faktor bantuan kerajaan yang meningkatkan … · 2.5 insentif kerajaan kepada iks 23 2.6 bantuan...

32
FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN KEJAYAAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA BUMIPUTERA DI SABAK BERNAM SELANGOR MOHD NOR HIDAYAD BIN HAMBALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN KEJAYAAN

USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA BUMIPUTERA DI

SABAK BERNAM SELANGOR

MOHD NOR HIDAYAD BIN HAMBALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya MOHD NOR HIDAYAD HAMBALI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja

Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN

KEJAYAAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

BUMIPUTERA DI SABAK BERNAM SELANGOR

(HURUF BESAR)

PUAN NORNAZIRA BINTI

SUHAIROM NO.24, JLN BESAR, SIMPANG

3 LOJI, SG LIMAU, 45300 SG

BESAR, SELANGOR.

Page 3: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penyelia : PUAN NORNAZIRA BINTI SUHAIROM

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 4: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

i

FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN KEJAYAAN

USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA BUMIPUTERA

DI SABAK BERNAM SELANGOR

MOHD NOR HIDAYAD HAMBALI

Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 5: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : MOHD NOR HIDAYAD HAMBALI

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 6: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

iii

DEDIKASI

Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat

Arwahyarham dan bonda.......

Hambali Bin Samsuri

Zaleha Binti Abdullah Salib

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap

detik perjalanan hidup anakandamu ini.

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan dalam membesarkanku

tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata

Walau ku berikan harta seluas tujuh lautan

masih tidak terbalas jasa-jasamu itu

hanya Allah yang dapat membalasnya

Buat seluruh ahli keluargaku......

Nasihat dan sokongan yang kalian berikan telah menjadi

suntikan semangat bagi diriku hingga berjaya sampai ke tahap ini

hanya ucapan terima kasih daku ucapkan

Guru-guru dan pensyarah-pensyarah.....

Segala jasa baktimu tetapku kenang

Segala ilmu yang dikau curahkan akan ku manfaatkan

dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara

Khas buatmu teman....

Sepanjang tempoh perkenalan ini

banyak kisah suka duka, pahit manis kita harungi bersama

Segalanya akan tersemat dalam ingatanku buat selamanya

Setiap pertolongan yang kalian hulurkan hanya ucapan terima kasih

mampu ku ungkapkan

Pada kesempatan ini, Sekiranya ada sebarang kekhilafan pernah ku lakukan

seribu kemaafan ku pohon darimu sekalian..........wassalam

Page 7: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat

dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah

mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Puan NorNazira

Suhairom selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi

tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima

kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan

Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang sudi memberi

kerjasama yang sangat memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti bantuan-bantuan yang

disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan kejayaan kepada usahawan

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera. Kajian ini dijalankan di

