bbm 3106 teori linguistik oleh prof. madya dr. ahmadmahmood musanif

68
BBM 3106 BBM 3106 TEORI LINGUISTIK TEORI LINGUISTIK Oleh Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif Musanif

Upload: kira

Post on 23-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif. Minggu 1 Pengenalan. Ilmu linguistik wujud sejak zaman Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam. Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

BBM 3106BBM 3106TEORI LINGUISTIKTEORI LINGUISTIK

OlehOlehProf. Madya Dr. AhmadMahmood Prof. Madya Dr. AhmadMahmood

MusanifMusanif

BBM 3106BBM 3106TEORI LINGUISTIKTEORI LINGUISTIK

OlehOlehProf. Madya Dr. AhmadMahmood Prof. Madya Dr. AhmadMahmood

MusanifMusanif

Page 2: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 1

Pengenalan• Ilmu linguistik wujud sejak zaman

Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam.

• Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul.

• Huraian bahasa menggambarkan gagasan pemikiran dan teori yang digunakan oleh ahli linguistik.

Page 3: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Zaman Yunani• Heraclitus ; kaitan bahasa dengan

alam• Plato; Kejituan penggunaan

bahasa• Aristotle: bahasa adalah

persetujuan masyarakat, dilihat dalam konteks

Page 4: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Zaman Romawi• Lanjutan Yunani tanpa banyak

perbezaan pemikiran• Varro; buku tatabahasa Latin• Priscian; Institutiones Grammaticae• Nahu Latin Priscian menjadi asas

falsafah linguistik abad pertengahan Eropah

Page 5: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 2

Zaman Islam• Falsafah bahasa (lughat)• Sintaksis (nahwu)• Etimologi (sarf)• Morfologi (ishtiqaq)• Semantik (Ilm-ul-Ma’ani)• Stilistik (Ilm-ul-Bayan)

Page 6: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Retorik (Ilm-ul-Badi’)• Fonologi (ilm-ul-Qira’at)• Wacana (Asbab-ul-nuzul)

Page 7: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Pengertian Teori • Pendapat yg dikemukakan untuk

menerangkan sesuatu perkara.• Maklumat yang dirumuskan oleh

teori mendekati ciri ilmu.• Berasaskan kebenaran sama ada

fakta atau reason (dalil).

Page 8: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Kriteria Teori• Ada prinsip asas• Dianalisis secara relevan dan

bersifat ilmu• Ada korelasi antara persoalan• Kekukuhan hujah• Sistematik

Page 9: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Teori adalah satu penjelasan untuk sesuatu benda @ perkara yang diperhatikan.

Justeru linguistik satu bidang bersifat

saintifik, tentu mempunyai teori-teori yang dijadikan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa

Page 10: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 3

Teori Linguistik• Seperangkat hipotesis untuk

menerangkan data bahasa sama ada bunyi bahasa atau makna.

• Cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dan kaedah umum dalam penyelidikan bahasa.

Page 11: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Pola Teori Linguistik• Membina satu sistem (teori) yang

mujarad• Mengkaji akibat sistem tersebut• Menolak sistem jika tidak dapat

meramalkan fakta• Mengganti sistem yang lebih sesuai

dengan fakta

Page 12: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Teori Bahasa• Teori dalam linguistik deskriptif

yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua bahasa manusia di dunia ini.

Page 13: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Andaian dalam Teori Bahasa

• Menurut ahli falsafah bahasa manusia secara fitrah @ innate mempunyai kebolehan untuk berbahasa.

• Kebolehan ini merupakan sifat akal (bukan sifat biologis) yang bertempat di dalam otak.

Page 14: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 4

Linguistik Tradisional

• Pemerian bahasa berdasarkan bahasa Yunani, Latin dan Sanskrit.

• Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya (banyak contoh).

• Nahu sebenar (prinsip pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak.

Page 15: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Bagi setiap rumus terdapat banyak kekecualian.

• Masalah timbul apabila kekecualian melebihi bentuk yang seragam atau yang ada dalam peraturan.

