mohammed khafidz bin mohamad ishak dan rabiah bt sabri

33
1 Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri [ Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-012-0048-2011 (Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS) ] [10 Ramadhan 1435H bersamaan 8 Julai 2013] Undang-undang Keluarga Islam – Daftar Nikah Poligami – Sama ada pernikahan Menggunakan Wali Hakim atau Wali Nasab – Subseksyen 23 (2) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Arahan Amalan - Permohonan pengesahan nikah berkaitan dengan poligami - Arahan Amalan No 4 Tahun 2007. Fakta Kes [1] Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak (Pemohon 1) dan Rabiah Bt Sabri (Pemohon 2) telah bernikah pada 27hb. Januari 2011 di Wilayah Songkhla, Thailand. Pemohon-pemohon menyatakan bahawa pernikahan tersebut telah diwalikan oleh Wali Hakim yang bernama Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf. Walau bagaimanapun, abang Pemohon 2 selaku wali nasab Pemohon 2 turut berada di dalam Majlis Pernikahan tersebut. [2] Sebelum pernikahan tersebut, Pemohon 1 telah mempunyai seorang isteri yang bernama Noorlin Bt Maaulot dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Manakala, hasil perkahwinan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pula masih belum memperolehi cahaya mata.

Upload: nguyendat

Post on 14-Jan-2017

314 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

1

Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak

dan

Rabiah Bt Sabri

[ Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-012-0048-2011

(Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS) ]

[10 Ramadhan 1435H bersamaan 8 Julai 2013]

Undang-undang Keluarga Islam – Daftar Nikah Poligami – Sama ada pernikahan

Menggunakan Wali Hakim atau Wali Nasab – Subseksyen 23 (2) Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Arahan Amalan - Permohonan pengesahan nikah berkaitan dengan poligami - Arahan

Amalan No 4 Tahun 2007.

Fakta Kes

[1] Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak (Pemohon 1) dan Rabiah Bt Sabri

(Pemohon 2) telah bernikah pada 27hb. Januari 2011 di Wilayah Songkhla,

Thailand. Pemohon-pemohon menyatakan bahawa pernikahan tersebut telah

diwalikan oleh Wali Hakim yang bernama Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf.

Walau bagaimanapun, abang Pemohon 2 selaku wali nasab Pemohon 2 turut

berada di dalam Majlis Pernikahan tersebut.

[2] Sebelum pernikahan tersebut, Pemohon 1 telah mempunyai seorang isteri yang

bernama Noorlin Bt Maaulot dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Manakala, hasil perkahwinan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pula masih belum

memperolehi cahaya mata.

Page 2: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

2

[3] Pemohon-pemohon telah memperolehi Surat Pengesahan Catatan Keterangan

Nikah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand dan juga

pengesahan daripada konsulat Malaysia di Songkhla. Kemudiannya, pemohon-

pemohon telah membuat permohonan di Mahkamah ini bagi mengesahkan

pernikahan tersebut.

Diputuskan

Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pindaan dan Afidavit Tambahan Pemohon 1

dan Pemohon 2 yang bertarikh 22hb. Disember 2011, Afidavit Keterangan Saksi

bertarikh 12hb. Disember 2012 dan setelah mendengar keterangan – keterangan lisan

pihak-pihak serta setelah meneliti dokumen-dokumen yang telah difailkan, maka

Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :

1) Mahkamah menolak permohonan Pemohon 1 dan Pemohon 2 berdasarkan

peruntukan seksyen 23 (2) EUUKIS 2003.

2) Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan di antara Pemohon 1 dan 2 yang

diakadnikahkan pada 27hb. Januari 2011, di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla,

Thailand adalah tidak sah mengikut Hukum Syarak.

3) Mahkamah memerintahkan agar pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2

difaraqkan mulai dari hari ini.

Peguam Syarie

Pemohon-pemohon : diwakili oleh Puan Herlina Binti Ahmad Basri dari Tetuan

Khairuddin Lina Leong & Co.

Page 3: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

3

Surah al-Quran yang dirujuk

1. Surah al-Ahzab, ayat 37.

2. Surah al-Baqarah, ayat 282.

3. Surah al-Nur, ayat 33.

Kitab - kitab yang dirujuk

1. Dr. Wahbah al-Zuhaily. 1989. Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Jilid 7, Cet. Ketiga,

Beirut : Dar al-Fikr.

2. Imam Al-Syirazi, Al-Muhazzab, Jilid 5, Dar Al-Qalam : Damsyik Syria.

3. Al-Alim ‘Allamah As-Syeikh Zainuddin Al-Malibariy, Fathul Mu’in. Maktabah Wa

Matba’ah Dar Al-Ma’arib.

4. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj,

Jilid 5. Dar Al-Kitab sal-Ilmiah.

5. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi

Syuja’, Jilid 2, Dar Al-Kitab Al-Ilmiah.

6. Sayyid Sabiq. 1999. Fiqh Al-Sunnah, Jilid 2 & 4. Kaherah : Dar Al-Fath lil- I’lam

Al-‘Arabi.

7. Dr. Musthafa al-Khin, Dr. Musthafa al-Bugha dan ‘ali al-Syarbaji. 1421H/2000M. al-Fiqh

al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafie, keluaran ke-4. Jilid 2.

Undang - undang yang dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 – seksyen 61.

2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 - seksyen 4, 11, 23,

115 dan 114.

Page 4: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

4

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2003 seksyen 17,

57(a)(iii), 61(1)(e), 72, 73

4. Arahan Amalan No. 4 Tahun 2007, No. 14 Tahun 2006, No. 8 Tahun 2001.

Kes - kes yang dirujuk

1. Saad Bin Syafie lwn. Sarimah Binti Saad & Seorang Lagi, JH IX (2), hlm. 204.

2. Zainal Abidin Bin Mohamed lwn. Norziah Binti Mohd Nor, JH 12 (1), hlm. 96-97

Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS.

[4] Terdapat tiga (3) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat

keputusan bagi kes ini iaitu :

a. Sama ada Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan

memutuskan kes ini;

b. Sama ada pernikahan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb. Januari 2011 di

Wilayah Songkhla, Thaildand adalah sah di sisi Hukum Syarak.

c. Sama ada pernikahan tersebut diwalikan oleh Wali Hakim ataupun Wali

Nasab.

Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah

[5] Secara ringkasnya, bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes Mal

termasuk Permohonan Pendaftaran Nikah Poligami berdasarkan kuasa yang

diberikan oleh Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor)

2003 [EPAINS] yang memperuntukkan seperti berikut :

Page 5: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

5

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan

memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua

pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang

Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan

dengan-

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian,

pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau

pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang

berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;

(ii) …………………………

(xiii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya

bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang

bertulis.

[6] Dalam kuasa Mahkamah mengeluarkan perintah pendaftaran nikah poligami tanpa

kebenaran Mahkamah telah dinyatakan dengan jelas di dalam Seksyen 23 (1) dan

(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS

2003] yang menyatakan seperti berikut:

23 (1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu

perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih

dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah

perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di

bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini

Page 6: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

6

melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan

sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah

telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk

kepada seksyen 124.

