bantuan ergogenik

12
Bantuan Ergogeniks Bantuan ergogeniks merupakan sebarang proses atau prosedur pengambilan bahan yang berkaitan di mana ia dapat meningkatkan prestasi melalui peningkatan kekuatan (angkat berat), kepantasan masa tindakbalas (100 meter), daya ketahanan atlit (marathon), dan mempercepatkan pemulihan (tenaga, kecederaan, mengurangkan kepenatan ) . Ia juga merupakan kaedah yang dilakukan untuk memperbaiki kapasiti kerja secara fizikal, fungsi fisiologi atau prestasi atlit. Selain daripada itu bantuan nutrein, ubat-ubatan yang diambil untuk memberi suatu kelebihan kepada atlit, berdasarkan fungsi dan kesan daripada bahan yang diambil. Komponen yang lain termasuklah nutrisi, fisiologi dan komponen-komponen mekanikal . Ia diterima sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan prestasi, faktor pemelihara keselamatan di samping perkara- perkara asas lain yang dapat membantu meningkatkan prestasi atlit seperti latihan, keadaan fizikal, pengambilan air, peralatan yang lebih lengkap, pengambilan karbohidrat, vitamin, teknik memanaskan badan dan gerak kendur, semangat kesukanan dalam pertandingan. Sejak kebelakangan ini pengambilan bahan-bahan terlarang menunjukkan atlit berada di luar semangat kesukanan. Bantuan ergogeniks ada yang memberi kesan dan ada yang tidak mendatangkan kesan. 1

Upload: sara-yusuff

Post on 31-Oct-2015

193 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: Bantuan ergogenik

Bantuan Ergogeniks

Bantuan ergogeniks merupakan sebarang proses atau prosedur

pengambilan bahan yang berkaitan di mana ia dapat meningkatkan prestasi

melalui peningkatan kekuatan (angkat berat), kepantasan masa tindakbalas (100

meter), daya ketahanan atlit (marathon), dan mempercepatkan pemulihan

(tenaga, kecederaan, mengurangkan kepenatan ) . Ia juga merupakan kaedah

yang dilakukan untuk memperbaiki kapasiti kerja secara fizikal, fungsi fisiologi

atau prestasi atlit. Selain daripada itu bantuan nutrein, ubat-ubatan yang diambil

untuk memberi suatu kelebihan kepada atlit, berdasarkan fungsi dan kesan

daripada bahan yang diambil. Komponen yang lain termasuklah nutrisi, fisiologi

dan komponen-komponen mekanikal .

Ia diterima sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan prestasi, faktor

pemelihara keselamatan di samping perkara-perkara asas lain yang dapat

membantu meningkatkan prestasi atlit seperti latihan, keadaan fizikal,

pengambilan air, peralatan yang lebih lengkap, pengambilan karbohidrat,

vitamin, teknik memanaskan badan dan gerak kendur, semangat kesukanan

dalam pertandingan. Sejak kebelakangan ini pengambilan bahan-bahan

terlarang menunjukkan atlit berada di luar semangat kesukanan. Bantuan

ergogeniks ada yang memberi kesan dan ada yang tidak mendatangkan kesan.

Kesan Bantuan Ergogeniks

Memberi kesan secara langsung terhadap fiber otot, reaspon akibat

keletihan, membekalkan tenaga untuk pengecutan otot, memberi kesan kepada

jantung dan sistem peredaran, memberi kesan kepada pusat respiratori,

melambatkan kelesuan serta mengurangkan kesan ketahanan terhadap sistem

saraf pusat ke atas pengecutan otot dan fungsi-fungsi lain.

Agen-agen farmakologi

Farmakologi adalah satu bidang pengajian mengenai dadah dan ubat-

ubatan. Ia bertujuan memberi kesan positif kepada aspek kemahiran,

ketegangan dan daya ketahanan, peningkatan kekuatan, kepantasan masa

1

Page 2: Bantuan ergogenik

tindakbalas, daya ketahanan, mempercepatkan pemulihan dan faktor utama

ialah kecemerlangan. Apabila kejayaan merupakan faktor desakan utama,

pelbagai cara untuk memperolehinya tanpa mengambil kira risiko, kesan, nilai

dan etika, manusia lebih cenderung menggunakan apa saja yang boleh

mencapai impian mereka. Berikutan dengan itu mulanya mengambil dan

menggunakan bahan-bahan tertentu yang mengandungi bahan perangsang

seperti dadah.

