balasan 2

Upload: ana-solehah

Post on 04-Apr-2018

283 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 balasan 2

    1/6

    Elemen Balasan Dalam Pembentukkan Kontrak

    PENGENALAN PEMBENTUKAN KONTRAKKebanyakan kontrak selalunya berbentuk kontrak mudah, dimana pembentukannya tidak

    melibatkan formaliti-formaliti tertentu. Ia boleh dibuat samada secara lisan atau disiratkandaripada perlakuan pihak-pihak terlibat. Contoh yang jelas ialah jual beli barangan keperluan

    harian di kedai runcit ataupun di pasar raya. Namun begitu, ada juga kontrak yang bersifat

    kompleks, contohnya perjanjian-perjanjian yang dimasuki oleh syarikat-syarikat perniagaan.Perjanjian yang begini lazimnya didraf dengan teliti dan dibuat dalam bentuk bertulis.

    Secara asasnya, elemen-elemen yang berikut harus wujud untuk mewujudkan perjanjian yangsah dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang -:

    a) Tawaran atau cadangan yang ditujukan oleh seseorang kepada seorang yang lain;

    b) Penerimaan tawaran tersebut oleh pihak yang ditujukan tawaran;

    c) Balasan yang sah dan bernilai daripada kedua-dua pihak yang berkontrak; d) Niat oleh kedua-dua pihak untuk saling mengikat di sisi undang-undang;e) Keupayaan pihak-pihak terbabit untuk memasuki kontrak; dan

    f) Ketentuan

    Kesemua elemen tersebut haruslah dipenuhi secara serentak dan bukan secara alternatif.

    Contohnya, kontrak tidak sah sekiranya hanya elemen tawaran dan penerimaan tawaran dipenuhisedangkan elemen-elemen yang lain tidak dipenuhi.

    Ini dinyatakan di dalam Seksyen 10 Akta Kontrak 1950, dimana semua perjanjian adalahkontrak jika dibuat atas kerelaan bebas mana-mana pihak yang layak membuat kontrak, untuk

    sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengannyata dibawah akta bahawa ianya batal.

    DEFINISI BALASAN

    Balasan adalah harga yang dibayar oleh satu pihak untuk membeli janji atau perbuatan pihakyang satu lagi. Seksyen 2(d) akta kontrak 1950 memperuntukkan yang bermaksud, menurutkehendak pembuat janji, apabila penerima atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah

    menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah

    disebut balasan untuk janji itu.

    Pollock pula mendefinasikan balasan sebagai, sesuatu perbuatan menahan diri oleh satu pihak,atau janji untuk berbuat demikian adalah harga untuk membeli janji pihak yang lain, dengan

    demikian janji yang diberi nilai itu boleh dikuatkuasakan.

  • 7/30/2019 balasan 2

    2/6

    Elemen balasan ini adalah penting untuk mewujudkan satu kontrak yang mengikat dan sah di sisi

    undang-undang. Ini dinyatakan dalam Seksyen 26 Akta Kontrak 1950, Perjanjian tanpabalasan adalah batal, kecuali kontrak tersebut bertulis dan didaftarkan.

    Misalan Seksyen 26 (a) Akta Kontrak 1950,A berjanji tanpa balasan, memberi kepada B RM

    1,000. Ini adalah perjanjian batal.

    Pihak-pihak yang berkontrak mestilah mempunyai balasan masing-masing. Contohnya, jika A

    bersetuju membekalkan 100 kg minyak masak cap padi dengan harga RM 2.50 sekilo kepada B,maka balasan B kepada A adalah membayar wang berjumlah RM 250.00 bagi bekalan minyak

    masak itu, manakala balasan di pihak A adalah dengan menyerahkan bekalan minyak masak

    tersebut kepada B.

    Dalam kes Currie lwn Misa (1875) , balasan dikatakan sebagai suatu hak, kepentingan,keuntungan atau manfaat terakru kepada suatu pihak, atau suatu penahanan daripada

    bertindak, kerugian, kehilangan atau kewajipan yang dibuat, dipikul atau ditanggung oleh suatu

    pihak yang lain.

    JENIS-JENIS BALASAN

    Terdapat tiga jenis balasan yang boleh dikuatkuasakan iaitu :-

    (a) Balasan Eksekutori yang merupakan balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akandilaksanakan. Contohnya, A bersetuju menjualkan komputernya kepada B, dan B berjanji akan

    membayar RM 1,500 apabila A menghantar komputer tersebut kepadanya. Janji kedua-dua pihakbelum dilaksanakan, tetapi akan dilaksanakan pada masa akan datang.

    (b) Balasan tersempurna pula adalah janji atau balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulusebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.

    Contohnya A berjanji akan memberikan hadiah RM 200 kepada sesiapa yang memulangkan

    kucingnya yang hilang. B menjumpai kucing tersebut dan memulangkannya kepada A. TindakanB memulangkan kucng tersebut adalah suatu balasan tersempurna di pihak B, manakala balasan

    di pihak A adalah dengan membayar wang hadiah RM 200 kepada B.

