bandar satelit

1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan : i. Hierarki bandar Hierarki bandar merujuk kepada konsep pengelasan/penyusunan bandar-bandar dari segi saiz penduduk, keluasan bandar, fungsi dan keluasan pengaruh. Bandar-bandar yang terdapat di dalam sesebuah negara disusun berdasarkan kepada kepentingan bandar tersebut. Bandar yang mempunyai kepentingan utama dan bersaiz besar akan menduduki hierarki teratas. Manakala bandar-bandar kecil dan kurang penting akan berada pada hierarki yang lebih bawah. Justeru itu hierarki bandar boleh dibahagikan kepada bandar kecil, bandar sederhana, bandaraya, meteropolis dan megapolis. Semakin besar saiz penduduknya, fungsi dan kawasan pengaruhnya juga lebih berbanding bandar yang saiz penduduknya kecil. Oleh itu bandar di hierarki tertinggi memberi perkhidmatan yang banyak berbanding bandar di hierarki peringkat rendah. Antara faktor yang mempengaruhinya ialah ekonomi, sejarah, demografi, dasar kerajaan dan faktor sosial. ii. Lingkungan pengaruh bandar Lingkungan pengaruh bandar atau medan bandar merujuk kepada kawasan yang terdapat di sekeliling bandar. Kawasan ini akan menerima perkhidmatan dan kemudahaan dari pusat bandar kawasan tersebut. Lingkungan pengaruh bandar tidak mempunyai keluasan atau sempadan kawasan yang konkrit. Saiz lingkungan pengaruh bandar akan berbeza-beza bergantung pada faktor-faktor jenis perkhdmatan, perhubungan, kepadatan penduduk serta fungsi ekonomi. Namun saiz dan pengaruh, lingkungan pengaruh bandar akan terjejas disebabkan oleh halangan fizikal seperti keadaan bentuk muka bumi ataupun halangan pengangkutan dan telekomunikasi. Lingkungan pengaruh bandar akan mengalami perkembangan yang cepat seandainya darjah ketersampaian adalah tinggi. Situasi ini memudahkan mobiliti barangan, perkhidmatan, manusia dan sebagainya. iii. Bandar Satelit Bandar Satelit ialah bandar cawangan yang baru dibina untuk memenuhi fungsi atau menyelesaikan masalah di bandar induk seperti kesesakan penduduk, masalah perumahan, kesesakan jalan raya, pencemaran, dan kesihatan. Bandar-bandar satelit dibina berhampiran dengan bandar induk yang telah tepu bina dan menghadapi masalah menampung perkembangan seterusnya. Ia juga biasa dikenali sebagai bandar cawangan. Contohnya Petaling Jaya yang diwujudkan pada 1950 (27 km persegi) sebagai bandar satelit bagi KL. iv. Pembandaran Palsu Pembandaran palsu (Pseudo Urbanization) ialah satu proses pembandaran yang melibatkan perpindahan penduduk desa ke bandar yang tidak melibatkan perkembangan ekonomi yang pesat di bandar. Kebiasaannya migrasi penduduk ini hanya akan membawa kesan negatif kepada bandar serta migran tersebut atau tiada pembaikan dan peningkatan taraf hidup kepada migran dan ekonomi bandar tersebut. Hal ini berlaku kerana kebanyakaan migran tersebut tidak mempunyai pengalaman, kemahiran serta pendidikan yang tinggi yang mana akhirnya menyerat mereka kepada pekerjaan seperti buruh kasar, penjaja, buruh sementara dan lain- lain. Situasi ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan miskin dan tidak dapat membantu membangunkan bandar dari aspek ekonomi dan sosial. Antara ciri-ciri pembandaran palsu ialah kadar pengangguran yang tinggi, taraf hidup yang rendah, kewujudan golongan miskin, kewujudan setinggan yang pesat, peluang pendidikan yang semakin rendah kerana persaingan yang tinggi, dan taraf kesihatan penduduk masih rendah. 2. Huraikan lima sebab utama penubuhaan bandar baru. U All hurai sendiri ok! i. Menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan pembangunan wilayah. ii. Mengatasi masalah kepadatan dan kesesakan di bandar lama iii. Mengurangkan kesan alam sekitar di bandar lama. iv. Mempercepatkan pembangunan di kawasan pinggir bandar. v. Mengimbangi pembangunan antara kawasan. vi. Mengambil alih fungsi-fungsi tertentu di bandar lama yang sudah tepubina.

