bengkel melangkah ke alam remaja (mekar)

Upload: iqcm-consultancy

Post on 10-Feb-2018

329 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    1/8

    IQ CLASS MANAGEMENTPenganjur Terbaik Program Latihan Dan

    Motivasi Yang Holistik

    Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit

    Belimbing, 45000, Kuala Selangor,

    Selangor Darul Ehsan

    No Tel/Faks: 03-3289 1080

    No Tel Bimbit: 012-689 1738

    http://iqclassmanagement.blogspot.com

    [email protected]

    KERTAS KERJA

    BMELANGKAH KE ALAM

    *Disediakan untu

    Di

    Facilitating and Development Tea

    IQ Class

    CADANGAN

    ENGKEL EMAJA

    (MeKAR)

    k rujukan umum

    sediakan oleh:

    of Trainers

    anagement

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    2/8

    Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

    PENGENALAN BENGKEL| Gejala sosial yang menular dikalangan remaja hari ini adalahamat membimbangkan. Kita boleh dapati dimana-mana sahaja bahagian kehidupan masyarakat

    Malaysia, baik di bandar atau luar bandar menghadapi krisis pembangunan jatidiri remaja yang kinilebih cenderung untuk mengisi masa hidup mereka dengan perkara-perkara yang lebih kepada

    budaya keseronokan dan bermewah-mewahan.

    Budaya yang juga dikenali sebagai budaya hedonisme ini merupakan budaya penjajahan yang

    memerdekakan jasad dan kehidupan kita di Malaysia tetapi masih berkuasa dan memerintah serta

    menjajah pemikiran serta budaya hidup kita khususnya anak-anak remaja pada hari ini. Ini tidak

    bermakna, secara keseluruhannya remaja itu terbabit dalam keadaan ini, tetapi dikhuatiri, jika

    tiada usaha untuk membangun dan memperingatkan mereka, maka, semakin hari, akan semakin

    ramailah yang terjebak dalam kancah gejala sosial yang amat membimbangkan.

    Budaya hidup remaja hari ini sudah mula melihat kehidupan bebas dan tidak berpegangan adalah

    cara hidup yang ideal. Pemikiran ini akan melahirkan generasi yang tidak lagi berpegang kepada

    budaya dan adat yang diwarisi dari nenek moyang kita di Malaysia dan lebih malang lagi apabila

    agama bukan lagi keutamaan dan diasingkan dari cara hidup sebenar mereka.

    Atas kepentingan dan keprihatinan kepada perkembangan diri remaja di Malaysia hari ini, kami di

    IQ Class Management berasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan pengalaman

    dalam memastikan generasi muda dan remaja hari ini diberikan peringatan dan nasihat tentang

    perubahan diri serta persiapan mereka dalam mendepani kehidupan penuh cabaran pada hari ini.

    Modul Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja atau MeKAR ini diharapkan akan dapat memberikanmereka inspirasi untuk menjadi remaja contoh kepada rakan-rakan mereka. Selain itu, ia juga dapat

    memberikan amaran awal kepada peserta tentang gejala tidak sihat dan kesannya jika merekatidak berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Cabaran dan isu semasa juga akan

    dikongsikan bagi memastikan, pada peringkat akhir penetapan matlamat diri mereka, sentiasa

    melihat kehadapan dan ingin perubahan yang terbaik dan tepat.

    MATLAMAT BENGKEL| Memberikan pendedahan tentang cabaran dan hal keremajaanserta meningkatkan kesedaran mengenai masa depan serta pembinaan sahsiah diri peserta.

    OBJEKTIF BENGKEL| Selepas mengikuti bengkel ini peserta akan dapat;1. Mengenali perbezaan antara dunia kanak-kanak dan dunia remaja;

    2. Mengetahui tentang cabaran persekitaran sosial seorang remaja serta;

    3. Memahami apakah peranan sebenar sebagai seorang remaja hari ini;

    4. Menimbulkan kesedaran untuk memperbaiki diri menjadi remaja contoh yang terbaik.

    BUTIRAN BENGKEL| Untuk perlaksaanaan bengkel ini;1. Tempat pelaksanaan bengkel adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan

    antara pihak penganjur dan pihakIQ Class Management;

    2. Tarikh pelaksanaan bengkeljuga adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuanantara pihak penganjur dan pihakIQ Class Management. Ia boleh dilaksana pada hari Isnin

    sehingga hari Jumaat;3. Jangka masa pelaksanaan bengkel adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00

    petang dan waktu rehat adalah pada jam 10.00 pagi (30 minit);

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    3/8

    Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

    4. Bengkel ini menggunakan pendekatan ceramah 50%, permainan bermodul 25% serta

    perbincangan dan pembentangan 25%.