Page 16: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Aplikasi Pemikiran Tradisional

• Menurut Jespersen nahu terbahagi kepada tiga: fonologi, morfologi dan sintaksis.

• Bunyi dan signifikasi, bentuk dan fungsi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan bahasa itu sendiri.

Page 17: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Golongan kata menurut Jespersen:

a. kata nama – substantif b. kata ganti nama c. kata kerja (termasuk verbids) d. partikel

Page 18: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Penggolongan kata berdasarkan makna dan fungsi dalam ayat, tetapi penekanan hendaklah kepada bentuk.

• Dalam menganalisis the young boy ‘young’ sebagai kata adjektif kerana maknanya dan sebagai penerang substantif.

Page 19: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Kata ‘young’ tidak boleh berakhiran jamak [-s], tetapi boleh berakhiran perbandingan [-er, -est].

• Peringkat kata (primer @ sekunder) bergantung kepada fungsinya dalam frasa atau ayat sama ada dalam hubungan sendian atau nexus.

Page 20: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Definisi ayat menurut Jespersen ialah “pengucapan manusia yang bebas dan sempurna. Kesempurnaan dan kebebasan itu ditunjukkan oleh kehadirannya secara bersendirian”.

Page 21: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 5

Strukturalisme• Bahasa adalah sistem lambang.• Lambang terdiri daripada dua

komponen, iaitu bunyi (signifier) dan makna (signified).

• Bunyi yang tidak bermakna tidak dianggap sebagai signifier.

Page 22: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Analisis Struktural• Kata rumah, strukturnya dua suku

kata, ru + mah, iaitu S1 + S2. Struktur fonemnya, KVKVK.

• Frasa rumah besar, struktur bentuknya KN + KS. Struktur fungsinya Inti + Keterangan.

Page 23: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK. Struktur fungsinya Subjek – Predikat, atau Pelaku – Perbuatan.

Page 24: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Dalam linguistik struktural bahasa adalah bentuk.

• Memberi keutamaan kepada bahasa lisan.

Page 25: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Fungsi Bahasa• Hubungan antara satu bentuk

linguistik dengan bahagian-bahagian lain yang digunakan dalam pola atau sistem linguistik, misalnya dalam nahu, frasa nama boleh berfungsi dalam struktur ayat sebagai subjek, objek, komplemen, dsb.

Page 26: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam masyarakat atau antara individu, misalnya bahasa digunakan untuk menghubungkan idea, meluahkan perasaan, dsb.

Page 27: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

7 Fungsi Bahasa• Alatan (instrumental)• Pentertib (regulartory)• Interaksi @perhubungan (interactional)• Peribadi (personal)• Penemuan (heuristic)• Khayalan (imaginative)• Pernyataan (representational)

Page 28: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Fungsi Bahasa dalam Komunikasi

• Fungsi yang dijalankan oleh bahasa dalam menimbulkan komunikasi @ perhubungan antara pemeran bahasa, sama ada secara bertutur @ menulis.

• Penyampaian sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, ada kalanya tidak.

Page 29: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Tindak balas boleh berupa bahasa @ gerak geri @ kedua-duanya.

• Antara fungsi bahasa dalam komunikasi ialah perisytiharan, penggerak komunikasi, penghargaan, bertanya, bercerita, berbincang, bekerjasama, berbahas, mengkritik dsb.

Page 30: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 6

Lakuan Bahasa• Tindakan yang dilakukan yang

tergambar dalam bahasa yang digunakan.

• Fungsi butir pertuturan @ tutur kata (lakuan pertuturan).

Page 31: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Permintaan maklumat adalah satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan pelbagai cara (bertanya, meminta @ memberi komen).

• Bertanya: Siapa nama awak?

Page 32: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Meminta: Saya minta izin untuk bercakap.

• Membuat komen: A: Ini darah kotor, ya, doktor,

perlu dicuci. B: Memang benar.

Page 33: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 7

Teori Lakuan Pertuturan

• Bahasa digunakan oleh penutur untuk mempersembahkan lakuan.