Upload: jaklin-empol

Post on 10-Aug-2015

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bandar Satelit

1. Apakah yang dimaksudkan dengan :i. Hierarki bandarHierarki bandar merujuk kepada konsep pengelasan/penyusunan bandar-bandar dari segi saiz penduduk, keluasan bandar, fungsi dan keluasan pengaruh. Bandar-bandar yang terdapat di dalam sesebuah negara disusun berdasarkan kepada kepentingan bandar tersebut. Bandar yang mempunyai kepentingan utama dan bersaiz besar akan menduduki hierarki teratas. Manakala bandar-bandar kecil dan kurang penting akan berada pada hierarki yang lebih bawah. Justeru itu hierarki bandar boleh dibahagikan kepada bandar kecil, bandar sederhana, bandaraya, meteropolis dan megapolis. Semakin besar saiz penduduknya, fungsi dan kawasan pengaruhnya juga lebih berbanding bandar yang saiz penduduknya kecil. Oleh itu bandar di hierarki tertinggi memberi perkhidmatan yang banyak berbanding bandar di hierarki peringkat rendah. Antara faktor yang mempengaruhinya ialah ekonomi, sejarah, demografi, dasar kerajaan dan faktor sosial.

ii. Lingkungan pengaruh bandarLingkungan pengaruh bandar atau medan bandar merujuk kepada kawasan yang terdapat di sekeliling bandar. Kawasan ini akan menerima perkhidmatan dan kemudahaan dari pusat bandar kawasan tersebut. Lingkungan pengaruh bandar tidak mempunyai keluasan atau sempadan kawasan yang konkrit. Saiz lingkungan pengaruh bandar akan berbeza-beza bergantung pada faktor-faktor jenis perkhdmatan, perhubungan, kepadatan penduduk serta fungsi ekonomi. Namun saiz dan pengaruh, lingkungan pengaruh bandar akan terjejas disebabkan oleh halangan fizikal seperti keadaan bentuk muka bumi ataupun halangan pengangkutan dan telekomunikasi. Lingkungan pengaruh bandar akan mengalami perkembangan yang cepat seandainya darjah ketersampaian adalah tinggi. Situasi ini memudahkan mobiliti barangan, perkhidmatan, manusia dan sebagainya.

iii. Bandar SatelitBandar Satelit ialah bandar cawangan yang baru dibina untuk memenuhi fungsi atau menyelesaikan masalah di bandar induk seperti kesesakan penduduk, masalah perumahan, kesesakan jalan raya, pencemaran, dan kesihatan. Bandar-bandar satelit dibina berhampiran dengan bandar induk yang telah tepu bina dan menghadapi masalah menampung perkembangan seterusnya. Ia juga biasa dikenali sebagai bandar cawangan. Contohnya Petaling Jaya yang diwujudkan pada 1950 (27 km persegi) sebagai bandar satelit bagi KL.

iv. Pembandaran PalsuPembandaran palsu (Pseudo Urbanization) ialah satu proses pembandaran yang melibatkan perpindahan penduduk desa ke bandar yang tidak melibatkan perkembangan ekonomi yang pesat di bandar. Kebiasaannya migrasi penduduk ini hanya akan membawa kesan negatif kepada bandar serta migran tersebut atau tiada pembaikan dan peningkatan taraf hidup kepada migran dan ekonomi bandar tersebut. Hal ini berlaku kerana kebanyakaan migran tersebut tidak mempunyai pengalaman, kemahiran serta pendidikan yang tinggi yang mana akhirnya menyerat mereka kepada pekerjaan seperti buruh kasar, penjaja, buruh sementara dan lain-lain. Situasi ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan miskin dan tidak dapat membantu membangunkan bandar dari aspek ekonomi dan sosial. Antara ciri-ciri pembandaran palsu ialah kadar pengangguran yang tinggi, taraf hidup yang rendah, kewujudan golongan miskin, kewujudan setinggan yang pesat, peluang pendidikan yang semakin rendah kerana persaingan yang tinggi, dan taraf kesihatan penduduk masih rendah.

2. Huraikan lima sebab utama penubuhaan bandar baru.U All hurai sendiri ok!

i. Menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan pembangunan wilayah.ii. Mengatasi masalah kepadatan dan kesesakan di bandar lamaiii. Mengurangkan kesan alam sekitar di bandar lama.iv. Mempercepatkan pembangunan di kawasan pinggir bandar.v. Mengimbangi pembangunan antara kawasan.vi. Mengambil alih fungsi-fungsi tertentu di bandar lama yang sudah tepubina.