bank makanan : konsep, aplikasi, kesan & halatuju · 2020. 11. 7. · profil sosial dan ciri-ciri...

66
Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Penerbitan ini adalah hasilan penyelidikan yang dibiayai oleh Persatuan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga

    Malaysia (Malaysian Consumer and Family Economics Association MACFEA) dengan kerjasama Kementerian

    Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

    Analisa dan laporan yang dikemukakan adalah berdasarkan hasilan dari penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan

    penyelidik Universiti Teknologi MARA, dan tidak semestinya melibatkan pandangan dari pihak pemberi dana.

    Kumpulan Penyelidik:

    Erne Suzila Kassim

    Faridah Haji Hassan

    Ismah Osman

    Hanitahaiza Hairuddin

    Pembantu Penyelidik

    Nur Syafiqah Binti Ahmad Nathari

    Nur Shahira Abu Bakar

    Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

    Universiti Teknologi MARA Caw Selangor

    Kampus Puncak Alam

    42300 Selangor

    Emel: [email protected]

    Hak cipta terpelihara. Penggunaan mana-mana bahagian penerbitan untuk tujuan komersial adalah dilarang.

    September 2020.

    mailto:[email protected]

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    KANDUNGAN

    RINGKASAN EKSEKUTIF..…………………………………………………………………………………….i

    LATAR BELAKANG KAJIAN................................................................................................................... 1

    PROGRAM BANK MAKANAN DAN KESELAMATAN MAKANAN ..................................................... 3

    Bank Makanan dan Kesejahteraan Psikologi ..................................................................................... 4

    Program Bank Makanan di Negara Luar ............................................................................................ 5

    PROGRAM BANK MAKANAN DI MALAYSIA ........................................................................................ 7

    PROGRAM Bank Makanan KOMUNITI .............................................................................................. 8

    Program Bank Makanan Siswa ........................................................................................................... 9

    MENGENAI KAJIAN ............................................................................................................................. 11

    OBJEKTIF KAJIAN ........................................................................................................................... 11

    SKOP KAJIAN ................................................................................................................................... 12

    KAEDAH KAJIAN .............................................................................................................................. 12

    INSTRUMEN KAJIAN ....................................................................................................................... 13

    PROGRAM BANK MAKANAN SISWA ................................................................................................. 15

    Profil Sosial dan Ciri-ciri Responden ................................................................................................ 16

    Profil Penerimaan .............................................................................................................................. 17

    Sejauh mana bank makanan dapat mengurangkan kos sara hidup ................................................ 18

    Sejauh mana bank makanan dapat menjamin akses keselamatan makanan.................................. 20

    Sejauh mana bank makanan dapat memenuhi keperluan gaya hidup dan meningkatkan kualiti

    kehidupan golongan sasar dari segi psikologi dan sosial ................................................................. 25

    PROGRAM BANK MAKANAN KOMUNITI ........................................................................................... 27

    Profil Sosial dan Ciri-ciri Responden ................................................................................................ 28

    Bantuan Sosial .................................................................................................................................. 29

    Tahap Kesihatan Isi Rumah .............................................................................................................. 31

    Sejauh mana bantuan makanan dapat menjamin akses keselamatan makanan ............................ 32

    Sejauh mana bank makanan dapat memenuhi keperluan gaya hidup dan meningkatkan kualiti

    kehidupan .......................................................................................................................................... 35

    PENGURUSAN PROGRAM, CABARAN & HALATUJU ...................................................................... 37

    PENGURUSAN PROGRAM BANK MAKANAN ............................................................................... 38

    MEKANISME BAGI MEMASTIKAN AKSES KEPADA JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    SENTIASA DIUTAMAKAN ................................................................................................................ 41

    CABARAN DAN HALATUJU............................................................................................................. 44

    RUJUKAN ............................................................................................................................................. 48

    file:///C:/Users/Erne%20Kassim/Documents/Erne%20Kassim/03%20Publication/2020/01%20KPDNHEP%20LAPORAN%20BANK%20MAKANAN/FINAL%20DRAFT/01%20Laporan%20Bank%20Makanan.docx%23_Toc52137243file:///C:/Users/Erne%20Kassim/Documents/Erne%20Kassim/03%20Publication/2020/01%20KPDNHEP%20LAPORAN%20BANK%20MAKANAN/FINAL%20DRAFT/01%20Laporan%20Bank%20Makanan.docx%23_Toc52137257file:///C:/Users/Erne%20Kassim/Documents/Erne%20Kassim/03%20Publication/2020/01%20KPDNHEP%20LAPORAN%20BANK%20MAKANAN/FINAL%20DRAFT/01%20Laporan%20Bank%20Makanan.docx%23_Toc52137263

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    LAMPIRAN ............................................................................................................................................. iv

    LAMPIRAN 1: BORANG KAJI SELIDIK PROGRAM BANK MAKANAN KOMUNITI ........................ v

    LAMPIRAN 2: SOALAN TEMUBUAL ................................................................................................vii

    LAMPIRAN 3: BANTUAN MAKANAN DAN KOS SARA HIDUP ...................................................... viii

    LAMPIRAN 4: ANALISA BMI MENGIKUT JANTINA DAN BANGSA ................................................ ix

    LAMPIRAN 5: ANALISA PERBANDINGAN JAMINAN MAKANAN MENGIKUT JANTINA ............... x

    LAMPIRAN 6: ANALISA PERBANDINGAN KUALITI HIDUP MENGIKUT JANTINA ....................... xi

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | i

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Satu kajian telah dijalankan bagi mengukur keberkesanan Program Bank Makanan Malaysia, yang

    dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tujuan utama

    program adalah membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses bekalan

    makanan bagi meringankan kos sara hidup, selain bekerjasama dengan pihak badan-badan bukan

    kerajaan (NGO) dan industri peruncitan bagi meningkatkan dan menambahbaik sistem pengurusan

    lebihan makanan. Dua program utama adalah Program Bank Makanan Siswa yang menfokuskan

    kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan di universiti awam, dan Program Bank Makanan

    Komuniti yang mensasarkan masyarakat kategori B40.

    Metod kajian adalah melalui kaedah soalselidik dan temubual, dengan menfokuskan kepada empat

    kumpulan utama;

    1. Pelajar universiti selaku penerima Program Bank Makanan Siswa

    2. Kumpulan B40 selaku penerima Program Bank Makanan Komuniti

    3. Rakan Strategik Utama selaku penggerak program

    4. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) selaku pentadbir Program Bank Makanan Siswa di

    universiti.

    Hasil kajian adalah seperti berikut.

    Penerima Program Bank Makanan Siswa

    1. Hampir separuh dari penerima Program Bank Makanan Siswa mempunyai indeks jisim badan

    yang tidak sihat, iaitu samada mengalami masalah kurang berat badan atau masalah berat badan

    yang berlebihan. Pelajar Melayu dan wanita lebih terdedah kepada masalah ini. Salah satu punca

    utama indeks jisim badan yang tidak sihat adalah gaya pemakanan termasuk pengambilan

    makanan yang tidak seimbang nutrisi.

    2. Sebilangan besar pelajar menyatakan Program Bank Makanan Siswa dapat mengurangkan kos

    sara hidup, terutamanya kos asas dan kos pembelajaran. Oleh yang demikian, hampir ke semua

    penerima mahukan program ini diteruskan.

    3. Walaupun penerima menyatakan bekalan makanan yang diberi adalah mencukupi, terdapat

    sedikit isu keperihatinan tentang status bekalan yang perlu lebih seimbang nutrisi dan keperluan

    makanan yang lebih berkhasiat.

    4. Program Bank Makanan Siswa berjaya meningkatkan kualiti kehidupan penerima, dengan

    membolehkan mereka untuk merasa lebih fokus, tenang, segar, ceria dan aktif dan bertenaga.

    Yang lebih penting, program ini membuktikan menangani keperluan asas pemakanan adalah

    satu langkah positif ke arah pembangunan modal insan yang lebih baik.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | ii

    Cabaran Pengendalian Bank Makanan di Universiti dan Rakan Strategik

    1. Program Bank Makanan Siswa di universiti diurus dan ditadbir oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar,

    yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Program ini secara tidak lansung mengilap

    bakat dan kebolehan kepimpinan pelajar selaku penggerak utama.

    2. Terdapat beberapa cabaran yang kritikal bagi kelestarian program. Yang paling utama adalah

    kekurangan sumbangan yang konsisten, kekangan mendapatkan sukarelawan dari kalangan

    pelajar di atas faktor pertindihan jadual dengan pembelajaran, kekurangan bekalan makanan

    yang lebih seimbang nutrisi kerana kekangan penyediaan makanan, memerlukan sistem tadbir

    urus yang lebih berkesan dan faktor penerima yang tidak mengambil sumbangan.

    3. Cabaran terbesar mengurus program bank makanan bagi Rakan Strategik adalah dana yang

    terhad terutamanya bagi keperluan pengangkutan dan penyimpanan stok, jadual penerimaan

    bekalan untuk keperluan komuniti yang tidak tetap yang memberi kesan kepada ketidak

    seimbangan keperluan dan penawaran bekalan, sukarelawan yang tidak tetap yang

    menyukarkan latihan dan kekurangan bekalan makanan kaya nutrisi untuk keperluan siswa.

    4. Rakan Strategik amat menitik beratkan aspek kualiti makanan yang diterima untuk disalurkan

    kepada penerima. Di antara langkah yang diambil adalah menggunakan kaedah pengasingan

    bagi bau, rasa dan rupa makanan, mengikut garis panduan yang ditetapkan kementerian tanpa

    sebarang kompromi.

    Penerima Program Makanan Komuniti

    1. Hampir lapan puluh peratus penerima Program Makanan Komuniti menyatakan terdapat

    sekurang-kurangnya satu jenis penyakit yang dihidapi oleh ahli keluarga mereka. Darah tinggi

    dan kencing manis merupakan dua penyakit utama yang dihidapi. Banyak kajian merumuskan

    kekurangan akses kepada jaminan keselamatan makanan, yang berkait rapat dengan faktor

    kemiskinan selain rendah amalan gaya pemakanan yang sihat merupakan faktor terdedah

    kepada dua penyakit ini.

    2. Akibat kemiskinan, kumpulan penerima komuniti mengalami kesukaran untuk mendapatkan

    akses kepada makanan yang baik, dan keadaan di mana mereka perlu mengurangkan saiz

    makanan atau melangkau makanan dan tidak makan sepanjang hari adalah satu fenomena yang

    biasa.

    3. Selepas menerima bantuan Program Bank Makanan Komuniti, lebih lapan puluh peratus

    penerima menyatakan mereka tidak lagi mengalami kesukaran atau kebimbangan bekalan

    makanan akan habis sebelum menerima gaji atau sumbangan seterusnya.

    4. Rata-rata penerima menyatakan program ini memenuhi keperluan, mudah diperolehi dan baik,

    yang mana hampir ke semua mereka mahukan program ini diteruskan.