Daerah Sabak Bernam Selangor. Terdapat lima objektif utama untuk kajian

ini iaitu mengenalpasti faktor bantuan kewangan, mengenalpasti faktor

bantuan latihan, mengenalpasti faktor bantuan perkhidmatan nasihat,

mengenalpasti faktor bantuan pemasaran serta mengenalpasti faktor bantuan

sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Kajian yang dilakukan

adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan iaitu

menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah

diuji dengan Alpha Cronbach dan keseluruhan soal selidik ini memperolehi

dalam lingkungan nilai 0.8 keatas, manakala kesahan item-item diperolehi

menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social

Science (SPSS) For Windows Version 15.0. Hasil dapatan kajian mendapati

ke semua faktor bantuan-bantuan kerajaan iaitu faktor bantuan kewangan dan

kredit, faktor bantuan latihan dan pembangunan, faktor bantuan perkhidmatan

nasihat dan perundingan, faktor bantuan pemasaran dan peluang perniagaan

dan faktor bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan,

dapat membantu meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera dalam

menceburi bidang keusahawanan

Page 9: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

vi

ABSTARCT

This study aimed to identify support provided by government in enhancing

the success of Bumiputera entrepreneurs of small and medium enterprises

(SMEs) in Sabak Bernam. The objective of this study were to identify the

factors of financial, training support, advice support, marketing support, as

well as infrastructure support from the government. Reliability of this

questionnaire was tested with Alpha Cronbach with the range value of 0.8

and above, while the validity of the items obtained through discussion with

experts. The data were analyzed using Statistical Package for Social Science

(SPSS) for Windows Version 15.0. Result showed that all supports from the

government such as financial and credit, trainings and development, advice

and consulting services, marketing and business opportunities support, as

well as infrastructure, enhance the success of Bumiputera entrepreneurs of

SME in entrepreneurship.

Page 10: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

MUKA DEPAN

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN v

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.5.1 Usahawan 10

1.5.2 Kerajaan 11

Page 11: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

viii

1.5.3 Masyarakat 11

1.6 Batasan Kajian 12

1.7 Definisi 13

1.7.1 Keusahawanan 13

1.7.2 Usahawan 13

1.7.3 Kejayaan Usahawan 13

1.7.4 Bantuan Perniagaan 14

1.7.5 Bumiputera 14

1.76 Kewangan 14

1.7.7 Latihan 14

1.7.8 Pemasaran 15

1.7.9 Sokongan Infrastruktur 15

1.8 Kesimpulan 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 16

2.1 Usahawan 16

2.2 Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) 18

2.3 Model Pembangunan Usahawan di Malaysia 20

2.4 Kriteria-Kriteria Usahawan Berjaya 21

2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23

2.6 Bantuan Kewangan 25

2.7 Bantuan Latihan 27

2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27

2.9 Bantuan Pemasaran 28

2.10 Bantuan Sokongan Infrastruktur 30

2.11 Kajian Lepas 30

2.12 Kesimpulan 32

Page 12: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

ix

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 33

3.1 Reka Bentuk Kajian 33

3.2 Lokasi Kajian 33

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.3.1 Populasi 34

3.3.2 Sampel 35

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 36

3.5 Instrumen Kajian 36

3.5.1 Bahagian A 37

3.5.2 Bahagian B 37

3.6 Prosedur Kajian 40

3.7 Kajian Rintis 41

3.7.1 Kesahan Instrumen Kajian 41

3.7.2 Kebolehpercayaan Instrumen 42

Kajian

3.8 Analisis Data 43

3.9 Kesimpulan 44

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 46

4.1 Analisis data Bahagian A 46

4.1.1 Jantina 47

4.1.2 Umur 47

4.1.3 Status Perkahwinan 48

4.1.4 Kelulusan Akademik 48

4.1.5 Taburan responden mengikut pengalaman 49

dalam bidang keusahawanan

Page 13: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

x

4.2 Analisis Bahagian B 49

4.2.1 Adakah bantuan kewangan yang 50

disediakan kerajaan meningkatkan

kejayaan usahawan IKS Bumiputera di

Sabak Bernam ?

4.2.2 Adakah bantuan latihan yang disediakan 52

kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan

IKS Bumiputera di Sabak Bernam?

4.2.3 Adakah bantuan perkhidmatan nasihat 54

yang disediakan kerajaan meningkatkan

kejayaan usahawan IKS Bumiputera

di Sabak Bernam?

4.2.4 Adakah bantuan pemasaran yang 55

disediakan kerajaan meningkatkan

kejayaan usahawan IKS Bumiputera

di Sabak Bernam?

4.2.5 Adakah faktor bantuan sokongan 57

infrastruktur yang disediakan kerajaan

meningkatkan kejayaan usahwan IKS

Bumiputera di Sabak Bernam?

4.3 Kesimpulan 59

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 60

5.1 Rumusan 60

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Latar Belakang Responden 61

5.2.2 Bantuan kewangan yang disediakan 63

kerajaan menin gkatkan kejayaan

usahawan IKS Bumiputera di

Sabak Bernam.