    (c) Manakala balasan lepas atau balasan lampau pula adalah balasan atau perbuatan yang sudahdilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat bagi membalas perbuatan yang

    telah dilakukan itu.

    Misalan, A menyelamatkan B daripada lemas di laut, B kemudiannya berjanji akan memberikan

    A RM 20,000 sebagai ganjaran. Perbuatan A menyelamatkan B daripada lemas merupakan

    balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum B membuat janjinya.

  • 7/30/2019 balasan 2

    3/6

    (d) Di bawah undang-undang Inggeris balasan lampau atau balasan lepas tidak diterima sebagaisuatu balasan yang sah . Namun begitu, terdapat pengecualian terhadap prinsip ini dimana, jikatindakan yang dilakukan oleh penerima janji itu pada asalnya adalah atas kehendak pembuat

    janji, maka ia akan menjadi balasan yang sah dan bernilai.

    Pernyataan ini boleh dirujuk pada Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 , menurut kehendakpembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuatsesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau

    penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

    Di sini perkataan telah menunjukkan bahawa walaupun sesuatu tindakan dilakukan sebelum

    sesuatu janji diucapkan tindakan itu boleh menjadi balasan yang sah jika ia dilakukan atas

    kehendak pembuat janji.

    Contoh pengecualian bagi balasan lampau atau lepas boleh dirujuk pada kes Lampleigh lwnBraithwaite (1615 ) 4 dimana, Braithwaite dituduh membunuh seorang lelaki dan meminta

    bantuan Lampleigh untuk mendapatkanny pengampunan daripada Raja. Lampleigh denganbersusah payah melaksanakan permintaan tersebut, Braithwaite dibebaskan dan berjanji untuk

    membayar Lampleigh 100 atas usahanya itu, yang mana tidak dipenuhinya. Lampleighmendakwa terdapat kontrak atas perjanjian tersebut. Beliau berjaya, mahkamah memutuskan

    terdapat kontrak yang sah walaupun balasan tersebut adalah balasan lepas, dimana bantuan atau

    perkhidmatan itu dilakukan atas kehendak pembuat janji. Walaupun harga bayaran tidak disebutpada masa perjanjian, ianya adalah jelas kepada kedua-dua pihak terdapat pembayaran yang

    akan dilakukan.

    HURAIAN BENTUK-BENTUK BALASAN

    (a)BALASAN MESTILAH BALASAN YANG SAH

    Mahkamah tidak akan membenarkan sebarang tindakan diambil, jika kontrak dibuat berasaskan

    balasan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral. Ini adalah berdasarkan peraturan exturpi causa non oritur actio, dengan kata lain bermaksud, tindakan tidak akan diambil jikakontrak dibuat atas alasan yang keji dan tidak bermoral.

    Kenyataan ini boleh dirujuk pada Seksyen 25 Akta Kontrak 1950, yang memperuntukkan,

    perjanjian batal, jika balasan atau tujuan tak sah sebahagiannya. Iaitu jika mana-mana

    bahagian sesuatu balasan untuk satu atau lebih tujuan, atau satu atau sebahagian dari satu dari

    beberapa balasan untuk satu tujuan, adalah tak sah di sisi undang-undang, maka perjanjian itu

    adalah batal.

    Contohnya, perjanjian dengan juruelektrik yang tidak berlesen adalah tidak sah, dimanaseseorang yang mempraktikkan kemahiran elektrikal tanpa lesen boleh didakwa di sisi undang-

    undang.

  • 7/30/2019 balasan 2

    4/6

    (b)BALASAN TIDAK SEMESTINYA DATANG DARIPADA PENERIMA JANJI

    Di bawah undang-undang Malaysia, balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji. Ini

    adalah bertentangan dengan undang-undang Inggeris di mana balasan mesti datang daripada

    penerima janji itu sahaja dan bukannya daripada orang lain. Ini berdasarkan priviti kontrak yang

    menyatakan bahawa, seseorang yang tidak terlibat di dalam kontrak tidak mempunyai hak untukmendakwa atau menguatkuasakan kontrak tersebut. Menurut Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950,yang menyebut, menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau

    telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat

    sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji

    itu.

    Perkataan siapa sahaja menunjukkan bahawa balasan bukan sahaja boleh diberi oleh penerima

    janji, tetapi boleh juga diberi oleh sesiapa sahaja walaupun pihak tersebut tidak terlibat di dalam

    kontrak tersebut 5.

    (c) KEBERPADAAN BALASAN

    Di sisi undang-undang sesuatu balasan itu mestilah bernilai tetapi ia tidak semestinya berpada.