Kesan sampingan

Kesan negatif daripada pengambilan bahan-bahan dari luar ialah loya , mual,

keguguran rambut, miang, gatal, rasa gelisah, sesetengahnya boleh

menyebabkan kematian disebabkan kanser hati atau muntah darah

Bantuan Nutrisi

Diperolehi daripada bahan-bahan makanan rutin harian, yang

mengandungi karbohidrat, lemak, protein yang membekalkan tenaga.

Karbohidrat untuk membekalkan tenaga. contoh, gandum, nasi, roti dan

sebagainya. Protein ula untuk pertumbuhan, tumbesaran, dan perkembangan

otot, pemulihan dalam pembaikan tisu-tisu otot, contohnya daging, ayam,ikan,

dan sebagainya. Manakala vitamin pula untuk mencegah penyakit, untuk

pemulihan kulit, contohnya sayur-sayuran, buah-buahan. Kalsium untuk

menguatkan tulang, contoh susu dan hasil tenusu.

Nutrien supplement adalah bantuan ergogenis secara semulajadi dalam

pengambilan pemakanan seharian untuk meningkatkan prestasi. Bahan utama

pembekalan tenaga yang terkandung dalam nutrein supplement adalah creatine

untuk meningkatkan PCL anaerobic (peningkatan kuasa dalam jangkamasa

masa pendek), High Intensity Energy (HIE) , Perubahan pada fisiologi kepada

manusia ialah meningkatkan pencapaian prestasi tenaga anaerobic melalui

kecekapan aktiviti myosin dan aktin dalam fiber otot, efek kepada berat badan.

Creatine daripada nutrien adalah pemangkin untuk meningkatkan kekuatan

tenaga ATP-PC. Sumber protein memerlukan 1.5-2.0 gram protein/ kg body

2

Page 3: Bantuan ergogenik

weight lean meals, susu skim, complementary plant protein, easily abtained from

healthful diet.

Dari segi prestasi aerobik pengambilan oksigen (O2) adalah untuk resital

(mempercepatkan pemulihan). Selepas aktiviti atau latihan berintensiti tinggi,

udara disedut dalam-dalam dan dihembus. Ini adalah bertujuan untuk pemulihan

(hutang oksigen).

Bahan-Bahan Ergogeniks

Steroid memberi kesan sampingan yg dikaitkan dengan penggunaan

steroid anabolic. Kebanyakan steroid memberi kesan sampingan yang lebih

daripada yang lain. Dalam kebanyakan kes banyak kesan negatif daripada

steroid dapat dilihat daripada penggunaannya. Otot akan berketul atau sasa.

Contoh yang boleh dilihat ialah prestasi pelari acara pecut 100 m ialah pada

waktu ialah Ben Johnson. Beliau berjaya mencatat 9.86 saat , di Sukan Olimpik

Seoul, Korea Selatan 1988. Penyertaannya dibatalkan dan ditarik balik pingat

emas kerana ujian air kencingnya didapati positif.

Kesan Steroid Terhadap Fisiologi Tubuh

Penahanan/pembendungan Air (Water retention). Ini adalah paling biasa

daripada penggunaan steroid. Keadaan bengkak atau benjol (lembut) pada

bahagian leher dan kawasan muka. Daripada kesan kita dapat tahu seseorang

itu mengambil steroid tetapi tidak tahu bila masanya.

Jerawat (acne). Semua orang tahu apa itu jerawat, , tetapi dalam kes

pengambilan steroid jerawat ini adalah kesan sampingannya dan ada kaitan

dengan steroid.

Gynecomastia ialah kesan pada dada, atau ketidaknormalan/keanehan

kelenjar membesar(abnormally large glands). Tanda utama ialah gumpal (ketul)

di bawah puting (nipples), kemudian secara beransur-ansur membesar(merebak)

kepada tisu lemak dan saiznya semakin membesar.

3

Page 4: Bantuan ergogenik

Aggression (penyerangan/serangan tanpa sebab), juga dikenali keadaan

kacau bilau (berang), kejutan, terperanjat, beberapa atlit merasakan ini kesan

positif. Mereka dapati kadang-kadang mereka lebih terangkat dan lebih gigih,

sungguh ,perasaan, emosi yang kuat ketika latihan. Kesan negatif pengguna

dapati diri mereka berlawan (bertentangan) dengan keluarga, rakan dan tidak

dapat bekerjasama dalam kumplan, tabiat, kelakuan , perasaan berdebar dan

sakit hati.

Hypertension (sangat tension/ketegangan) - apabila ambil steroid ada

kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi juga. Kebanyakan atlit tidak tahu

jika mereka mengalaminya. Dicadangkan menjalani ujian secara tetap dan

teratur. Tekanan darah tinggi akan mendatangkan kesan penyakit yang lebih

serius.