[7] Seterusnya bidangkuasa ini diperincikan lagi oleh Arahan Amalan No 14 Tahun

2006 yang mengesahkan bahawa :

"Bidangkuasa membicarakan kes poligami dan pengisytiharan

peruntukan dan pembahagian harta sepencarian dan perkara-

perkara lain yang berkaitan di bawah Seksyen 23

Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-

Negeri hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.”

[8] Dari sudut pemastautinan pula, kedua-dua Pemohon ini tinggal di dalam negeri

Selangor. Sebagaimana dinyatakan di dalam Affidavit Pemohon 1 yang

menyatakan alamat tempat tinggal Pemohon 1 iaitu di No. 2A, Jalan Bukit

Mewah 9/3, Taman Bukit Mewah, Fasa 9, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Darul Ehsan. Manakala alamat Pemohon 2 sepertimana yang telah dinyatakan di

dalam Affidavit Pemohon 2 iaitu yang beralamat di No.4, Jalan 3/6E, Seksyen 3,

Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini

mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan permohonan ini

berdasarkan Seksyen 4 EUUKIS 2003 yang memperuntukan bahawa :

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya,

Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam

Negeri Selangor dan bagi semua Orang Islam yang bermastautin

dalam negeri selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.

[9] Oleh itu, Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk

mendengar, membicarakan dan memutuskan kes permohonan ini.

Page 7: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

7

Isu Kedua : Sama ada pernikahan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb. Januari 2011 di

Wilayah Songkhla, Thaildand adalah sah di sisi Hukum Syarak.

[10] Di dalam kitab al-Muhazzab karangan Imam al-Syirazi, jilid 5 halaman 543 cetakan Dar

al-Qalam Damsyik Syria ada menyebut :

نكحتها : ال يسمع حىت يقول : فقد قال الشافعي رمحه اهللا تعاىل : إن كان املدعي نكاحا و

.بويل وشاهدين ، ورضاها

Bermaksud :

“Jika sekiranya ia mendakwa bahawa dia sudah berkahwin, maka kata

Imam al-Syafie : tidak boleh diterima sehingga ia mengatakan: “Aku

telah berkahwin dengan Fulanah binti Fulan dengan berwalikan

bapanya atau sebagainya dan dua orang saksi nikah serta kerelaan

perempuan tersebut.”

[11] Merujuk didalam kitab Fathul Muin karangan al-Alim ‘Allamah al-Syeikh Zainuddin

al-Malibariy, hlm 143, cetakan Maktabah wa Matba’ah Dar al-Ma’arib Pulau Pinang ada

menyebut :

ويف الدعوى بنكاح على إمرأة ذكر صحته وشروطه من حنو ويل وشاهدين عدول ورضاها إن

. غري جمربة فال يكفي فيه اإلطالق شرط بأن كانت

Bermaksud :

“Dan dakwaan mengenai pernikahan dengan seorang perempuan,

disyaratkan pihak pemohon menyebut bahawa akad pernikahan itu

diyakini sah serta disyaratkan juga pihak pemohon menyebut syarat sah

nikahnya seperti seorang wali, dua orang saksi lelaki yang adil dan juga

Page 8: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

8

keredhaan hati si perempuan (iaitu perempuan yang bukan al-Bikru (anak

dara sunti) adapun anak dara, wali mujbir boleh menikahkan anak

perempuannya tanpa keizinan daripada perempuan tersebut) maka tidak

cukup dakwaan pernikahan dengan seorang perempuan hanya sekadar

secara mutlak (tidak terperinci sebagaimana yang tersebut)”.

[12] Dari sudut undang-undang, Seksyen 11 EUUKIS 2003 ada memperuntukkan bahawa :

Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua

syarat yang perlu, ‘menurut hukum syarak’, untuk menjadikannya

sah.

[13] Seksyen di atas mensyaratkan sesuatu perkahwinan itu hendaklah sah menurut Hukum

Syara’, barulah ianya diiktiraf berdasarkan undang-undang. Perkara ini juga diterangkan

sepertimana nukilan oleh Al-Syarbini Al-Khatib dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj Ila

Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5, hlm. 226, telah menggariskan rukun nikah

seperti berikut :

صيغة ، وزوجة ، وشاهدان ، وزوج ، وويل : فصل يف أركان النكاح وغريها وأركانه مخسة

Bermaksud :

“Fasal pada membicarakan tentang rukun nikah dan lain-lain. Rukun

nikah itu ada lima iaitu sighah, isteri, dua orang saksi lelaki, suami dan

wali”.

[14] Ditegaskan juga oleh di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji , juz 4, hlm. 55, bahawa :

.صيغة، وزوجة، وزوج، وويل، وشاهدان: وهي : للنكاح أركان مخسة

Bermaksud :

“Nikah mempunyai lima rukun iaitu : lafaz, isteri, suami, wali, dua orang

saksi.”

Page 9: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

9

[15] Justeru itu, kesemua rukun nikah dalam pernikahan ini akan diteliti di samping

pembuktian yang dikemukakan oleh Pemohon-pemohon kepada Mahkamah akan

dipertimbangkan dalam menentukan keesahannya mengikut Hukum Syarak sebelum

pengiktirafan perundangan diberikan.

[16] Hendaklah difahami juga bahawa jika Pemohon-pemohon inginkan sesuatu perintah atau

penghakiman terhadap permohonan mereka, maka mereka hendaklah mengemukakan

bukti yang mereka berhak terhadap permohonan tersebut. Ianya selari dengan kaedah fiqh

yang berbunyi :

"البينة على املدعى واليمني على من انكر "

Bermaksud :

”Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar”.

[17] Kesemua rukun nikah yang dinyatakan mestilah dibuktikan sepertimana kehendak

kehendak peruntukan seksyen 72 dan 73 Enakmen Keterangan Mahkamah

Syariah (Negeri Selangor) 2003 [EKMS 2003] iaitu :

Seksyen 72

Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal

terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu

fakta (Al-Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk

menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (Al-Muda’a ‘Alaih).

Seksyen 73

(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah

memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan

di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta

Page 10: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

10

yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu

wujud.

(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa

fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada

orang itu.

Rukun Pertama : Pengantin Lelaki (Suami).

[18] Merujuk kepada perenggan ketiga Afidavit Pemohon 2 telah menjelaskan bahawa

Pemohon 2 telah bernikah dengan Pemohon 1 yang bernama Mohammed Khafidz

Bin Mohamad Ishak pada 27hb. Januari 2011 di Wilayah Songkhla, Thailand.

[19] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada Ekshibit bertanda “RS-3” yang

dilampirkan bersama Afidavit Pemohon 2 iaitu dokumen Catatan Keterangan

Nikah yang jelas menyatakan nama Pemohon 1 sebagai Pengantin Lelaki di dalam

Pernikahan tersebut.

