baldatun toiyyibatun wa rabbun ghafur

10
BALDATUN TOIYYIBATUN WA RABBUN GHAFUUR Sebuah Negara Idaman . Firman Allah di dalam surah Saba’ : Sesungguhnya bagi penduduk Saba’ di negeri mereka ada suatu ayat (tanda kekuasaan Allah) yaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (di katakan kepada mereka), Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya, Inilah negeri yang baik dan tuhan yang pengampun. ( Surah Saba. Ayat : 15 ) Ini adalah sebahagian daripada ayat di dalam surah Saba’ yang menceritakan tentang kisah tamaddun di zaman lampau yang menjadi kuasa besar di bahagian selatan semenanjung tanah arab. Suatu kuasa yang telah melalui zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kajatuhan. Ayat di atas menceritakan zaman kegemilangan kaum Saba’, (kitab injil menyebut Sheba’) yang bukan sahaja sahaja merupakan sebuah negara yang kaya, bahkan ia merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan daripada tuhan. Sebuah kerajaan yang teragung dan yang terbesar yang menurut satu riwayat pernah menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung tanah arab pada zaman lampau. Mempunyai pemerintahan yang bertahan selama ratusan tahun bermula padatahun 950 SM sehingga 115 SM. Oleh kerana keagungan yang telah di lalui oleh mereka ini, maka kisah ini di rakamkan oleh Allah swt di dalam surah Saba’ dan surah Al-Naml.

Upload: mujahidfisabilillah

Post on 24-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

baldatun

TRANSCRIPT

Page 1: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

BALDATUN TOIYYIBATUNWA RABBUN GHAFUURSebuah Negara Idaman .

Firman Allah di dalam surah Saba’ :

Sesungguhnya bagi penduduk Saba’ di negeri mereka ada suatu ayat (tanda kekuasaan

Allah) yaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (di katakan kepada

mereka), Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya, Inilah negeri yang

baik dan tuhan yang pengampun.

( Surah Saba. Ayat : 15 )

Ini adalah sebahagian daripada ayat di dalam surah Saba’ yang menceritakan tentang

kisah tamaddun di zaman lampau yang menjadi kuasa besar di bahagian selatan

semenanjung tanah arab. Suatu kuasa yang telah melalui zaman pembinaan, zaman

kegemilangan dan zaman kajatuhan.

Ayat di atas menceritakan zaman kegemilangan kaum Saba’, (kitab injil menyebut

Sheba’) yang bukan sahaja sahaja merupakan sebuah negara yang kaya, bahkan ia

merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan daripada tuhan.

Sebuah kerajaan yang teragung dan yang terbesar yang menurut satu riwayat pernah

menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung tanah arab pada zaman

lampau.

Mempunyai pemerintahan yang bertahan selama ratusan tahun bermula padatahun 950

SM sehingga 115 SM. Oleh kerana keagungan yang telah di lalui oleh mereka ini, maka

kisah ini di rakamkan oleh Allah swt di dalam surah Saba’ dan surah Al-Naml.

Kemajuan Saba' Dan Kegemilangannya.

Jikalau kita melihat didalam kitab kitab sejarah, seperti Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, maka

Page 2: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

kita dapati ketinggian Tamaddun Saba’ ini mempunyai beberapa keistimewaan jika di

bandingkan dengan tamaddun-tamaddun arab lain seperti kerajaan Himyar, Ma’in,

Qataban dan lain-lain.

Keistimewaan-keistimewaan ini adalah di antara punca kerajaan Saba’ mencapai tahap

kecemerlangan yang tinggi. Walaupun di sana telah di gariskan banyak punca

kecemerlangan, di sini saya kemukakan noktah yang paling penting yang menjadi punca

kemajuan mereka, iaitu kemajuan mereka adalah kemajuan yang di dorong oleh aspek

ketaqwaan kepada Allah swt. dan akidah yang tulen.

Maka dengan sebab inilah Saba’ di sifatkan sebagai negara yang makmur, dan negara

yang mendapat pengampunan daripada Allah swt.

