula ialah apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak mengikut hukum diterang menerang (DM). Antara contoh ialah bumiputera,

Upload: norma-talib

Post on 03-Aug-2015

178 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bentuk Kata Majmuk

Bentuk Kata Majmuk

Menurut tatabahasa dewan proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata

dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil yang membawa makna yang khusus. Ia dieja terpisah

dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sisipan unsur lain.

Contohnya seperti perkataan kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat menerima

sisipan unsur lain seperti ‘yang’. Bagi perkataan pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana

dapat menerima unsur sisipan seperti ‘ dan’ iaitu kata hubung. Manakala menurut linguistik am

kata majmuk binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua perkataan. Setiap perkataan

itu boleh terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan mempunyai ciri-

ciri kesatuan seperti satu patah perkataan mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan

mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.Dalam linguistik am kata majmuk ada dua pertama

kata majmuk sintaktik dan kata majmuk bukan sintaktik. Kata majmuk sintaktik apabila kata-

kata itu bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu iaitu yang diterangkan

adalah inti yang diterangkan, dan cuaca penerangnya. Kata majmuk bukan sintaktik pula ialah

apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak mengikut hukum diterang menerang (DM).

Antara contoh ialah bumiputera, mahasiswa, perdana menteri, dan lain-lain lagi.Perkataan bumi

ialah menerang dan putera ialah inti yang diterang.

Kategori Bentuk Kata Majmuk

Kata majmuk boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Dalam tatabahasa dewan kata

majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok.Pertama ialah kata majmuk yang terdiri daripada

rangkaian kata bebas. Kata majmuk ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai

gelaran.Kedua ialah kata majmuk yang terbentuk istilah khusus, dan yang ketiga kata majmuk

yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Di bawah disenaraikan contoh-contoh

perkataan dalam kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dan bentuk kata yang

Page 2: Bentuk Kata Majmuk

digunakan sebagai gelaran contoh gambar rajah, alat tulis,bandar raya, jam tangan, nasi

minyak dan lain lain lagi. Untuk gelaran contoh perkataannya ialah Perdana Menteri, Raja

Muda, Naib Canselor dan lain-lain lagi.Contoh perkataan kata majmuk berbentuk istilah khusus

ialah kanta tangan, kertasa kerja, batu kapur, atur cara, kemas kini dan lain – lain lagi. Contoh

perkataan kata majmuk yang berbentuk kiasan ialah kaki ayam, pilih kasih bulan , manis umlaut

dan lan-lain lagi.Bagi linguistik am pula kata majmuk menerangkan perbezaan kata majmuk

daripada frasa nama. Linguistik am mengatakan kata majmuk ialah bukan frasa. Kata majmuk

ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah sintaksis oleh itu ia bukan frasa nama. . Terdapat tiga

kategori yang menerangkan kata majmuk itu adalah bukan frasa, Pertama kata majmuk

mempunyai makana khas sebagai satu perkataan. Kedua kata majamuj mempunyai cirri

kesatuan sebagai satu kata. Ia tdak dapat dipisahkan tanpa mengubah makna. Ketiga, Kata

majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup. Contoh perkataan kata majmuk yang

mempunyai banyak makna guru besar bermakna guru ketua pentadbiran sekolah dan bukan

guru bersaiz besar. Contoh perkataan kata majmuk yang yang tidak dapat dipisahkan oleh

bentuk lain olahraga. Oleh sebab itu olah dan raga tidak dapat dipisahkan. Tetapi bagi frasa

perkataan dapat dipisahkan contohnya seperti perkataan meja tulis. Meja dapat membawa

maksud meja bagi menulis dengan tidak mengubah maknanya. Olahraga ialah kata majmuk

dan meja tulis ialah frasa.Contoh perkataan kata majmuk tertutup yang menghasilkan satu

kumpulan tertutup. Kata majmuk jenis ini tidak banyak. Binaan frasa adalah golongan terbuka.

Ini bermakna bilingannya tdak terhad banyaknya. Ada juga kata majmuk yang terbina daripada

kata nama dan bilangan kata nama majmuk ini tidak banyak. Frasa yang mempunyai

perkataan rumah sebagai inti tidak terhad bilangannya. Contoh kata nama majmuk itu hanya

ada beberapa seperti rumah sakit menerangkan hospital,dan rumah pasung menerangkan balai

polis Bagi frasa terbuka, bilangan frasa yang dibentuk banyak dengan menggunakan perkataan

rumah. Contohnya rumah besar yang menerangkan rumah yang besar, rumah kecil yang

menerangkan rumah yang kecil dan rumah merah yang menerangkan rumah yang berwarna

Page 3: Bentuk Kata Majmuk

merah. Ia dapat ditambahkan bilangannya hanya dengan menambah kata adjektif selepas kata

inti.

