bbm bm

14
Pantun Berjimat- cermat Mari berpantun…

Upload: hugo-torres

Post on 09-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Pantun Berjimat-cermatMari berpantun

1Pergi belukar memasang pukat, Pulangnya lewat di hujung petang, Jikalau sentiasa berjimat-cermat, Rezeki secupak mesti terasa segantang.

Amalan jimat cermat menyebabkan rezeki yang sedikit dirasakan banyak, atau rezeki yang berkat.

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga ke selatan, Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan.

Sikap berjimat tergolong dalam amalan mulia, sedangkan sikap boros ialah pekerjaan syaitan.

Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan, Jika berjimat setiap perkara, Akan terjamin masa hadapan.

Amalan berjimat menjamin masa hadapan jika dilaksanakan secara menyeluruh.

Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran, Berbelanja besar sikap sia-sia, Hanya menambah beban kewangan.

Sikap boros dalam berbelanja akan hanya menambah beban kewangan seseorang.

Singgah berehat di kota lama, Kuih dijamah air dihirup, Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup.

Sikap jimat cermat ialah anjuran agama yang menjamin kesejahteraan hidup.

Pantai Puteri pasirnya lumat, Tempat berkelah putera raja, Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja.

Nikmat yang sedikit tetapi berjimat adalah lebih baik daripada nikmat yang banyak, tetapi dibazirkan.

Turun ke ladang memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak, Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti dapat dielak.

Perancangan daam setiap urusan ialah kunci bagi mengelakkan sikap membazir.

KATA BANTU

APA ITU KATA BANTUKata bantu ialah jenis perkataan yang tugasnya membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Kata bantu terbahagi kepada dua kata bantu aspek kata bantu ragam

Kata Bantu Aspekialah jenis perkataan yang menunjukkan perbezaan masa:

Masa lampau (2) Masa kini (3) Masa hadapan

Contoh ayat:Iqmal dan ibunya pernah pergi ke bank yang terletak di bandar.Disana, Iqmal telah membuka akaun simpanan.Kini Iqmal sudah mempunyai akaun simpanan sendiri.Iqmal sedang menabung wang di dalam akaun simpanannya.Wang simpanan Iqmal masih tidak mencukupi.Wang simpanan Iqmal belum digunakan lagi.Iqmal akan menggunakan wang itu untuk untuk perbelanjaan semasa lawatan sekolah ke Zoo Negara pada bulan November nanti disamping untuk kegunaan masa depan.

Kata Bantu Ragam ialah bentuk kata yang menerangkan keadaan perasaan berkenaan dengan perbuatan yang akan dilakukan.

Contoh ayat:Mimi hendak ke kedai kek di pekan berhampiran rumahnya.Mimi mahu membeli kek hari jadi untuk ibunya.Mimi mesti pulang ke rumah sebelum jam 6 petang.Mimi boleh ke kedai kek selepas menyiapkan kerja sekolahnya.Mimi beharap dapat menggembirakan ibunya.Bina ayat - KATA BANTU

Masih Hendak Mesti Dapat Akan