bantuan meringankankossarahidup

2
Page 1 of 2 PENDAFTARAN DAN BORANG PERMOHONAN PERCUMA UNTUK BANTUAN MERINGANKAN KOS HIDUP RAKYAT Kuala Lumpur, 13 Oktober - Lanjutan daripada pengumuman Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri berhubung pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah, perlaksanaannya akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2012 secara berperingkat dan pendaftaran serta borang permohonan adalah secara PERCUMA. Pendaftaran bagi pemohon yang layak hanya boleh dilakukan setelah Borang dan sistem berkaitan siap disediakan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, pendaftaran melalui perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDNM akan turut disediakan kelak. Di samping itu beberapa agensi kerajaan yang lain akan dikenalpasti bagi membantu melicinkan urusan pendaftaran permohonan. Syarat-syarat permohonan akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan dan akan diumumkan melalui Kenyataan Media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui Kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik termasuklah Bank Simpanan Nasional. Untuk siaran segera

Upload: wan-ainey-wan-jaafar

Post on 21-Jul-2015

596 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bantuan meringankankossarahidup

Page 1 of 2

PENDAFTARAN DAN BORANG PERMOHONAN PERCUMA

UNTUK BANTUAN MERINGANKAN KOS HIDUP RAKYAT

Kuala Lumpur, 13 Oktober - Lanjutan daripada pengumuman Bajet 2012 oleh YAB

Perdana Menteri berhubung pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi

rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah, perlaksanaannya akan

berkuatkuasa pada bulan Januari 2012 secara berperingkat dan pendaftaran serta

borang permohonan adalah secara PERCUMA.

Pendaftaran bagi pemohon yang layak hanya boleh dilakukan setelah Borang dan

sistem berkaitan siap disediakan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon,

pendaftaran melalui perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDNM akan turut

disediakan kelak. Di samping itu beberapa agensi kerajaan yang lain akan dikenalpasti

bagi membantu melicinkan urusan pendaftaran permohonan.

Syarat-syarat permohonan akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat garis

panduan daripada Kementerian Kewangan dan akan diumumkan melalui Kenyataan

Media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui

Kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik termasuklah Bank

Simpanan Nasional.

Untuk siaran segera

Page 2: Bantuan meringankankossarahidup

Page 2 of 2

Sehubungan itu, seluruh rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini dinasihatkan

agar bersabar dan tidak perlu mengunjungi kaunter-kaunter perkhidmatan kami

pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran sehinggalah semua urusan

perlaksanaannya siap dilakukan. Atas perhatian dan kesabaran mereka kami dahului

dengan ucapan ribuan terima kasih.

SEKIAN, TERIMA KASIH

# # #

Dikeluarkan oleh : Masrun bin Maslim

Pegawai Perhubungan Awam

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh : 13 Oktober 2011

Nombor Telefon : 03-6203 1380

Nombor Faks : 03-6201 2434

Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010

www.hasil.gov.my