Jika kita mengkaji kitab sejarah, seperti Al-Kamil fi al-Tarikh, Al-Bidayah wa Al-Nihayah,

dan juga kitab-kitab tafsir berkenaan dengan kisah ini, maka kita akan dapati bahawa

zaman kegemilangan ini berpunca daripada perutusan Nabi Allah Sulaiman

Alaihissalam, yang telah menjadikan Ratu Balqis yang merupakan Ratu yang

memerintah Saba’ sebagai seorang yang beriman kepada Allah swt. Maka bermulalah

zaman keagungan Saba’. Maka kita percaya dan beriman tentang janji Allah swt,

Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan

tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi, tetapi mereka

mendustakan, maka sebab itu kami seksa mereka di sebabkan usahanya itu.

( Surah al A’raaf . Ayat : 96 )

Tamadun Saba' Di Zaman Iman Menjadi Role Model.

Apakah kita tidak percaya dengan janji Allah yang menjanjikan limpahan berkat daripada

langit dan bumi, jika negara kita negara yang beriman? Apakah kita tidak yakin dengan

janji ini sebagaimana orang kafir tidak mengimaninya? atau kita lebih yakin kepada barat

yang merupakan tamadun yang tidak islam pada hari ini sebagai ikutan kita untuk

mencapai tahap kemajuan ?

Page 3: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

Perbezaan antara tamaddun Saba’ dan tamaddun barat pada hari ini amat

berbeza, tamaddun barat pada hari ini hanyalah maju dari sudut ekonomi, teknologi dan

ketenteraan sahaja.

Tetapi Kerajaan Saba’ bukan setakat itu, bahkan ia mendapat kemajuan dari sudut

sosial di samping mempunyai empayar ekonomi, ketenteraan dan teknologi pembinaan

yang tinggi sehingga mereka dapat membina empangan Ma’rib yang masyhur dan

masih kekal sehingga ke hari ini.

Kemakmuran dan keberkatan ini kita dapat lihat, melalui kesenangan yang di rasai oleh

penduduk mereka ; sehinggakan perempuan yang melalui di bawah pohonan buah tidak

perlu memetik dengan cara memanjat atau mangait buah-buahan yang berada di atas

kepala mereka , tetapi cukup dengan menjunjung bakul di bawah pohonan tersebut,

kerana buah-buahan akan masuk dengan sendirinya kedalam bakul mereka

sebagaimana yang telah di ceritakan oleh Qatadah.

Begitu juga perjalanan mereka yang berulang alik daripada Saba’ dan Syam yang

memakan jarak ribuan kilometer, sang musafir tidak memerlukan kepada bekalan dan

tidak takut kepada ancaman perompak, penyamun dan seumpamanya sebagaimana

yang telah di ceritakan oleh Zamakhsyari.

Apakah ini kita dapati ada pada tamaddun sekarang, bahkan negara yang apabila

semakin maju, maka semakin banyak jenayah yang berlaku di dalam negara tersebut.

Maka jika kita memandang dengan pandangan iman dan ilmu, maka kita dapat

simpulkan bahawa tamaddun barat hari ini bukan lah merupakan tamaddun yang

sebenar kerana ia tidak merangkumi semua aspek kemajuan. Maka ia tidak perlu

menjadi kebanggaan kepada kita dan negara kita sebagai ikutan.

Zaman Keruntuhan Dan Kehancuran.

Apa yang menjadi perhatian kita di dalam kisah ini ialah zaman keruntuhan kerajaan

Page 4: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

Saba’. Jika kita melihat ayat-ayat yang menceritakan tentang tamadun Saba’, hanya

terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan tentang keagungan mereka, dan

selebihnya ialah sebab-sebab kehancuran dan kejatuhan mereka.

Di antara sebab-sebab yang jelas yang di ceritakan oleh Allah swt ialah kerana mereka

tidak mensyukuri nikmat yang telah di kurniakan oleh Allah swt sebagaimana firmannya :

Kemudian mereka berpaling, lalu kami kirimkan kepada mereka banjir yang merobohkan

bendungan dan kami tukar kedua kebun mereka dengan dua kebun lain yang

mempunyai buah yang pahit dan pohon atsl (pohon kayu yang tidak berbuah) dan

sedikit pohon sidr.

