batas 3
TRANSCRIPT
Ukuran batas
Pembinaan Batas.
Setelah cukup tempoh masa antara 2 -3 minggu, kerja-kerja membina batas boleh dimulakan dengan cara menggemburkan tanah dengan cangkul.
Pancang digunakan untuk menanda ukuran di atas tanah yang digemburkan.
Ukuran batas yang dicadangkan iaitu, lebar batas 120cm, panjang batas adalah mengikut kawasan kebun, tinggi batas ialah 15cm-25cm dan jarak lorong antara batas ialah 45cm.
Pembinaan Batas.
Tali diikat pada pancang untuk menentukan
ukuran batas.
Tanah dilorong batas digemburkan dengan
menggunakan cangkul kemudian tanah
ditimbunkan di zon batas.
Ketika membina batas, pastikan ketulan-
ketulan tanah yang besar dipecahkan.