batuk 100 hari

8
Batuk 100 Hari Batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertusis, adalah sejenis jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan oleh sejenis bakteria, Bordetella pertussis. Ia adalah penyakit yang mudah berjangkit dan boleh dikenal pasti melalui batuk teruk yang mungkin ada bunyi “kokol” di hujungnya. Tanggapan bahawa batuk kokol adalah penyakit kanak-kanak adalah tanggapan biasa. Namun, batuk kokol boleh menjangkiti semua peringkat umur. Ini bermakna, orang dewasa boleh menyebarkannya kepada kanak-kanak yang mempunyai risiko untuk mendapat komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Jadi, semua remaja dan orang dewasa di dalam keluarga perlu mendapatkan vaksin Tdap (toksoid kancing gigi, toksoid difteria dikurangkan dan antigen batuk kokol aselular), yang boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Adalah penting untuk mendapatkan vaksin penggalak sekurang-kurangnya dua minggu supaya imuniti dapat dihasilkan sebelum berjumpa dan bersentuhan dengan bayi. Mendapat imunisasi untuk batuk kokol akan membentuk ‘kepompong’ perlindungan di dalam keluarga anda untuk melindungi si kecil daripada penyakit ini. Batuk Kokol Di Kalangan Orang Dewasa Sebenarnya, batuk kokol di kalangan orang dewasa biasa berlaku. Mereka yang telah mendapat vaksin batuk kokol (DTaP) ketika kanak-kanak mungkin tidak lagi mempunyai perlindungan kerana imuniti daripada vaksin tersebut telah terbukti akan berkurangan mengikut peredaran masa. Ini boleh meningkatkan kes batuk kokol di kalangan orang dewasa dan meletakkan lebih ramai kanak-kanak dalam risiko untuk mendapat batuk kokol daripada orang dewasa. Selain itu, sukar untuk menentukan sekiranya orang dewasa yang mengalami batuk berpanjangan menghidap batuk kokol atau tidak. Ini kerana simptom bagi batuk kokol di kalangan

Upload: zainab

Post on 05-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Batuk 100 Hari

Batuk 100 HariBatuk kokol yang juga dikenali sebagai pertusis, adalah sejenis jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan oleh sejenis bakteria, Bordetella pertussis. Ia adalah penyakit yang mudah berjangkit dan boleh dikenal pasti melalui batuk teruk yang mungkin ada bunyi “kokol” di hujungnya.

Tanggapan bahawa batuk kokol adalah penyakit kanak-kanak adalah tanggapan biasa. Namun, batuk kokol boleh menjangkiti semua peringkat umur. Ini bermakna, orang dewasa boleh menyebarkannya kepada kanak-kanak yang mempunyai risiko untuk mendapat komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

Jadi, semua remaja dan orang dewasa di dalam keluarga perlu mendapatkan vaksin Tdap (toksoid kancing gigi, toksoid difteria dikurangkan dan antigen batuk kokol aselular), yang boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Adalah penting untuk mendapatkan vaksin penggalak sekurang-kurangnya dua minggu supaya imuniti dapat dihasilkan sebelum berjumpa dan bersentuhan dengan bayi. Mendapat imunisasi untuk batuk kokol akan membentuk ‘kepompong’ perlindungan di dalam keluarga anda untuk melindungi si kecil daripada penyakit ini.

Batuk Kokol Di Kalangan Orang Dewasa

Sebenarnya, batuk kokol di kalangan orang dewasa biasa berlaku. Mereka yang telah mendapat vaksin batuk kokol (DTaP) ketika kanak-kanak mungkin tidak lagi mempunyai perlindungan kerana imuniti daripada vaksin tersebut telah terbukti akan berkurangan mengikut peredaran masa.

Ini boleh meningkatkan kes batuk kokol di kalangan orang dewasa dan meletakkan lebih ramai kanak-kanak dalam risiko untuk mendapat batuk kokol daripada orang dewasa.

Selain itu, sukar untuk menentukan sekiranya orang dewasa yang mengalami batuk berpanjangan menghidap batuk kokol atau tidak. Ini kerana simptom bagi batuk kokol di kalangan orang dewasa dan remaja tidak mempunyai bunyi ‘kokol’ yang mudah dikenal pasti. Maka, batuk kokol di kalangan orang dewasa biasanya tidak dirawat dan mungkin didiagnosis sebagai masalah pernafasan lain seperti asma atau bronkitis.

Kebanyakan orang dewasa yang menghidap batuk kokol akan hanya mengalami batuk yang berpanjangan selama beberapa minggu. Namun, dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, mereka mungkin mendapat komplikasi seperti susah untuk tidur, hidung berdarah dan pneumonia.

Page 2: Batuk 100 Hari

Sedikit info mengenai batuk kokol:-

Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.