5.2.3 Bantuan latihan yang disediakan 64

kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan

IKS Bumiputera di Sabak Bernam.

Page 14: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

xi

5.2.4 Bantuan khidmat nasihat yang disediakan 66

kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan

IKS Bumiputera di Sabak Bernam.

5.2.5 Bantuan pemasaran yang disediakan 67

kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan

IKS Bumiputera di Sabak Bernam.

5.2.6 Bantuan sokongan infrastruktur yang 69

disediakan kerajaan meningkatkan kejayaan

usahawan IKS Bumiputera di Sabak Bernam.

5.3 Cadangan 69

5.3.1 Usahawan 70

5.3.2 Kerajaan 71

5.5 Cadangan kajian lanjutan 72

5.6 Kesimpulan 72

RUJUKAN 74

Page 15: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Jenis Pembiayaan Melalui Dana Kerajaan 6

2.1 Perkembangan Definisi Usahawan 17

3.1 Taburan Populasi Responden Mengikut Kawasan Mukim 34

3.2 Taburan Responden Mengikut Kawasan Mukim 35

3.3 Pengkelasan Skala Likert 38

3.4 Jadual Pembolehubah 39

3.5 Nilai Kebolehpercayaan 43

3.6 Klasifikasi Terhadap Item 44

3.7 Analisis Skor Min 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.3 Taburan Responden Status Perkahwinan 48

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 48

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman dalam 49

bidang Keusahawanan.

4.6 Persoalan Kajian 50

4.7 Bantuan kewangan 50

4.8 Bantuan latihan 52

Page 16: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

xiii

4.9 Bantuan khidmat nasihat 54

4.10 Bantuan pemasaran dan 56

4.11 Bantuan sokongan infrastruktur 57

Page 17: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

HALAMAN

2.1 Model Pembangunan Usahawan Di 20

Malaysia

3.1 Prosedur Kajian 40

Page 18: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik 78

Lampiran B Surat pengesahan Pensyarah 86

Lampiran C Jadual Krejcie dan Morgan 87

Lampiran D Surat Pengesahan Pelajar 88

Lampiran E Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat 89

Page 19: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

xv

SENARAI SINGKATAN

IKS Industri Kecil Dan Sederhana

UTM Universiti teknologi Malaysia

SPH Sarjana pendidikan kemahiran Hidup

DEB Dasar Ekonomi Baru

MECD Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Bank SME Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

SPSS Statistical Package For The Social Science version 17.0

RMK Rancangan Malaysia Ke-

SIRIM Institut Standard dan Penyelidikan Malaysia

MARDI Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia

SMIDEC Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana

MARA Majlis Amanah Rakyat

INSKEN Institut Keusahawanan Negara

KPA Kementrian Perusahaan Awam

MPPB Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian bumiputera

CGC Perbadanan Jaminan Kredit

YTN Yayasan TEKUN Nasional

BPIMB Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

PKEN Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

PPK Pusat Pembangunan Kemahiran

MPPB Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Page 20: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

xvi

YPU Yayasan Pembangunan Usahawan

FTZ Zon Perdagangan Bebas

TEKUN Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga

Page 21: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan negara demokrasi yang memberi kebebasan kepada

pelbagai kaum untuk turut serta dalam perkembangan negara sama ada dari segi

sosial ekonomi ataupun politik. Dengan perkembangan ekonomi pesat yang sedang

dialami oleh Malaysia kini, ramai masyarakat di negara ini tidak jemu menceburi

bidang keusahawanan.