    5. Sasaran penyertaan bengkeladalah dari kalangan pelajar tahun 6 (persediaan ke sekolah

    menengah), tingkatan 1 dan 2 iaitu pelajar yang berumur dari 12 hingga 14 tahun.

    KOS PELAKSANAAN BENGKEL| Satu sebutharga akan dikeluarkan berdasarkanpermintaan penganjur. Sila hubungi pihak kami ditalian 03-3289 1080 atau pegawai kami ditalian019-316 1738 (Encik Johari) atau emelkan kepada [email protected]. Kami akan

    menawarkan harga yang amat berpatutan.

    BUTIRAN PELAKSANAAN BENGKEL| Butiran bengkel yang disusun mengikut moduladalah seperti berikut;

    1. Jadual bengkeldi lampiran A muka surat 3.

    2. Isi kandungan bengkeldi lampiran B muka surat 4 6.

    3. Latar belakang ketua pembimbing bengkaldi lampiran C muka surat 7.

    PENUTUP|Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan

    kecemerlangan peserta yang menyertai bengkel ini secara khususnya dan keseluruhan peserta

    secara amnya. Apa yang diharapkan daripada MeKAR, akan dapat memberikan pengukuhan dan

    menambahkan pengertian hidup sebagai ahli masyarakat pada diri setiap peserta disamping

    menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya

    bengkel ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalampembinaan masyarakat yang cemerlang.

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    4/8

    Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

    LAMPIRAN A| Jadual Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    MASA AKTIVITI

    7.30 pagi Peserta mula hadir ke sekolah

    7.50 pagi Majlis pembukaan dan penyerahan peserta kepada IQ Class Management*

    8.00 pagi Sesi Pengenalan dan Taklimat (Fokus)

    9.00 pagi Sesi Ceramah: Selamat Tinggal Dunia Kanak-kanak

    10.00 pagi Rehat dan minum pagi*

    10.30 pagi Sesi Permainan Dalam Kumpulan: Remaja

    11.30 pagi Sesi Perbincangan dan Pembentangan: Peranan

    12.30 tengahari Kesimpulan Bengkel

    1.00 petang Majlis Perasmian Penutup*

    1.30 petang Solat berjemaah Zohor, makan tengahari* dan bersurai

    *Disediakan oleh pihak penganjur.

    Peralatan pelajar yang perlu di bawa:1. Pakaian;

    1.1. Pakaian sekolah atau yang ditentukan oleh pihak penganjur

    2. Alat tulis;

    3. Buku nota @ catatan

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    5/8

    Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

    LAMPIRAN B| Isi Kandungan Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    1. Sesi Taklimat dan Pengenalan (Fokus)

    1.1. Objektif sesi:

    1.1.1. Untuk memulakan perjalanan bengkel;

    1.1.2. Untuk memperkenalkan fasilitator bengkel;1.1.3. Untuk memperjelaskan matlamat yang ingin dicapai melalui bengkel serta;

    1.1.4. Untuk memberikan beberapa penegasan disiplin sepanjang perjalanan

    bengkel.

    1.2. Jangka masa sesi: 60 minit.

    1.3. Pelaksanaan sesi:

    1.3.1. Sesi akan dimulakan oleh ketua pembimbing bengkel.

    1.3.2. Peserta berkumpul di dewan selepas penyerahan daripada penganjur kepada

    pihak IQ Class Management.

    1.3.3. Peserta akan diperkenalkan dengan fasilitator seorang demi seorang.

    1.3.4. Peserta kemudian akan melihat paparan slaid melalui LCD projektor dan

    komputer riba.1.3.5. Peserta pada awalnya akan dijelaskan mengapa mereka berada di dalam

    bengkel ini.

    1.3.6. Kemudian peserta akan diperkenalkan dengan disiplin fokus dalam

    pembelajaran melalui 4 anggota utama iaitu tubuh badan, mata, telinga dantangan.

    1.3.7. Peserta kemudian akan dibimbing untuk melakukan beberapa latihan fokus.1.3.8. Akhir sekali peserta akan dipaparkan mengenai matlamat akhir bengkel ini

    dan harapan penganjur terhadap apa yang bakal mereka pelajari.