Berpunca daripada sejenis bakteria bordetella pertussis lazimnya batuk kokol akan bermula dengan sindrom selesema biasa yang disertai batuk. Sebelum ia disahkan sebagai batuk kokol, anak anda akan diserang batuk yang lebih teruk hingga menyebabkan dia sukar bernafas.

Untuk mengesan lagi keadaan itu, anda akan terdengar bunyi whoop ketika anak itu sedang menarik nafas. Keadaan ini berbahaya untuk bayi hingga boleh membawa maut kerana bayi tidak tahu membuang lendiran yang menyekat pernafasan dan menyedut udara.

Kerana itu, kematian disebabkan batuk kokol pernah dicatatkan sebelum ini terutamanya di negara-negara miskin seperti benua Afrika. Malah, jika batuk kokol dalam kalangan bayi dan kanak-kanak tidak diatasi segera sebanyak 20 peratus daripada mereka biasanya mendapat radang paru-paru (pneumonia).

Adakalanya selepas kerap batuk, anak akan muntah. Lebih malang lagi, keadaan itu boleh berlanjutan sehingga lebih dua bulan. Justeru, bagi mengelak anak daripada terkena jangkitan kedua selepas batuk kokol, pastikan anak anda mendapatkan suntikan imun daripada doktor untuk penyakit berjangkit itu.

Tindakan segera

Untuk perhatian ibu bapa juga, jika anda mengesyaki anak anda menghidap batuk kokol, jangan biar dia pergi ke sekolah atau tadika sebelum membawanya berjumpa doktor terlebih dahulu.

Page 3: Batuk 100 Hari

Sementara mendapatkan rawatan daripada doktor, ketika anak anda mengalami serangan batuk yang berterusan, dudukkan anak dan pegang anak supaya badannya menjengah sedikit ke depan.

Pastikan mangkuk yang disediakan untuk memudahkan anak muntah itu dekat dengan mulut supaya tidak berlaku jangkitan terhadap kanak-kanak lain.

Selain itu, jika anak anda muntah selepas serangan batuk, beri dia sedikit makanan dan minuman. Ini akan mengembalikan semula tenaganya.

Ini kerana, ketika anak anda sedang menghidap penyakit itu dia akan mudah letih. Selain itu, jangan biarkan anak anda bergerak lebih aktif kerana ia mungkin akan memudaratkan kesihatannya.

Rawatan untuk jangkitan itu adalah dengan memberi antibiotik. Biasanya pegawai perubatan akan menyediakan dos itu mengikut keperluan anak yang sedang dijangkiti.

Namun, diagnosis batuk kokol sukar dilakukan semasa peringkat permulaan jangkitan walaupun hakikatnya ubat yang perlu diambil lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal.

Selain itu, jangan beri anak anda sebarang ubat batuk tanpa nasihat doktor.

Selain ubat, doktor mungkin akan melakukan sapuan tekak untuk membuat diagnosis batuk kokol kerana bayi jarang sekali menghasilkan bunyi whoop.

Doktor akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan jika penyakit itu masih teruk, pakar perubatan akan mengesyorkan bayi dimasukkan ke hospital untuk mengelak berlakunya penyahhidratan.

Page 4: Batuk 100 Hari

Batuk Kokol

Apakah Batuk Kokol?

Batuk Kokol (pertussis) adalah penyakit yang masih dianggap serius apabila ia terjadi kepada kanak-kanak yang berumur setahun ke bawah. Tetapi kita patut berterima kasih kerana terdapat vaksin yang efektif dan pencegahan terhadap jangkitan tersebut, penyakit itu semakin jarang terjadi.

Sebelum vaksin untuk merawat batuk kokol ini diperkenalkan, tiga daripada empat kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan menemui maut. Dengan vaksin ini penyakitbatuk kokol ini sudah mampu dikawal dan semakin berkurangan.

Apakah yang menyebabkan Batuk Kokol?Batuk Kokol adalah disebabkan oleh bakteria (Bordetella pertussis) dan salah satu jangkitan bakteria yang berjangkit.

Jika salah seorang anak daripada adik beradiknya mendapat jangkitan tersebut, anak-anak yang lain juga berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut jika mereka mereka tidak mendapat penyakit tersebut sebelum ini dan tidak diberi vaksin.

Penyakit ini juga boleh menyerang bayi walaupun bagi bayi yang menyusu badan. Selalunya bayi yang menyusu badan tidak mudah mendapat penyakit tetapi bagi batuk kokol vaksin awal perlu diberikan kepada bayi kerana susu badan tidak mencukupi untuk membantu mengelak daripada terkena jangkitan.

Kanak-kanak dengan selsema atau batuk hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin seperti wanita yang bekerja dan bayi yang baru dilahirkan.

Bagaimanakah batuk kokol boleh dipindahkan?Jangkitan tersebut boleh dipindahkan menerusi titisan air yang dibawa oleh angin. Apabila seseorang yang dijangkiti batuk udara disekitarnya sebagai contoh di dalam sebuah bilik telah tercemar dengan virus batuk kokol. Oleh sebab itu mereka yang

Page 5: Batuk 100 Hari

tinggal atau duduk berdekatan dengan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan akibat udara yang tercemar.