    5. Program Bank Makanan Komuniti berjaya meningkatkan kualiti kehidupan penerima, dengan

    membolehkan keluarga mereka untuk merasa lebih fokus, tenang, segar, ceria dan aktif dan

    bertenaga. Yang lebih penting, program ini membuktikan menangani keperluan asas pemakanan

    adalah satu langkah positif ke arah pembangunan masyarakat yang lebih baik.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | iii

    Kesimpulan dari kajian ini adalah Program Bank Makanan Malaysia memenuhi konsep bank makanan

    seperti yang diamalkan oleh negara maju lain. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak ianya

    dapat membantu menangani keperluan asas masyarakat dan mencapai aspirasi Sustainable

    Development Goals 2030, Bank Dunia yang menfokuskan kepada pengurangan kadar kelaparan,

    peningkatan tahap kesihatan dan memastikan peningkatan kualiti hidup dari segi psikologi, sosial dan

    ekonomi.

    Namun begitu, beberapa penambahbaikan adalah dicadangkan bagi memastikan kelestarian program.

    Di antaranya adalah pemberian sumbangan makanan yang lebih sihat, seimbang keperluan nutrisi,

    sumbangan yang lebih tetap dan berjadual selain memberikan pendedahan tentang amalan

    pemakanan yang sihat di kalangan golongan sasar. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu

    dari segi penjadualan dan keseimbangan bekalan dari penyumbang dan permintaan dari golongan

    sasar. Tiga perkara asas yang boleh diambil perhatian dan menjadikan ia sebagai strategi jangka

    panjang adalah interaksi dan kolaborasi yang lebih meluas, penekanan kepada inovasi program bank

    makanan dan menjadikan model bank makanan berasaskan keuntungan. Salah satu cara yang boleh

    diambil adalah dengan menguruskan program bank makanan sebagai satu inovasi dan keusahawan

    sosial.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 1

    Makanan merupakan salah satu keperluan asas yang sangat penting bagi setiap insan. Kepentingan

    makanan bukan sekadar untuk mengelakkan kelaparan, tetapi dalam masa yang sama bertujuan untuk

    menjamin kesihatan dan kesejahteraan diri. Pemakanan yang baik yang diamalkan oleh seseorang

    dapat membantu membina dan mengekalkan kesihatan tubuh badan, mengurangkan risiko penyakit

    kronik, dan meningkatkan tahap kesejahteraan.

    Makanan adalah berkaitan dengan kesihatan tubuh badan, mental dan perkembangan hubungan sosial

    seseorang. Hal ini kerana setiap makanan atau sebarang cecair mengandungi nutrien termasuk

    karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak dan lain-lain yang merupakan elemen penting untuk

    pertumbuhan mental dan fizikal. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kesihatan merupakan salah

    satu matlamat utama ketika seseorang itu memilih corak pemakanan mereka, malahan terdapat

    kesedaran umum terhadap makanan yang mereka makan. Sementelahan, sudah terdapat banyak

    kajian mengenai makanan yang dijalankan di Malaysia termasuk urbanisasi, kelaparan dan jaminan

    makanan (Marzuki & Jais, 2020).

    LATAR BELAKANG

    KAJIAN

    “Makanan adalah sumber kepada kesihatan fizikal dan mental, dan asas

    kepada perkembangan sosial. Tetapi, akses ke atas jaminan

    keselamatan makanan merupakan isu global yang memberi kesan ke

    atas perkembangan individu”

    1

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 2

    Disebabkan makanan adalah penting daam kehidupan seseorang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu (PBB) telah memulakan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals

    (SDG). Salah satu tujuan yang ditekankan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) adalah berkait

    rapat dengan tujuan untuk menghilangkan rasa lapar dalam kalangan rakyat. Keselamatan makanan

    wajar diberi perhatian yang utama. Keselamatan makanan ditakrifkan sebagai suatu keadaan apabila

    semua rakyat mempunyai akses fizikal dan ekonomi ke atas makanan yang mencukupi, selamat, dan

    berkhasiat yang boleh memenuhi keperluan makanan bagi mereka dan mempunyai pilihan makanan

    untuk kehidupan yang aktif dan sihat (FAO, 2020). Disamping itu, asas untuk mencapai keselamatan

    makanan bergantung kepada pertanian dan sistem pengeluaran makanan, yang akan mempengaruhi

    ketersediaan dan kemampuan, serta kualiti dan juga kepelbagaian makanan. Justeru, keselamatan

    makanan adalah termasuk ketersediaan, akses, penggunaan, dan kestabilan untuk pengambilan

    makanan secara kekal dan berterusan (Tanumihardjo et al, 2019). Ketiadaan keselamatan makanan

    boleh menjurus kepada berlakunya kelaparan dan keperluan makanan yang tidak mencukupi kepada

    tubuh badan, seterusnya menjejaskan hubungan sosial dan kualiti hidup.

    Selain itu, keselamatan makanan juga boleh disifatkan sebagai satu kemudahan yang membolehkan

    setiap insan tidak mengira latarbelakang menerima dan mendapat akses ke atas makanan yang

    mencukupi untuk membentuk kehidupan yang lebih baik dan sihat. Kepentingan ini sudah termaktub

    sejak sekian lama (World Bank, 1986). Ketersediaan makanan pula merangkumi pengambilan

    makanan yang mencukupi dari aspek nutrisi, keselamatan dan juga diperoleh dengan cara yang sesuai.

    Justifikasinya, konsep keselamatan makanan telah ditakrifkan secara meluas yang merangkumi

    konsep ketersediaan, kecukupan, keselamatan dan kelestarian makanan terutamanya kepada isi

    rumah.

    Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa dimensi keselamatan makanan secara langsung dan tidak

    langsung. Sebagai contoh, ia merangkumi proses sosio-ekonomi, pengambilan makanan dan

    antropometri yang meliputi pelan mengatasi yang telah dikembangkan. Hal ini demikian kerana satu

    indikator tidak dapat merangkumi takrif keselamatan makanan secara mendalam (Maxwell et al., 1999).

    Kontradiksinya, ketiadaan jaminan keselamatan makanan didefinisikan sebagai “makanan yang

    mencukupi dan selamat adalah terhad atau mempunyai kemampuan yang terhad untuk memperoleh

    makanan dengan cara yang dapat diterima secara sosial” (Anderson & Cook, 2020). Peningkatan kes

    ketiadaan jaminan keselamatan makanan tidak hanya berlaku di negara-negara miskin, tetapi ianya

    menjadi fenomena sosial di beberapa negara berpendapatan tinggi seperti Kanada, Amerika Syarikat,

    Jerman dan United Kingdom (FAO, 2020). Kajian telah menunjukkan bahawa punca berlakunya

    ketiadaan jaminan keselamatan makanan bermula disebabkan oleh kekurangan sumber, diikuti oleh

    perubahan diet dalam memastikan kelastrian bekalan makanan yang terhad, serta pengurangan dalam

    pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan, atau diet harian yang lebih rendah (Bocquier et

    al., 2015), yang boleh menyebabkan risiko kesihatan yang tidak baik seperti kadar obesiti yang tinggi

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 3

    di kalangan wanita, penyakit kencing manis, gangguan mental, rendah pencapaian pembelajaran dan

    merencatkan perkembangan kanak-kanak.

    Secara umumnya, seseorang individu terkesan akibat ketiadaan atau kekurangan akses kepada

    jaminan keselamatan makanan adalah tergolong dari kumpulan masyarakat yang miskin, dan juga

    berkemungkinan terkesan akibat perubahan iklim di negara tersebut (Junaidi, Amir & Amril, 2020).

    Disamping itu, kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia mentakrifkan bahawa sebahagian besar

    daripada pendapatan golongan miskin adalah diperuntukkan untuk pelbelanjaan makanan. Namun

    begitu, kes kebuluran dan kelaparan pada peringkat global semakin meningkat pada setiap tahun (FOA,

    2020). Kadar kebolehaturan dan kelansungan hidup bagi mereka yang terjejas bergantung tinggi

    kepada beberapa faktor sosioekonomi dan budaya seperti struktur isi rumah, jantina, pengagihan aset

    isi rumah, serta dari institusi luar (FAO, 2020).

    PROGRAM BANK MAKANAN DAN KESELAMATAN MAKANAN

    Jaminan keselamatan makanan merupakan konsep yang fleksibel dan mempunyai pelbagai

    interpretasi dan takrifan. Pertama, keadaan di mana kesediaan makanan adalah sentiasa mencukupi

    pada bila-bila masa dan kebolehan untuk mengakses terhadap sesuatu yang bukan sahaja makanan

    tetapi juga terhadap fizikal, sosial dan ekonomi (Srinita, 2018). Bank makanan bukan sahaja

    memainkan peranan penting dalam memberi makanan kepada golongan miskin, tetapi ia juga

    memainkan peranan pencegahan dalam meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental penerima.

    Tindakan ini boleh mengurangkan berlakunya penyakit atau keuzuran pada masa hadapan dan dapat

    mencegah masalah kronik serta kos yang tinggi pada tahun-tahun akan datang

    Kedua, ketiadaan jaminan makanan didefinisikan sebagai situasi di mana individu kurang mendapat

    akses kepada makanan yang bernutrisi untuk pertumbuhan dan tumbesaran normal dan kehidupan

    yang sihat dan aktif (FAO, 2020). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ketiadaan jaminan

    keselamatan makanan termasuk kelaparan dan kekurangan pengambilan zat makanan, yang boleh

    dikaitkan dengan faktor bukan makanan di mana ia termasuk kekurangan ilmu amalan penjagaan anak,

    perkhidmatan kesihatan yang tidak mencukupi dan persekitaran yang tidak sihat (Stamoulis et al.,

    2003). Malahan, ketiadaan jaminan keselamatan makanan wujud kerana kekurangan pendidikan,

    kesihatan dan kemampuan asas lain yang membentuk kesejahteraan individu (Burchi & De Muro,

    2016). Oleh yang demikian, tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi akan menyebabkan

    seseorang itu mengalami perasaan sedih, tertekan, bimbang atau cemas, marah serta malu dan di

    tahap tertentu ia dapat mempengaruhi dinamika keluarga (Lachance et al., 2014). Justeru itu, Food and

    Agriculture Organization of the United Nations memperluaskan konsep keselamatan makanan sebagai

    “Bank makanan memainkan peranan pencegahan dalam meningkatkan

    tahap kesihatan fizikal dan mental penerima. Tindakan ini boleh

    mengurangkan berlakunya penyakit atau keuzuran pada masa hadapan.”

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 4

    menjamin akses kepada mereka yang kurang bernasib baik terhadap bekalan yang ada,

    membayangkan bahawa perhatian yang diberikan harus seimbang di antara permintaan dan bekalan,

    dan memastikan bahawa semua individu memiliki akses yang adil ke atas makanan asas yang mereka

    perlukan untuk kelestarian hidup.

    Seterusnya, faktor lain yang turut menyumbang kepada ketiadaan jaminan makanan adalah

    pengangguran. Penting untuk diperhatikan bahawa ketiadaan jaminan makanan berkait rapat dengan

    masalah kekurangan zat dan nutrisi makanan, dan mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan

    yang baik tidak berpeluang untuk memilih makanan yang bernutrisi kerana faktor kurang kemampuan

    (Odusina, 2014). Mempunyai ahli keluarga yang ramai dan menetap dalam sebuah rumah

    menyebabkan perbelanjaan isi rumah meningkat, dan ia sekaligus menjejaskan akses kepada jaminan

    makanan kerana perbelanjaan asas lain yang meningkat (Adesoye dan Adepoju, 2020).

