bantuan kerajaan perak

23
BANTUAN KERAJAAN PERAK. Kerajaan Negeri Perak menyediakan pelbagai bantuan kepada penduduk dan rakyat negeri Perak. Selain itu, kerajaan Perak bertungkus lumus untuk memberi perkhidmatan masyarakat negeri Perak. Pelbagai bantuan dapat disenaraikan mengikut kelas dan status masing-masing, seperti: - Kad Perak Prihatin - Program Sayang Rumahku - Perak E-tuition - Program Bantuan Tabung Pinjaman Usahawan - Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak - Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak - Dermasiswa Harapan (Dalam dan Luar Negara) daripada Yayasan Perak - Skim Bantuan Zakat Kerajaan Perak.

Upload: others

Post on 13-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANTUAN KERAJAAN PERAK

BANTUAN

KERAJAAN PERAK.

Kerajaan Negeri Perak menyediakan pelbagai bantuan kepada penduduk dan

rakyat negeri Perak. Selain itu, kerajaan Perak bertungkus lumus untuk memberi

perkhidmatan masyarakat negeri Perak. Pelbagai bantuan dapat disenaraikan

mengikut kelas dan status masing-masing, seperti:

- Kad Perak Prihatin

- Program Sayang Rumahku

- Perak E-tuition

- Program Bantuan Tabung Pinjaman Usahawan

- Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak

- Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

- Dermasiswa Harapan (Dalam dan Luar Negara) daripada Yayasan Perak

- Skim Bantuan Zakat Kerajaan Perak.

Page 2: BANTUAN KERAJAAN PERAK

1. Kad Perak Prihatin

Kad ini berperanan sebagai:

• Kad makanan dan kesihatan untuk rakyat yang memerlukannya.

• Bagi mendapatkan keperluan asas dan rawatan kesihatan asas mengikut

bantuan bulanan yang ditetapkan kerajaan.

• Wang yang Diberikan akan diguna untuk membayar bil klinik swasta dan

makanan.

• Kad Perak Prihatin juga diberikan kepada golongan sasar untuk memudahkan

pembelian barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan

sebagainya mengikut ketetapan bantuan bulanan.

Contoh Kad Perak Prihatin

Page 3: BANTUAN KERAJAAN PERAK

2. Program Sayangi Rumahku.

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan

perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program

ini bagi membantu golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas

dan kediaman yang selesa tanpa mengiralatarbelakang agar mereka mendapat

sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

KONSEP PROGRAM:

Program bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat

Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur. Jenis bantuan

terbahagi kepada dua (2) kategori :

Bantuan Baik Pulih

Bantuan Bina Baru

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN:

• Warganegara Malaysia dan berkahwin.

• Berumur 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak dan

bermastautin melebihi 10 tahun

• Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK

• Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki

• (Bagi permohonan bina baru)

• Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain

• Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

• Salinan kad pengenalan pemohon

• Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan

• Sebut Harga bagi permohonan Baik Pulih Rumah

• Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah

• Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah

jika tanah hak milik orang lain – Bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja.

Page 4: BANTUAN KERAJAAN PERAK

• Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU:

Baik Pulih

• Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk

dibaiki.

• Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak

termasuk,

• kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi

dan lain-lain.

• Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000

• Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu

Bina Baru Rumah

Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang

terlalu uzur, dan tidak selamat diduduki . Jenis rumah bina baru terbahagi kepada

tiga (3):

Bina Baru 1 Bilik

• Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’)

• Kos pembinaan adalah RM30,000

Bina Baru 2 Bilik

• Berkeluasan 440 kaki persegi (20’x22’)

• Kos pembinaan adalah RM40,000

Bina Baru 3 Bilik

• Berkeluasan 640 kaki persegi (20’x32’)

• Kos pembinaan adalah RM45,000

Page 5: BANTUAN KERAJAAN PERAK

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat-tempat berikut :-

• Pejabat Yayasan Perak

• Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh

• Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)

• Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

• Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku

Page 6: BANTUAN KERAJAAN PERAK

3. PERAK E-TUITION.

Program ini merupakan program pembelajaran secara video atas talian yang boleh

diakses oleh semua pelajar dan guru di Negeri Perak. Program telah bermula dari

tahun 2011 dan mengandungi hampir semua subjek yang diajar mengikut silibus.

Terdapat kira-kira 200 subjek yang meliputi SK, SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah

dalam bentuk video yang berjumlah 8,800 video.

4. PROGRAM BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN.

Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan disediakan untuk golongan sasar

iaitu di kalangan usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan usahawan muda

B40 bagi menjadi batu loncatan kepada usahawan-usahawan untuk memulakan dan

mengembangkan perniagaan mereka.

Objektif Program:

• Membangunkan masyarakat melalui program pinjaman tabung usahawan

untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi

pembangunan Negeri Perak.

• Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam

melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan

efektif.

• Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif

dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.

• Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.

KONSEP PROGRAM:

Merupakan Skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan

usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman

jangka pendek. Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah

pinjaman). Jumlah pinjaman dari RM3,000.00 sehingga RM20,000.00.

