bandar terjejas dengan pemanasan global

4
NAMA: NURUL JANNAH BINTI ARAJLE NO. MATRIK: A151918 SOALAN: Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk Bandar telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 tahun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini. Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi dan adaptasi. Pemanasan global atau global warming ialah satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau di mana kumpulan gas tersebut menghalang dan memerangkap haba bumi daripada keluar bebas ke atmosfera. Pemanasan global boleh terjadi akibat daripada aktiviti perindustrian, pembakaran hutan, pertanian dan penternakan, serta letusan gunung berapi. Aktiviti- aktiviti pemanasan global ini akan mengakibatkan peningkatan suhu bumi, pencairan ais yang akan meningkatkan paras air laut dan kemarau. Untuk mengelakkan daripada berlakunya pemanasan global yang akan merosakkan bumi, tindakan mitigasi dan adaptasi perlu dilakukan. Berikut merupakan laporan pelan tindakan mengatasi kenaikan paras air laut dan bencana yang berlaku akibat kenaikan paras air laut di Kuala Selangor, Selangor.

Upload: nurul-jannah-arajle

Post on 09-Jan-2017

66 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bandar terjejas dengan pemanasan global

NAMA: NURUL JANNAH BINTI ARAJLE NO. MATRIK: A151918

SOALAN: Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk Bandar telah mengesan

kenaikan aras laut semenjak 50 tahun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa

yang panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang

rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas

untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini. Laporan anda hendaklah mengandungi

tindakan mitigasi dan adaptasi.

Pemanasan global atau global warming ialah satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali

sebagai gas rumah hijau di mana kumpulan gas tersebut menghalang dan memerangkap haba

bumi daripada keluar bebas ke atmosfera. Pemanasan global boleh terjadi akibat daripada aktiviti

perindustrian, pembakaran hutan, pertanian dan penternakan, serta letusan gunung berapi.

Aktiviti-aktiviti pemanasan global ini akan mengakibatkan peningkatan suhu bumi, pencairan ais

yang akan meningkatkan paras air laut dan kemarau. Untuk mengelakkan daripada berlakunya

pemanasan global yang akan merosakkan bumi, tindakan mitigasi dan adaptasi perlu dilakukan.

Berikut merupakan laporan pelan tindakan mengatasi kenaikan paras air laut dan bencana yang

berlaku akibat kenaikan paras air laut di Kuala Selangor, Selangor.

Tindakan mitigasi merupakan suatu tindakan atau usaha untuk mengurangkan risiko

bencana-bencana alam yang terjadi sama ada secara semula jadi atau akibat tindakan manusia.

Antara tindakan mitigasi yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya

fenomena kenaikan paras air laut adalah dengan mengurangkan sebarang penggunaan barangan

yang mengandungi gas klorofluorokarbon (CFC). Gas klorofluorokarbon akan menyebabkan

berlakunya penipisan ozon yang mengakibatkan pemanasan global. Sebagai contoh, bahan

plastik yang digunakan untuk membungkus makanan yang mengandungi CFC seperti barangan

kloroform haruslah digantikan dengan alat pembungkus seperti daun dan kertas. Penggunaan

bahan seperti daun dan kertas untuk membungkus makanan bukan sahaja mudah untuk reput

tetapi tidak akan mencemarkan alam.

Tindakan mitigasi kedua pula ialah dengan mengurangkan aktiviti manusia menerusi

perindustrian. Aktiviti perindustrian yang menggalakkan penghasilan gas-gas seperti karbon

Page 2: Bandar terjejas dengan pemanasan global

monoksida, karbon dioksida dan sebagainya daripada kilang-kilang akan mengakibatkan suhu

atmosfera bumi meningkat. Aktiviti tersebut akan menyebabkan peningkatan paras air laut hasil

daripada pancaran cahaya ultraungu. Tambahan pula, penggunaan kenderaan yang mengeluarkan

asap seperti kereta, motosikal, bas dan lori haruslah dikurangkan. Penggunaan kenderaan

bermotor yang menggunakan petrol dan diesel yang menyebabkan berlakunya penyebaran asap

boleh digantikan dengan kenderaan hybrid, penggunaan basikal atau berjalan kaki.

Untuk mengatasi daripada berlakunya pemanasan global, tindakan adaptasi yang boleh

dilakukan adalah dengan menambak kawasan pinggir pantai. Penambakan pinggir pantai

dilakukan untuk mencegah daripada berlakunya banjir akibat daripada kenaikan paras air laut

yang berpunca daripada pemanasan global dan seumpamanya. Penambakan boleh dilakukan

dengan meletakkan batu-batu besar di sekitar pinggir pantai dan membina benteng. Pihak yang

bertanggungjawab haruslah mempergiatkan dan mengerah tenaga dalam melakukan penambakan

pinggir pantai. Hal ini kerana tindakan tersebut merupakan tindakan awal yang boleh dilakukan

untuk mengelakkan daripada berlakunya peningkatan paras air laut yang akan menyebabkan

kawasan bandar mengalami banjir apabila tiba musim tengkujuh dan sebagainya.

Tindakan adaptasi yang kedua adalah dengan memulihara kawasan paya bakau. Pokok

bakau yang tumbuh di kawasan pinggir atau jeram pantai. Kawasan yang mempunyai pokok

bakau harus di gazet dan dijadikan hutan simpan. Pokok bakau haruslah dijaga dan tidak

ditebang kerana pokok tersebut membantu dalam menjaga keseimbangan ekosistem. Pokok

bakau juga membantu dalam mengelakkan hakisan pantai yang disebabkan oleh ombak yang

kuat. Sekiranya kawasan paya bakau dipulihara dan dijaga, kawasan tersebut dapat membantu

dalam mencegah dan mengurangkan kesan yang akan menyebabkan peningkatan paras laut.

Kawasan tanah rendah akan mudah dilanda banjir akibat peningkatan paras laut yang berlaku

disebabkan oleh pemanasan global.

Tindakan adaptasi yang ketiga ialah pihak kerajaan haruslah membina sistem perparitan

dan saliran. Sistem perparitan dan saliran dibina bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dan

mengelakkan daripada berlakunya banjir akibat hujan kilat dan kenaikan paras air laut. Sistem

perparitan yang lama juga haruslah diperbaharui serta membersihkan kawasan-kawasan

longkang yang tersumbat dan tidak berfungsi. Melalui tindakan ini, penambahbaikan sistem

perparitan dan saliran dapat membantu dalam menyalurkan lebihan air akibat daripada hujan dan

Page 3: Bandar terjejas dengan pemanasan global

sebagainya. Keadaan ini merupakan salah satu cara untuk mengawal daripada berlakunya lebihan

air di kawasan-kawasan bandar.

Oleh itu, dalam mengurangkan dan mengatasi masalah kenaikan paras air laut, tindakan

mitigasi dan adaptasi harus dilaksanakan. Tindakan mitigasi dan adaptasi merupakan tindakan

awal untuk mengurangkan masalah kenaikan air laut yang disebabkan oleh pemanasan global

yang terjadi akibat aktiviti manusia yang tidak menjaga alam sekitar dan boleh juga terjadi secara

semula jadi seperti meletusnya gunung berapi.