    BANK MAKANAN DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI

    Terdapat pelbagai bentuk pendekatan yang boleh digunakan yang berkaitan dengan bank makanan.

    Martins et al., (2019) menyatakan bahawa bank makanan adalah organisasi yang ditubuhkan melalui

    kesatuan sosial yang menyumbang makanan melalui saluran yang berbeza untuk mereka yang

    kurang bernasib baik. Sebaliknya, Handforth et. al (2013) melihat bank makanan sebagai titik

    tumpuan untuk mengumpul dan mengagihkan sumbangan dan lebihan makanan secara serentak.

    Tambahan pula, terdapat program yang berada di bawah bank makanan dan syarikat makanan yang

    boleh mempromosikan sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan

    (Gonzalez-Torre & Coque, 2016). Di samping itu, promosi dan kempen untuk pengambilan

    sukarelawan dalam kalangan individu dan syarikat diwar-warkan secara umum supaya lebih ramai

    yang dapat mengambil bahagian dalam aktiviti kemanusiaan ini, memandangkan mereka boleh

    berhubung dengan lebih rapat dengan golongan sasaran (Berner & O'Brien, 2004).

    Lebih penting lagi, Tarasuk dan Eakin (2005) menegaskan bahawa keselamatan makanan perlu

    dibentuk sebagai satu strategi untuk mengawal dan menangani ketiadaan jaminan makanan

    terutamanya dalam kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan

    rantaian bekalan makanan yang berterusan melalui penyertaan dan usaha sama dari kedua belah

    pihak dimana kolaborasi antara agensi kerajaan dan agensi kebajikan dapat dilaksanakan. Lantaran

    itu, organisasi bank makanan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan

    menggunakan banyak saluran termasuklah bekerja bersama para penderma, penyokong, rakan-

    rakan kongsi, agensi-agensi kebajikan dan sukarelawan dalam menyelesaikan masalah kebuluran

    dan memastikan pemberian yang disalurkan sampai kepada pihak yang memerlukan (Ataseven, Nair

    & Ferguson, 2020).

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 5

    PROGRAM BANK MAKANAN DI NEGARA LUAR

    Berdasarkan maklumat dari Global Food Banking Network (GFN), terdapat lebih daripada 30 buah

    negara yang telah melaksanakan program bank makanan. Kebanyakannya dilaksanakan di negara-

    negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jepun, New Zealand dan United Kingdom.

    Mengikut kajian di United Kingdom, program bank makanan berperanan penting dalam membantu

    rakyat mereka yang kurang berkemampuan seperti mereka yang berpenyakit, mereka yang

    mengalami kecacatan kekal untuk bekerja atau mereka yang kehilangan pekerjaan sebagai salah

    satu usaha untuk menyediakan makanan kecemasan bagi orang-orang yang terperangkap dalam

    kemiskinan. Saban tahun, permintaan penduduk untuk mendapat bantuan dari bank makanan kian

    meningkat dan hal ini terjadi kerana lebih separuh daripada jumlah penduduk disana mempunyai

    pendapatan yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi yang menyebabkan mereka melangkau

    makan dan majoriti daripada mereka sanggup menerima makanan asalkan ia selamat (Loopstra &

    Lalor, 2017).

    Manakala, berdasarkan kajian yang dilakukan di Kanada, peningkatan terhadap keperluan

    masyarakat adalah faktor yang mempengaruhi penubuhan bank makanan. Hasil kajian menunjukkan

    keupayaan yang terhad bagi program-program bantuan makanan dalam mengatasi masalah

    ketiadaan jaminan makanan untuk isi rumah yang miskin. Pertambahan program bank makanan juga

    menunjukkan wujudnya ketidakstabilan jaminan makanan yang meruncing dalam kalangan isi rumah,

    yang memerlukan ianya dilakukan sebagai program intervensi. Di Australia pula, lebih daripada 70%

    makanan yang diselamatkan disalurkan kepada agensi-agensi yang menguruskan kebajikan untuk

    memberi bantuan makanan kepada penduduk mereka. Sumbangan kepada bank makanan bukan

    sahaja dilakukan dengan pemberian bekalan makanan dan kewangan, malah mereka juga

    memberikan sumbangan melalui perkhidmatan dan masa. Tetapi tidak dinafikan kebanyakan

    sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan dan didermakan oleh pihak industri yang

    mempunyai lebihan makanan yang tidak boleh dipasarkan bagi mengelakkan pembaziran. Terdapat

    lebih kurang 650 syarikat di sekitarnya yang memberi sumbangan makanan dan barangan runcit

    kepada bank makanan. Antara syarikat-syarikat yang menyumbangkan makanan dan barangan runcit

    kepada bank makanan ialah Cadbury, Campbell Arnott’s, Coco-cola Amatil, Danone, Dairy Farmers,

    Feerero, Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald’s, Nestle, Pizza Hut dan SunRice (Nuttman,

    Patrick & Townsend, 2020).

    Selain itu, syarikat-syarikat yang menyumbangkan makanan mendapat insentif termasuklah dapat

    menaikkan nama syarikat, dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan syarikat, memberi pendedahan

    tentang produk dan dapat mengurangkan kos yang ditanggung untuk melupuskan produk yang tidak

    dapat dijual. Sebagai contoh, di Kanada, sumbangan korporat tidak mendapat faedah cukai khas bagi

    yang mendermakan makanan kepada bank makanan. Walaubagaimanapun mereka dapat

    menjimatkan yuran tapak pelupusan dan kos pembuangan. Manakala di United Kingdom pula, setiap

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 6

    sumbangan yang diberikan boleh mendapat pelepasan cukai dan ini akan menarik minat penyumbang

    untuk menyumbang secara berterusan. Peranan bank makanan sebagai mekanisme bagi pelupusan

    produk-produk makanan yang tidak dijual mempunyai implikasi langsung kepada sifat bantuan

    makanan yang mereka sediakan. Di samping itu, ianya merupakan respon terhadap masalah

    kelaparan dan ketiadaan keselamatan makanan yang selaras dengan penekanan semasa

    berasaskan pasaran sebagai penyelesaian kepada masalah sosial dalam konteks pembaharuan

    kebajikan.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 7

    Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai tahap keperihatinan yang tinggi ke atas keperluan

    dan kualiti hidup rakyat. Bagi menjamin akses kelansungan makanan dan memastikan keselamatan

    makanan yang baik, terutamanya untuk golongan yang kurang berkemampuan, Program Bank

    Makanan Malaysia di bawah initiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

    Pengguna diwujudkan. Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar di peringkat institusi pengajian

    tinggi dan kumpulan masyarakat miskin dan berpendapatan rendah. Program Bank Makanan

    Malaysia ini ditubuhkan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ke 12 iaitu

    “menyasarkan pengurangan kehilangan dan pembaziran makanan sepanjang rantaian nilai

    makanan seperti di peringkat ladang, peruncit, kehilangan lepas tuai dan pengguna sebanyak 50

    peratus menjelang 2030”, selain dari memenuhi matlamat SDG ke-2 iaitu mengurangkan kadar

    kelaparan, meningkatkan akses jaminan keselamatan makanan dan mengelakkan mulnitrisi. Justeru,

    Program Bank Makanan Malaysia menyokong usaha global untuk mengembangkan daya ketahanan

    golongan miskin dan meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang berada dalam situasi yang sukar.

    Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sebuah negara dengan sifar kelaparan dapat

    mempengaruhi ekonomi, kesihatan, pendidikan, kesaksamaan dan pembangunan sosial.

    2

    PROGRAM BANK

    MAKANAN DI

    MALAYSIA

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 8

    Dua tunggak utama Program Bank Makanan Malaysia adalah Program Bank Makanan Siswa dan

    Program Bank Makanan Komuniti (PPR). Mekanisme perlaksanaan adalah melalui strategi seperti

    Rajah 1 di bawah.:

    1. Penyelaras iaitu di peringkat kementerian

    2. Penyumbang seperti syarikat korporat, pasaraya, pengilang, pengusaha makanan dan hotel

    3. Penggerak iaitu Rakan Strategik utama dan persatuan pelajar di universiti, dan

    4. Penerima yang terdiri dari mahasiswa, keluarga miskin tegar dan rumah kebajikan.

    Rajah 1: Mekanisme Perlaksanaan Program Bank Makanan Malaysia

    PROGRAM BANK MAKANAN KOMUNITI

    Secara umumnya, Program Bank Makanan Malaysia adalah merupakan inisiatif daripada pihak

    kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup. Sebahagian

    besar perbelanjaan harian rakyat Malaysia dibawah kumpulan B40 tertumpu kepada makanan dan

    minuman di mana secara tidak langsung, melalui program ini, mereka dapat menjimatkan

    perbelanjaan makanan, seterusnya mengagihkan pendapatan untuk perbelanjaan asas yang lain.

    Lebih penting lagi, pihak kerajaan berusaha untuk memberikan sokongan tanpa henti dengan

    kenaikan kos sara hidup kepada rakyat. Program bank makanan juga mendapat kerjasama daripada

    rakan strategik yang melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Mutiara Food Bank, Food

    Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen yang membantu meningkatkan bantuan kepada golongan

    sasaran. Selaras dengan itu, Bank Makanan Malaysia juga berjaya menjalinkan bekerjasama dengan

    pasar raya besar selain hotel dan restoran dalam sesi pengagihan keperluan makanan kepada

    komuniti. Bagi menjamin kelestarian program, perlaksanaan dijalankan dengan kerjasama rakan

    strategik utama di setiap negeri, seperti Rajah 2 di bawah.

    Penyelaras (Kementerian)

    Penyumbang

    PenggerakPenerima

    (Mahasiswa and Komuniti)

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 9

    Rajah 2: Perlaksanaan Program Bersama Rakan Strategik Utama

    Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

    PROGRAM BANK MAKANAN SISWA

    Program Bank Makanan Siswa dimulakan susulan daripada Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara

    Hidup Negara (NACCOL), yang memutuskan untuk meluaskan Program Bank Makanan Malaysia ke

    institusi pengajian tinggi. Program bermula pada 15 Februari 2019 yang mempunyai beberapa objektif

    termasuklah untuk menangani kos sara hidup tinggi yang dihadapi oleh mahasiswa dan

    mengurangkan beban para pelajar supaya mereka lebih fokus kepada pembelajaran. Program ini

    mensasarkan pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40 untuk menerima bantuan daripada

    program ini. Pelajar yang memerlukan bantuan akan dikenalpasti oleh unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)

    di setiap universiti, yang berperanan menyediakan data pelajar untuk makluman di pihak kementerian.