[20] Bagi menentukan rukun nikah yang pertama ini, Mahkamah merujuk syarat-syarat

berkaitan dengan pengantin lelaki yang dikemukakan di dalam kitab Al-Iqna’ Fi

al-Faz Abi Syuja’, jilid 2, hlm. 246, iaitu :

القول يف شروط الزوج ومما تركه من األركان أيضا الزوج وشرط فيه حل واختيار وتعيني وعلم

حبل املرأة له فال يصح نكاح حمرم ولو بوكيل للخرب السابق وال مكره وغريه معني كالبيع وال

من جهل حلها له احتياطا لعقد النكاح

Bermaksud :

“Pernyataan dalam syarat-syarat suami dan perkara yang tidak

dinyatakan (oleh pengarang-Abi Syuja’) daripada rukun-rukun

Page 11: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

11

nikah mengenai suami : dan syarat pada suami itu hendaklah ia

halal berkahwin, sukarela, dan tertentu, dan mengetahui tentang

halalnya perempuan yang dinikahinya. Justeru tidak sah nikah

suami yang dalam ihram walaupun melalui perantaraan wakil

berdasarkan kepada hadith yang lalu, dan tidak sah nikah suami

yang dipaksa, dan tidak ditentukan berdasarkan kepada qiyas atas

hukum jual beli dan tidak sah nikah suami yang tidak mengetahui

halalnya perempuan yang dinikahinya atas dasar berihtiyat

(berwaspada) dalam melakukan akad nikah”.

[21] Mahkamah juga selain itu merujuk kepada Afidavit Keterangan Saksi pernikahan

yang bernama Hj. Ismail Bin Hj. Mohd Daud bertarikh 12 Disember 2012 di

perenggan 1 yang mengakui telah menyaksikan pernikahan di antara Pemohon 1

dan juga Pemohon 2.

[22] Berdasarkan keterangan Pemohon 1 di dalam Afidavit permohonan pindaannya

yang telah diangkat sumpah pada 22hb. Disember 2011 disamping keterangan

dokumentar dari Catatan Keterangan Nikah dan juga melalui Afidavit Keterangan

Saksi, maka Mahkamah ini berpuashati bahawa Pemohon 1 adalah pengantin

lelaki (suami) semasa majlis pernikahan yang berlangsung pada 27hb. Januari

2011 di samping beliau sendiri yang melafazkan qabul pernikahan tersebut.

Rukun Kedua : Pengantin Perempuan (Isteri)

[23] Pemohon 1 di dalam Afidavit permohonan pindaannya juga menyatakan

maklumat yang sama sepertimana Pemohon 2 berhubungan dengan nama

pasangan pengantin perempuan iaitu Rabiah Binti Sabri serta Catatan Keterangan

Nikah sebagai bukti pernikahan mereka . Semasa bernikah dengan Permohon 1,

status Pemohon 2 adalah seorang janda yang telah bercerai pada 19hb. Julai 2010

dan perkara ini disokong oleh keterangan Pemohon 1 di dalam perbicaraan

Page 12: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

12

bertarikh 23hb. Mei 2011 dan juga keterangan Pemohon 2 yang disokong dengan

salinan dokumen Surat Perakuan Cerai yang difailkan di dalam perbicaraan

bertarikh 6hb. November 2013.

[24] Berdasarkan kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid. 5, hlm. 234 menerangkan rukun

nikah berkaitan dengan “isteri” seperti berikut:

الزوجة ، ويشتـرط فيها خلوها من الموانع اآليت بـيانـها يف باب حمرمات النكاح إن شاء …

ن الزوجني ويشتـرط تـعيني كل م -تـعاىل -الله

Bermaksud :

“.... isteri, disyaratkan padanya hendaklah dia bebas daripada

sebarang halangan berkahwin yang akan diterangkan dalam bab

perempuan yang diharamkan berkahwin- Insya-Allah, dan

disyaratkan supaya ditentukan setiap daripada suami dan isteri

itu.”

[25] Oleh itu, berdasarkan pengamatan Mahkamah, ketika pernikahan ini berlangsung,

Pemohon 2 adalah berstatus janda yang telah melepasi tempoh iddahnya dan tidak

mempunyai halangan untuk berkahwin dengan Pemohon 1. Maka, Mahkamah ini

berpuashati dengan keterangan Pemohon 2 di dalam Mahkamah bertarikh 6hb.

November 2013 di samping sokongan daripada salinan dokumen Surat Perakuan

Cerai No. Siri : 013192.

Rukun Ketiga : Saksi

[26] Pemohon 1 dan Pemohon 2 di dalam perenggan 7 Affidavit permohonan pindaan

mereka menyatakan bahawa saksi yang mengesahkan pernikahan mereka adalah

Hj. Yusuf Sensem Bin Aiyub dan Hj. Ismail Awang Bin Hj. Mohd Daud yang

Page 13: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

13

berwarganegara Thailand. Nama saksi-saksi ini sepertimana yang tertera pada

dokumen Catatan Keterangan Nikah yang telah dilampirkan sebagai Ekshibit di

dalam Afidavit permohonan pindaan Pemohon-pemohon.

[27] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada Afidavit Keterangan Saksi bernama

Hj. Ismail Awang Bin Hj. Mohd Daud yang telah diangkat sumpah di Pejabat

Konsulat Malaysia di Songkhla Thailand bertarikh 12hb. Disember 2012 di

perenggan 3 yang mana saksi ini telah mengakui telah hadir dan menyaksikan

majlis pernikahan Pemohon 1 dan Pemohon 2 yang telah dijalankan mengikut

ajaran agama Islam.

[28] Isu mengenai saksi diterangkan dalam kitab Fiqh al-Manhaji, jilid 2, hlm. 66-67,

ada menyebut matan hadis Rasullullah S.A.W. yang berbunyi:

وماكان غري ذلك فهو باطل, ال نكاح اال بويل وشاهدي عدل

Bermaksud :

“Tidak sah nikah kecuali dengan wali dan dua orang saksi yang

adil, apapun rupa nikah selain memakai wali dan dua saksi yang

adil pasti batal.”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)

[29] Syarat menjadi saksi turut dijelaskan dalam kitab Fiqh Sunnah. Sayyid Sabiq,

Juzu’ 2, hlm. 38, Kaherah : al-Fath li al-I’lam al-‘Arabiy :

Bermaksud :

Page 14: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

14

“Apa yang disyaratkan ke atas saksi : adalah berakal sihat,

dewasa dan mendengar lafaz dari kedua-dua pihak yang beraqad

dan memahami bahawa ucapan-ucapan itu maksudnya adalah

sebagai ijab qabul perkahwinan.”

[30] Maka berdasarkan penelitian, Mahkamah berpuashati bahawa rukun nikah

mengenai dua orang saksi dalam pernikahan tersebut adalah memenuhi kehendak

Hukum Syarak.