    2. Sesi Ceramah: Selamat Tinggal Dunia Kanak-kanak

    2.1. Objektif sesi:

    2.1.1. Untuk merungkai kembali dunia yang mereka diami sebelum ini (dunia kanak-kanak);

    2.1.2. Untuk menilai kedudukan mereka sama ada mereka berada di dunia kanak-

    kanak atau remaja serta;2.1.3. Untuk memperkenalkan ciri-ciri yang ada pada seorang remaja secara

    jasmani, emosi dan intelektual.

    2.2. Jangka masa sesi: 60 minit.

    2.3. Pelaksanaan sesi:

    2.3.1. Peserta akan bersama salah seorang fasilitator.

    2.3.2. Fasilitator akan memberikan ceramah secara interaktif dengan peserta akan

    dipaparkan slaid.

    2.3.3. Peserta juga akan mendapat salinan slaid ceramah tersebut.2.3.4. Fasilitator akan menyampaikan sesi dengan menghidupkan komunikasi 2 hala

    melalui pertanyaan, meminta pendapat dan berkongsi pengalaman.

    3. Sesi Permainan Dalam Kumpulan: Remaja

    3.1. Objektif sesi:

    3.1.1. Untuk menilai fitrah diri manusia yang gemarkan kesempurnaan dan

    mengelak dari sebarang keburukan atau kerosakan;

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    6/8

    Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

    3.1.2. Untuk memberikan kesedaran bahawa semua mahu menjadi remaja yang baik

    dan cemerlang;

    3.1.3. Untuk menjelaskan kesilapan yang remaja lakukan dalam mengambil tindakan

    untuk meneruskan kehidupan serta;

    3.1.4. Untuk mengetahui kepentingan memberikan kepercayaan, mendengar nasihatdan mencari kepastian kepada kebenaran.

    3.2. Jangka masa sesi: 60 minit.

    3.3. Pelaksanaan sesi:3.3.1. Peserta akan berkumpul di dewan selepas rehat.

    3.3.2. Peserta akan disusun dalam barisan panjang. Peserta akan berada berasingan

    mengikut jantina.

    3.3.3. Peserta akan diberikan sebiji gelas yang berisi air.

    3.3.4. Fasilitator akan memberikan arahan dan permainan akan dimulakan dalam 3

    pusingan.

    3.3.5. Kumpulan peserta yang menamatkan permainan dengan pantas akandiberikan hadiah.

    3.3.6. Permainan akan ditutup dengan perbincangan oleh fasilitator.

    4. Sesi Perbincangan dan Pembentangan: Peranan

    4.1. Objektif sesi:

    4.1.1. Untuk mengetahui siapakah ejen yang menjadi perosak kehidupan;

    4.1.2. Untuk mengenalpasti cara untuk mereka mengelak dari kerosakan;

    4.1.3. Untuk mengenali siapakah ejen pembimbing diri;

    4.1.4. Untuk menilai diri tentang peranan dan tanggungjawab kepada diri, keluarga

    dan masyarakat.

    4.2. Jangka masa sesi: 60 minit.4.3. Pelaksanaan sesi:

    4.3.1. Peserta akan dibimbing fasilitator untuk melakukan aktiviti Kertas Itu Saya.4.3.2. Peserta akan membincangkan apakah yang boleh merosakkan kehidupan dan

    masa hadapan mereka.

    4.3.3. Peserta akan diminta membentangkan hasil perbincangan. (Penyertaan yang

    ramai akan menghadkan masa yang ada, jadi pembentangan adalah

    berdasarkan peserta yang terpilih, tidak semua).4.3.4. Fasilitator akan memaparkan gambar-gambar melalui slaid sebagai maklumat

    tambahan gejala yang boleh merosakkan mereka.4.3.5. Peserta membincangkan pula tindakan yang boleh mereka ambil dan siapakah

    yang boleh membantu mereka.4.3.6. Fasilitator akan mengupas semula hasil pembentangan peserta dengan

    memaparkan peranan diri remaja, remaja dan keluarga serta remaja dan

    masyarakat.

