dapatkan bantuan!

2
Khidmat Bantuan Untuk Masalah Perjudian adala adalah Majlis Kebangsaan terhadap Masalah Perjudian NCPG komited untuk meningkatkan pendidikan awam dan menyediakan khidmat bantuan di Singapura. Ia juga menyelaraskan permohonan untuk Pengecualian Kasino Tempatan/Had Lawatan dan Pengecualian Bukan Kasino. 510 Thomson Road #05-01 SLF Building Singapura 298135 Masa Operasi: Isnin hingga Khamis: 8.30 pagi – 6.00 petang Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang Tutup pada hujung minggu dan cuti umum Emel: [email protected] Laman web: www.ncpg.org.sg 24 jam Talian Masalah Perjudian Kebangsaan 1800-6-668-668 WebChat (www.ncpg.org.sg / www.nams.sg) Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS) Diuruskan oleh pasukan pakar berbilang disiplin, NAMS menyediakan rawatan menyeluruh bagi pelbagai jenis penagihan termasuk perjudian. BUANGKOK GREEN MEDICAL PARK Blok 9, 10 Buangkok View, Singapura 539747 Talian Penagihan (24 jam): 6-RECOVER (6-7326837) Emel: [email protected] Laman web: www.nams.sg PUSAT PEMULIHAN PERJUDIAN BERMASALAH THYE HUA KWAN (THK) Pusat Pemulihan Perjudian Bermasalah THK menyediakan perkhidmatan kaunseling dan rawatan untuk penjudi dan keluarga mereka. 133 New Bridge Road #04-05 Chinatown Point Singapura 059413 Masa Operasi: Isnin hingga Sabtu: 9 pagi – 6 petang Selasa: 9 pagi - 8.30 malam Tel: 6576-0840 Emel: [email protected] Laman web: http://www.thkmc.org.sg Memahami Masalah Perjudian BAGAIMANA IA BERMULA? BERJUDI SECARA SOSIAL • Berjudi untuk berseronok • Berjudi mengikut kemampuan • Mampu berhenti berjudi pada bila-bila masa • Tidak memudaratkan diri dan/ atau keluarga MASALAH PERJUDIAN • Bermula daripada perjudian sosial • Hilang kawalan disebabkan berjudi dengan berlebihan • Sentiasa berkeinginan untuk berjudi • Terlalu memikirkan cara untuk mendapatkan semula wang yang telah hilang semasa berjudi • Memudaratkan fikiran dan kewangan diri sendiri dan/ atau keluarga BAGAIMANA MENGETAHUI JIKA SAYA ADA MASALAH PERJUDIAN? (SILA TANDA TICK) Bertaruh lebih daripada apa yang saya mampu atau lebih daripada apa yang dirancang. Cuba berulang kali untuk meraih semula kerugian akibat kekalahan berjudi Berbohong mengenai masalah perjudian dan juga masalah yang berkaitan dengannya. Selalu ponteng kerja dan lupa tanggungjawab terhadap keluarga disebabkan berjudi Sentiasa memikirkan mengenai perjudian. Sukar untuk mengawal, berhenti atau mengurangkan tabiat berjudi atau berasa marah apabila dihalang dari melakukannya. Banyak hutang-piutang, bil-bil yang tidak dibayar atau masalah kewangan lain disebabkan perjudian *Jika anda mengalami lebih dari satu keadaan di atas, anda mungkin berisiko mempunyai masalah perjudian atau sudah ketagihan berjudi. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan bantuan segera. BAGAIMANA IA MENJEJAS ANDA? Masalah perjudian boleh mengakibatkan: • Masalah kewangan, contohnya berhutang dan kehilangan pekerjaan • Masalah perhubungan, contohnya bercerai • Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan Dapatk Btu! Beasalah?

Upload: trankiet

Post on 29-Jan-2017

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dapatkan Bantuan!

Khidmat BantuanUntuk Masalah Perjudian

adalah

adalah

Majlis Kebangsaan terhadap Masalah PerjudianNCPG komited untuk meningkatkan pendidikan awam dan

menyediakan khidmat bantuan di Singapura. Ia juga menyelaraskan permohonan untuk Pengecualian Kasino Tempatan/Had Lawatan dan

Pengecualian Bukan Kasino.

