bentuk badan endomorf

9
Bentuk Badan Endomorf, Mesomorf, Ektomorf. Pengenalan Mengikut Dictionary of psychology(1993) , Perbezaan individu dihuraikan sebagai “ variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat, dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan”.Huraian ini menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Perbezaan individu ini boleh dihayati daripada beberapa huraian aspek perbezaannya. Terdapat 6 aspek yang terlibat dalam perbezaan individu iaitu aspek fizikal, aspek kognitif, aspek emosi, aspek tingkah laku,aspek sosial, dan aspek rohani. Tugasan kami adalah untuk mengklasifikasi 3 bentuk tubuh badan. Wiliam Sheldon telah mengklasifikasikan tiga set personality dankebolehan fizikal terutama dalam sukan. Tiga bentuk somatotaip tersebut ialah: Endomorf Mesomorf Ektomorf Dalam ketiga-tiga somatotaip ini,masing-masing mempunyai kelebihan dan potensi dalam aktiviti fizikal dan sukan yang diceburi oleh mereka. Yang penting, latihan yang berkesan dan berterusan serta cara hidup yang sihat perlu dititikberatkan agar potensi yang sedia ada tidak disia-siakan. Endomorf

Upload: saripdol

Post on 30-Jun-2015

599 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bentuk Badan Endomorf

Bentuk Badan Endomorf, Mesomorf, Ektomorf.

Pengenalan

            Mengikut Dictionary of psychology(1993) , Perbezaan individu dihuraikan sebagai “ variasi

atau ketidaksamaan individu daripada norma  kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi,

fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat, dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan

individu dalam sesuatu kumpulan”.Huraian ini menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik

dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

            Perbezaan individu ini boleh dihayati daripada beberapa huraian aspek perbezaannya.

Terdapat 6 aspek yang terlibat dalam perbezaan individu iaitu aspek fizikal, aspek kognitif, aspek

emosi, aspek tingkah laku,aspek sosial, dan aspek rohani. Tugasan kami adalah untuk

mengklasifikasi 3 bentuk tubuh badan. Wiliam Sheldon  telah mengklasifikasikan tiga set

personality dankebolehan fizikal terutama dalam sukan. Tiga bentuk somatotaip tersebut ialah:

Endomorf

Mesomorf

Ektomorf

            Dalam ketiga-tiga somatotaip ini,masing-masing mempunyai kelebihan dan potensi dalam

aktiviti fizikal dan sukan yang diceburi oleh mereka. Yang penting, latihan yang berkesan dan

berterusan serta cara hidup yang sihat perlu dititikberatkan agar potensi yang sedia ada tidak

disia-siakan. 

Endomorf

            Jenis tubuh badan ini merupakan bentuk badan yang gemuk dan bulat Selalunya mereka

yang memiliki bentuk badan seperti ini akan merasa gusar tentang dirinya. Ada juga dikalangan

mereka yang mengalami masalah obesiti. Dengan keadaan fizikal yang berisi membuatkan

pergerakan mereka terbatas dan menghalang kelincahan diri mereka. Mereka yang memiliki tubuh

seperti ini tidak tegap dan berada dalam keadaan tidak stabil dan juga kelihatan dalam  keadaan

lembik.

Jika mereka tidak gemuk sekalipun, rangka badannya agak lebar dan besar serta rendah.

Bagi aspek personaliti, individu jenis ini dikatakan sebagai seorang periang, suka bergaul, kuat

makan dan ekstrovet.

Page 2: Bentuk Badan Endomorf

 

                                                 Rajah 1.0 Bentuk badan endomorf

Ciri-Ciri Perwatakan

      Kelihatan lebih besar dengan lebihan lemak terutamanya di sekitar pinggang, peha dang

punggung.Selain itu, rangka badan juga besar dengan pergelangan tangan dan kaki besar lebih

dari kebiasaan. Selalunya mereka bersikap  tawar hati dan mudah kecewa serta putus asa dalam

melakukan sesuatu perkara.Jumlah kalori dalam badan juga tinggi disebabkan kalori yang

terkumpul kerana kurang bersenam. Cabaran paling besar dalam hidup mereka ialah untuk

menghilangkan berat badan mereka  kerana diet mereka yang tidak dapat dikawal.