    Selain itu, Program Bank Makanan Siswa telah dijalankan melalui dua kaedah iaitu Food Pantry dan

    Central Kitchen di kampus universiti yang terlibat. Food Pantry merupakan satu tempat simpanan

    barang makanan kering yang dikendalikan oleh Persatuan Pelajar setiap universiti dan pelajar yang

    tersenarai sebagai penerima Program Bank Makanan Siswa boleh mengambil makanan berdasarkan

    sistem giliran atau jadual yang telah ditetapkan. Manakala, Central Kitchen pula beroperasi

    mengedarkan makanan yang telah dimasak sama ada dalam bentuk makanan berbungkus atau

    buffet. Secara amnya, Program Bank Makanan Siswa telah membantu dan memberi manfaat kepada

    kira-kira 6,870 orang pelajar yang kurang berkemampuan di 21 universiti awam. Sasaran di masa

    hadapan adalah pertambahan bilangan pelajar yang boleh dibantu iaitu sekitar 20,000 orang. Berikut

    merupakan senarai universiti awam yang telah berjaya melancarkan Program Bank Makanan Siswa.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 10

    Jadual 1: Senarai Universiti Awam Yang Melancarkan Program Makanan Siswa

    Bil Senarai Universiti

    1 Universiti Malaya (UM)

    2 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Permatang Pauh di Pulau Pinang

    3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cawangan Cheras di Kuala Lumpur

    4 Universiti Putra Malaysia (UPM)

    5 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    6 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

    7 Universiti Malaysia Pahang (UMP)

    8 Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    9 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    10 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

    11 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    12 Universiti Sains Malaysia (USM)

    13 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

    14 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    15 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

    16 Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Shah Alam di Selangor

    17 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

    18 Universiti Utara Malaysia (UUM)

    19 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    20 Universiti Teknologi Malaysia (Kampus Kuala Lumpur)

    21 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    Diperingkat universiti, tadbir urus program adalah melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

    Peranan dan tanggungjawab HEP adalah seperti di bawah.

    • Menyediakan data pelajar yang layak menerima bantuan Program Food Bank Siswa yang

    terdiri daripada golongan B40;

    • Membuat persediaan dari segi pengurusan logistik dengan mengenalpasti ruang food

    pantry atau central kitchen bagi pelaksanaan program Food Bank Siswa;

    • Menentukan ahli jawatankuasa dari kalangan persatuan pelajar dan Bahagian Hal Ehwal

    Pengguna untuk menjadi penyelaras bagi Program Food Bank Siswa;

    • Membuat promosi mengenai program Food Bank Siswa di sekitar kampus masing-masing;

    dan

    • Memantau pelaksanaan program Food Bank Siswa dan melaporkan kepada pihak

    kementerian.

    https://www.foodbankmalaysia.org/fbs-universiti-malaysia-kelantan-umk/

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 11

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif berikut:

    1. Membuat penilaian asas tentang keberkesanan Program Bank Makanan Malaysia kepada

    penerima dan penggerak.

    a) Sejauh mana bank makanan dapat mengurangkan kos sara hidup golongan sasar?

    b) Sejauh mana bank makanan dapat menjamin akses keselamatan makanan kepada

    golongan sasar?

    c) Sejauh mana bank makanan dapat memenuhi keperluan gaya hidup dan meningkatkan

    kualiti kehidupan golongan sasar dari segi psikologi, sosial dan ekonomi selaras dengan

    matlamat Sustainable Development Goals (SDG)?

    d) Sejauh mana penglibatan pengendali dan penggerak dapat memberi nilai tambah

    pengurusan sosial kepada golongan sasar?

    2. Mencadang model sector blending yang lebih baik bagi kelestarian jaminan keselamatan

    makanan, melalui proses rantaian yang lebih telus dan sah.

    a) Bagaimana operasi bank makanan diurus oleh pihak universiti dan badan bukan kerajaan

    sebagi penggerak program?

    b) Bagaimana pemegang taruh memastikan akses kepada jaminan keselamatan makanan

    MENGENAI KAJIAN

    3

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 12

    adalah sentiasa diutamakan?

    c) Apakah bentuk cabaran yang perlu ditangani oleh universiti awam dan penggerak

    program?

    d) Apakah bentuk model sector blending yang perlu diwujudkan mengikut kesesuaian

    konteks dan keperluan negara di dalam pengurusan Bank Makanan?

    SKOP KAJIAN

    Skop kajian adalah seperti berikut:

    1. Membuat kajian asas soalselidik kepada golongan sasar iaitu pelajar universiti dan komuniti B40

    yang menerima bantuan sumbangan Program Bank Makanan Malaysia.

    2. Membuat kajian asas tentang pengoperasian Program Bank Makanan Malaysia di peringkat

    universiti dan komuniti. Oleh yang demikian, tumpuan di beri kepada Bahagian Hal Ehwal

    Pelajar dan penggerak program, iaitu Rakan Strategik Utama.

    3. Tumpuan soalselidik adalah ke atas aspek kos sara hidup, persepsi penerimaan dan

    keberkesanan Program Bank Makanan Malaysia, akses kepada jaminan keselamatan makanan

    dan bagaimanana Program Bank Makanan Malaysia dapat meningkatkan kualiti kehidupan.

    4. Soalselidik dijalankan dengan kerjasama pengurusan universiti dan organisasi badan bukan

    kerajaan selaku penggerak program.

    KAEDAH KAJIAN

    Kajian dijalankan dengan menggunakan dua kaedah utama, iaitu soalselidik dan temubual.

    Soalselidik dijalankan bagi memenuhi objektif pertama manakala temubual dijalankan bagi memenuhi

    objektif kedua. Protocol kajian dan instrument kajian telah mendapat kelulusan etika dari

    Jawatankuasa Penyelidikan Universiti Teknologi MARA. Kajiselidik dijalankan dengan menggunakan

    teknik pensampelan berperingkat (multi-stage sampling), yang memerlukan kerjasama dari pihak

    universiti dan Rakan Strategik bagi mendapatkan responden kajian. Disebabkan beberapa perkara

    yang tidak dapat dielakkan, teknik pensampelan secara rawak tidak dapat dilakukan. Kesannya,

    pendekatan probabilistik pensampelan tidak dapat dipatuhi.

    Dapatan data dilakukan dengan cara memberi borang soal selidik kepada pegawai universiti dan

    pegawai perhubungan Rakan Strategik untuk dinilai. Selepas penilaian dan tiada apa-apa perkara

    yang berbangkit, untuk dapatan data pelajar universiti, penyelidik mewar-warkan kajian kepada

    penerima untuk mengisi borang soal selidik melalui pautan atas talian. Senarai penerima adalah dari

    pegawai universiti. Manakala bagi dapatan data di peringkat komuniti, ianya dilakukan dengan

    bantuan Rakan Strategik di lokasi masing-masing.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 13

    Dapatan data dilakukan dalam tempoh 3 bulan. Bagi dapatan data penerima bantuan Program Bank

    Makanan Siswa, kajian dijalankan pada bulan awal Mac 2020, dan terpaksa diberhentikan sehingga

    akhir Jun 2020 disebabkan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PK) akibat pandemik Covid19.

    Dapatan data disambung semula pada Julai sehingga Ogos 2020. Untuk dapatan data Program Bank

    Makanan Komuniti dan temubual dengan Rakan Strategik, ianya dilakukan dari Julai sehingga Ogos

    2020. Disebabkan faktor pergerakan, dan akses kepada penerima bantuan yang terhad, bilangan

    responden adalah agak kecil. Hanya 781 penerima bantuan Program Bank Makanan Siswa dan 121

    penerima Program Bank Makanan Komuniti mengambil bahagian di dalam kajian ini.

    INSTRUMEN KAJIAN

    Aspek penilaian keberkesan diukur melalui empat perkara, iaitu persepsi penerimaan, pengurangan

    kos sara hidup, akses kepada jaminan keselamatan makanan dan peningkatan kualiti hidup dari segi

    psikologi, sosial dan ekonomi. Instrumen adalah diadaptasi dari kajian lain iaitu kualiti hidup dari

    Dependence (2012) dan Hasanah et al., 2003, akses kepada jaminan keselamatan makanan adalah

    dari Insecurity (2005), persepsi penerimaan dari Venkatesh et al., (2003) dan penyataan berkaitan

    keperluan asas kehidupan adalah dari Loopstra dan Lalor (2017) yang menjalankan kajian tentang

    kewangan, jaminan makanan dan ketidakupayaan di Britain.

    Instrumen kajian telah mematuhi keperluan validasi yang mana ianya disemak oleh wakil dari

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, wakil dari universiti, Rakan

    Strategik dan pakar akademik. Instrumen juga telah diukur kewajaran dengan menggunakan perisian

    PLS-SEM melalui teknik model pengukuran (measurement model). Keputusan pengukuran model

    membuktikan instrument adalah sahih dan boleh dipercayai. Prosedur Etika Penyelidikan telah

    diperolehi dari Universiti Teknologi MARA.

    Penyataan bagi setiap ukuran untuk kajian Program Bank Makanan Siswa adalah seperti di Jadual 2

    di bawah.

    Jadual 2: Penyataan Bagi Setiap Ukuran Untuk Kajian Program Makanan Bank Siswa

    Secara amnya, Program Bank Makanan Siswa adalah:

    1. Baik Tiada kaitan (NA)

    Tidak benar

    Sedikit benar

    Benar

    Sangat benar

    2. Memenuhi keperluan

    3. Mudah untuk diakses

    4. Perlu diteruskan

    5. Adakah anda bercadang untuk mendapatkan

    sumbangan dari program ini di masa hadapan?

    Ya

    Tidak

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 14

    Selepas menerima sumbangan bank makanan, saya..

    1. Tidak bimbang tentang tidak mendapat makanan yang

    mencukupi.

    Tidak sama sekali

    Jarang-jarang

    Kadang-kadang

    Sedikit kerap

    Kerapkali

    Sangat kerap

    2. Mendapat makanan yang lebih berkhasiat

    3. Mempunyai bekalan makanan harian yang mencukupi.

    4. Mendapat bekalan makanan yang seimbang nutrisi

    (karbohidrat, protein, vitamin)

    Selepas menerima sumbangan bank makanan, saya tidak lagi bimbang tentang pembelian/

    pembayaran perkara-perkara berikut:

    1. Barangan keperluan harian asas Tiada kaitan (NA)

    Tidak benar

    Sedikit benar

    Benar

    Sangat benar

    2. Barangan keperluan pembelajaran asas.

    3. Utiliti dan sewa rumah

    4. Pengangkutan

    5. Perubatan

    6. Komunikasi dan hiburan

    Selepas menerima sumbangan bank makanan, kehidupan saya adalah:

    1. Lebih ceria dan bersemangat Tidak sama sekali

    Jarang-jarang

    Kadang-kadang

    Sedikit kerap

    Kerapkali

    Sangat kerap

    2. Lebih tenang dan selesa

    3. Lebih aktif dan bertenaga

    4. lebih segar apabila bangun dari tidur

    5. Lebih fokus

    6. Kehidupan seharian saya dipenuhi dengan aktiviti

    yang digemari

    Instrumen bagi pengukuran keberkesanan Program Bank Makanan Komuniti adalah seperti di

    Lampiran 1, dan soalan temubual di Lampiran 2.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 15

    PROGRAM BANK

    MAKANAN SISWA

    DAPATAN UTAMA: 1. Hampir separuh dari penerima bantuan mengalami masalah jisim berat badan yang tidak

    normal dengan pelajar perempuan mengalami masalah yang lebih tinggi dibandingkan dengan pelajar lelaki. Penerima berbangsa Melayu mempunyai masalah yang lebih serius dibandingkan dengan Cina dan India.

    2. Program Bank Makanan Siswa diangggap satu program yang amat baik dan dapat membantu

    mengurangkan kos sara hidup pelajar, terutamanya untuk kos asas dan kos pembelajaran. Justeru, hampir ke semua penerima berpendapat program ini perlu diteruskan.