Pembentukan Kata Majmuk

Menurut kamus dewan terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya

sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Tetapi bentuk kata tersebut

ternyata mengandungi dua kata dasar.Perkataan itu boleh dieja bercantum sebagai satu

perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, suruhanjaya, warganegara,

matahari dan lain-lain lagi. Selain daripada pertkataan yang dibagi terdapat juaga pertkataan

yang dieja bercantum tetapi ia bukan di dalam golongan kata majmuk. Antaranya

(i) Kata nama : peribadi dinihari

(ii) Kata adjektif : sukacita dukacita

(iii) Kata sendi nama: kepada daripada

(iv) Kata tanya: bagaimana kenapa

Linguistik am pula menerangkan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada

yang dieja bergabung dan terpisah. Penerangan yang diberikan oleh penulis adalah

ringkas.Contoh perkataan yang diberi yang dieja terpisah kereta api, kapal terbang dan

padang tembak. Kata majmuk yang dieja bergabung penulis mengambil contoh perkataan di

dalam buku Tatabahasa Dewan yang ada 30 perkataan majmuk yang dieja bergabung.

Penggandaan Kata Majmuk

Page 4: Bentuk Kata Majmuk

Dalam Tatabahasa Dewan penggandaan kata majmuk melbatkan penggandaan unsure

pertama kata sahaja.Contoh alat-alat tulis, gambar-gambar rajah balai-balai polis,suku-suku

kata, Menteri-Menteri Besar dan kapal-kapal terbang. Terdapat juga penggandaan yang

melibatkan bentuk yang telah dimantapkan, penggandaan melibatkan keseluruhan unsur.

Contohnya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-

jawatankuasa, setiausaha-setiausaha dan pesuruhjaya-pesuruhjaya. Linguistik Am

menyatakan kata majmuk digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak.

Contohnya ganti rugi gantirugi-gantirugi

kakitangan kakitangan-kakitangan

rekacipta rekacipta-rekacipta

Ini membuktikan bahawa kata majmuk ialah dua perkataan yang bertabiat sebagai satu

perkataan, oleh itu kata majmuk terpaksa diulang seluruhnya.Tetapi tidak begitu dengan

frasa nama. Contoh penggandaan frasa nama

Alat kerja alat-alat kerja

Jam dinding jam-jam dinding

Kapal laut kapal-kapal laut

Menurut Linguitik Am simpulan bahasa bukan kata majmuk kerana apabila hendak

digandakan simpulan bahasa itu, bukan seluruh simpulan bahasa itu perlu diulang tetapi

perkataan pertama sahaja yang diulang. Contoh

buah hati buah-buah hati,

makan angin makan-makan angin .

Page 5: Bentuk Kata Majmuk

Tetapi dalam Tatabahasa Dewan simpulan bahasa dikategorikan sebagai kata majmuk yang

mendukung maksud kiasan.

Pengimbuhan Kata Majmuk

Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk

menghasilkan kata terbitan. Pengimbuham kata majmuk terdapat dalam dua bentuk sahaja.

Kata majmuk boleh menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja,

ejaannya tetap terpisah Contohnya

campur aduk bercampur aduk

ambil alih mengambil alih

temu bual ditemu bual

Kata majmuk yang menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.

Contonya

Campur aduk mencampuradukkan

Daya serap kedayaserapan

Satu padu menyatupadukan

Dalam Linguistik Am hanya menerangkan contoh-contoh perkataan kata nama majmuk iaitu

setiausaha, ketidakadilan, reka bentuk, tandatangan,kaji selidik dan pengambilalihan. Contoh

kata kerja majmuk seperti menandatangani, diketepikan memberitahu, mereka cipta, dan

bertanggungjawab. Contoh kata adjedtif majmuk seperti sukacita dan dukacipta. Kata adverba

majmuk, contoh perkataannya tidak banyak seperti acap kali, dini hari, dan tengah hari. Kata

tugas majmuk contoh perkataan seperti apabila, apahal, apakal, apalagi dan lain-lain lagi.