510 Thomson Road #05-01SLF Building Singapura 298135

Masa Operasi:Isnin hingga Khamis: 8.30 pagi – 6.00 petang

Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petangTutup pada hujung minggu dan cuti umum

Emel: [email protected] web: www.ncpg.org.sg

24 jam Talian Masalah Perjudian Kebangsaan1800-6-668-668

WebChat(www.ncpg.org.sg / www.nams.sg)

Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS)Diuruskan oleh pasukan pakar berbilang disiplin, NAMS menyediakan

rawatan menyeluruh bagi pelbagai jenis penagihan termasuk perjudian.

BUANGKOK GREEN MEDICAL PARKBlok 9, 10 Buangkok View, Singapura 539747

Talian Penagihan (24 jam): 6-RECOVER (6-7326837)Emel: [email protected]

Laman web: www.nams.sg

PUSAT PEMULIHAN PERJUDIAN BERMASALAH THYE HUA KWAN (THK)

Pusat Pemulihan Perjudian Bermasalah THK menyediakan perkhidmatan kaunseling dan rawatan untuk penjudi dan keluarga

mereka.

133 New Bridge Road #04-05Chinatown Point Singapura 059413

Masa Operasi:Isnin hingga Sabtu: 9 pagi – 6 petang

Selasa: 9 pagi - 8.30 malamTel: 6576-0840

Emel: [email protected] web: http://www.thkmc.org.sg

Memahami Masalah Perjudian

BAGAIMANA IA BERMULA?

BERJUDI SECARA SOSIAL

• Berjudi untuk berseronok

• Berjudi mengikut kemampuan

• Mampu berhenti berjudi pada bila-bila masa

• Tidak memudaratkan diri dan/ atau keluarga

MASALAH PERJUDIAN

• Bermula daripada perjudian sosial

• Hilang kawalan disebabkan berjudi dengan berlebihan

• Sentiasa berkeinginan untuk berjudi

• Terlalu memikirkan cara untuk mendapatkan semula wang yang telah hilang semasa berjudi

• Memudaratkan fikiran dan kewangan diri sendiri dan/ atau keluarga

BAGAIMANA MENGETAHUI JIKA SAYA ADA MASALAH PERJUDIAN? (SILA TANDA TICK)

Bertaruh lebih daripada apa yang saya mampu atau lebih daripada apa yang dirancang.

Cuba berulang kali untuk meraih semula kerugian akibat kekalahan berjudi

Berbohong mengenai masalah perjudian dan juga masalah yang berkaitan dengannya.

Selalu ponteng kerja dan lupa tanggungjawab terhadap keluarga disebabkan berjudi

Sentiasa memikirkan mengenai perjudian.

Sukar untuk mengawal, berhenti atau mengurangkan tabiat berjudi atau berasa marah apabila dihalang dari melakukannya.

Banyak hutang-piutang, bil-bil yang tidak dibayar atau masalah kewangan lain disebabkan perjudian

*Jika anda mengalami lebih dari satu keadaan di atas, anda mungkin berisiko mempunyai masalah perjudian atau sudah ketagihan berjudi. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan bantuan segera.

BAGAIMANA IA MENJEJAS ANDA?

Masalah perjudian boleh mengakibatkan:

• Masalah kewangan, contohnya berhutang dan kehilangan pekerjaan

• Masalah perhubungan, contohnya bercerai

• Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan

Dapatkan Bantuan!

Bermasalah?

Page 2: Dapatkan Bantuan!

MENGAPA ANDA PERLU BERBINCANG DENGAN SEORANG KAUNSELOR?

Masalah perjudian amat bahaya dan boleh mengakibatkan masalah yang serius kepada penjudi dan keluarga mereka. Penjudi yang bermasalah sering tidak dapat mengawal diri atau menghentikan tabiat berjudi mereka.

Jika anda mengesyaki bahawa anda atau anggota keluarga anda mungkin mengalami masalah perjudian, sila dapatkan bantuan segera.