    3. Walaupun penerima mempunyai persepsi penerimaan yang tinggi, terdapat kegusaran

    tentang bagaimana program ini memenuhi keperluan makanan yang baik, kerana hampir separuh menyatakan tentang kesukaran untuk mendapatkan akses kerana faktor lokasi dan masa yang tidak tetap, selain pemberian makanan kering yang tidak seimbang nutrisi.

    4. Selepas menerima bantuan program makanan, penerima tidak lagi risau tentang tidak cukup

    bekalan makanan. Tetapi terdapat perbezaan persepsi akses kepada jaminan makanan di mana pelajar lelaki mempunyai persepsi yang lebih baik berbanding perempuan.

    5. Hampir satu pertiga dari penerima menyatakan mereka lebih kerap merasa ceria, tenang, aktif

    dan bertenaga, segar dan lebih fokus selepas mendapat bantuan program. Namun terdapat perbezaan purata di mana persepsi peningkatan kualiti hidup pelajar perempuan adalah lebih rendah dibandingkan dengan pelajar lelaki.

    4

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 16

    PROFIL SOSIAL DAN CIRI-CIRI RESPONDEN

    Jadual 3 menunjukkan ciri-ciri demografik sampel dari universiti awam, mengikut pecahan jantina dan

    jumlah keseluruhan.

    Jadual 3: Profil Sosial dan Ciri-ciri Responden IPTA Universiti Awam Lelaki Perempuan Jumlah

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Cheras 14 46 60

    Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang 21 14 35

    Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Skudai 48 70 118

    Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) 67 43 110

    Universiti Sains Malaysia (USM) 16 48 64

    Universiti Utara Malaysia (UUM) 15 71 86

    Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 25 80 105

    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 53 48 101

    Universiti Teknologi MARA, Shah Alam 49 29 78

    Lain-lain 5 19 24

    Jumlah 313 468 781

    Bangsa

    Melayu 285 419 704

    Cina 10 20 30

    India 5 14 19

    Lain-lain 13 15 28

    Jumlah 313 468 781

    Peringkat Pengajian

    Dploma 34 55 89

    Sarjana Muda 274 403 677

    Sarjana 3 4 7

    Lain-lain 2 6 8

    313 468 781

    Program Pengajian

    Kejuruteraan 153 126 279

    Pendidikan 23 26 49

    Perniagaan dan Pengurusan 55 113 168

    Sains Biologi 4 16 20

    ains Fizikal 22 19 41

    Sains Perubatan 15 52 67

    Sains Sosial 27 78 105

    Seni dan Kemanusiaan 14 38 52

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 17

    Merujuk kepada Jadual 3, boleh dirumuskan bahawa responden terbesar merupakan mereka yang

    berbangsa Melayu, dengan jumlah seramai 704, bersamaan dengan lebih kurang 90% daripada

    jumlah keseluruhan. Perkara ini diikuti dengan bangsa Cina sebanyak 30 pelajar iaitu 4%, lain-lain

    seperti penduduk bumiputera berjumlah 28 pelajar (4%) dan akhirnya bangsa India yang berjumlah

    19 pelajar iaitu 2%. Dapatan ini menunjukkan bahawa golongan B40 dalam kalangan pelajar universiti

    adalah sebilangan besarnya terdiri dari bangsa Melayu.

    Merujuk kepada peringkat pengajian, responden yang sedang mengikuti pengajian di peringkat

    sarjana muda merupakan golongan majoriti yang berjumlah 677 pelajar (87%). Ia diikuti dengan

    pelajar peringkat diploma iaitu seramai 89 pelajar (11%) dan seterusnya pelajar daripada tahap

    pengajian lain-lain.

    Akhir sekali, terdapat kepelbagaian program pengajian, di mana pelajar jurusan kejuteraan

    merupakan penerima majoriti yang mendapat bantuan dengan bilangan 297 pelajar persamaan

    dengan 36%. Hal ini diikuti dengan pelajar daripada jurusan perniagaan dan pengurusan seramai 168

    orang pelajar (22%), dan pelajar daripada kalangan pelajar jurusan sains sosial seramai 105 orang

    (13%). Tiga jurusan ini mempunyai pelajar yang menerima bantuan melebihi 100 orang pelajar.

    Seterusnya diikuti dengan pelajar jurusan sains perubatan seramai 67 pelajar (9%), pelajar jurusan

    seni dan kemanusiaan seramai 52 orang (7%), pelajar jurusan pendidikan seramai 49 pelajar (6%),

    pelajar sains fizikal berjumlah 41 pelajar (5%) dan diakhiri dengan pelajar jurusan sains biologi dengan

    bilangan 20 orang pelajar (3%).

    PROFIL PENERIMAAN

    Kajian juga mendapatkan maklumat tentang tempoh penerimaan bantuan, emosi pertama responden

    apabila menerima bantuan dan kekerapan mereka mengambil bekalan makanan yang disumbang.

    Jadual 4 menunjukkan, majoriti pelajar mendapat bantuan untuk tempoh selama tiga bulan atau

    kurang dengan jumlah pelajar seramai 311 orang iaitu persamaan dengan 40%. Perkara ini

    seterusnya diikuti dengan pelajar yang menerima bantuan untuk tempoh tiga ke enam bulan seramai

    278 pelajar (36%). Ianya diikuti dengan pelajar yang menerima bantuan untuk tempoh enam ke dua

    belas bulan iaitu seramai 131 orang pelajar

    Daripada aspek emosi, boleh dirumuskan bahawa majoriti pelajar iaitu 720 pelajar (92%) berasa

    bersyukur apabila menerima bantuan tersebut. Diikuti dengan pelajar yang berasa gembira seramai

    55 orang (7%). Manakala hanya 4 orang pelajar yang berasa malu apabila mendapat bantuan

    tersebut (0.5%) dan hanya seorang pelajar bagi yang tiada perasaan dan berasa lain-lain perasaan

    ketika menerima bantuan ini (0.13%).

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 18

    Jadual 4: Profil Penerimaan Tempoh Bersama Program Lelaki Perempuan Jumlah

    3 bulan atau kurang 121 190 311

    3 - 6 bulan 117 161 278

    6 - 12 bulan 56 75 131

    Setahun dan lebih 19 42 61

    Emosi Pertama

    Gembira 22 33 55

    Bersyukur 289 431 720

    TIada perasaan 0 1 1

    Malu 1 3 4

    Lain-lain 1 0 1

    Kekerapan Pengambilan Makanan

    Setiap masa (free flow) 30 55 85

    Seminggu sekali 60 106 166

    2 minggu sekali 73 96 169

    Sebulan sekali 84 83 167

    Lain-lain 66 128 194

    Bagi maklumbalas kepada kekerapan pengambilan makanan pula, ianya diukur mengikut

    pengambilan mingguan. Pengambilan makanan adalah apabila penerima mengambil bekalan

    makanan yang disumbang, dan ianya tidak merujuk kepada waktu bekalan diberi. Dari maklumbalas

    yang diterima, didapati bahawa majoriti pelajar mengambil makanan pada lain-lain waktu iaitu seramai

    194 pelajar (25%), diikuti dengan setiap dua minggu sekali seramai 169 orang pelajar (22%), sebulan

    sekali seramai 167 orang pelajar (21%) dan pengambilan makanan sebanyak seminggu sekali oleh

    166 orang pelajar (21%). Daripada maklumat ini, boleh dirumuskan bahawa hanya pelajar yang

    mengambil makanan pada setiap masa (free flow) mempunyai jumlah pelajar yang paling sedikit dan

    tidak melebihi 100 orang pelajar dengan hanya 85 orang pelajar mengambil makanan pada kekerapan

    tersebut (11%).

    SEJAUH MANA BANK MAKANAN DAPAT MENGURANGKAN KOS

    SARA HIDUP

    Enam komponen utama perbelanjaan hidup diukur melalui kos asas, pembelajaran, utiliti dan tempat

    tinggal, perubatan, pengangkutan dan komunikasi. Analisa dibuat untuk penyataan berikut:

    Keputusan analisa adalah seperti di Rajah 3 di bawah. Jadual lengkap analisa adalah seperti di

    Lampiran 3.

    “Selepas menerima sumbangan bank makanan, saya tidak lagi bimbang tentang

    pembelian/ pembayaran perkara-perkara berikut.”

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 19

    Rajah 3: Bantuan Makanan dan Pengurangan Kos Sara Hidup

    Hasil kajian menunjukkan majoriti penerima benar-benar merasakan bahawa kos asas mereka tidak

    perlu lagi dibimbangi lagi dengan jumlah peratusan 37.3%, dan hanya sebanyak 7.5% pelajar yang

    menerima bantuan berasa bahawa perkara tersebut tidak benar dan tidak berkaitan. Selain itu,

    majoriti penerima juga merasakan bahawa dengan penerimaan bantuan Program Bank Makanan

    Siswa, ianya dapat membantu mengurangkan kos pembelajaran dengan 26.6% merasakan ianya

    sangat benar. Selain itu, dalam lingkungan 50% sehingga 60% pelajar yang menerima bantuan

    merasakan program ini membantu mengurangkan kos komunikasi, perubatan, pengangkutan dan

    utiliti.

    Selain itu, persepsi penerimaan bank makanan juga dinilai bagi menentukan tahap kepuasan penerima

    ke atas program dan sumbangan yang diberi. Analisa keputusan adalah seperti di Rajah 4 di bawah.

    Rajah 4: Persepsi Penerimaan ke atas Bantuan Makanan

    Analisa data menunjukkan majoriti daripada penerima mempunyai persepsi bahawa Program Bank

    Makanan Siswa perlu diteruskan dengan peratusan tinggi iaitu sebanyak 98.9%. Dari penilaian

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 20

    persepsi bahawa program ini mudah diakses dan memenuhi keperluan pelajar mendapati hanya

    segelintir pelajar yang tidak sependapat dengan perkara, iaitu hanya sebanyak 0.9% bagi tujuan

    memenuhi keperluan pelajar dan 1.8% untuk persepsi bahawa program tersebut mudah diakses.

    Namun begitu, hal ini tidaklah benar-benar mencerminkan imej program ini kerana bilangan pelajar

    yang tidak bersetuju adalah kurang dari 5% secara keseluruhan. Secara umumnya, hampir semua

    pelajar berpendapat program bantuan ini perlu diteruskan. Selain itu, sebanyak 95.7% dari penerima

    menyatakan program ini adalah sebuah program yang baik, dengan hanya 4.1% penerima yang tidak

    bersetuju ke atas perkara ini.

    SEJAUH MANA BANK MAKANAN DAPAT MENJAMIN AKSES

    KESELAMATAN MAKANAN

    Indeks Jisim Badan dan Obesiti

    Jaminan makanan adalah berkait rapat dengan kesihatan. Salah satu indikator yang kerap digunakan

    di dalam penilaian tahap kesihatan adalah indeks jisim berat badan (Body Mass Index - BMI). Individu

    yang mempunyai BMI yang melebihi tahap normal mempunyai potensi untuk peyakit jantung dan

    kencing manis. Tahap BMI diukur berdasarkan berat dan ketinggian individu dan pengkelasan adalah

    mengikut jadual World Health Orgnaization (WHO). Analisa di bawah dibuat bagi menilai potensi

    kesihatan responden mengikut pecahan BMI, mengikut jantina dan mengikut bangsa. Penilaian ini

    penting untuk mengukur sejauh mana faktor kekurangan akses kepada jaminan keselamatan makanan

    yang baik disebabkan faktor kurang kemampuan mempengaruhi tahap kesihatan penerima. Keputusan

    analisa adalah seperti di Rajah 5 di bawah. Jadual lengkap analisa adalah seperti di Lampiran 4.