Usahawan adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sanggup

menghadapi risiko, kreatif, inovatif, pandai mencari peluang pasaran dan juga dapat

merancang serta mewujudkan pasaran bagi barangannya. Seseorang usahawan juga

boleh dianggap sebagai seorang peniaga, pengurus dan pemasar. Jika ingin menjadi

atau melahirkan seorang usahawan yang berjaya dalam abad ke-21, syarat-syarat

yang harus dipenuhi adalah seperti berikut :

1) Inovatif

2) Mencipta pasaran untuk masa depan

3) Mementingkan persekitaran atau suasana persaingan

4) Maklumbalas yang cepat terhadap perubahan pasaran

5) Mencipta faktor-faktor kejayaan dari semasa ke semasa

6) Dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran

7) Dapat berkongsi maklumat dengan pihak-pihak yang lain

8) Memberikan tanggungjawab dan tugas kepada setiap pekerjannya

9) Bersikap positif dan aktif serta bersemangat menghadapi cabaran

10) Bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain untuk kebaikan bersama

Page 22: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

2

Selepas era kemerdekaan yang dicapai oleh negara pada tahun 1957,

perubahan sistem pendidikan negara telah banyak mengubah corak persepsi dan

pemikiran masyarakat Malaysia. Penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi

Baru pada tahun 1970 teleh memulakan era bidang keusahawanan di Malaysia. Ini

adalah cetusan idea daripada Tun Abd. Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia

yang Kedua. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan 40 tahun yang lalu,

ramai bumiputera khususnya orang Melayu cuba untuk menceburi bidang

keusahawanan. Melalui DEB, lahirlah golongan usahawan bumiputera yang boleh

dikatakan hebat dan berjaya.

Pada zaman ini, semakin ramai orang muda yang bercita-cita untuk

menceburi bidang keusahawanan. Pembentukan usahawan melalui proses-proses

yang sistematik dan terancang membuktikan kejayaan program-program

pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program bantuan yang

disediakan oleh kerajaan adalah bantuan kewangan dan kredit, bantuan teknikal dan

latihan, perkhidmatan pengembangan dan nasihat, pemasaran dan penyelidikan

pemasaran dan sokongan infrastruktur (Malaysia, 2006). Sementara itu,

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) melancarkan program

Gerak Usahawan 2005 sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai

keusahawanan secara besar-besaran kepada masyarakat yang berminat dengan

perniagaan. Mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), bilangan individu yang menceburi

bidang keusahawanan semakin meningkat. Sepanjang tempoh tahun 1995 hingga

tahun 2000 bilangan usahawan meningkat pada kadar meningkat iaitu sekitar 75.79

peratus. Peningkatan ini disebabkan pelbagai faktor dan yang utamanya ialah

kewujudan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan

melalui MECD. Jenis-jenis usahawan yang telah dibangunkan ialah usahawan tulen,

vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais (Zafir dan Fazilah, 2003). Walaupun

kadar pembubaran dan penutupan perniagaan banyak berlaku dan ramai usahawan

terpaksa gulung tikar pada masa kegawatan ekonomi, tetapi masih ramai yang tidak

jemu-jemu untuk terus jatuh bangun dalam kerjaya ini disebabkan terdapat

pendorong yang menggerakkan dan mempengaruhi mereka utuk terus berjuang.

Page 23: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

3

Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dana untuk membantu usahawan baru

Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Kerajaan telah menubuhkan sebuah bank yang

ditugaskan untuk memberi bantuan kemudahan pinjaman kepada usahawan iaitu

Bank Pembangunan (sekarang dikenali Bank SME). Krisis kewangan yang telah

melanda negara pada tahun 1997, telah menyebabkan peranan bank lebih menjurus

kepada pembiayaan projek-projek infrastruktur bagi pemulihan ekonomi negara pada

masa itu. Ini menyebabkan bantuan infrastruktur kepada usahawan ditangguhkan.