( Surah Saba. Ayat : 16 ).

Apa makna kemudian mereka berpaling? Adakah mereka tidak mengucap

alhamdulillah? Atau tidak bertahmid? Bukan, bukan… Bahkan ulama’ tafsir menyatakan

mereka berpaling daripada mengikuti ajaran rasul…. Ajaran tauhid…

Maka inilah di antara perkara yang punca dan penyebab kecelakaan sesuatu umat.

Kejatuhan kerajaan firaun yang besar di tangan Nabi Musa, kerajaan babylon di zaman

Nabi Ibrahim, dan kerajaan Parsi dan Rom di zaman Nabi Muhammad dan umatnya,

tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana mereka tidak mengikuti ajaran nabi-nabi

yang di utuskan kepada mereka.

Maka apakah negara kita telah melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Nabi sehingga

negara kita di anggap sebagai negara yang syukur dan tidak berpaling sebagaimana

yang telah di nyatakan di dalam ayat? Maka ini adalah tempat kita bermuhasabah…

Sebagai orang beriman dan orang yang belajar agama dan memahami al-quran.

Sebab Kejatuhan Dan Keruntuhan.

Antara sebab kecelakaan sesuatu kaum ( األمم هالك ,ialah berlakunya monopoli ( أسباب

yang di sifatkan sebagai sikap yang berpunca daripada pemerintah yang menyebabkan

Page 5: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

sesebuah negara hancur. Di mana sikap inilah juga yang menjadi punca kepada

keruntuhan kaum Saba’. Firman Allah swt:

(maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu

berkata: "Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan Kami (di antara sebuah

bandar Dengan Yang lain)", dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu

Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai, serta Kami

pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka Yang tersebut

mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang (mukmin)

Yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.

( Surah Saba’ . Ayat : 19 )

Mereka berdoa selepas Allah berikan kesenangan dengan memudahkan perjalanan

daripada Yaman ke Syam sehingga orang-orang miskin dapat bermusafir dengan

mudah.

Tetapi ini perkara yang tidak di senangi oleh pembesar sehinggakan mereka berharap

supaya perjalanan dari yang mudah supaya di payahkan supaya golongan miskin tidak

dapat ikut serta dan mengecapi kesenangan tersebut.

Atau dengan kata lain kesenangan dan kemewahan di dalam negara mahu di monopoli

oleh pihak-pihak tertentu sahaja, samada ia berupa syarikat-syarikat besar di dalam

negara atau projek-projek yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja tanpa

mengambil kira golongan miskin : seperti tol, kenaikan minyak dan seumpamanya.

Maka ini adalah di antara sebab mengapa mereka di binasakan. Dan Allah swt

menyifatkan ini sebagai perbuatan yang menzalimi diri mereka sendiri. ه�م �نف�س� أ �م�وا و�ظ�ل

dan mereka menzalimi diri mereka sendiri.

Negara kebajikan semakin lenyap. Negara perniagaan semakin terserlah. Sikap

monopoli semakin berleluasa. Prinsip negara kebajikan yang dibina oleh nabi-nabi dan

Page 6: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

rasul-rasul semakin hilang. Model kerajaan kebajikan di zaman Iskandar Zulkarnain

terhakis.

Maksudnya: Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj

sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan

sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau

membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?". Dia menjawab: "(kekuasaan

dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran

kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina

antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

( Surah Al-Kahfi. Ayat : 94-95 ).

"Negara kebajikan" yang diterangkan di dalam ayat ini menunjukkan Zulkarnain tidak

menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta

diberikan tanpa balasan.

Raja yang beriman ini tidak memikirkan cara-cara memaximumkan kemasukan negara,

tetapi memikirkan bagaimana membantu rakyat.