• Bercakap dalam sesuatu bahasa bererti melibatkan diri dengan bentuk lakuan yang terikat dengan peraturan.

Page 34: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Sewaktu bercakap, penutur sebenarnya melakukan sesuatu lakuan pertuturan, seperti membuat pertanyaan, memberikan perintah, dan membuat janji.

• Lakuan pertuturan adalah yang penutur @ penulis lakukan semasa mengujarkan bentuk-bentuk kata tertentu.

Page 35: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

3 gerak laku dalam persembahan lakuan pertuturan:

a. Lakuan pengucapan b. Lakuan niat pengucapan c. Lakuan tindak balas

pengucapan

Page 36: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Ujaran performatif yang nyata

• Niat pengucapan dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, mis:

a) Saya berjanji saya akan datang. b) Saya yakin dia akan menang. c) Saya bersetuju saya silap.

Page 37: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Ujaran performatif yang tidak nyata

• Niat pengucapan tidak dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, misalnya:

a) Ayah akan padamkan lampu.

Page 38: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Syarat Kesesuaian TLP

• Syarat kandungan proposisi• Syarat Persediaan• Syarat Keikhlasan• Syarat Tujuan

Page 39: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Ujaran Saya berjanji saya akan menunggu di kantin dapat dianggap sebagai satu janji jika ujaran tersebut memenuhi kesemua syarat kesesuaian perjanjian.

Page 40: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai satu pertanyaan jika ujaran tersebut memenuhi syarat-syatat kesesuaian untuk pertanyaan.

Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai pelawaan jika memenuhi syarat kesesuaian pelawaan

Page 41: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 8

Teori Transformasi Generatif

• Bahasa terdiri daripada rumus-rumus yang terhad untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad.

• Dalam pembentukan ayat terdapat 3 rumus:

i) Rumus struktur frasa ii) Rumus transformasi iii) Rumus morfofonemik

Page 42: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Rumus Struktur Frasa Memberi huraian lahiriah kepada

sesuatu ayat dengan membahagikan ayat kepada unsur-unsurnya, iaitu frasa. Mis:

Page 43: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

(1) Ayat FN + FK (2) FN GNT + N (3) FK Kata Kerja + FN (4) GNT itu (5) N budak, bola dll. (6) Kata Kerja menendang, dll.

Page 44: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Rumus Transformasi Memindahkan bentuk ayat dari

satu jenis kepada jenis yang lain. Misalnya daripada ayat berita yang paling ringkas (ayat inti) menjadi ayat tanya, ayat perintah @ ayat pasif.

Page 45: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Rumus Morfofonemik Memberi bentuk ejaan atau bunyi

kepada lambang-lambang abstrak seperti FN, FK, dan sebagainya.

Page 46: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Transformasi 1965 Pemindahan struktur dari struktur

dalaman kepada struktur permukaan.

Dua struktur ini sejajar dengan istilah keupayaan dan pengwujudan.

Page 47: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Keupayaan (competence) : pengetahuan penutur dan pendengar tentang peraturan bahasanya.

• Pengwujudan (performance): penggunaan bahasa yang sebenarnya oleh penutur dan pendengar dalam kehidupannya dalam masyarakat.

Page 48: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Teori Standard• Melalui karyanya Aspects (1965)

tersebut, Chomsky mengemukakan teori semantiknya yang dikenali juga dengan teori standard.

• Makna sesuatu ayat ditentukan oleh struktur dalaman sintaksis.

Page 49: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Teori Standard Tambahan

• Struktur permukaan juga menentukan makna ayat.

• Interpretasi semantik ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan.

Page 50: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 9

Perkembangan Terkini TG (REST)

• Makna terbahagi kepada dua, iaitu semantik linguistik (makna I) yang ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan sintaksis, dan semantik bukan linguistik (makna II), apabila ayat dihubungkan dengan knowledge of the world.

Page 51: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Semantik Generatif• Representasi semantik dan struktur

dalaman sintaksis adalah serupa.• Rumus transformasi memetakan

representasi semantik kepada struktur permukaan.