Rukun Keempat : Sighah

[31] Berdasarkan keterangan lisan Pemohon 1 di dalam perbicaraan bertarikh 6hb.

November 2013 telah menyatakan lafaz ijab dilakukan oleh Wali Hakim

(jurunikah) yang berbunyi “Aku nikahkan dikau dengan Rabiah Binti Sabri

dengan berwali hakim dengan mas kahwin RM200.00 tunai”. Manakala qabul

Pemohon 1 adalah seperti berikut “Aku terima nikah Rabiah Binti Sabri dengan

mas kahwinnya RM200.00 tunai”. Lafaz qabul ini juga selari dengan keterangan

Pemohon 1 di perenggan 8 Afidavit permohonan pindaannya bertarikh 22hb.

Disember 2011.

[32] Mahkamah mendapati bahawa kenyataan Pemohon 1 berkenaan lafaz ijab dan

qabul ini juga selari dengan kenyataan lisan Wali Nasab Pemohon 2 iaitu saudara

kandung lelaki Pemohon 2 yang bernama Anuar Bin Sabri di dalam perbicaraan

bertarikh 6hb. November 2013.

[33] Mengenai lafaz aqad yang dipersetujui oleh para fuqaha’ untuk perkahwinan ialah

“Aku Nikahkan” dan “Aku Kahwinkan”. Penerimaan kedua-dua perkataan ini

sebagai lafaz aqad nikah disebabkan perkataan tersebut telah didatangkan sendiri

oleh Al-Quran seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab, ayat 37 yang

berbunyi:

Page 15: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

15

$yγs3≈ oΨ ô_ρy—... ∩⊂∠∪...

Bermaksud : “...Kami kahwinkan engkau dengannya...”

[34] Merujuk kitab Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5,

hlm. 226, mengenai “sighah” sepertimana berikut :

ا يصح النكاح بإجياب ، وهو ( وقـبول ( ابـنيت مثال إخل ) زوجتك أو أنكحتك ( قـول الويل ) إمن

ين ها إخل ، وحذف المصنف مفعول هذ ) أو نكحت ( ها ) بأن يـقول الزوج تـزوجت (وهو )

ة النكاح لما يشري إليه قـوله ).أو قبلت نكاحها ( الفعلني مع أنه ال بد منه يف صح

Bermaksud :

“Sesungguhnya sah nikah itu dengan ijab iaitu perkataan wali “aku

nikahkan engkau” dengan anak perempuanku sebagai contoh.., dan

qabul iaitu dengan perkataan suami aku nikahi (nya), adapun

pengarang sengaja tidak menyebutkan ‘maf’ul’ (objek) bagi kata

kerja ini, padahal ia hendaklah disebutkan bagi menjadikan nikah

sah berdasarkan isyarat yang ditunjukkan dalam katanya, yakni,

atau “aku terima nikahnya”.

[35] Berdasarkan keterangan Pemohon 1 dan keterangan Wali Nasab Pemohon 2,

Mahkamah ini berpuashati bahawa pernikahan tersebut telah memenuhi rukun

sighah iaitu ijab dan qabul seperti mana yang dinyatakan sebelum ini.

Page 16: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

16

Keterangan Dokumentar.

[36] Selain keterangan saksi secara Afidavit, Pemohon 1 dan 2 juga ada

mengemukakan beberapa keterangan dokumentar. Dalil yang menunjukkan

bahawa dokumentar sebagai satu keterangan yang membuktikan ketulenan satu-

satu kes, adalah berdasarkan firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah, ayat

282 :

$y㕃 r' ¯≈ tƒ š Ï% ©!$# (#þθ ãΖtΒ#u #sŒÎ) ΛäΖtƒ#y‰s? Aø y‰Î/ #’n< Î) 9≅y_r& ‘wΚ |¡ •Β

çνθ ç7 çFò2 $$sù 4

Bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah

secara tidak tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu

menulisnya.

.

[37] Selain itu, Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah al-Nur, ayat 33 :

t Ï% ©!$#uρ tβθ äótG ö6 tƒ |=≈ tG Å3 ø9$# $£ϑ ÏΒ ôMs3 n=tΒ öΝ ä3 ãΖ≈ yϑ ÷ƒ r& öΝèδθ ç7 Ï?% s3 sù ÷β Î) öΝ çG ôϑ Î=tæ

öΝ Íκ� Ïù #Z�ö�yz (

Bermaksud :

Dan budak-budak (hamba) yang kamu miliki yang menginginkan

perjanjian hendaklah kamu tuliskan perjanjian mereka, jika kamu

mengetahui ada kebaikan kepada mereka.

Page 17: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

17

[38] Mahkamah juga merujuk Kitab Majallah al-Ahkam ‘Adliah, Madah 69 yang

memperuntukkan bahawa tulisan adalah salah satu cara pembuktian sebagaimana

berikut :

الكتاب كاخلطاب

Bermaksud : Tulisan itu seperti percakapan.

[39] Pembuktian dengan dokumentar adalah tidak bercanggah dengan Hukum Syarak

sebagaimana yang telah ditegaskan di dalam Kitab Bughyah al-Murtarsyidin

karangan al-Saiyyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu al-Husain, hlm. 341

menyebut:

وحكي عن احلسن وسوار القاضي وعبد اهللا العنربي أن للقاضي إذا كان يعرف خط الكاتب وختمه، له أن يقبله

Bermaksud :

Pandangan ini dipetik daripada Imam Hassan dan Shuwar al-

Qadhi dan Abdullah al-Anbariy, mereka berpendapat bahawa

seorang Qadhi boleh menerima pembuktian dokumentar sekira ia

kenal tulisan dan cop rasmi di dalam dokumen tersebut.

[40] Di dalam permohonan ini, Mahkamah turut mengambil kira keterangan

dokumentar yang dikemukakan oleh Defendan 1 dan 2 Iaitu :

i. Catatan Keterangan Nikah Khusus Dengan Kadhi Syar’i

Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, No. 906. Ekshibit

bertanda “KH-3” dalam Afidavit permohonan pindaan

Pemohon 1.

ii. Surat Mengesahkan Pernikahan daripada Majlis Agama Islam

Wilayah Songkhla kepada Konsulat Jeneral Malaysia

Songkhla, Ekshibit bertanda “KH-5” dalam Afidavit

Page 18: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

18

permohonan pindaan Pemohon 1.

iii. Surat Pengesahan Perkahwinan di Selatan Thailand yang

dikeluarkan oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia kepada

Tuan Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam bertarikh

27 Januari 2011, Ekshibit bertanda “KH-5” dalam Afidavit

permohonan pindaan Pemohon 1.

Persoalan yang timbul, adakah surat-surat dan sijil tersebut boleh

diterima sebagai satu pembuktian di Mahkamah?