Bagaimana untuk mengenal pasti

      Tidak mudah untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat atau tanpa sebarang

usaha yang berterusan.Salah satu penampilan mereka ialah selalu ingin kelihatan

gempal.Kegemukan mereka mudah untuk dilihat pada keseluruhan tubuh badan mereka. Mereka

tidak minat langsung untuk bersenam kerana bagi mereka apanila bersenam mereka akan

keletihan yang melampau.Pertumbuhan otot mereka berlaku dengan pantas serta berkembang

dengan baik apabila mereka bekerja dengan berat.

      Kadangkala,orang luar akan memikirkan mereka sentiasa cergas namun mereka tidak akan

bersetuju dengan pendapat tersebut.Apabila mereka melihat cermin, mereka akan selalu berkata

bahawa bentuk badan mereka seperti buah pear kerana mereka kelihatan lebih bulat terutamanya

di bahagian bawah.Mereka akan selalu lapar pada setiap ketika terutamanya selepas membuat

Page 3: Bentuk Badan Endomorf

sesuatu kerja yang mengeluarkan peluh.Selain itu juga, kemurungan sering kali menghantui

mereka terutamanya apabila memikirkan tentang berat badan dan persaingan.

Bidang sukan yang sesuai diceburi

            Bagi pemilik badan endomorf, sukan yang sangat sesuai bagi mereka adalah seperti

angkat berat, lontar peluru dan lempar cakera. Memandangkan mereka  mengalami pergerakan

yang terhad jadi adalah amat sukar bagi mereka untuk membina kelincahan tetapi mereka

mempunyai kekuatan eksplosif yang tinggi. Oleh itu adalah tepat untuk mereka menceburi bidang

sukan yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak yang memerlukan kuasa eksplosif yang

tinggi.

            Individu endomorf mudah meningkat berat badan jika pemakanan dan aktiviti fizikalnya

tidak dijaga..Dari segi prestasi dalam sukan, individu ini lebih sesuai kepada sukan yang

memerlukan kuasa eksplosif otot.

    

                    

                                                      Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis endomorf

Mesomorf

            Mesomorf merupakan individu yang kebanyakannya berkecendurangan  dalam bidang

sukan sebagai atlet. Mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Mereka tidak

mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun masalah kekurangan berat badan. Mereka

boleh makan apa sahaja yang diingini tanpa telalu risau mengenainya.  

            Individu mesomorf mempunyai bentuk badan tegap semulajadi tetapi mereka perlu

melakukan senaman latihan yang sewajarnya untuk mengekalkan dan menambah baik bentuk

badan mereka. Latihan yang keras boleh dilakukan selalu ataupun bagi suatu sesi yang lama bagi

mereka, tetapi haruslah dilakukan secara berhati-hati dan tidak melebihi daripada sepatutnya

kerana dikhuatiri akan memudaratkan tubuh badan. Anda perlu melakukan latihan bebanan

secara bersederhana serta tidak berehat terlalu lama bagi setiap set. Anda akan dapat lihat di

mana otot anda akan terbina dengan mudah.

Page 4: Bentuk Badan Endomorf

                                               

Rajah 2.0 Bentuk badan mesomorf

Ciri-Ciri Perwatakan

            Kebiasaannya mereka yang mesomorf adalah terdiri di kalangan mereka yang sering

bekecimpung dalam bidang sukan ataupun lebih dikenali sebagai atlit. Hal ini mereka memiliki

keistimewaan fizikal berbanding individu endomorf dan ektomorf. Keistimewaan dan kelebihan

tersebut membolehkan mereka sering mencapai kejayaan dalam bidang sukan. Antara

keistimewaan fizikal individu mesomorf ialah mereka mempunyai otot badan yang sasa, kelihatan

matang daripada umur sebenar, kulit yang kasar dan mempunyai postur badan yang tegap atau

lurus. Selain daripada mudah untuk membina otot, mereka juga mudah mengurangkan serta

menambah berat badan mereka bagi satu tempoh masa yang singkat. Secara lazimnya, individu

lelaki mesomorf memiliki bentuk badan jenis segi empat bujur manakala si wanitanya memiliki

bentuk badan jenis ”hourglass”.

Bagaimana untuk mengenal pasti

            Dari segi fizikal, Individu mesomorf mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat.

Rangka mereka adalah sederhana besar dan skala kelebaran dan ketinggian aak sempadan.