Pinjaman yang diberi oleh Bank SME bukan tiada had tetapi ia adalah berdasarkan

kos dan daya maju projek serta keperluan syarikat yang terlibat dan kemampuan

syarikat untuk membuat bayaran balik. Bank SME lebih memberi bantuan pinjaman

terhadap projek yang besar dan sederhana sahaja. Projek mikro atau kecil tidak diberi

bantuan yang sepatutnya oleh Bank SME. Ini adalah kerana fungsi atau peranan

perusahaan kecil banyak membantu terhadap pertubumbuhan ekonomi contoh seperti

yang berlaku di negara-negara barat. Pada kebiasaannya imej syarikat kecil

dibayangkan berdasarkan kepada syarikat marginal (Hosmer Hosmer, L. T., Cooper,

A. C. dan Vesper, K. H,1993).

Sektor IKS telah menjadi salah satu faktor dan agenda di dalam perindustrian

negara seperti yang dicatatkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7).

Menurut Mohd Sani (2000), sektor IKS telah diberikan tumpuan khusus bagi

memastikan perkembangan ia sejajar dengan perkembangan ekonomi negara.

Kejayaan yang telah dicapai oleh sektor IKS setakat ini perlu dikekalkan dan

dipertingkatkan lagi memandangkan IKS juga merupakan tulang belakang kepada

sektor perindustrian negara.

Dasar Pembangunan Negara diberi penekanan terutama bidang

keusahawanan selepas tamatnya era DEB. Kerajaan perlu sentiasa memberi galakan

dan pengiktirafan terhadap pembangunan usahawan. Pada 8 Mei 1995, Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditubuhkan berperanan membantu

perkembangan usahawan bumiputera. Objektif utama penubuhan kementerian itu

adalah untuk menyediakan persekitaran dan mekanisma yang dapat membantu dan

menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju dan

boleh bersaing diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Page 24: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

4

1.1 Latar Belakang Masalah

Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan negara yang sedang pesat

membangun. Perancangan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat juga

sedang pesat di jalankan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1971,

mengenalpasti faktor kekurangan sumber, kemahiran serta kurang pendedahan

menyebabkan kekurangan bilangan usahawan bumiputera berbanding kaum-kaum

minority yang lain (Malaysia, 2002a dan Norfadzillah, 1994).

Sehubungan dengan itu semenjak pengenalan DEB, Malaysia telah

merangka pelbagai tindakan dan melaksanakan pelbagai strategi bagi meningkatkan

bilangan usahawan bumiputera yang berjaya. Agensi-agensi seperti Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Institut Standard dan Penyelidikan

Malaysia (SIRIM), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Institut

Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Perbadanan

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) ditubuhkan bagi

melaksanakan pelbagai program termasuk program latihan untuk meningkatkan

bilangan usahawan bumiputera yang berjaya. Pelbagai dana kewangan yang khusus

bagi membantu usahawan bumiputera untuk memula atau mengembangkan

perniagaan mereka seperti Tabung Usahawan Baru, Tabung Industri Kecil dan

Sederhana; dan Modal Usaha Niaga juga diwujudkan (Moha Asri, 1997).

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar untuk membantu usahawan

bumiputera. Antara dasar-dasar yang diwujudkan adalah seperti Dasar Ekonomi Baru

(DEB). Dasar yang dihasilkan adalah bertujuan membantu dan menggalakkan

usahawan bumiputera dalam menceburi bidang keusahawan. Antara bantuan yang

disediakan oleh kerajaan kepada usahawan adalah seperti bantuan pinjaman dan

kredit, bantuan latihan dan pembangunan, bantuan perkhidmatan nasihat dan

perundingan, bantuan pemasaran dan peluang perniagaan dan bantuan sokongan

infrastruktur (Malaysia, 2006).