[41] Bagi mengulas isu ini, Mahkamah merujuk peruntukan seksyen 57(a)(iii)

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [EKMSS 2003]

yang mana ada menjelaskan berkaitan dokumen awam seperti berikut :

Dokumen yang berikut ialah dokumen awam –

(a) Dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan

(i) kuasa pemerintah berdaulat;

(ii) badan rasmi dan tribunal; dan

(iii) pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama

ada bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi negara asing;

[42] Adalah jelas bahawa jika dirujuk berdasarkan peruntukan di atas, dokumen

Catatan Keterangan Nikah Khusus Dengan Kadhi Syar’i Majlis Agama Islam

Wilayah Songkhla dan Surat Mengesahkan Pernikahan daripada Majlis Agama

Islam Wilayah Songkhla kepada Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla boleh

dikategorikan sebagai dokumen awam walaupun dikeluarkan oleh sebuah badan

dan kementerian di negara asing kerana ia adalah berkaitan rekod dan daftar yang

disimpan berkaitan pernikahan orang-orang Islam yang dijalankan di sana. Namun

untuk Mahkamah menerima dokumen tersebut seterusnya memakainya

memerlukan dokumen itu diakui sah terlebih dahulu tentang kesahihan dokumen

Page 19: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

19

itu sendiri.

[43] Tatacara bagi pembuktian bagi dokumen rasmi tertentu seperti pembuktian bagi

dokumen awam negara asing hendaklah dibuktikan sepertimana dikehendaki di

dalam peruntukan seksyen 61(1)(e) EKMSS 2003 iaitu:

Dokumen awam daripada apa-apa jenis lain di sesuatu negara

asing, melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui

oleh penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang

dimeterai dengan meterai notari awam atau pegawai konsul

Malaysia bahawa salinan itu diperakui dengan sewajarnya oleh

pegawai yang mempunyai jagaan yang sah ke atas dokuman asal

itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan mengikut undang-

undang negara asing itu.

[44] Adalah jelas bahawa pembuktian sesuatu dokumen rasmi negara asing hendaklah

mematuhi dan memenuhi dua (2) elemen berikut :

i. Dokumen itu boleh dikemukakan samada melalui dokumen asal

ataupun salinan diperakui oleh penyimpannya yang sah. Di dalam

permohonan ini ianya dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Agama

Islam Wilayah Narathiwat dan ianya adalah penyimpan yang sah.

ii. Bersama dokumen itu hendaklah disertakan suatu perakuan notari

awam atau perakuan pegawai Konsul Malaysia bahawa dokumen itu

telah diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang menjaganya.

[45] Di dalam permohonan ini satu dokumen yang dikemukakan kepada Mahkamah ini

iaitu Catatan Keterangan Nikah Khusus Dengan Kadhi Syar’i Majlis Agama

Islam Wilayah Songkhla, No. 906, yang telah diperakui oleh Konsulat Malaysia di

Songkhla melalui Pembantu Tadbir Konsulat Jeneral iaitu Rosminah Jemadi b/p

Konsul Jeneral yang telah mengesahkan bahawa dokumen itu adalah benar.

Page 20: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

20

[46] Selain itu, ia dikuatkan lagi dengan pengesahan secara bersurat oleh Konsulat

Jeneral Malaysia di Songkhla di atas tajuk surat iaitu Surat Pengesahan

Perkahwinan di Selatan Thailand oleh Konsulat Malaysia di Thailand yang mana

surat ini dikeluarkan pada 27hb. Januari 2011 dengan no. Rujukan

SR(073A)682Vol.II dan ditandatangani oleh Konsul Jeneral di sana iaitu melalui

Pembantu Tadbir Konsulat Jeneral iaitu Rosminah Jemadi b/p Konsul Jeneral.

Isu Ketiga : Sama ada pernikahan tersebut diwalikan oleh Wali Hakim atau Wali Nasab.

[47] Isu utama yang timbul di dalam permohonan ini adalah mengenai rukun nikah

berkaitan dengan wali yang mana rukun nikah ini merupakan rukun yang paling

asas dalam menilai keesahan sesuatu pernikahan. Perkara ini ditegaskan melalui

Hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan :

ال نكاح اال بويل

Bermaksud : “Tiada nikah tanpa wali”

(HR. Abu Daud 1785, Turmudzi 1101, dan Ibnu Majah 1870).

[48] Merujuk kitab Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu Jilid 7, Cet. Ketiga, hlm. 194 – 195

menyatakan bahawa :

Page 21: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

21

Bermaksud :

“Jumhur ulama’ berpendapat bahawa akad perkahwinan tidak sah

kecuali dengan wali. Perempuan tidak berhak mengahwinkan

dirinya sendiri dan mengahwinkan orang lain, dan tidak boleh

mewakilkan orang lain yang bukan walinya untuk mengahwinkan

dirinya. Jika dilakukan juga, maka perkahwinannya itu tidak sah

meskipun perempuan itu baligh, berakal dan matang, dan inilah

pendapat kebanyakan para sahabat seperti Ibnu Umar, Ali, Ibnu

Mas’ud, Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah dan ‘Aisyah r.a.”

[49] Dalam kitab Fiqh al-Sunnah karya Sayyid Sabiq, Juzu’ 2, hlm. 84 menyatakan

hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi :

Bermaksud :

“Dari ‘Aisyah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Mana-mana

perempuan yang menikahkan dirinya tanpa kebenaran walinya,

maka nikahnya batal, nikahnya batal. Jika suaminya telah

menyetubuhinya, maka dia berhak memperolehi maharnya, kerana

suaminya telah menganggap halal kehormatannya. Jika pihak wali

enggan menikahkannya, maka hakimlah yang bertindak sebagai

wali bagi seseorang yang tidak ada walinya.”

(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Tarmizi)

[50] Mahkamah merujuk perenggan 7 di dalam Afidavit permohonan pindaan

Pemohon 1 dan Pemohon 2 bertarikh 22hb. Disember 2011 dan juga keterangan

lisan Pemohon 1 dan Pemohon 2 di dalam perbicaraan bertarikh 6hb. November

2013 telah menyatakan bahawa wali pernikahan tersebut adalah menggunakan

Page 22: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

22

Wali Hakim iaitu seorang warganegara Thailand yang beragama Islam bernama

Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf.

[51] Hal ini juga selari dengan keterangan lisan Wali Nasab/Wali Akrab Pemohon 2

iaitu saudara kandung lelakinya yang bernama Anuar Bin Sabri di dalam

perbicaraan bertarikh 6hb. November 2013 yang mengakui pernikahan tersebut

telah menggunakan Wali Hakim yang bernama Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf

dan beliau turut menyatakan seperti berikut :

“Saya tidak jadi wali kepada Pemohon 2 sebab Majlis Agama

Islam Wilayah Songkhla yang uruskan”

[52] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada Afidavit Keterangan Saksi pernikahan

yang bernama Hj. Ismail Awang Bin Hj. Mohd Daud yang telah diangkat sumpah

di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla Thailand bertarikh 12hb. Disember

2012 yang menyatakan bahawa pernikahan tersebut telah diwalikan menggunakan

Wali Hakim iaitu Hj. Shafie Kayem Bin Hj. Manaf dan dinikahkan oleh Hj.