    Merujuk kepada Huraian 2 Seksyen 26Akta Kontrak, Sesuatu perjanjian dimana persetujuanpembuat janji diberi secara bebas tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak

    memadai; tetapi mahkamah boleh mempertimbangkan persoalan samada ketakberpadaan

    balasan itu diberi oleh pembuat janji secara bebas atau sebaliknya.Jika balasan diberi secara

    bebas, maka kecukupan balasan itu tidak penting kepada kewujudan kontrak yang mengikat . 6,7

    PENGECUALIAN UMUM ELEMEN BALASAN

    Seksyen 26 Akta Kontrak mengatakan, perjanjian tanpa balasan adalah batal, tetapi terdapatpengecualian dimana, walaupun sesuatu janji itu dibuat tanpa balasan ianya tetap sah dan bolehdikuatkuasakan jika,

    a) Perjanjian dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak ada hubungan karibboleh mewujudkan suatu perjanjian yang sah, jika dibuat secara bertulis dan didaftarkan jika ada

    undang-undang yang menghendakinya berbuat demikian.

    Misalan Seksyen 26 (a) Akta Kontrak 1950, A kerana kasih sayang semulajadi, berjanjimemberi kepada anak lelakinya B Rm 1,000. A menyatakan janjinya kepada B secara bertulis

    dan mendaftarkannya menurut undang-undang berkuatkuasa pada masa itu untuk mendaftarkan

    dokumen sedemikian. Ini adalah suatu kontrak8.

  • 7/30/2019 balasan 2

    5/6

    b) Janji untuk memampas, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, seseorang yang telah

    melakukan sesuatu perbuatan secara sukarela, atau melakukan sesuatu yang pembuat janji bolehdipaksa di sisi undang-undang untuk membuat.

    i. Satu janji untuk memberikan ganjaran atas perbuatan sukarela yang telah

    dilakukan oleh penerima janji

    ii. Pembayaran kembali perbelanjaan yang telah ditanggung oleh penerima janji. Dimana ia

    merupakan perkara-perkara yang menjadi tanggungan pembuat janji dari sudut undang-undang seperti nafkah kepada anak-anak, saman, hutang yang telah luput tarikh, cukai

    kepadakerajaan dan seumpamanya.

    3. Perjanjian untuk membayar hutang yang telah luput had masa menurut Seksyen

    26(c) Akta Kontrak, had masa merujuk kepada tempoh yang membolehkan seseorang

    mengambil tindakan undang-undang sivil

    c) Janji untuk membayar suatu hutang yang dibatas oleh status tetap sah walaupun dibuat tanpabalasan.

    Hutang yang dibatasi status adalah hutang yang tidak boleh dituntut melalui tindakan undang-

    undang disebabkan oleh luputnya tempoh masa pembayaran hutang dimana biasanya ia dikiraenam tahun dari semasa kuasa tindakan itu timbul, ia lazimannya dikira dari saat berlakunya

    kemungkaran kontrak.

    Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut sekiranya tempoh enam tahun itu telah berakhir,

    melainkan pihak penghutang telah membuat suatu perjanjian baru untuk membayar hutang yang

    dibatasi status itu dan janji tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani orang yang

    menanggungnya, atau oleh ejennya yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.

    Misalan (e) Seksyen 26 Akta Kontrak, A berhutang Rm 1,000 kepada B, tetapi hutang itudihalang oleh had masa. A menandatangi satu perjanjian memberikan B Rm 500.00 sebagai

    bayaran hutang tersebut. Ada kontrak terbentuk dan si penghutang/pejanji boleh dituntut atas

    janji barunya

    1) Pollock on Contracts 1946. London: Steven & Sons Ltd., Edisi 12, hlm. 133.2) LR 10 Ex 153; (1875-76) LR 1 App Cas 554

    3) Roscorla lwn Thomas (1842) 3 QB 234 dimana, umumnya balasan lampau tidak dianggap sebagai balasan yang memadaikecuali ia dilakukan atas kehendak pembuat janji.

    4) EWHC KB J 17, (1615) Hobart 105, 80 ER 2555) Venkata Chinnaya lwn Verikatara Ma`ya (1881), Plaintif bersetuju membayar anuiti berjumlah Rs653 kepada adik-adiknya

    tanpa balasan, ibunya memberikan sebidang tanah di atas pembayaran anuiti tersebut.6. MaconWorks & Trading Sdn Bhd lwn Phang Hon Chin & Anor (1976) , bayaran sebanyak RM 1.00

    sebagai opsyen pembelian sebidang tanah adalah mencukupi7. Chappel & Co. Ltd lwn Nestle Co. Ltd (1960) AC House Of Lords, dimana rekod gramophone liriklagu dibalas dengan 1, 6 syiling dan 3 keping pembalut coklat.8. Tan Soh Sim, Chan Law Keong & Ors lwn Tan Saw Keong & Ors (1951), mengenai isu hubungan rapat antara

    anak-anak angkat lelaki dengan ibu angkat mereka.

    http://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/KB/1615/J17.htmlhttp://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/KB/1615/J17.htmlhttp://www.bailii.org/ew/cases/EWHC/KB/1615/J17.html
  • 7/30/2019 balasan 2

    6/6