Cardiovascular disease (penyakit kardiovaskular). Kajian telah

menunjukkan pengambilan steroid memberi kesan, faktor kepada penyakit

jantung. Kerana steroid memberi kesan pada tahap kolestrol dalam badan.

Sepanjang masa tahap kolestrol semakin tinggi dan arteri tersumbat

(menyempitkan saluran arteri)

Palpitations (Denyutan/ debaran jantung). Ada kes dilaporkan dari

sebilangan atlit yg mengambil steroid menunjukkan suatu rangsangan pada

system sarat pusat yg mengakibatkan peningkatan degupan jantung.

Impotence (lemah/ tidak berupaya) berlaku apabila pengambilan steroid

berterusan dan berhenti. Apabila steroid digunakankan buat pertama kali,

keinginan bertambah (membangkitkan minat) sebab kehebatan ,kekerapan dan

tempoh dan jangka masa ketegangan. Tetapi akhirnya pertentangan berlaku dan

tiada ketegangan lagi dihasilkan. Penyakit hati yang serius dialami dari suatu

kesakitan hati yang bertambah, mata dan kulit kuning, dan tanda seperti flu. Ini

berlaku apabila atlit guna steroid dalam kadar dos yang tinggi.

4

Page 5: Bantuan ergogenik

Siapa Menggunakan Steroid

Terdahulu steroid biasanya digunakan oleh ahli bina badan.

Bagaimanapun hari ini agak berbeza. Steroid digunakan boleh dikatakan dalam

semua jenis sukan. Kebanyakan atlit mengambil steroid dalam permainan bola

sepak, baseball, hoki, wrestling, acara track dan padang, berbasikal, renang dan

lain-lain.

Anabolic steroid digunakan oleh individu yang mahu menukar perubahan

pada diri mereka pada pandangan mereka memberi kesan yang

memberangsangkan secara mudah yang dilihat mereka pada pandangan

mereka. Mereka cuba menukar cara persembahan kerana masyarakat, nama.

Digunakan dalam perubatan penyakit yang spesifik seperti AIDS,

membantu menghalang/mencegah muscle loss dari pesakit. Steroid juga

digunakan dalam profesion yang memerlukan kedudukan yang lebih tinggi,lebih

daripada keadaan orang biasa yang memerlukan kekuatan atau tenaga.

Contoh yang jelas, profesion yang memerlukan kekuatan misalnya dalam bidang

ketenteraan, pegawai polis, kaki pukul dan lain-lain.

Kemungkinan masalah besar yang berkaitan dengan pengambilan

anabolic steroid ialah penyalahgunaan oleh remaja. Dalam banyak sekolah

tinggi, sukan adalah segala-galanya. Pelajar akan melakukan apa saja untuk

mencapai maksud tertentu.

Pengambilan Steroid

Dua cara yang ketara steroid digunakan iaitu dimakan terus biasanya

dalam bentuk pil, banyak jenis steroid sptanadrol dan kedua melalui suntikan ke

badan, sekali atau dua kali seminggu, biasanya disuntik pada bahagian yang

selamat di tubuh di bahagian otot-otot besar.

5

Page 6: Bantuan ergogenik

Amphetamine (dadah penggalak)

Termasuk dadah dextroamphetamine, benzedrine, ritalin dan banyak jenis

bahan kimia yang lain. Pada dasarnya amphetamine untuk merawat asthma,

kesukaran untuk tidur, pemulihan aktiviti berat. Tahun 1920 sejenis dadah

“ephedrine” digunakan untuk merawat asthma. Sehingga Perang Dunia Ke-2,

dadah ini diambil oleh askar dan pilot supaya sentiasa peka, dan melawan

keletihan.

Amphetamine pep ialah pil tenaga iaitu kuasa yang kuat dalam sistem

saraf pusat, manakala amfitamin dan dextroamphetamines adalah

penggabungan yang selalu digunakan.

Kesan Terhadap Fisiologi Manusia

Sebagai rangsangan terhadap kedua CNS dan bahagian simpatetik di

sistem saraf periferal. Kesan daripada aktiviti amphetamine terhasil dopamine

dan norepinephrine iaitu sejenis bahan yang menambah aktiviti sinaps.

Neurotransmitter systems kesan daripada aktiviti amphitamine boleh

menyebabkan perlepasan dopamine dari terminals axon, menghalang dopamine

dari reuptake, menyekat simpanan dopamine dalam, dan menyekat kemusnahan

dopamine oleh enzim. Kesan jangka pendek amphitamine meningkatkan kadar

nadi, meningkatkan tekanan darah, mengurangkan selera makan, dilation anak

mata, perasaan kegembiraan atau terasa mempunyai kuasa, dan mengurangkan

keletihan.