Page 7: BANTUAN KERAJAAN PERAK

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN:

1. Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi

10 tahun di Negeri Perak.

2. Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia.

3. Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun

atau syarikat GLC atau syarikat Berhad.

4. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak

5. Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian)

6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.

7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak.

Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan

atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan

mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Antara perniagaan yang berada di luar skop pembiayaan adalah:

• Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)

• Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online.

• Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya

• Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi

• Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula

• Perniagaan bermusim

• Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen

Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah ) dan

sebagainya.

• Kontraktor Pembangunan

Page 8: BANTUAN KERAJAAN PERAK

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

• Borang / Surat Permohonan (wajib).

• Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) – (wajib).

• Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya

• Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

• Pelan lokasi perniagaan

• Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK

• Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini.

• Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan

dikembalikan.

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat-tempat

berikut :

• Pejabat Yayasan Perak

• Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh

• Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)

• Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

• Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak

Page 9: BANTUAN KERAJAAN PERAK

5. BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK.

Bantuan ini bertujuan untuk:

a) Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang

berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran

tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

b) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan

Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.

Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada

mahasiswa anak Perak:

1. Bantuan Sara Diri:

a) Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu

menjalani pengajian di IPT.

b) Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar

atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

2. Bantuan Kecemasan.

a) Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi

meringankan beban yang ditanggung.

b) Contoh-contoh bencana atau musibah seperti kemalangan, kebakaran, kematian

ibu bapa atau penjaga, kecurian, bencana alam (banjir atau ribut atau tanah

runtuh) dan penyakit kronik.

KADAR PEMBERIAN:

Kategori Nilai Bantuan (setahun)

Bantuan Sara Diri RM700

Bantuan Kecemasan

RM300 – RM1,000

(Mengikut Bencana/Musibah)

Page 10: BANTUAN KERAJAAN PERAK

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.

Salinan kad pelajar.

Salinan penyata akaun bank pelajar.

Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).

Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).

Salinan Laporan Polis atau Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa

Negeri Perak sahaja).

Penyata pendapatan (isi rumah) bapa ibu dan penjaga yang disahkan oleh majikan

dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja

sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.

BORANG PERMOHONAN:

a) Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.

b) Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN / Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim

(Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai

Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN.

SYARAT BANTUAN SARA DIRI:

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di

Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar

Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA

DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER)

Page 11: BANTUAN KERAJAAN PERAK

dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf

oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal

Pelajar di IPT pemohon.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan

sahaja (gaji pokok).

6. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) semasa 2.75 dan ke atas.

Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari

mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

9. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat

pengajian. (Bantuan Sara Diri).

SYARAT BANTUAN KECEMASAN:

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin

di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar

Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

Page 12: BANTUAN KERAJAAN PERAK

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah

Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal

Pelajar di IPT pemohon.

5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan

Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun

Tetangga / Pengerusi MPKK / Penghulu / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN).

6. Menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya

kejadian.

7. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Page 13: BANTUAN KERAJAAN PERAK

6. PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI NEGERI PERAK:

Pinjaman ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Perak yang

berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi meneruskan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi di IPTA/IPTS yang terpilih.

Sila maklum bahawa tajaan pinjaman ini hanya untuk program Diploma, Ijazah,

Sarjana dan Ph.D sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di pautan

http://spptp.perak.gov.my/page/main/home.php?id=0#

2. Pastikan anda membaca senarai Syarat Permohonan dan senarai IPT yang

ditaja sebelum mengisi borang permohonan.

Nota :

1. Jangan dedahkan ID Pengguna / Katalaluan anda kepada sesiapa.

2. Sila tukar Kata Laluan anda sekerap yang mungkin untuk mengelak

pencerobohan.

Page 14: BANTUAN KERAJAAN PERAK

KADAR PINJAMAN:

SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon dan Ibu atau Bapa mestilah lahir di Negeri Perak.

2. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Luar Negeri Perak tetapi telah

bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi 10 Tahun.

3. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di

Luar Negeri Perak dan telah bermastautin melebihi 10 tahun.

4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian SEPENUH MASA samada di

peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D.

5. Bagi pemohon yang sedang belajar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya

3 semester atau 1 setengah tahun tempoh pengajian.

6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00.

7. Umur pemohonon pada 1 Julai tahun semasa mestilah :

• Diploma : Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan

kerajaan.

• Sarjana Muda / Ijazah : Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang

berkhidmat dengan kerajaan.

Page 15: BANTUAN KERAJAAN PERAK

• Sarjana / PhD : Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat

dengan kerajaan.

*Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari

tarikh tutup permohonan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

Page 16: BANTUAN KERAJAAN PERAK

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA:

Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA):

Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang

ditawarkan oleh pihak IPTA

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS):

• Semua Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan

Kolej Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh

pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)

• Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di

dalam Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak

IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (Jordan sahaja)

• Pengajian Islam sahaja

Page 17: BANTUAN KERAJAAN PERAK

7. DERMASISWA YAYASAN PERAK DALAM DAN LUAR NEGARA:

Bantuan ini bertujuan untuk:-

a) Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan

sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan

luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.

b) Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran

melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

c) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak

Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam

dan luar Negara.

d) Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber

rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA):

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti

berikut:

Bil Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)

(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)

1 Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)

RM 300.00

2 Diploma RM 500.00

3 Ijazah Sarjana Muda RM 1,000.00

4 Ijazah Sarjana (Master) RM 1,500.00

5 Ijazah Doktor Falsafah (PhD) RM 2,000.00

Page 18: BANTUAN KERAJAAN PERAK

SYARAT DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA):

1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi

SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma,

Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

ke IPT yang tersenarai.

2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah

terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada

yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.

3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin

di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar

Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan

sahaja (gaji pokok).

DERMASISWA YAYASAN PERAK (LUAR NEGARA):

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori

Negara seperti berikut:

Kategori Negara Kategori A Kategori B

Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)

Diploma 1,500.00 2,500.00

Page 19: BANTUAN KERAJAAN PERAK

Ijazah Sarjana Muda 3,000.00 5,000.00

Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah

4,000.00 6,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara adalah seperti berikut:

NEGARA

(KATEGORI A)

1. Bangladesh 2. India 3. Pakistan 4. Thailand

5. Myanmar 6. Indonesia 7. Filipina 8. Sri Lanka

9. Mesir

NEGARA

(KATEGORI B)

1. Australia 2. Austria 3. Belgium 4. Switzerland

5. Kanada 6. Denmark 7. Itali 8. Jepun

9. Jerman 10. Jordan 11. Malta 12. Maghribi

13. Belanda 14. New Zealand 15. Turki 16. Uganda

17. Ukraine 18. United Kingdom

19. Amerika Syarikat

20. Norway

21. Perancis 22. Poland 23. Czech Republik 24. Ireland Republik

25. Sweden 26. Russia 27. Singapura 28. Afrika Selatan

29. Korea Selatan 30. Sepanyol 31. Sudan 32. China

33. Arab Saudi 34. Brunei 35. Hong Kong 36. Iran

37. Iraq 38. Kuwait 39. Libya 40. Taiwan

41. West Indies

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di

pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

Page 20: BANTUAN KERAJAAN PERAK

SYARAT DERMASISWA YAYASAN PERAK (LUAR NEGARA)

1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun

pertama pengajian sahaja.

2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma,

Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar,

Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk

dalam bantuan ini.

4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin

di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar

Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan

sahaja (gaji pokok).

Page 21: BANTUAN KERAJAAN PERAK

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (DERMASISWA YAYASAN PERAK DALAM

DAN LUAR NEGARA):

1. Salinan surat tawaran terkini, Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran.

2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan

Bermastautin (Jika Berkaitan).

3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran

Pendaftaran.

4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh

Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3,

Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen

bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada

Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.

5. Salinan surat kematian atau surat bercerai (Jika Berkaitan).

6. Borang Permohonan:

a) Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri

Perak sahaja)

b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Kawasan tempat tinggal di

Negeri Perak sahaja)

7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A /

Penghulu / Ketua Kampung.

UNTUK PERHATIAN:

* Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.

Page 22: BANTUAN KERAJAAN PERAK

* Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke

Institusi Pengajian Tinggi.

* Permohonan dibuka sepanjang tahun.

* Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

CARA MEMOHON:

1. Memohon Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara

secara ONLINE

2. Borang Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara juga

boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat

Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-

masing.

8. SKIM BANTUAN ZAKAT KERAJAAN PERAK.

Di sini merupakan. Borang permohonan yang disediakan bagi permohonan zakat.

https://www.maiamp.gov.my/index.php/zakat/borang-bantuan-zakat.html

Page 23: BANTUAN KERAJAAN PERAK

Q&A: 1. Cara memuat turun borang bantuan sara diri dan kecemasan mahasiswa

Anak perak.

Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri

Perak juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat

Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-

masing. Borang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi. Jika

telah membuka akaun SSPN, sila kepilkan salinan borang pembukaan akaun

SSPN atau salinan kad SSPN. Kesimpulannya, diharap SENARAI BANTUAN

KERAJAAN NEGERI PERAK 2020 akan membantu anda untuk mendapatkan

maklumat tentang senarai bantuan kerajaan negeri Perak 2020.

2. Jika saya ada sebarang pertanyaan tentang Pinjaman Pengajian Tinggi Perak,

siapakah yang boleh saya hubungi?

Boleh hubungi Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Perak di talian 05-2095311/5312/5314/5318.

RUJUKAN:

https://www.infopelajar2u.com/pinjaman-pengajian-tinggi-perak/

https://kekandamemey.com/senarai-bantuan-kerajaan-negeri-perak-2020.html

https://kekandamemey.com/panduan-lengkap-bantuan-sara-hidup-2020.html

https://www.maiamp.gov.my/index.php/zakat/borang-bantuan-zakat.html

http://yayasanperak.gov.my/v5/dermasiswa-harapan-dalam-dan-luar-negara/