    Rajah 5: Carta Pie Pecahan BMI Mengikut Pelajar

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 21

    Analisa menunjukkan hampir 60% penerima mempunyai indeks jisim berat badan yang baik dan

    normal, manakala 40% penerima mempunyai indeks yang tidak normal. Sebanyak 16% penerima

    mengalami masalah kurang berat badan dan 17% mengalami masalah berat badan yang berlebihan

    sehingga mencapat tahap pre-obesiti. 8% dari penerima adalah dikalangan mereka yang mengalami

    berat badan yang berlebihan iaitu obesiti kelas 1, obesiti kelas 2 dan obesiti kelas 3. Persoalan

    seterusnya adalah bagaimana Program Bank Makanan Siswa dapat membantu penerima untuk

    mempunyai indeks jisim berat badan yang normal bagi kesejahteraan hidup yang baik.

    Analisa jisim berat badan juga dibuat untuk membuat perbandingan di antara penerima lelaki dan

    perempuan. Keputusan analisa adalah seperti Rajah 6 di bawah.

    Rajah 6: Pecahan BMI Mengikut Jantina

    Secara umum, analisa menunjukkan jisim berat badan penerima perempuan bagi setiap kategori

    adalah lebih tinggi dibandingkan dengan penerima lelaki, kecuali untuk kategori obesiti kelas 3 yang

    mana peratusan adalah sama. Perbezaan yang paling ketara adalah untuk jisim berat badan obesiti

    kelas 1 dan obesiti kelas 2 yang mana lebih 75% dari kedua-dua kategori ini adalah penerima dari

    kalangan siswi.

    Selain itu, analisa juga dibuat bagi membandingkan kumpulan bangsa bagi setiap kategori jisim berat

    badan. Keputusan adalah seperti Rajah 7 di bawah. Adalah ditekankan bahawa, walaupun jumlah dan

    peratusan penerima mengikut bangsa adalah tidak mengikut peratusan populasi di Malaysia, pecahan

    sampel adalah mengikut kepada kategori kumpulan B40 dan penerima sebenar. Oleh yang demikian,

    perbandingan jisim berat badan ini adalah untuk menunjukkan kumpulan mana yang lebih terdedah

    kepada risiko penyakit akibat dari berat badan yang tidak normal.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 22

    Rajah 7: Pecahan BMI Mengikut Kumpulan Bangsa

    Hasil analisa menunjukkan setiap kumpulan bangsa mempunyai jisim berat badan normal, kurang

    berat badan dan juga lebihan berat badan kategori pre-obesiti. Namun, analisa menunjukkan

    penerima dari kaum Cina tidak menghadapi masalah berat badan yang terlalu berisiko, bagi mana-

    mana kategori obesiti. Hal ini adalah berlainan dengan kaum Melayu yang mana penerima yang

    mempunyai masalah lebihan berat badan bagi semua kategori adalah terdiri dari bangsa Melayu.

    Terdapat juga penerima dari kalangan bangsa India yang mempunyai masalah obesiti kelas 1 dan

    kelas 3. Analisa ini menggambarkan terdapat corak dan gaya pemakanan yang berlainan bagi setiap

    bangsa, walaupun mereka terdiri dari kumpulan kurang berkemampuan yang sama.

    Bantuan Makanan dan Akses kepada Jaminan Makanan

    Kekerapan bantuan makanan yang diberi adalah seperti Rajah 8 di bawah, di mana ianya merujuk

    kepada berapa kerap sumbangan boleh diperolehi mengikut skala mingguan. Hampir 20% penerima

    menyatakan sumbangan boleh diperolehi pada setiap minggu dan 2 minggu sekali. Kekerapan

    sumbangan pada setiap bulan adalah dinyatakan oleh 22% penerima, manakala 11.3% menyatakan

    sumbangan boleh diperolehi pada setiap masa. Peratusan untuk lain-lain kekerapan adalah sebanyak

    27%. Perkara ini menunjukkan tiada jadual standard bagi kekerapan bantuan, yang mana jika

    sumbangan adalah hanya untuk sebulan sekali atau dua minggu sekali, objektif memastikan tiada

    masalah akses makanan bagi kesejahteraan hidup agak sukar untuk dicapai.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 23

    Rajah 8: Kekerapan Sumbangan

    Seterusnya, akses kepada jaminan makanan adalah dinilai melalui berapa kerap responden menerima

    bekalan makanan yang mencukupi, mendapat makanan yang berkhasiat dan lebih seimbang nutrisi,

    dan berapa kerap mereka merasa tidak lagi bimbang tentang ketidakcukupan makanan. Akses kepada

    jaminan makanan adalah dinilai melalui 6 skala mengikut kekerapan. Analisa keputusan adalah seperti

    di rajah di bawah.

    Rajah 9: Bantuan Makanan dan Akses kepada Jaminan Makanan

    Dari analisa data, adalah didapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi persepsi mendapat

    bekalan makanan yang mencukupi dibandingkan dengan penyataan lain. 60% dari penerima

    bersetuju bekalan makanan yang mencukupi diberi dengan sangat kerap dan juga kerap kali, dan

    57% menyatakan mereka berasa sangat kerap dan kerapkali tidak lagi bimbang tentang tidak cukup

    makan. Namun keputusan menunjukkan hanya 50% dari penerima bersetuju bahawa bekalan

    makanan yang diterima adalah seimbang nutrisi dan mereka mendapat makanan yang lebih

    berkhasiat.

    Dari penemuan ini, dapat disimpulkan penerima mendapat bekalan makanan yang mencukupi, tetapi

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 24

    bekalan yang diberi tidak semestinya seimbang nutrisi dan lebih berkhasiat. Ini kerana bekalan

    makanan yang kerap diberi adalah dalam bentuk makanan kering seperti mee segera, minuman 3

    dalam 1, air kotak, biskut, susu manis, minuman ringan dan air milo.

    Perbandingan Akses kepada Jaminan Makanan (Jantina)

    Analisa juga dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan persepsi jaminan keselamatan makanan di

    antara penerima lelaki dan perempuan melalui skor purata. Keputusan adalah seperti di Rajah 10 di

    bawah. Analisa perbezaan terperinci adalah seperti di Lampiran 5.

    Rajah 10 : Perbandingan Persepsi Jaminan Keselamatan Makanan (Jantina)

    Dari keputusan analisa, dapat disimpulkan terdapat perbezaan persepsi yang ketara bagi setiap

    penyataan akses kepada jaminan keselamatan makanan di antara penerima siswa dan siswi.

    Perbezaan yang amat ketara adalah dari segi penilaian ke atas bekalan makanan yang seimbang

    nutrisi dan bekalan makanan yang lebih berkhasiat. Penemuan ini menunjukkan pentingnya bekalan

    makanan dinilai semula bagi memastikan makanan yang sihat diberi kepada penerima yang

    merupakan tonggak masa hadapan negara.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 25

    SEJAUH MANA BANK MAKANAN DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN

    GAYA HIDUP DAN MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN

    GOLONGAN SASAR DARI SEGI PSIKOLOGI DAN SOSIAL

    Kualiti kehidupan adalah dinilai melalui aspek psikologi dan sosial iaitu berapa kerap mereka merasa

    lebih ceria, tenang, aktif dan bertenaga, segar selepas bangun dari tidur, fokus dan dapat melakukan

    aktiviti harian yang digemari. Ciri-ciri ini diukur melalui 6 skala mengikut kekerapan. Analisa keputusan

    adalah seperti di Rajah 11 di bawah.

    Rajah 11: Peningkatan Kualiti Hidup

    Hasil daripada kajian ini, didapati majoriti merasakan bahawa mendapat bekalan makanan melalui

    Program Bank Makanan Siswa menjadikan harian mereka lebih tenang dan lebih ceria. Hal ini dapat

    dibuktikan apabila penambahan peratusan bagi sangat kerap dan kerapkali bagi memberikan jumlah

    tertinggi untuk dua pengkelasan ini iaitu sebanyak 66.7% bagi yang mereka menjadi lebih tenang dan

    64.2% bagi mereka yang berasa lebih ceria setelah mendapat bantuan daripada bank makanan.

    Perkara ini juga terbukti apabila jumlah peratusan yang jarang merasai dan tidak sama sekali merasai

    perasaan ini tidak sampai 5% daripada jumlah keseluruhan responden.

    Daripada hasil kajian ini juga, terdapat jumlah responden yang tinggi yang berasa lebih aktif dan

    bertenaga setelah mendapatkan bantuan daripada Program Bank Makanan Siswa dengan bilangan

    sebanyak 61.1% yang sangat kerap dan kerapkali merasai perasaan ini. Namun begitu, sebanyak

    5.1% jumlah responden jarang merasai ataupun tidak sama sekali berkongsi perasaan tersebut.

    Hanya sebanyak 53.8% dan 53.5% responden yang sangat kerap dan kerapkali berasa bahawa

    dengan bantuan Program Bank Makanan Siswa yang membolehkan mereka tidak bimbang tentang

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 26

    bekalan makanan harian, membolehkan mereka menikmati aktiviti harian yang digemari dan

    menjadikan mereka berasa lebih segar. Hal ini seterusnya diikuti dengan jumlah responden sebanyak

    9.8% dan 11.5% yang jarang-jarang atau tidak sama sekali berkongsi perasaan ini.

    Perbandingan Peningkatan Kualiti Kehidupan (Jantina)

    Analisa juga dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan peningkatan kualiti hidup di antara penerima

    lelaki dan perempuan melalui skor purata bagi setiap aspek psikologi dan sosial. Keputusan adalah

    seperti di Rajah 12 di bawah. Analisa perbezaan terperinci adalah seperti di Lampiran 6.

    Rajah 12 : Perbandingan Peningkatan Kualiti Hidup (Jantina)

    Analisa menunjukkan penerima dari kalangan siswa mempunyai persepi bahawa kualiti kehidupan dari

    segi psikologi dan sosial adalah lebih baik, dibandingkan dengan persepi kehidupan di kalangan siswi.

    Skor tertinggi bagi aspek kualiti kehidupan penerima dari kalangan siswa adalah berkaitan kehidupan

    yang lebih tenang, diikuti dengan berasa lebih ceria dan lebih aktif. Skor yang paling rendah bagi

    penerima lelaki adalah untuk kualiti kehidupan berkaitan dapat melakukan aktiviti harian yang digemari.

    Bagi penerima di kalangan siswi, skor yang paling tinggi adalah untuk aspek berasa lebih tenang, lebih

    ceria dan lebih aktif. Seperti siswa, aspek kualiti kehidupan yang paling rendah adalah bagi kualiti

    kehidupan berkaitan dapat melakukan aktiviti harian yang digemari.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 27

    DAPATAN UTAMA: 1. Bantuan makanan disalurkan kepada sebilangan besar daripada golongan B40 yang

    mempunyai keluarga yang lengkap (berpasangan dan mempunyai anak). Hanya 6% dari responden mempunyai kerja yang tetap, mencerminkan risiko ekonomi keluarga yang tinggi kepada golongan ini.

