kadet remaja sekolah

Upload: nisa-halim

Post on 17-Jul-2015

489 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

KADET REMAJA SEKOLAHILMU, IMAN DAN AMAL

INDEKSBIL PERKARA TARIKH CATATAN

1

Pengenalan KRS (a) Sejarah Penubuhan KRS (b) Tujuan KRS ditubuhkan (c) Pengertian Logo KRS (d) Bendera Malaysia, Bendera Negeri Pahang, Bendera KRS (e) Slogan KRS (f) Lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang (g) Lagu KRS (h) Rukunegara (i) Ikrar KRS (j) Pakaian Rasmi KRS (k) Pangkat-Pangkat PelajarJawatankuasa KRS SMKTA 2012

2 3 4

PENGENALAN KRS(a) Sejarah Penubuhan KRS (b) Tujuan KRS ditubuhkan (c) Pengertian Logo KRS (d) Bendera Malaysia, Bendera Negeri Pahang, Bendera KRS (e) Slogan KRS (f) Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang (g) Lagu KRS (h) Rukunegara (i) Ikrar KRS (j) Pakaian Rasmi KRS (k) Pangkat-Pangkat Pelajar

SEJARAH PENUBUHAN KRSKadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani bin Shaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotic dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN) . Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sekolah Menengah Taman Tun Dr Imail (SMK TTDI) di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani, Sekolah Menengah Seri Titiwangsa di bawah pimpinan Encik Anuar bin Abdul Aziz dan Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan Encik Abu Hassan bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh Negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA PUTERI ISLAM (KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

TUJUAN KRS DITUBUHKAN membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal kearah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan palajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin Membina generasi pelajar patriotic yang menjiwai semangat cinta agama, bangsa dan Negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

PENGERTIAN LOGO Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan rasmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya kea rah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan Negara tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian

BENDERA JALUR GEMILANG

- Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah Ianya melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. - Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. - Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. - Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. - Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

BENDERA NEGERI PAHANG

- Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. - Putih adalah melambangkan raja. - Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat

BENDERA KADET REMAJA SEKOLAH

Warna hijau melambangkan: 1. Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk. 2. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. 3. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.

SLOGAN KRSCogan kata KRS "Ilmu, Iman, Amal" Ilmu = Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS. Iman = Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. Amal = Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin.

LAGU NEGARAKUNegaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu dan maju, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta.

LAGU NEGERI PAHANGTajuk: "ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"

"Ya Allah Yang Masa Kuasa Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".

LAGU KRSKadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang keamanan negara, Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal. Marilah kita membina peribadi, Menjadi insan yang kreatif, Bersama kecemerlangan diri, Sepanjang masa yang berterusan, Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta, Remaja hayati budaya, Ilmu, Iman dan Amal, Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan kadet remaja sekolah.

RUKUNEGARAMaka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

IKRAR KRSBAHAWASANYA KAMI KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA BERJANJI DAN BERSETIA AKAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK TETAP BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL KAMI JUGA AKAN MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN, MENCINTAI ALAM SEKITAR MEMPUNYAI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SERTA MENDUKUNG RUKUN AGAMA DAN RUKUN NEGARA SEPANJANG MASA KAMI MENJADI AHLI KADET

PAKAIAN RASMI KRSPerempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. d. Spike boot. e. Tali wisel merah. f. Tudung mini berwarna Sherwood Dark Green.

Pangkat-Pangkat PelajarBil 1 LANS KOPERAL KRS Pangkat Catatan

2 3 4

KOPERAL KRS SARJAN KRS STAFF SARJAN KRS

5

PEGAWAI WARAN II KRS

6

PEGAWAI WARAN I KRS