Page 25: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

5

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9), pelbagai program

keusahawanan bagi golongan belia telah dirancang. Program Pembangunan

Keusahawanan dilaksanakan bagi memupuk potensi keusahawanan di kalangan

belia, untuk membolehkan mereka menyertai perniagaan secara aktif serta

menggalakkan mereka bekerja sendiri. Bagi mencapai hasrat tersebut, Majlis

Amanah Rakyat (MARA) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah

menganjurkan latihan, seminar dan kursus jangka pendek serta menyediakan khidmat

nasihat kepada usahawan muda dan baru. Menerusi RMK 9, pembangunan modal

insan telah menjadi teras dalam mencapai Misi Nasional. Pembangunan Modal Insan

akan dilaksanakan secara holistik merangkumi perolehan pengetahuan dan

kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan

sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui

pendidikan, latihan dan pembangunan sepanjang hayat (Bab 11, Rancangan Malaysia

Kesembilan, 2006-2010). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, seramai

79,740 belia di peringkat negeri dan daerah mendapat manfaat daripada program

tersebut (Bab 14, Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010).

Pada 8 Mei 1995, Kerajaan telah mewujudkan satu agensi baru yang dikenali

sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Agensi ini

berperanan untuk membangunkan usahawan-usahawan dalam bidang keusahawan.

Dahulu MECD dikenali sebagai Kementrian Penyelarasan Perbadanan Awam

sebelum ditukar kepada Kementrian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976.

Penubuhan MECD bertujuan memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap

pembangunan usahawan Bumiputrera ke arah pewujudan Masyarakat Perdagangan

dan Perindustrian bumiputera (MPPB) (Malaysia, 2002b).

Sebanyak lapan agensi yang bernaung di bawah MECD. Antara agensi-

agensi ialah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Jaminan Kredit

(CGC), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), Uda Holding Berhad

(UHB), Perbadanan Nasional (PNS), Yayasan TEKUN Nasional (YTN), Bank

Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) dan Perbadanan

Page 26: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

6

Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Agensi-agensi ini ditubuhkan untuk mencapai

objektif utama MECD (Laporan Tahunan MECD, 2000).

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk dalam sektor perindustrian.

Menurut Moha Asri ( 1997 ), IKS merupakan organisasi yang diusahakan atau

diasaskan oleh keluarga atau perseorangan yang dibantu oleh pekerja pengeluaran

dan am. Ini menunjukkan IKS ialah satu pernigaan yang kecil. IKS boleh

dedifinasikan sebagai perniagaan yang boleh dihasilkan berasaskan kuantitatif.

Contohnya adalah seperti jualan, bilangan pekerja, stok, modal dan aset. Secara

amnya IKS melibatkan industri yang mempunyai bilangan pekerja antara 50 hingga

200 dan modal kurang daripada RM 2.5 juta.

Usahawan IKS bumiputera telah didedahkan dengan pelbagai bantuan

daripada kerajaan. IKS bumiputera digalakkan memberikan penekanan terhadap

beberapa aspek penting seperti inovasi, penjenamaan dan teknologi baru untuk

meningkatkan pengeluaran produk mereka sekaligus bagi mempersiapkan untuk

persaingan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Justeru, IKS negara khasnya

bumiputera tidak lagi boleh bergantung secara berterusan untuk menjadi pembekal

kepada syarikat-syarikat besar sebaliknya perlu mula berdiri dalam perniagaan.

Kerajaan melalui agensi-agensi telah mentadbir dan memberi pembiayaan

yang secukupnya untuk membantu usahawan IKS. Terdapat 81 skim atau dana

pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan. (Malaysia, Bank Negara [BNM], 2005a).

Pada dasarnya dana-dana ini disediakan dalam beberapa bentuk (jadual 1.10).

Jadual 1.1: Jenis Pembiayaan Melalui Dana Kerajaan

Bil

Jenis Bantuan

Bil Skim

Peruntukan

RM bilion

Permohonan

diluluskan

Dikeluarkan Baki

Terkumpul

Bilangan (RM Bilion)

1 Pinjaman* 49 8.5 855,193 58.0 55.7 4.7

2 Geran 20 2.1 37,670 2.0 1.7 -

3 Ekuiti 5 0.6 704 0.7 0.5 0.4

4 Modal Usaha 7 1.5 120 0.4 0.3 0.1

Page 27: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

7

Niaga

Jumlah 81 12.7 893,687 61.1 58.2 5.2

Sumber : Malaysia, Bank Negara [BNM], 2005f

*termasuk skim untuk perusahaan mikro-skim kredit Bank Simpanan

Nasional &Bank Pertanian Malaysia, Yayasan Tekun Malaysia dan

Amanah Ikhtiar Malaysia.