BAGAIMANA KAUNSELING DAPAT MEMBANTU SAYA?

Kaunseling bukan sahaja untuk penjudi bermasalah. Ia penting dalam membantu anda dan keluarga anda untuk mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan masalah perjudian. Kaunseling boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan.

Kaunseling Secara Individu disesuaikan untuk anda dan meliputi aspek pengurusan kewangan, mencegah diri dari berbalik semula ke tabiat lama, pengurusan tekanan dan belajar cara untuk membaiki hubungan dengan anggota keluarga.

Kaunseling Berkumpulan memberi peluang kepada para penjudi dan anggota keluarga mereka untuk memberi atau menerima sokongan dari kawan-kawan yang meghadapi nasib serupa, berkongsi pengalaman dan cara mengawal masalah yang berkaitan dengan masalah perjudian.

Kaunselor boleh merujuk anda kepada organisasi lain sekiranya anda memerlukan sebarang nasihat undang-undang atau bantuan kewangan.

APAKAH PROGRAM SOKONGAN YANG DISEDIAKAN?

Penjudi bermasalah dan/atau anggota keluarga mereka boleh menghadiri kaunseling dan/atau terapi berkumpulan di pertubuhan-pertubuhan berikut:

1. Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS) membantu dan menyokong individu yang ketagihan termasuk perjudian. Program-program yang berkaitan perjudian termasuk:

i. Ceramah pendidikan untuk orang awam.

ii. Program pemulihan perjudian dan kumpulan sokongan untuk pesakit NAMS.

iii. Program kumpulan sokongan untuk keluarga pesakit NAMS

2. Pusat Pemulihan Perjudian Bermasalah Thye Hua Kwan (THK)

i. Khidmat rawatan dan sokongan untuk penjudi bermasalah atau anggota keluarga mereka.

ii. Kaunseling berkumpulan

3. Perkhidmatan Masyarakat WE CARE

4. Hospital Besar Changi (Pusat Perubatan Psikologi)

5. One Hope Centre

6. The Silver Lining Community Services Ltd

7. Blessed Grace Gambler’s Recovery Centre

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat kaunseling yang disediakan, lungsuri www.ncpg.org.sg atau hubungi Talian Masalah Perjudian Kebangsaan di 1800-6-668-668

Semua maklumat akan dirahsiakan.

ADAKAH KHIDMAT BANTU DIRI DISEDIAKAN?

Buku Kerja Bantu Diri Interaktif Dalam Talian untuk Masalah Perjudian

Mengenal pasti dan memahami tabiat perjudian anda. Belajar untuk menanggani keinginan dan kepercayaan yang menyimpang yang mendorong anda untuk berjudi. Lungsuri buku kerja dalam talian atau rujukkan ia kepada seseorang yang mungkin mengalami masalah perjudian, dengan melungsuri laman web:

http://www.nams.sg/workbook.aspx

APAKAH KHIDMAT BANTUAN LAIN YANG DISEDIAKAN?

Pengecualian kasino/Had Lawatan dan Pengecualian Bukan Kasino

Majlis Kebangsaan terhadap Masalah Perjudian (NCPG) menyediakan Pengecualian Kasino dan Had Lawatan kepada mereka yang ingin mengecualikan diri mereka atau menghadkan lawatan mereka ke kasino. NCPG juga menyediakan pengecualian bukan kasino daripada beberapa senarai penyedia perjudian.

Buat permohonan untuk Perintah Pengecualian Keluarga atau Had Lawatan untuk mengecualikan anggota keluarga daripada kasino.

Individu juga boleh membuat permohonan untuk Pengecualian Diri atau Had Lawatan sukarela untuk mengecualikan atau menghadkan lawatan mereka ke kasino.

Jika anda dan/atau orang yang tersayang terjejas dengan masalah perjudian, dapatkan bantuan segera.

Mengatasi Masalah Perjudian Khidmat Bantuan yang Disediakan

SESIKAUNSELING

DAPATKAN BANTUAN,HUBUNGI KAMI

PROGRAM-PROGRAM

SOKONGAN BANTU DIRI

KHIDMAT BANTUAN YANG LAIN