• Tidak ada garis pemisah antara sintaksis dan semantik.

Page 52: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Teori Lain• Kuasaan dan Tambatan

(government and binding)• Program minimalis (Minimalist

programme)

Page 53: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 10

Teori Semantik• Teori yang dapat meletakkan

makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.

• Sebarang teori semantik mesti memenuhi 3 syarat:

Page 54: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

1. Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut.

2. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat.

3. Mesti menjelaskan hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan dsb.

Page 55: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Keperihalan Keadaan

• Makna dilihat berdasarkan konteks tertentu dalam pelbagai peringkat struktur bahasa:

• Fonologi• Morfologi• Leksikal

• Ayat

Page 56: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Faktor Keperihalan Keadaan

• Para peserta (pengambil bahagian) dalam pertuturan.

• Perkara yang diperkatakan• Kesan daripada pertuturan.

Page 57: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 11

Pragmatik• Semantik: makna ditakrif semata-

mata sebagai ciri ungkapan bahasa.• Pragmatik: makna ditakrif mengambil

kira penutur @ pengguna bahasa.

Pragmatik adalah kajian makna yang mengambil kira situasi pertuturan.

Page 58: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Aspek Situasi Pertuturan

• Penutur dan Pendengar• Konteks ujaran• Matlamat ujaran• Lakuan pertuturan• Kesan ujaran

Page 59: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Semantik Sistem Penuh

• Bentuk logik• Bentuk proposisi• Prinsip pragmatik dan maklumat

konteks.

Page 60: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Teori Relevans• Konteks• Kesan konteks• Usaha memproses

Yang ditekankan dalam ujaran adalah kerelevanan bukan kebenaran mutlak.

Page 61: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Kesan konteks yang banyak berserta usaha memproses maklumat yang rendah akan menjamin kerelevanan sesuatu ujaran.

Semakin rendah usaha memproses maklumat, semakin relevanlah sesuatu ujaran.

Page 62: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 12

Analisis Wacana• Kajian tentang pelbagai fungsi

bahasa dalam urutan ujaran.• Dalam komunikasi, konteks situasi

@ hubungan ujaran antara ayat sangat penting.

• Analisis wacana mengkaji bahasa dari segi penggunaannya.

Page 63: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Ciri-Ciri Wacana• Tujuan• Keteraturan Fikiran• Tetenunan• Susunan Maklumat• Konteks situasi pertuturan

Page 64: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 13

Pendekatan Analisis Wacana

• Etnografi komunikasi (grid SPEAKING).

• Analisis Perbualan (peraturan percakapan, struktur perbualan, pasangan sisi, giliran bertutur)

Page 65: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Analisis Genre

• Genre merujuk kepada kelainan bahasa (lisan @ tulisan) yang dapat dibezakan secara formal dan telah mencapai tahap dikenali secara umum (general recognition) seperti iklan, khutbah dsb.

• Genre sebenarnya adalah jenis penulisan yang mempunyai bentuk, kandungan, dan tekniknya yang menggambarkan adanya jaringan sosial (social network) tertentu yang menggunakannya.

Page 66: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Minggu 14

Unsur Genre dan Jaringan Sosial

• Bentuk: pemeran (orang yg terlibat), latar (fizikal, suasana), saluran komunikasi (bersemuka, telefon), peraturan interaksi (giliran, pilihan bahasa), dan struktur interaksi.

• Kandungan: Maklumat (apa yang diperkatakan) dan tujuan (untuk apa).

Page 67: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

• Teknik: meliputi lakuan bahasa (permintaan, pertanyaan, dsb), dan strategi komunikasi (kaedah langsung, tak langsung, bercerita semula, dsb).

• Jaringan sosial: para pemeran dalam peristiwa bahasa dan pemeran di belakang tabir yang berkuasa terhadap keseluruhan peristiwa bahasa tersebut.

Page 68: BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif

Sekian, terima kasihSekian, terima kasihSekian, terima kasihSekian, terima kasih