    5. Kesimpulan Bengkel

    5.1. Objektif sesi:

    5.1.1. Untuk mengingati semula isi kandungan penting bengkel;5.1.2. Untuk memberikan pesanan dan nasihat akhir serta;

    5.1.3. Untuk memberikan penekanan kepentingan menghadiri bengkel ini.

    5.2. Jangka masa sesi: 30 minit.

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    7/8

    Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

    5.3. Pelaksanaan sesi:

    5.3.1. Peserta berada di dewan.

    5.3.2. Ketua pembimbing akan memulakan dengan membuat ulangkaji perjalanan

    bengkel.

    5.3.3. Kemudian, fasilitator akan diberikan ruang untuk memberikan ucapan.5.3.4. Sesi di akhiri oleh ketua pembimbing dengan memberikan penekanan tentang

    kepentingan untuk ingat, amal dan sebarkan apa yang mereka perolehi didalam bengkel ini.

  • 7/22/2019 Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

    8/8

    LAMPIRAN C| Ketua Pemb

    Ketua Pembimbing - Encik Kam

    Merupakan Perunding Utama

    Management. Mendapat pendidKebangsaan Jalan Air Panas dan

    Menengah Agama Kuala Lumpu

    Islam Antarabangsa Malaysia

    Perniagaan. Beliau juga memilik

    dari KUISCell. Telah berkecimp

    latihan semenjak tahun 1999 b

    UIAM Petaling Jaya. Sehingga

    latihan dan bimbingan kepada p

    dan menengah dalam perkara

    motivasi dan kepimpinan. Be

    membimbing pelajar-pelajar IP

    kemahiran fasilitator seperti didan UNIKL. Beliau juga arif da

    karakter, keibubapaan, motivas

    kepimpinan Islam. Bergiat aktif

    Malaysia (YATIM) dan Angkatansehingga kini beliau banyak me

    amanah menjadi pimpinan, rujuhal berkaitan pengorganisasian m

    Beliau juga menjadi tamu dalam

    FaciTEAM UIAM Kuantan, Persa

    Pelajar Islam Selangor (PEPIAS).

    Kesukarelaan Nasional di bawajurulatih untuk 2 modul di bawaModul SEKATA (pencegahan jen

    namun masih belum memiliki capendedahan luas dalam aktivi

    berpengetahuan luas mengenai

    namun kadangkala suka berjen

    Keutamaan tugas beliau di dala

    Development Team, sebuah unit

    Management yang lebih dikenali

    Beliau memberikan fokus dala

    pemurnian kekeluargaan, kema

    pembinaan organisasi serta dakw

    Bagi melaksana program ini, b

    Management dan Facilitating and

    Bengk

    imbing Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (Me

    rul Azami bin Mohd Zaini

    atihan Dan Motivasi IQ Class

    ikan awal di Sekolah Rendahersekolah menengah di Sekolah

    r (SMAKL). Graduan Universiti

    dalam bidang Pentadbiran

    Sijil Asas Kaunseling Tahap 1

    ng dalam dunia fasilitator dan

    ermula dari Pusat Matrikulasi

    kini beliau aktif memberikan

    lajar-pelajar di sekolah rendah

    berkaitan kemahiran kendiri,

    liau juga aktif melatih dan

    T dari segi kepimpinan dan

    IAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klangam hal berkenaan pembinaan

    pekerja, motivasi guru serta

    Yayasan Kebajikan Anak Yatim

    elia Islam Malaysia (ABIM) danegang jawatan serta diberikan

    an serta perunding dalam hal-otivasi dan kekeluargaan.

    iri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan

    uan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPI

    Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulati

    kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dankelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersyah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Belia

    aya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu di kemasyarakatan dan isu gejala sosial, m

    ya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sed

    aka. Beliau juga seorang yang suka meneliti

    IQ Class Management adalah sebagai penasih

    latihan dan pembangunan tenaga fasilitator d

    sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Cl

    m latihan kepimpinan, pembinaan karakter,

    iran insaniah, pembangunan diri, motivasi d

    ah Islam.

    liau akan dibantu oleh perunding-perunding

    Development Team (FaDlaT).

    l Melangkah Ke Alam Remaja

    AR)

    GPTD di UNISEL,

    ) dan Persatuan

    han Kem Jati diri

    juga merupakanma MAPIM, sertatelah berkahwin

    an ayahnya sertanjadikan beliau

    erhana, pendiam

    dan merencana.

    t Facilitating and

    bawah IQ Class

    ass Management.

    pembinaan dan

    ri, motivasi dan

    latihan IQ Class