Jika pemimpin negara sentiasa memikirkan cara memaximumkan kemasukan negara

dan meminimumkan pengeluaran negara walaupun membebankan rakyat, maka negara

ini dianggap sebagai "negara perniagaan" yang menjanjikan kegelapan dan kehancuran

sebagaimana yang disebut oleh seorang tokoh sosiologi terkenal, iaitu Ibnu Khaldun di

dalam Mukaddimahnya:

د�ة� م�ف س� ��و م�ة ح�ك ال م�ن� ة� ار� $ج� الت �ن& إ

( sesungguhnya, perniagaan dari pihak kerajaan (kepada rakyat) merupakan

kemusnahan ). [1]

Kekayaan kerajaan yang hakikatnya menguntungkan sesetengah pihak dibina diatas

keperitan rakyat. Bebanan tol, kenaikan minyak dan barangan ditanggung oleh rakyat

Page 7: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

pertengahan dan miskin, dan dalam masa yang sama elaun pembesar-pembesar

dinaikkan.

Rumah-rumah rakyat diroboh, kepentingan politik, kuasa, dan dendam membutakan

mata hati mereka sehingga tidak dapat membezakan antara rumah musuh mereka dan

rumah Allah s.w.t. Semua dirobohkan.

Sikap monopoli seperti inilah, akhirnya menyebabkan kaum saba' ditimpa banjir batu

yang besar sebagai bala daripada Allah.

Firman Allah swt :

Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir Yang

membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu

Dengan dua kumpulan kebun Yang berisi Dengan pohon-pohon Yang pahit buahnya,

dan pohon-pohon Yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

( Surah Saba’ . Ayat : 16 )

Justeru itu mereka terus lemah dan akhirnya kerajaan Saba’ ini telah di gantikan dengan

kerajaan Himyar atau Tubba’ yang di sebut oleh Allah swt di dalam surah Dukhaan ayat

37.

Maksudnya: (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka

yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan orang-orang yang

terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana

sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.

( Surah Al-Dukhan. Ayat : 37 ).

Hakikat Kekayaan Dan Konsep Syukur Yang Dituntut.

Dua perkara yang menarik perhatian kita di dalam masalah األمم هالك ini iaitu أسباب

Page 8: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

sikap tidak mengikut ajaran keagamaan dan sikap monopoli di dalam sesebuah negara

perlu menjadi pengajaran kepada kita semua sebagai seorang yang beriman kepada

Allah swt.

Kita sebagai seorang islam yakin dengan janji yang telah Allah swt janjikan kepada kita

tentang pengurniaan berkat di sebalik ketaqwaan penduduk sesebuah negara

sebagaimana firmannya :

Jika penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan tumpahkan

keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi.

( Surah Al-A'raaf. Ayat :96 )

Maka kita dapat melihat kekayaan hanyalah di miliki oleh negara yang beriman dan

negara umat islam sahaja. Emas hitam yang di kenali sebagai petrol hanya di miliki oleh

negara umat islam. Yang tidak wujud di negara yang bukan islam melainkan kadar yang

sedikit sahaja.

Maka ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri, dengan cara kita melaksanakan ajaran

Allah, dan menjauhkan laranganya.

Bersyukur dengan tidak memonopolinya dan mengagihkan keuntungan tersebut kepada

golongan yang tertentu sahaja. Tidak mempolitikkan nikmat ini, sehingga golongan yang

berhak menerimanya di pinggirkan, dan golongan yang telah “kenyang perut” mendapat

habuan, sedangkan nikmat ini di kurniakan oleh Allah kepada golongan yang bertaqwa,

bukan golongan pemonopoli, yang menjadikan wasilah politik sebagai medan kearah ini.

Kalau tidak kerana golongan pengislah wujud di dalam negara, nescaya negara itu telah

dilanda bala bencana daripada Allah s.w.t : firman Allah s.w.t :

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan

sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama

sendiri.

Page 9: Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur

( Surah Hud. Ayat :117 )

Semoga matlamat dunia mendapat berkat dan matlamat akhirat tidak dilupakan.

[1] Lihat Muqaddimah ibn Khaldun .

posted by nasrudin bin hassan at tantawi at 5:14:00 pm