Bagi memantapkan lagi usahawan IKS bumiputera, Kerajaan terus memberi

penekanan kepada latihan perindustrian bagi memenuhi permintaan yang semakin

meningkat terhadap tenaga kerja mahir. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Persekutuan

telah menyediakan peruntukan sebanyak RM87.4 juta kepada pusat pembangunan

kemahiran (PPK) negeri terutamanya untuk membeli peralatan latihan. PPK juga

mendapat bantuan dalam bentuk tanah dan bangunan serta belanja mengurus

daripada Kerajaan Negeri manakala sektor swasta pula menyediakan peralatan dan

kepakaran pengurusan dalam mengendalikan pusat tersebut. Dalam tempoh

Rancangan, sejumlah 72,187 orang telah dilatih. Daripada jumlah tersebut, 71

peratus adalah golongan pekerja manakala bakinya merupakan lepasan sekolah yang

diberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas bagi membolehkan mereka

bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. (RMK 8, 2001-2005).

Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan juga telah membantu usahawan IKS

Bumiputera selaras dengan objektif membangunkan Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya maju dan berdaya tahan. Terdapat

peningkatan dalam penyertaan IKS Bumiputera dalam Program Pembangunan

Vendor dengan penglibatan sebanyak 256 vendor, 82 buah syarikat payung dan 18

buah institusi kewangan. Untuk meningkatkan keupayaan usahawan IKS Bumiputera

dalam menguruskan perniagaan, penekanan telah diberikan terhadap penyediaan

kemahiran keusahawanan. Bagi tujuan tersebut, berbagai jenis program latihan

keusahawanan telah disediakan dengan memberi manfaat kepada 58,888 usahawan

Bumiputera (Isi Kandungan RMK-8, 2001-2005).

Bagi memantapkan lagi pemasaran untuk usahawan IKS bumiputera,

kerajaan telah membentuk satu program bantuan kewangan utama iaitu Geran

Page 28: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

8

Pembangunan Pasaran yang bertujuan untuk membantu syarikat menembusi pasaran

luar negeri. Skim ini ditadbir oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan

Sederhana (SMIDEC). Syarikat boleh mendapatkan geran padanan sehingga

RM100,000 untuk menampung perbelanjaan yang ditanggung dalam aktiviti untuk

membawa barangan IKS ke luar negara. Ini termasuk penyertaan dalam misi

perdagangan, membuat persediaan bahan promosi dan memperbaiki pembungkusan

dan reka bentuk untuk pasaran luar negeri serta kos penubuhan pejabat jualan di luar

negara. Sejak dimulakan pada tahun 2002, skim ini telah memberi manfaat kepada

1,180 IKS, dengan peruntukan sebanyak RM26 juta. Pada tahun 2005, skim ini

menyaksikan jumlah kelulusan terbesar, iaitu sebanyak 814 IKS dengan dana

berjumlah RM4.8juta .

Kerajaan telah melantik beberapa agensi untuk memberikan bantuan teknikal

dan latihan kepada usahawan IKS antaranya ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA),

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), SME Bank dan beberapa agensi kerajaan

lain. Majlis Amanah Rakyat menyediakan pelbagai program latihan untuk diberikan

kepada usahawan IKS ini. Antara program latihan yang disediakan untuk membantu

usahawan ialah Program Pewujudan, Program Peningkatan ,Program Sokongan dan

Program Sampingan. Setiap program-program latihan ini mempunyai modul-modul

yang tersendiri untuk memantapkan pengisian latihan kepada usahawan (Sumber dari

Majlis Amanah Rakyat (MARA)).