Shafie Kayem Bin Hj. Manaf merangkap jurunikah pasangan tersebut.

[53] Kenyataan berkenaan pernikahan tersebut yang menggunakan Wali Hakim turut

dinyatakan di dalam Surat Pengesahan Pernikahan yang dikeluarkan oleh Majlis

Agama Islam Wilayah Songkhla bertarikh 20hb. November 2013 yang

menyatakan di perenggan 3 seperti berikut :

“Pernikah ini diakad nikah saya yang bernama Hj. Shafie Kayem

Bin Hj. Manaf sebagai Naib Kadhi Syar-I Wilayah Songkhla

melalui wali hakim / wali am.”

[54] Isu utama yang berbangkit di dalam menentukan keesahan pernikahan dalam kes

ini ialah sama ada penggunaan Wali Hakim itu adalah sah di sisi Hukum Syarak

dengan adanya Wali Nasab / Wali Akrab di dalam majlis pernikahan.

Page 23: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

23

[55] Perpindahan wali daripada Wali Nasab kepada Wali Hakim juga tidak sepatutnya

wujud di dalam pernikahan tersebut kerana Mahkamah mendapati bahawa

sewaktu pernikahan tersebut berlangsung, Wali Nasab / Wali Akrab Pemohon 2

iaitu saudara lelaki kandungnya yang bernama Anuar Bin Sabri berada di dalam

majlis pernikahan tersebut. Mahkamah mendapati jarak diantara tempat Wali

Nasab berada sewaktu pernikahan itu berlangsung tidak melebihi dua marhalah

(lebih 90 kilometer) yang membolehkan penggunaan Wali Hakim.

[56] Berkaitan isu jarak di antara tempat majlis akad nikah dengan tempat wali nasab

berada ketika majlis pernikahan berlangsung, Mahkamah merujuk di dalam Kitab

Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz al-Minhaj, jilid 4, hlm. 272-273, ada

menyebut:

ا زوجه من فوقه من الوالة أو خليفته، وكما ال جيوز لواحد تويل الطرفني ال نكاح من ال ويل هل

.جيوز أن يوكل وكيال يف أحدمها أو وكيلني فيهما يف األصح

Bermaksud :

Sekiranya wali yang paling dekat sama ada wali itu secara nasab

atau memerdekakan tiada atau ghaib dalam lingkungan 2

marhalah dan tiada wakilnya hadir di tempat itu, atau jarak yang

jauh yang mengharuskan qasar sembahyang. Maka hak untuk

menikahkan seseorang wanita berpindah kepada pemerintah iaitu

Sultan di Negeri tempat wanita tersebut berada atau naibnya,

wanita tersebut tidak boleh diakadnikahkan oleh pemerintah di

Negeri yang lain dan tidak boleh diakadkan oleh wali ab’aad

(jauh) menurut pandangan Asah…

[57] Di dalam Kitab karangan al-Imam al-Imraniy, Al-Bayan fi Fiqh al-Imam al-

Shafi’i, jilid 9, hlm.152 ada menyebut:

Page 24: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

24

فإن كان على مسافة تقصر اليها الصالة جاز للسلطان تزوجيها ، ألن يف استئذانه مشقة

Bermaksud :

Sekiranya wali perempuan berada pada jarak yang mengharuskan

solat qasar maka harus bagi wali sultan menikahkan perempuan

tersebut, ini adalah disebabkan kesulitan meminta keizinan

daripada wali tersebut, dalam keadaan seperti ini maka wali itu

dikira sebagai wali yang hilang.

[58] Berdasarkan kepada beberapa rujukan muktabar yang lain, di antaranya Kitab

Bughyat al-Mustarsyidin, hlm. 238, mereka sekata membuat keputusan bahawa

kahwin lari itu adalah sah jika jarak di antara tempat tinggal wali nasab pengantin

perempuan dengan tempat berlangsungnya perkahwinan itu tidak kurang dua

marhalah, iaitu melebihi jarak 60 batu atau bersamaan 96 KM. Jika jaraknya

kurang dari itu maka hukum perkahwinan itu tidak sah. Mereka hendaklah

diakadkan semula oleh wali nasab yang masih ada.

[59] Berdasarkan Arahan Amalan No. 8 Tahun 2001 telah menggariskan bahawa

menerima pakai arahan berhubung pengesahan nikah di luar negara seumpama

perkahwinan yang dilakukan di Negara Thailand. Pengesahan nikah ini hendaklah

merujuk kepada Fatwa Negeri masing-masing yang telah diwartakan. Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Kali Ke 52 yang bersidang pada Jun 2002 telah membincangkan kahwin lari di

Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di

luar negara adalah sah dengan syarat:

1- Pernikahan itu mengikut rukun nikah.

2- Pernikahan itu melebihi dua Marhalah.

3- Tiada keputusan Mahkamah yang menghalang perempuan itu

berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.

Page 25: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

25

4- Pernikahan dilakukan oleh Wali Hakim yang diiktiraf oleh

wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah

berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

[60] Isu jarak yang membolehkan Pemohon 2 menggunakan wali hakim adalah dua (2)

marhalah. Kiraan dua marhalah ini telah diterangkan oleh Sheikh Azmi Bin

Ahmad di dalam kes Saad Bin Syafie lwn. Sarimah Binti Saad & Seorang Lagi,

JH IX (2), hlm. 204 :

Dua marhalah dalam Hukum Syarak ialah 58 batu @ 60 batu.

Manakala dalam peta itu menunjukkan kilometer. Jadi diubah

daripada 58 batu @ 60 batu kepada kilometer kira-kira ialah 58 x

8 ÷ 5 jadi jumlah 58 batu itu = 92.8 kilometer @ dikira 60 x 8 ÷ 5

= jadi jumlahnya 60 batu itu ialah 96 kilometer.

[61] Merujuk kepada penghakiman yang diputuskan oleh Y.A Tuan Hj. Ismail Bin

Yahya dalam Perkara Permohonan Rukman Bin Mustapha, JH XI (1), hlm. 44,

beliau menyatakan bahawa :

Di dalam persoalan ini, ada dua perkara, pertama wali am @ wali

hakim itu mestilah ada kuasa di dalam wilayah di mana akad

nikah itu dijalankan dan keduanya jarak di antara tempat akad

nikah dijalankan itu dari tempat wali nasab berada hendaklah

tidak kurang dari dua marhalah iaitu kira-kira 96 kilometer.