Mereka juga merupakan individu yang suka melakukan aktiviti yang dapat memberikan diri

mereka sebarang cabaran. Mereka cenderung ke arah sebarang memiliki tenaga dan penguasaan

terhadap sesuatu perkara. Mereka mempunyai sifat keberanian yang tinggi dalam mencuba

sesuatu perkara baru. Namun begitu mereka sering tidak mengambil peduli tehadap sebarang

tanggapan dan fikiran orang lain terhadap apa yang mereka lakukan. Ini menunjukkan tahap

keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka. Selain tegas dalam memutuskan sesuatu perkara,

individu endomorf juga memiliki semangat daya saing yang tinggi serta sukakan kepada apa jua

bentuk cabaran dan peluang yang diberikan.

Page 5: Bentuk Badan Endomorf

Bidang sukan yang sesuai diceburi

            Para atlit yang mempunyai bentuk badan jenis mesomorf boleh memberikan tindakbalas

yang baik bagi sebarang bentuk latihan samada latihan kardiovaskular ataupun latihan berbentuk

halangan. Tambahan pula, mereka dapat mengekalkan tahap rendah lemak badan mereka.

Selain itu juga, semua kumpulan otot mereka boleh digunakan untuk memperolehi kesan latihan

yang positif. Walaupun individu mesomorf boleh menambah dan mengurangkan berat badan

dengan mudah, namun ianya tetap bergantung kepada sukan yang diceburinya.

                       

Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis mesomorf

Ektomorf

            Individu  yang memiliki badan ektomorf adalah kurus, tinggi dan pergerakannya

berkemungkinan agak perlahan dan lembut. Individu ini berangka kecil tetapi tinggi. Mereka

selalunya dikaitkan dengan gaya lembik dan berkelihatan kurus. Penampilan dirinya seakan

kurang mature dan tidak meyakinkan. Emosi pula mudah tidak stabil dan sering kelam kabut

dalam tindakannya. Mereka juga mudah diselubungi oleh kemurungan dan kurang tahan dengan

tekanan. Mereka juga kurang aktif dan pesimistik dalam tindakan.

Page 6: Bentuk Badan Endomorf

Rajah 3.0 Bentuk badan ektomorf

Ciri-Ciri Perwatakan

            Individu yang mempunyai badan ektomorf. ciri -ciri bentuk badan ini ialah tangan dan kaki

yang kurus, lemak yang sedikit,bahu , punggung , dada dan abdomen yang berbentuk sederhana.

ciri - ciri ini jelas menunjukkan mereka yang berbentuk badan ini mampu menyertai acara sukan

seperti larian jarak jauh , lompat tinggi , aktiviti berbasikal dan acara triatlon. umum mengetahui ,

acara lompat tinggi memerlukan mereka yang mempunyai otot yang tinggi dan ringan untuk

membuat kuasa ketangkasan dan mudah untuk mengangkat badanya. oleh itu, kelebihan ini lebih

tertumpu kepada mereka yang mempunyai bentuk badan ektomorf ini.  namun begitu mereka

tidak sesuai untuk acara ice hockey goalie, weightlifter, and hammer thrower.

Bagaimana untuk mengenal pasti

            Individu ektomorf adalah individu yang kurus ,tinggi dan pergerakannya berkemungkinan

agak perlahan atau lembut. Individu ini berangka kecil tetapi dari segi ketinggian,mereka adalah

tinggi. Mereka yang berbadan ektomorf memilikii bahu dan pinggang yang kecil. Selain itu ,

mereka juga mempunyai susuk dada, abdomen dan badan yang agak kecil. Begitu juga dengan

lengan dan kaki mereka yang kecil.  Dari segi berat badan, mereka mempunyai lipid yang kurang

dan otot mereka juga tidak begitu besar.    Dari segi personaliti, golongan ini umunya agak

pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu dan cerdik.,

Page 7: Bentuk Badan Endomorf

Bidang sukan yang sesuai diceburi

            Individu ektomorf adalah mereka yang berbadan kurus dan tinggi. Mereka berangka kecil

tetapi tinggi. Individu seperti ini selalunya agak sukar dalam peningkatan berat badan. Majoriti

individu seperti ini kurang berminat dalam sukan, tetapi mereka yang menceburi diri, mereka amat

berpotensi tinggi untuk cemerlang dalam sukan yang diceburi. Acara lari jarak jauh amat sesuai

bagi individu ektomorf. Selain itu, sukan yang memerlukan ketinggian dan sesuai dengan mereka

adalah seperti bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan lompat tinggi bagi acara olahraga.

                                   

Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis ektomorf