    2. Separuh dari responden penerima bantuan Program Bank Makanan Komuniti menyatakan ahli keluarga atau isi rumah mengidapi sekurang-kurangnya satu penyakit yang merbahaya, dan 30% menyatakan menghidapi 2 dan lebih penyakit. Terdapat isi rumah responden yang menghadapi 5 dan 6 jenis penyakit. Kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung adalah jenis-jenis penyakit yang paling tinggi dihidapi.

    3. Responden selaku penerima mempunyai pengalaman berkaitan ketidakcukupan bekalan

    yang mana rata-rata menyatakan pernah berlapar sepanjang hari dan makan kurang dari yang sepatutnya. Keadaan ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan proses pembesaran anak-anak mereka.

    4. Program Bank Makanan Komuniti adalah dianggap baik dan perlu diteruskan, kerana ianya

    membolehkan isi rumah responden tidak lagi perlu berasa bimbang tentang ketidakcukupan bekalan makanan.

    5. Program Bank Makanan Komuniti berjaya mempertingkatkan gaya hidup dan kualiti

    kehidupan golongan sasar dari segi psikologi dan sosial.

    5

    PROGRAM BANK

    MAKANAN

    KOMUNITI

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 28

    PROFIL SOSIAL DAN CIRI-CIRI RESPONDEN

    Responden dari golongan sasar B40 adalah terdiri dari penerima bantuan di Kampung Pertama,

    Permatang Pauh, Pulau Pinang dan di sekitar Lembah Klang iaitu di Pandan, Setiawangsa, Batu,

    Sentosa Klang dan Lembah Pantai. Bilangan responden adalah seramai 121 orang. Rajah di bawah

    menunjukkan ciri-ciri demografik sampel golongan penerima B40 berdasarkan jantina, peringkat

    pengajian tertinggi, status perkahwinan, bilangan anak yang berumur kurang dari 18 tahun, umur dan

    pekerjaan.

    Rajah 13 : Profil Sosial dan Ciri-ciri Responden Golongan Sasar B40

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 29

    Lebih kurang tiga per empat (75%) daripada responden yang terlibat dalam tinjauan kajian ini adalah

    wanita. Majoriti daripada responden (87%) telah berkahwin, manakala 9% telah bercerai dan 2%

    masih bujang. Selebihnya iaitu 2% berstatus duda atau janda akibat kematian atau ditinggalkan.

    Melihat dari sudut usia, hampir separuh daripada responden iaitu 41% berusia 40-49 tahun, 34%

    berusia 50-59 tahun, 14% berusia 60 ke atas dan 11% berusia 30-39 tahun.

    Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13 di atas, kelulusan pendidikan penerima dari kalangan

    kumpulan B40 adalah agak rendah di mana 78 peratus daripada penerima mendapat pendidikan

    sehingga sekolah menengah manakala 15 peratus hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah

    rendah sahaja. Selebihnya, 6 peratus memiliki sijil kolej atau diploma dan hanya 1 peratus yang

    melanjutkan pelajaran sehingga peringkat sarjana muda.

    Berdasarkan pecahan isi rumah di dalam sampel yang terlibat, 60% daripadanya mempunyai anak

    yang berusia kurang daripada 18 tahun. Seperti yang dilihat, 40% daripada mereka mempunyai 3

    hingga 6 orang anak yang berusia kurang dari 18 tahun. Dapatan ini menunjukkan bahawa lebih

    kurang 40% daripada penerima bantuan mempunyai anak yang masih dalam tanggungan dan

    perhatian keluarga.

    Kajian ini juga mengenalpasti jenis pekerjaan bagi setiap penerima di mana 37% daripada responden

    bekerja sendiri. Peratusan responden yang tidak bekerja atas masalah kesihatan ialah 22%. 21%

    daripada mereka telah bersara, 13% bekerja sambilan dan hanya 6 peratus sahaja yang mempunyai

    pekerjaan tetap. Dapatan ini menunjukkan terdapat kemungkinan bahawa taraf ekonomi kehidupan

    mereka agak berisiko kerana tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap untuk menampung

    kehidupan seharian.

    BANTUAN SOSIAL

    Bantuan sosial yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada golongan B40 melalui kementerian

    atau badan-badan tertentu termasuklah zakat, Bantuan Sara Hidup Rakyat, Skim Peduli Kesihatan

    (PEKA), Insentif e-Tunai Rakyat, Bantuan Khas Covid 19, Rebat Bil Elektrik sebanyak RM40, Bantuan

    Awal Persekolahan (BAP), e-Kasih dan lain-lain lagi. Rajah 14 dan 15 menunjukkan bilangan dan

    jenis bantuan sosial yang diterima oleh golongan sasar B40.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 30

    Bilangan Bantuan Sosial yang Diterima

    Rajah 14: Bilangan Bantuan Sosial Yang Diterima

    Berdasarkan rajah di atas, setiap isi rumah dari sampel yang terlibat mendapat sekurang-kurangnya

    satu bantuan daripada kerajaan. Secara amnya, 30.6% daripada isi rumah mendapat satu bantuan

    dari kerajaan, 35.5% mendapat dua jenis bantuan. Manakala secara keseluruhan 27.3% menerima 3

    atau 4 jenis bantuan. Terdapat juga responden dari kalangan penerima Bantuan Bank Makananan

    Komuniti yang menerima 5 dan 6 jenis bantuan dan peratusannya adalah 4.1% dan 2.5%.

    Jenis Bantuan Sosial yang Diterima

    Rajah 15: Jenis Bantuan Sosial Yang Diterima

    Daripada jumlah bantuan bagi setiap isi rumah yang dikenalpasti, tinjauan kajian ini juga melihat

    kepada peratusan responden yang menerima setiap jenis bantuan yang disalurkan kerajaan. Majoriti

    daripada isi rumah iaitu 89.3%, menerima skim Bantuan Sara Hidup berdasarkan kategori dan syarat

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 31

    yang telah ditentukan oleh kerajaan. Ia diikuti oleh Bantuan Khas Covid 19 (38.8%) yang disasarkan

    kepada mereka yang terkesan akibat penularan Covid 19 di seluruh dunia. 32.7% daripada mereka

    mendapat bantuan zakat manakala 25.6% mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Selebihnya

    mendapat bantuan-bantuan lain seperti rebat bil elektrik, Skim Peduli Kesihatan, e-Kasih, Insentif e-

    Tunai Rakyat dan lain-lain lagi.

    TAHAP KESIHATAN ISI RUMAH

    Tahap kesihatan isi rumah bagi golongan B40 ini dilihat dari bilangan dan jenis penyakit yang dihadapi

    oleh isi rumah yang terlibat. Banyak kajian telah mengaitkan faktor ekonomi keluarga sebagai punca

    kepada pelbagai jenis penyakit. Jenis-jenis penyakit yang diukur di dalam kajian ini ialah kemurungan

    atau kerisauan, asma, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, cacat akal, kelainan upaya, arthritis,

    masalah pembelajaran dan sebagainya.

    Bilangan Penyakit Isi Rumah

    Rajah 16 : Bilangan Pesakit Isi Rumah

    Keputusan analisa seperti yang ditunjukkan di Rajah 16 di atas menggambarkan keadaan kesihatan

    isi rumah yang agak kurang baik kerana hampir separuh (49.6%) daripada isi rumah responden

    mengidap sekurang-kurangnya sejenis penyakit. Namun begitu 19.8% mempunyai kesihatan yang

    baik tanpa mengidap sebarang penyakit. Sebanyak 10.7% responden menyatakan terdapat 2 jenis

    penyakit yang dihidapi di kalangan keluarga dan isi rumah, 9.1% mengidapi 3 jenis penyakit dan 7.4%

    menghidapi 4 jenis penyakit. 2.5% dari responden juga menyatakan terdapat 5 jenis penyakit yang

    dihidapi oleh keluarga atau isi rumah manakala selebihnya menghidapi 6 jenis penyakit iaitu

    asma/masalah pernafasan, jantung, darah tinggi, kencing manis, kelainan upaya dan masalah

    pembelajaran

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 32

    Jenis-jenis Penyakit Isi Rumah

    Berdasarkan Rajah 17 di bawah, penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan asma

    mempunyai peratusan tertinggi yang dihidapi oleh isi rumah. Darah tinggi dan kencing manis

    mempunyai peratusan yang paling tinggi iaitu 33.1% dan 32.2%, masalah jantung (25.6%) dan asma

    (21.5%).

    Rajah 17: Jenis-jenis Penyakit Isi Rumah

    SEJAUH MANA BANTUAN MAKANAN DAPAT MENJAMIN AKSES

    KESELAMATAN MAKANAN

    Merujuk kepada FOA (2016), kekurangan akses kepada jaminan keselamatan makanan berkait rapat

    dengan faktor kemiskinan. Ia merupakan salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan gaya

    pemakanan dan kesihatan seseorang individu kerana mereka mempunyai kemampuan yang terhad

    untuk mendapatkan bekalan makanan yang berkhasiat dan mencukupi. Oleh hal yang demikian,

    golongan ini lebih terdedah kepada penyakit-penyakit akibat kekurangan nutrisi.

    Tinjauan ini mengkaji kesan dari perlaksanaan program bantuan makanan kepada golongan B40

    dengan melihat kepada pra dan paska perlaksanaan program tersebut.

    Pengalaman kerana tidak mempunyai wang yang cukup

    Kebiasaannya, faktor kewangan yang tidak mencukupi merupakan faktor penghalang yang amat

    tinggi untuk mendapatkan akses keselamatan makanan kepada golongan B40. Untuk mendapatkan

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 33

    akses tersebut, beberapa kaedah terpaksa digunakan. Berdasarkan Rajah 18 di bawah, 90.9%

    responden terpaksa makan kurang dari yang diperlukan disebabkan kekurangan kewangan. 85.1%

    mengurangkan saiz makanan atau melangkau masa makan, 79.3% kehilangan berat badan, 77.7%

    terpaksa berlapar kerana tiada makanan dan 67.8% daripada mereka tidak mengambil makanan

    sepanjang hari akibat kekurangan kewangan.

    Rajah 18: Pengalaman Amalan Pemakanan Akibat Kekurangan Wang

    Keadaan ketidakcukupan bekalan makanan, terutamanya makanan yang seimbang nutrisi dan lebih

    berkhasiat akan memberi kesan kepada pertumbuhan anak-anak responden, samada pertumbuhan

    fizikal dan keupayaan minda.

    Sebelum Menerima Bantuan Makanan

    Tinjauan ini memfokuskan kepada keadaan bekalan makanan yang dimiliki oleh responden sebelum

    perlaksanaan program bantuan makanan. Rajah 19 di bawah menunjukkan peratusan yang agak

    sama iaitu lebih dari 85% responden berasa bimbang jika bekalan makanan mereka habis sebelum

    menerima gaji atau bantuan kewangan. Mereka juga sentiasa merasakan bekalan makanan mereka

    tidak mencukupi dan mereka tidak mempunyai wang untuk membeli bekalan tambahan. Disamping

    itu, akibat kekurangan kewangan, mereka tidak mampu untuk membeli makanan seimbang nutrisi.