[62] Berkenaan dengan susunan wali pula, Mahkamah merujuk kepada Kitab Fiqh al-

Islami Wa Adillatuhu, Juzu’ 7, hlm. 206 menjelaskan seperti berikut :

Page 26: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

26

Bermaksud :

“Susunan kedudukan wali di sisi Mazhab Shafie ialah seperti berikut :

bapa, persaudaraan, bapa-bapa saudara sebelah bapa, orang yang

memerdekakan hamba kemudian pemerintah (sultan). Ertinya, pertama

bapa, datuk, bapa kepada datuk sehingga ke atas, kemudian saudara

lelaki seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak

lelaki kepada saudara lelaki seibu sehingga ke atas, kemudian bapa

saudara sebelah bapa, kemudian semua ahli ‘asabah daripada kerabat

seperti dalam pewarisan.”

[63] Selain itu, berdasarkan rujukan dari kitab yang sama seperti di atas di halaman

218 menjelaskan bahawa :

Bermaksud :

“Ulama’ Shafie berpendapat pada pendapat yang asah

mengatakan bahawa jika wali yang terdekat dari segi keturunan

ghaib hingga dua marhalah, yakni dia berada di tempat yang jarak

jauhnya membolehkan seseorang itu solat qasar dan dia tidak

mewakilkan kepada orang yang hadir dalam negeri tempat walinya

berada, maka sultan dalam negeri itu atau naibnya berhak

mewalikan perkahwinan. Ia tidak diberikan kepada sultan di

tempat lain dan bukannya wali ab’ad yang memegang kuasa

mengahwinkan waliannya adalah haknya. Apabila dia tidak boleh

menyempurnakan hak itu, maka hakim mengambil alih untuk

Page 27: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

27

menjalankan haknya. Jika wali itu ghaib dan berada di tempat

yang jaraknya kurang daripada dua marhalah, maka tidak boleh

dikahwinkan waliannya melainkan dengan keizinannya mengikut

pendapat yang asah kerana tempat dia berada tidak jauh. Oleh itu,

hendaklah dirujukkan kepadanya supaya wali itu hadir

mengahwinkan waliannya atau mewakilkan kedudukannya sama

seperti orang yang bermukim.”

[64] Mahkamah mendapati bahawa di dalam situasi kes ini, wali asal Pemohon 2

(bapanya) telah meninggal dunia 20 tahun yang lalu dan hal ini juga telah

disahkan oleh kenyataan saudara lelaki kandung Pemohon 2 yang bernama Anuar

Bin Sabri yang turut hadir di dalam majlis pernikahan tersebut. Mahkamah

mendapati susunan wali nasab yang terdekat bagi Pemohon 2 adalah saudara

lelaki kandungnya. Oleh itu, pernikahan Pemohon 2 sepatutnya berwalikan wali

nasab kerana wali nasab Pemohon 2 berada di dalam majlis pernikahan dan Wali

Nasab tersebut tidak bersifat sepertimana yang diharuskan untuk menggunakan

Wali Hakim.

[65] Mahkamah selain itu juga mendapati bahawa tiada lafaz wakil wali (wakalah wali) daripada Wali Nasab kepada jurunikah kerana wali di dalam keterangannya setelah disoal oleh Mahkamah di dalam perbicaraan bertarikh 6hb. November 2013 menyatakan bahawa beliau tiada mengisi apa-apa borang wakil wali (wakalah wali). Manakala, setelah disoal oleh Mahkamah, Pemohon 2 di dalam perbicaraan tarikh yang sama juga ada menyatakan bahawa pernikahannya menggunakan Wali Hakim dan Pemohon 2 turut mengakui bahawa saudara kandung lelakinya hadir di dalam majlis pernikahan tersebut dan bertindak sebagai orang yang mengambil gambar.

[66] Asas perwakilan wali adalah kepada orang yang boleh mengakadnikahkan dan ini

menunjukkan bahawa wakil wali itu mesti kepada orang lelaki kerana syarat wali atau wakil wali itu adalah lelaki sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi Syuja’, jilid 2, hlm. 241-242 yang bermaksud :

Page 28: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

28

“Adalah perlu bagi wali dan saksi yang muktabar bagi menjadikan

perkahwinan sah memenuhi 6 syarat bahkan lebih sepertimana

yang akan dinyatakan. Syarat pertama ; Islam yakni syarat yang

diperlukan bagi mewalikan pernikahan perempuan Islam secara

ijmak dan dinyatakan bahawa wali yang kafir boleh mewalikan

perempuan kafir. Adapun saksi nikah maka syarat Islam itu

diperlukan samada perempuan yang dinikahi itu orang Islam atau

zimmi kerana orang kafir tidak layak menjadi saksi. Syarat kedua :

Mencapai usia baligh, Syarat ketiga : Sempurna akal, justeru itu,

tidak boleh kanak-kanak dan orang gila menjadi wali kerana

kedua-dua mereka tidak layak menjadi saksi. Syarat keempat :

Merdeka, maka hamba tidak layak menjadi wali atau saksi. Syarat

kelima : Lelaki .... dan Syarat keenam : Bersifat adil”

[67] Al-Syeikh Muhammad Ibnu Ahmad Ba Fadhal Al-Khadramiy dalam kitab

Misykat al-Misbah fi Syarh al-Adat Wa al-Salakh fi Ahkam al-Nikah, hlm. 171,

telah menjelaskan syarat wakil adalah seperti berikut :

الويل أن يصح كونه وليا يف النكاح ، ألنه قائم مقامهشرط الوكيل عن

Bermaksud :

“Syarat wakil daripada wali ialah wakil itu seorang yang layak

menjadi wali pada mengakadkan nikah, ini adalah disebabkan

wakil tersebut sebagai ganti tempat wali ”

كفاسق، ألنه ال يزوج بنته ، –أى –ولو بإذن سيده وحنوه -ي أ -فال جيوز أن يوكل عبدا

فبنت غريه أوىل

Page 29: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

29

Bermaksud :

“Maka tidak boleh diwakilkan kepada hamba abdi sekali pun

mendapat keizinan daripada penghulu/tuannya dan tidak sah wakil

kepada orang yang fasiq kerana orang fasiq tidak boleh

menikahkan anak perempuannya, jikalau anak perempuan sendiri

tidak boleh menikahkannya, sudah tentu anak orang lain adalah

terlebih utama tidak dibenarkan menikahkannya”

[68] Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa seseorang wali boleh mewakilkan

wali kepada wakil yang hanya boleh menikahkan perwaliannya sahaja. Ini adalah

disebabkan bahawa wakil tersebut sebagai ganti tempat walinya. Merujuk kepada

kitab Dr. Wahbah Al-Zuhaili (terjemahan oleh Ahmad Shahbari Salamon et.al),

Kitab Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid VII, hlm. 294-295 menyatakan bahawa

:

“Jumhur ulama’ selain daripada ulama’ Hanafi berpendapat ....

harus bagi wali yang mujbir mewakilkan orang lain supaya

mengahwinkan perempuan waliannya tanpa keizinan perempuan

berkenaan, dan tidak disyaratkan pewakil (wali) menentukan calon

suami. Oleh itu, harus baginya mewakilkan seseorang untuk

mengahwinkan waliannya secara mutlak dan harus baginya

mewakilkan dengan bersyarat iaitu mewakilkan seseorang supaya

mengahwinkan waliannya dengan lelaki tertentu. Sementara

mewakilkan secara mutlak, iaitu mewakilkan seseorang supaya dia

mengahwinkan waliannya dengan sesiapa yang wakil itu suka“

[69] Justeru itu, seorang jurunikah boleh menikahkan seseorang perempuan itu

sama ada dengan mendapat kuasa perwakilan daripada walinya atau

dengan kuasa yang ditauliahkan kepadanya sebagai wali am / wali hakim

bilamana syarat-syarat penggunaan wali am/wali hakim seperti wali ghaib,

Page 30: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

30

tiada wali nasab, wali enggan, wali dalam ihram,wali mahjur atau wali

berada jauh melebihi dua marhalah.