1.2 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bantuan yang disediakan oleh kerajaan,

meningkatkan kejayaan usahawaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera.

Penyelidik telah memilih daerah Sabak Bernam di Selangor sebagai tempat kajian.

1.3 Objektif Kajian

Page 29: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

9

Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti

faktor bantuan kerajaan yang meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di

Sabak Bernam, Selangor. Secara khususnya kajian bertujuan untuk :

1. Mengenalpasti bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan

meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.

2. Untuk mengenalpasti bantuan latihan yang disediakan oleh kerajaan

meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.

3. Untuk mengenalpasti bantuan khidmat nasihat yang disediakan oleh kerajaan

meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.

4. Untuk mengenalpasti bantuan pemasaran yang disediakan oleh kerajaan

meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.

5. Untuk mengenalpasti faktor bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan

oleh kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak

Bernam.

1.4 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian berkaitan dengan pernyataan masalah kajian

adalah seperti berikut:

1. Adakah bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan meningkatkan

kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?

2. Adakah bantuan latihan yang disediakan oleh kerajaan meningkatkan

kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?

Page 30: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

10

3. Adakah bantuan khidmat nasihat yang disediakan oleh kerajaan

meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?

4. Adakah bantuan pemasaran yang disediakan oleh kerajaan meningkatkan

kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?

5. Adakah bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan

meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui adakah bantuan yamg

disediakan oleh kerajaan mendorong kejayaan usahawan IKS bumiputera di daerah

Sabak Bernam, Selangor. Berikut merupakan kepentingan melakukan kajian ini:-

1.5.1 Usahawan

1. Memberi pengetahuan kepada usahawan baru dan lama

mengenai bantuan-bantuan yang disedikan oleh kerajaan.

2. Mengetahui impak daripada bantuan kerajaan terhadap

perniagaan mereka.

3. Memberi ruang untuk usahawan memperkembangkan

perniagaan sedia ada.

4. Melalui kajian ini juga ia memberi kesedaran kepada

usahawan kepentingan mereka dalam pembangunan ekonomi

negara, selaras demi merealisasikan wawasan 2020 dengan

memperkembangkan sektor ekonomi.

Page 31: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

11

5. Melahirkan seorang usahawan yang berjaya demi

menyumbang kearah kemajuan pembangunan Negara.

1.5.2 Kerajaan

1. Menjadi bahan rujukan agensi-agensi kerajaan seperti

MEDEC, MARA dan sebagainya untuk terus membantu para

usahawan bumiputera memajukan perniagaan mereka.

2. Mengetahui apakah sebenarnya kemudahan dan bantuan yang

diperlukan oleh usahawan untuk perniagaan mereka (IKS).

3. Mengetahui bantuan lain yang boleh diberikan kepada

usahawan IKS selain bantuan sedia ada.

4. Melalui kajian ini juga kerajaan dapat menyusun strategi dan

dasar baru menjana ushawan bumiputera khusunya IKS yang

berdaya saing.

1.5.3 Masyarakat

1. Mendorong kaum bumiputera yang berimpian tinggi menjadi

seseorang usahawan yang sedia menghadapi segala cabaran,

rintangan dan halangan bagi mencapai cita-citanya.

2. Memberi pengetahuan kepada kaum bumiputera mengenai

peluang-peluang dan bantuan-bantuan yang disediakan oleh

kerjaan untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi

kaum bumiputera.

Page 32: FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN … · 2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23 2.6 Bantuan Kewangan 25 2.7 Bantuan Latihan 27 2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27 2.9 Bantuan Pemasaran

12

3. Menjadi bahan rujukan kepada guru-guru Kemahiran Hidup

dan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan semasa

mengkaji tajuk yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.

4. Menjadi panduan kepada golongan yang ingin menceburi

bidang keusahawanan.

5. Memupuk minat dan ciri-ciri keushawanan dalam jiwa

seseorang sebagai persediaan penglibatan bidang

keusahawanan.