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 34

    Rajah 19 : Keadaan Sebelum Menerima Bantuan Makanan

    Selepas Menerima Bantuan Makanan

    Setelah mendapat bantuan makanan, tinjauan mendapati keadaan bertukar menjadi lebih baik

    apabila lebih 85% dari responden tidak lagi mengalami kesulitan seperti sebelumnya. Namun begitu

    masih terdapat peratusan kecil yang tidak terkesan dengan bantuan yang telah disalurkan (rujuk

    Rajah 20 di bawah).

    Rajah 20: Keadaan Selepas Menerima Bantuan Makanan

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 35

    Persepsi Penerimaan ke atas Bantuan Makanan

    Berdasarkan kepada Rajah 21 di bawah, majoriti daripada responden memberikan maklumbalas yang

    positif terhadap program bantuan makanan yang disediakan. Lebih dari 80% daripada isi rumah

    merasakan bahawa bantuan ini perlu diteruskan (89.3%), mempunyai kesan yang baik (85.1%),

    memenuhi keperluan golongan sasar (81.8%) dan mudah diperolehi (80.2). Namun begitu terdapat

    sebilangan kecil daripada mereka (3.3%) merasakan yang bantuan ini sukar diperolehi.

    Rajah 21: Persepsi Penerimaan Ke Atas Bantuan Makanan

    Dari tinjauan yang dilakukan, kajian ini mendapati program bantuan makanan yang dijalankan

    memberi faedah kepada sebahagian besar daipada isi rumah yang terlibat dalam kajian ini. Bantuan

    makanan ini dapat mengurangkan masalah mereka untuk mendapatkan makanan yang mencukupi.

    SEJAUH MANA BANK MAKANAN DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN

    GAYA HIDUP DAN MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN

    Program Bank Makanan Komuniti yang dijalankan memberikan perubahan yang lebih positif kepada

    sebahagian besar daripada golongan sasar. Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah,

    tinjauan ini mendapati lebih 90% daripada responden mengakui bahawa bantuan ini mengubah gaya

    hidup mereka kepada kehidupan yang lebih gembira, lebih tenang dan selesa, lebih sihat, lebih

    bersemangat, lebih fokus dan mereka mampu untuk melakukan aktiviti yang digemari bersama

    keluarga. Secara tidak langsung, ia dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka kearah yang

    lebih baik dari aspek psikologi dan sosial kerana mereka mendapat keperluan asas mereka iaitu

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 36

    makanan yang mencukupi, berkhasiat dan mengurangkan beban kewangan mereka.

    Rajah 22: Peningkatan Kualiti Hidup

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 37

    DAPATAN UTAMA: 1. Terdapat tiga konsep pengurusan Program Bank Makanan Siswa, yang mana konsep yang

    paling banyak diaplikasi adalah food pantry. Aspek penting bagi pengurusan yang baik adalah pengagihan sumbangan dan komunikasi dengan pihak penggerak dan penyumbang.

    2. Ramai sukarelawan bersedia untuk menggembeling tenaga membantu program ini. Namun, dari sudut Program Bank Makanan Siswa, cabaran adalah untuk memastikan sukarelawan dapat memberikan komitmen kerana isu penghantaran sumbangan yang tidak mengikut jadual. Bagi Program Bank Makanan Komuniti, isu latihan program adalah merupakan cabaran kerana sukarelawan yang tidak tetap.

    3. Cabaran utama Program Bank Makanan Siswa adalah bekalan makanan yang cukup,

    mendapatkan jenis makanan seimbang nutrisi, sumber manusia termasuk sukarelawan, dan sikap dan hubungan dengan penerima.

    4. Cabaran utama Program Bank Makanan Komuniti adalah bekalan yang mencukupi, dana yang

    terhad, ruang dan penyimpanan, logistik dan sumber dan latihan.

    5. Model pengadunan sektor bagi kelestarian program yang dicadang menekankan kepada kepentingan interaksi dan kolaborasi, inovasi program bank makanan dan memfokuskan kepada model yang berasaskan keuntungan.

    6

    PENGURUSAN

    PROGRAM,

    CABARAN &

    HALATUJU

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 38

    PENGURUSAN PROGRAM BANK MAKANAN

    Pengurusan Program Bank Makanan Siswa

    Terdapat pelbagai kaedah pengurusan program bank makanan di universiti, seperti ditunjukkan di

    rajah di bawah.

    Rajah 23: Konsep Pengurusan Program Bank Makanan

    Kaedah yang paling banyak dipraktikkan adalah melalui konsep Food Pantry, di mana pengurusan dan

    edaran dilakukan oleh pelajar-pelajar di bawah Majlis Perwakilan Pelajar, sukarelawan dari kalangan

    penerima, Ahli Jawatankuasa Kolej, Gerakan pengguna Siswa dan Persatuan Fakulti, dengan

    pemantauan dari kakitangan universiti. Kaedah ini adalah yang paling praktikal kerana barangan yang

    diterima adalah barangan kering yang mudah untuk diagihkan, dan tidak perlu pemerhatian yang rapi,

    tidak seperti konsep central kitchen.

    Central kitchen adalah satu kaedah di mana barangan yang diterima adalah dalam bentuk beras,

    minyak masak dan bahan-bahan lain yang perlu dimasak sebelum diagihkan. Oleh yang demikian,

    pengurusan dilakukan oleh kakitangan, dan pelajar melibatkan diri di dalam proses edaran. Selain itu,

    kaedah food pack juga dipraktikkan, tetapi ianya hanya dilakukan pada masa-masa tertentu seperti

    semasa bulan Ramadhan.

    Selain itu, pengurusan sumbangan Program Bank Makanan Siswa disokong oleh enam perkara utama

    iaitu pengurusan inventori, sistem bekalan makanan, komunikasi di antara penyumbang atau

    penggerak dan pihak penerima, promosi untuk mendapatkan lebih sumbangan dari pihak-pihak lain,

    pengagihan sumbangan kepada peserta dan ‘crowdsourcing’, seperti yang ditunjukkan di rajah di

    Food Pantry

    •Majlis Perwakilan Pelajar

    •Sukarelawan dan AJK Kolej

    •Gerakan Pengguna Siswa

    •Persatuan Fakulti

    Central Kitchen

    •Diuruskan oleh kakitangan universiti

    Food Pack

    •Majlis Perwakilan Pelajar, dengan pemantauan kakitangan

    Konsep Agihan: Kupon mengikut penggiliran penerimaan, mengambil tidak lebih 5 barangan

    mengikut keperluan di food pantry, agihan terus kepada penerima oleh AJK dan sukarelawan

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 39

    bawah. Namun, terdapat perbezaan dari segi kekuatan perkara-perkara ini di dalam menyokong

    program.

    Rajah 24: Aspek Utama Pengurusan Program Bank Makanan Siswa

    Seperti yang di lihat di rajah di atas, tiga perkara yang menjadi kekuatan universiti adalah sistem

    pengagihan sumbangan yang baik, di mana pihak pengurusan sentiasa memastikan edaran

    sumbangan sentiasa sampai kepada pelajar, komunikasi yang baik di pelbagai pihak dan promosi yang

    dilakukan bagi mendapatkan sumber-sumber bekalan dari pihak-pihak lain. Namun demikian, terdapat

    tiga perkara yang perlu diberi perhatian untuk ditambah baik, iaitu usaha untuk medapatkan sumbangan

    melalui initiative crowdsourcing, pengurusan inventori bagi memastikan bekalan yang tidak terputus

    dan sistem bekalan makanan.

    Selain itu, kesediaan pihak universiti juga dinilai. Aspek penilaian dan kekuatan adalah seperti rajah di

    bawah.

    Rajah 25: Kesediaan Pihak Universiti

    Tiga perkara yang menjadi kekuatan pihak universiti adalah memastikan terdapat tempat khusus bagi

    program ini, samada program adalah menggunakan konsep food pantry atau central kitchen.

    Penyediaan tempat yang khusus untuk menjalankan program Food Bank Siswa ini amat penting bagi

    memastikan program ini berjalan dengan lancar. Ia memudahkan pihak penyumbang menghantar

    sumbangan kepada universiti, memudahkan para kakitangan dan sukarelawan untuk menyimpan dan

    ASPEK UTAMA PENGURUSAN PROGRAM BANK MAKANAN SISWA

    Pengagihan sumbangan

    Komunikasi di antara pihak penyumbang/penggerak,

    universiti dan penerima

    Promosi program untuk mendapatkan sumbangan

    Crowdsourcing bagi jaminan

    bekalan

    Pengurusan inventori

    Sistem pesanan bekalan

    KESEDIAAN PIHAK UNIVERSITI

    Penyediaan tempat khusus

    Sistem pengagihan sumbangan

    Pegawai tetap Bekalan yang

    mencukupiPenglibatan

    pelajarPenggunaan

    IT

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 40

    juga mengagihkan sumbangan yang diberikan. Ia juga penting bagi membolehkan para penerima

    mendapatkan sumbangan yang ingin diagihkan.

    Selain dari itu, setiap universiti mempunyai kaedah yang tersendiri di dalam menyediakan sistem

    pengagihan sumbangan, dari segi pemilihan penerima dan juga cara terbaik untuk sistem edaran.

    Aspek lain adalah menyediakan pegawai yang tetap bagi memastikan kesinambungan program. Bank

    Makanan Siswa dikendalikan oleh kakitangan pentadbiran dan juga wakil-wakil pelajar. Melalui hasil

    temubual bersama pegawai-pegawai yang terlibat, program ini dijalankan dengan bantuan dan

    kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), AJK Kolej dan sukarelawan yang terdiri daripada

    para pelajar.

    Namun begitu, terdapat tiga perkara yang perlu ditambahbaik, iaitu memastikan bekalan sumbangan

    adalah sentiasa mencukupi, memastikan pelajar dapat melibatkan diri dengan lebih baik kerana

    kerapkali bekalan dari penyumbang diterima secara ad-hod, yang menyukarkan penjadualan. Akhir

    sekali adalah kurangnya penggunaan teknologi maklumat yang dapat membantu pengurusan program.

    Pengurusan Program Bank Makanan Komuniti

    Di dalam pengurusan Bank Makanan Komuniti, urusan berkaitan dilakukan oleh pekerja tetap dengan

    dibantu oleh sukarelawan, seperti rajah di bawah.

    Rajah 26: Pengurusan Program Bank Makanan Komuniti

    Pekerja dan Sukarelawan

    Ambil dan edar

    Membantu di gudang

    Menjaga data &

    inventori

    Pengantara &

    komunikasi

    Pemasaran

    Perolehan sumbangan

  • Bank Makanan : Konsep, Aplikasi, Kesan & Halatuju

    Halaman | 41

    Terdapat tiga jenis sumbangan di bawah program ini, dan bagaimana jenis makanan diurus adalah

    seperti berikut.

    MENGUMPUL LEBIHAN MAKANAN HALAL YANG TELAH DIMASAK

    Diperolehi dari hotel-hotel, restoran-restoran dan premis makanan untuk diagihkan kepada golongan sasaran yang miskin dan memerlukan.

    MENGUMPUL BAHAN MAKANAN HALAL YANG TIDAK MUDAH ROSAK

    Secara umumnya seperti makanan kering, makanan dalam tin a