Kesan jangka panjang pula sukar lena, kegelisahan, penyakit ganguan

saraf, gangguan fikiran, khayalan, igauan, tabiat, tingkah laku kasar, hilang berat

badan, gegaran, badan menggeletar, dan hilang kawalan emosi.

6

Page 7: Bantuan ergogenik

Bahaya Amphetamine

Penggunaan amphetamine secara berterusan akan mengakibatkan

mengalami masalah psikologi atau ganguan emosi, dan kesan sampingan am

seperti sakit kepala, keadaan gelisah, demam, tidak stabil (pening) dan dalam

keadaan keliru, gangguan kepada sistem kardiovaskular (dos yang berlebihan)

Barbiturates (ubat pelali)

Barbiturates digunakan untuk mengurangkan tekanan, sebelum

bertanding atlit gelisah, untuk mengatasi masalah, barbitutares diambil untuk

kurangkan tekanan perasaan membuatkan tenang. Kekadang dalam bentuk pil

tidur. Memberi kesan kepada CNS melalui perubahan tingkah laku, tabiat.

Pengambilan dos rendah akan mengurangkan kebimbingan, mengurangkan

pernafasan, mengurangkan tekanan darah, kadar nadi dan mengurangkan rapid

eye movement (REM) sleep. Dos tinggi pula biasanya menambahkan berbagai

tingkah laku dan aksi seperti rangsangan yang tidak disedari (mengurangkan

rasa malu). Kesan ini mungkin disebabkan oleh tekanan penyekatan pada

lingkaran (litar) otak.

Simpton yang biasa dikesan penggunaan barbiturates ialah kebimbangan,

masalah sukar tidur, perampasan, serangan mengejut (seizures), rasa loya,

mual, masalah perut, khayalan,

Kesan Barbiturates Ke Atas Otak

Mudah dilarutkan dalam lemak, kerana sifat barbiturates sedia memasuki

otak kerana boleh dengan mudah meresap masuk tanpa halangan pengaliran

darah ke otak. Barbiturates larut dalam lemak badan, berkumpul dan kemudian

re-enter (memasuki) aliran darah. Barbiturates juga boleh menambahkan

kelancaran ions cloride merentasi neuron membran dan menembusi

neurotransmitter reseptor.

7

Page 8: Bantuan ergogenik

Kafeina (Caffeine)

Merupakan satu kumpulan sebatian dikenali sebagai methylxanthines. Ia

boleh didapati dalam biji kopi, serbuk teh, coklat, biji koko. Satu cawan kopi

mengandungi lebih kurang 50-150mg caffeine. Sifat caffeine mudah diserap

dalam tubuh dengan cepat. Sebenarnya sumber caffeine adalah dari biji kopi,

daun teh dan kola nut, kulit keras koko. Caffeine asli adalah tidak berbau dan

rasa pahit.

Kesan Caffeine Ke Atas Sistem Saraf

Caffeine diklasifikasikan sebagai bahan rangsangan kepada CNS. Dalam

dos yang biasa caffeine boleh menambahkan kewaspadaan, mengurangkan

koordinasi motor halus, mengubah corak tidur (mengurangkan jumlah masa

tidur), punca sakit kepala, kegelisahan, kebimbangan dan pening.

Pengambilan dos secara banyak boleh membawa maut, dikira lebih daripada 10

gram (kira-kira 170mg/kg berat badan). Sama dengan meminum 80 hingga 100

cawan kopi secara berturut tetapi bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Caffeine memasuki pengaliran darah terus ke perut dan usus kecil dan

ada kesan selepas 15 minit digunakan. Dalam badan, caffeine akan berada

sekitar beberapa jam , mengambil masa 6 jam untuk sebahagian caffeine

dihapuskan. Caffeine kembali kepada sekumpulan bahan kimia xanthine.

Adenosine adalah kejadian wajar daripada xanthine dalam otak diguna sebagai

neurotransmitter pada kebanyakan sinaps. Kesan caffeine ialah mengganggu

aktiviti adenosine secara berganda dalam otak. Caffeine juga memberi kesan

pada tempat lain dalam badan seperti, pertambahan kadar nadi, mencerut aliran

darah , membenarkan kebanyakan otot diiikat lebih mudah.

Sesetengah kajian menunjukkan caffeine boleh menyebabkan ketahanan

fizikal. Ada yang mengatakan pengambilan secawan kopi dan sebotol coca cola

akan menambahkan prestasi motor.

8