Seseorang yang telah mendapat vaksin atau pernah mendapat batuk kokol akan mendapat imun yang tertinggi untuk penyakit tersebut. Mereka mungkin boleh mendapat kes jangkitan yang sederhana untuk beberapa tahun kemudian tetapi ia tidak dapat menjadikan seseorang itu mendapat serangan yang sebenar.

Dalam tempoh pengeraman-pada masa di antara pemindahan jangkitan dan kemunculan simptom yang utama-boleh berubah daripada 5 hingga 15 hari atau mungkin lebih lama.

Batuk Kokol adalah jangkitan yang datangnya daripada selsema yang pertama dan sepanjang penyakit ini terjadi,di mana ia boleh bertahan sehingga lapan minggu.Ini adalah tempoh yang terlalu lama daripada penyakit kanak-kanak yang lain.

Apakah simptom bagi batuk kokol?Penyakit itu boleh bermula dengan selsema dan batuk yang sederhana.Selepas beberapa minggu,batuk tersebut akan bertukar sifat dengan batuk yang diikuti oleh bunyi "whooping". Batuk tersebut tidak akan berhenti sehinggalah tiada udara yang ditinggalkan pada hati.

Pesakit akhirnya akan batuk dan mengeluarkan kahak dan serangan ini mungkin disusuli dengan muntah.

Serangan batuk mungkin terjadi lebih 40 kali sehari dan panyakit tersebut boleh bertahan sehingga lapan minggu.

Bagaimana doktor membuat diagnosis?Diagnosis tersebut selalunya dibuat daripada simptom dan bagaimana seseorang yang mendapat batuk kokol. Jika terdapat kes yang dicurigai, doktor akan mengambil sample dari hidung anda dan tekak untuk analisis dan keputusan akan dapati dalam masa lima hari.

Kerumitan Batuk KokolApabila batuk kokol ini adalah penyakit yang buruk, terdapat kerumitan yang lain seperti bronchitis, paru-paru berair (pneumonia) dan jangkitan telinga. Kerumitan ini mungkin disebabkan suhu yang tinggi dan sinaran matahari. Jika salah satu atau lebih masalah ini terjadi, mereka boleh dirawat dengan antibiotik.

Bagaimanakah Batuk Kokol ini dirawat?Kebanyakan kes batuk kokol ini memerlukan rawatan yang tidak spesifik.Bayi dan kanak-kanak kecil dengan keadaan yang lain seperti asma memerlukan pengawasan yang rapi dimana untuk seketika, jalan terbaik adalah menghantarnya ke hospital. Kesan dari antibiotik adalah tidak pasti tetapi kadang-kadang mereka gunakan pada

Page 6: Batuk 100 Hari

tempoh permulaan penyakit itu terjadi.

Vaksin adalah digalakkan.

Bagaimana cara untuk mengelak dari terkena jangkitan?Seperti pentingnya vaksin,adalah perlunya untuk mengelak dari terkena jangkitan itu disebarkan terutamanya kepada kanak-kanak kecil. Ini adalah penting untuk kanak-kanak yang dihantar ke sekolah asuhan.

Jika terdapat jangkitan kanak-kanak di bawah asuhan kanak-kanak, bayi yang lain dibawah umur setahun haruslah tidak dibenarkan masuk kecuali mereka telah mendapatbatuk kokol atau pernah menerima vaksin untuk jangkitan tersebut, dengan masa dalam empat minggu diantara vaksin itu.

Jika kanak-kanak yang berumur lebih setahun mereka mungkin boleh diterima walaupun jika tidak mendapat penyakit itu pada diri mereka atau telah mendapat vaksin. Tetapi ibu bapa hendaklah diberitahu tentang bahaya jangkitan tersebut.

Jika batuk kokol terjadi di rumah, langkah-langkah khas adalah perlu untuk mencegahbatuk kokol dari merebak.

Apakah ubatan yang boleh digunakan?Tiada rawatan ubatan yang boleh merawat batuk kokol.Walau bagaimanapun,masa jangkitan boleh dikurangkan dengan mengambil antibiotik yang tertentu (seperti erythromycin (contohnya Erythroped)).

Siapakah yang seharusnya divaksinkan?Vaksin haruslah diambil pada usia dua,tiga atau empat bulan sebagai contohnya vaksin untuk diphteria, tetanus, pertussis, Hib, dan vaksin polio (Pediacel). Pada mulanya kesan pelindungan bagi dua vaksin adalah seratus peratus.

Adalah disarankan bahawa semua kanak-kanak haruslah mengambil vaksin terhadapbatuk kokol, ia adalah penting untuk menghindar daripada penyakit yang berbahaya.