[70] Di dalam kes ini, Pemohon 1 dan 2 secara konsisten di dalam keterangan mereka

telah menyatakan bahawa mereka mendengar lafaz ijab dan qabul yang telah

dilafazkan oleh Jurunikah (Wali Hakim) tersebut sepertimana berikut :

“Aku nikahkan dikau dengan Rabiah Binti Sabri dengan berwali

hakim dengan mas kahwin RM200.00 tunai”.

“Aku terima nikah Rabiah Binti Sabri dengan mas kahwinnya

RM200.00 tunai”.

[71] Keterangan yang diberikan oleh Pemohon 1 dan 2 ini adalah iqrar dari mereka dan

berdasarkan peruntukan seksyen 17 EKMSS 2003 dijelaskan bahawa :

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara

bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia

mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang

lain berkenaan dengan sesuatu hak.

(2) Apa-apa iqrar hendaklah dibuat –

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil,

baligh dan ‘adil.

(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan

atau fakta relevan ialah qarinah.

[72] Pengetahuan tentang lafaz ijab ini hanya diketahui secara khusus oleh Pemohon 1

dan 2 sahaja selain Jurunikah atau saksi-saksi nikah tersebut. Peruntukan seksyen

78 EKMSS 2003 menyatakan bahawa :

Page 31: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

31

“Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-

mana orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya”

[73] Oleh itu, keterangan Muhammad Hamzah Bin Jaafar iaitu Pendaftar Nikah Cerai

dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat melalui Afidavit bertarikh

5hb. Mei 2014 yang menyatakan wali nasab ada mewakilkan wali adalah tidak

diterima kerana tidak berada di tempat kejadian serta bercanggah dengan

keterangan Pemohon-pemohon dan pihak-pihak yang hadir di dalam majlis

pernikahan tersebut. Mahkamah juga mendapati hujahan bertulis Peguam Syarie

Pemohon-pemohon juga dilihat cuba mengelirukan pihak Mahkamah yang mana

ada bercanggah dengan keterangan yang kosisten oleh Pemohon-pemohon dan

saksi berkenaan penggunaan wali.

[74] Mahkamah merujuk kepada kes Zainal Abidin Bin Mohamed lwn. Norziah Binti

Mohd Nor, JH 12 (1), hlm. 96-97 di mana Y.A Dato’ Ismail Bin Yahya

menyatakan :

Di dalam kes ini, semasa akad nikah antara Tengku Zainul Hisham

Bin Tengku Hussin dengan Norziah Binti Mohd Nor dalam tahun

1992, wali Norziah ialah bapanya Mohd Nor Bin Osman. Mengikut

keterangan yang dikemukakan, Mohd Nor mewakil wali bagi

mengakadkan nikah Tengku Zainul Hisham Bin Tengku Hussin

dengan Norziah kepada anaknya yang bernama Mohd Fuzi Bin Mohd

Nor, Mohd Fuzi pula mewakilkan wali kepada Hj. Mokhtar untuk

mengakadkan nikah. Akad nikah berkenaan dilakukan di dalam

sebuah bilik di Primula Hotel Kuala Terengganu tanpa Mohd Nor

(bapa Norziah) sedangkan Mohd Nor berada tidak sampai satu

kilometer dari Primula Hotel........ Di dalam kes ini, Mohd Nor

sepatutnya mewakil wali sendiri kepada Hj. Mokhtar untuk

nikahkan Norziah dengan Tengku Zainul Hisham. Oleh demikian

Page 32: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

32

saya berpendapat akad nikah di antara Tengku Zainul Hisham

dengan Norziah itu adalah fasid. Perkara ini baru diketahui oleh

saya pada 25 Ogos 1997 dan dengan itu saya telah perintah firaq

antara Norziah dengan Tengku Zainul Hisham...”

[75] Bagi kes ini, berpandukan kepada ketiadaan perwakil walian oleh wali Pemohon 2

dibuat dan melihat kepada lafaz ijab dan qabul yang diucapkan oleh Jurunikah

semasa majlis akad nikah tersebut, Mahkamah dapati bahawa syarat rukun nikah

berkaitan dengan wali gagal dipenuhi.

[76] Oleh kerana salah satu rukun nikah gagal dipenuhi berdasarkan Hukum Syarak,

maka secara tidak langsung ia telah menyebabkan rosaknya (fasid) pernikahan

tersebut. Justeru itu, pernikahan di antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb.

Januari 2011 adalah tidak sah dan mereka berdua wajar dipisahkan (faraq).

Persetubuhan yang berlaku antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 selepas daripada

pernikahan tersebut adalah wati’ syubhah berdasarkan kepada penulisan Wahbah

al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu halaman 688 :

Bermaksud :

“Persetubuhan Syubhah ialah hubungan jenis bukan zina dan

tidak berasaskan di atas akad perkahwinan yang sah atau

perkahwinan yang fasid”.

Page 33: Mohammed Khafidz Bin Mohamad Ishak dan Rabiah Bt Sabri

33

Keputusan

Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pindaan dan Afidavit Tambahan Pemohon 1

dan Pemohon 2 yang bertarikh 22hb. Disember 2011, Afidavit Keterangan Saksi

bertarikh 12hb. Disember 2012 serta Afidavit bertarikh 5hb. Mei 2014 dan setelah

mendengar keterangan – keterangan lisan pihak-pihak serta setelah meneliti dokumen-

dokumen yang telah difailkan, maka Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti

berikut :

1) Mahkamah menolak permohonan Pemohon 1 dan Pemohon 2 berdasarkan

peruntukan seksyen 23 (2) EUUKIS 2003.

2) Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan di antara Pemohon 1 dan 2 yang

diakadnikahkan pada 27hb. Januari 2011, di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla,

Thailand adalah tidak sah mengikut Hukum Syarak.

3) Mahkamah memerintahkan agar pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2

difaraqkan mulai dari hari ini.

Disediakan oleh ;

.......................................................

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Selangor di Shah Alam

Pada 8 haribulan Julai 2014 bersamaan 10 Ramadhan 1435H

Masa :10.35 pagi