bapa kuda laut melahirkan anak

2
Bapa Kuda laut melahirkan anak Anak ikan sedang berenang di dalam laut. Tiba-tiba ia ternampak haiwan yang ganjil tidak jauh darinya. Haiwan itu mempunyai kepala seperti kuda, badan yang bengkang-bengkok serta perut yang besar seperti belon. Anak ikan sungguh hairan. Ia bertanya kepada haiwan itu, Hai’, kamu siapa?’ Eh, kamu tidak kenal aku? Aku kuda laut!” Mengapakah kamu berenang dengan tubuh itu menegak?’ Tanya anak ikan kehairanan. Kuda laut menjawab, “ Kami kuda laut selalunya berenang sebegini.” Anak ikan bertanya lagi, “ Mengapakah perut kamu itu begitu besar? Oh perutku begitu besar kerana banyaknya bayi! Kata kuda laut. ‘ Mereka akan dilahirkan tidak lama lagi”. Anak ikan mengangguk lalu bertanya, Kamu akan menjadi ibu tidak lama lagi? “ Tidak,” jawab kuda laut, “ aku akan menjadi bapa”. Anak ikan sungguh keliru dengan kata-kata kuda laut itu. Ia berfikir, bagaimanakah kuda laut jantan boleh melahirkan anak?” Tiba-tiba kuda laut berkata, “lihat, bayi-bayi aku akan dilahirkan bila-bila saja.” Badan kuda laut itu kelihatan membengkok dan menegak bersilih ganti.

Upload: norma-annuar

Post on 10-Aug-2015

39 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bapa kuda laut melahirkan anak

Bapa Kuda laut melahirkan anak

Anak ikan sedang berenang di dalam laut. Tiba-tiba ia ternampak haiwan

yang ganjil tidak jauh darinya. Haiwan itu mempunyai kepala seperti kuda,

badan yang bengkang-bengkok serta perut yang besar seperti belon. Anak

ikan sungguh hairan.

Ia bertanya kepada haiwan itu, Hai’, kamu siapa?’ Eh, kamu tidak kenal aku?

Aku kuda laut!” Mengapakah kamu berenang dengan tubuh itu menegak?’

Tanya anak ikan kehairanan. Kuda laut menjawab, “ Kami kuda laut

selalunya berenang sebegini.” Anak ikan bertanya lagi, “ Mengapakah perut

kamu itu begitu besar? Oh perutku begitu besar kerana banyaknya bayi!

Kata kuda laut. ‘ Mereka akan dilahirkan tidak lama lagi”.

Anak ikan mengangguk lalu bertanya, Kamu akan menjadi ibu tidak lama

lagi? “ Tidak,” jawab kuda laut, “ aku akan menjadi bapa”. Anak ikan

sungguh keliru dengan kata-kata kuda laut itu. Ia berfikir, bagaimanakah

kuda laut jantan boleh melahirkan anak?” Tiba-tiba kuda laut berkata, “lihat,

bayi-bayi aku akan dilahirkan bila-bila saja.” Badan kuda laut itu kelihatan

membengkok dan menegak bersilih ganti.

Beberapa lama kemudian, bayi kuda laut itu keluar sebanyak beberapa ekor

setiap kali. Sungguh bergaya mereka berenang! Kemudian bapa kuda laut

berkata kepada anak ikan, “ Sebenarnya ibu kuda lautlah yang bertelur”.

Anak ikan bertambah keliru. Ia bertanya, “Mengapakah telur-telur itu

didalam perut kamu?” Bapa kuda laut tersenyum lalu menjawab, “ Telur-

telur itu dimasukkan oleh ibu kuda laut ke dalam pundi pengeram pada

Page 2: Bapa kuda laut melahirkan anak

perut aku, bukannya ke dalam perut aku.” “Telur-telur itu kamu jaga?”

Tanya anak ikan lagi.

Bapa kuda laut menangguk sambil menjawab, “ Sudah tentu. Telur-telur itu

dibiarkan di dalam pundi pengeram aku hingga menetas.” Akhirnya anak

ikan berpuas hati dengan keterangan bapa kuda laut itu. Ia mengucapkan

selamat tinggal kepada bapa kuda laut serta anak-anaknya lalu berenang

pergi