baju kurung hanya untuk pelajar melayu_ _ free malaysia today

3
HOME NATION OPINION BUSINESS LEISURE SPORTS WORLD ADVERTISE WITH US Search FMT BAHASA FMT BORNEO+ FMT VIDEO Baju kurung hanya untuk pelajar Melayu? January 15, 2015 Ratarata ramai pelajar perempuan bukan Melayu di seluruh negara memakai seragam baju kurung, namun tidak di SMK Seri Mutiara Cheras! COMMENT baju kurung Oleh Elaine Abdullah Siapakah guru besar sekolah? Berita mengenai seorang murid perempuan bukan Melayu dilarang memakai baju kurung seragam sekolah amat mengejutkan. Ini kerana, pemakaian seragam baju kurung ke sekolah selama ini yang disangkakan perkara biasa di kalangan pelajar bukan Melayu, ruparupanya sesuatu yang “luar biasa” di SMK Seri Mutiara Cheras. Peristiwa itu melibatkan pelajar sekolah bukan Melayu Tingkatan Tiga di sekolah berkenaan, yang disuruh segera meninggalkan kawasan sekolah kerana memakai seragam baju kurung atas alasan ianya khusus untuk pelajar Melayu. Alasan yang dangkal dan bagaikan mustahilnya ianya berlaku. Sukar dipercayai masih ada “golongan berpendidikan” yang akan bertindak sedemikian rupa. Memang keterlaluan. Persoalannya, siapakah guru besar 808 1 0 850

Upload: rm53

Post on 11-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bju kurung

TRANSCRIPT

Page 1: Baju Kurung Hanya Untuk Pelajar Melayu_ _ Free Malaysia Today

HOME NATION OPINION BUSINESS LEISURE SPORTS WORLD ADVERTISE WITH USSearch

FMT BAHASAFMT BORNEO+FMT VIDEO

Bajukurung hanya untuk pelajar Melayu?January 15, 2015

Rata­rata ramai pelajar perempuan bukan Melayu di seluruh negara memakai seragam baju kurung, namuntidak di SMK Seri Mutiara Cheras!

COMMENT

baju kurung

Oleh Elaine Abdullah

Siapakah guru besar sekolah?

Berita mengenai seorang murid perempuan bukan Melayu dilarang memakai baju kurung seragam sekolah amatmengejutkan.

Ini kerana, pemakaian seragam baju kurung ke sekolah selama ini yang disangkakan perkara biasa di kalanganpelajar bukan Melayu, rupa­rupanya sesuatu yang “luar biasa” di SMK Seri Mutiara Cheras.

Peristiwa itu melibatkan pelajar sekolah bukan Melayu Tingkatan Tiga di sekolah berkenaan, yang disuruhsegera meninggalkan kawasan sekolah kerana memakai seragam baju kurung atas alasan ianya khusus untukpelajar Melayu.

Alasan yang dangkal dan bagaikan mustahilnya ianya berlaku. Sukar dipercayai masih ada “golonganberpendidikan” yang akan bertindak sedemikian rupa. Memang keterlaluan. Persoalannya, siapakah guru besar

808  1  0  850 

Page 2: Baju Kurung Hanya Untuk Pelajar Melayu_ _ Free Malaysia Today

di situ?

Jika khalayak yang membaca berita tersebut yang di siarkan akhbar Malay Mail, merasakan tindakan pihaksekolah berkenaan memang menjengkelkan, apatah lagi pelajar tersebut serta penjaganya.

Menurut akhbar tersebut, Britney Nicole yang bercerita jujur semalam memberitahu bahawa dia memakai bajukurung di sekolah lamanya, jadi dia tidak tahu apa kesalahannya.

Memberitahu bahawa kawan­kawan di sekolah barunya itu juga prihatin mengenai kejadian tersebut, Britneymengakui takut mahu ke sekolah berikutan diberi amaran terakhir dan tidak akan dibenarkan masuk ke kelaskecuali jika memakai seragam pinafor.

Kamu Melayu atau Cina?

Britney, yang berasal dari etnik Lun Bawang, menjelaskan bahawa pada hari pertama ke sekolah, pembantukanan sekolah bertanyakannya jika dia seorang Melayu atau Cina, lalu diberitahu dia dari Sarawak.

Ibu saudaranya yang ada bersamanya pada ketika itu berkata, pihak sekolah memberitahunya bahawa seragambaju kurung hanya untuk pelajar Melayu, bukan Melayu hendaklah pakai seragam pinafor.

Apabila Britney hadir ke sekolah memakai seragam baju kurung, pihak sekolah melarangnya masuk keperkarangan sekolah dan menyuruhnya menunggu di luar sehingga dijemput pulang. Akhirnya, Britney terpaksamenunggu selama tiga jam (7 ­10 pagi) sehingga bapa saudara menjemputnya.

Sementara itu, bapa saudara Britney juga mendapati terdapat ibu bapa lain juga tidak puas hati dengan kodpakaian seragam di sekolah berkenaan, malah merasakan mereka dibuli untuk mengikut kehendak pihaksekolah itu.

Apabila dihubungi akhbar berkenaan, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, “Sebenarnya,kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kementerian sedang menyiasat. Jika ianya benar, tindakan akan diambil, ” tegasnya.

Beliau juga berkata bahawa sekolah itu tidak berhak menetapkan pemakaian baju kurung hanya untuk pelajarIslam. Pihak sekolah, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

Guru­guru juga dilarang berbaju kurung?

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mempersoalkan jika larangan pemakaian baju kurungjuga dikenakan terhadap guru­guru bukan Melayu.

Meluahkan kekesalannya terhadap pihak sekolah SMK Seri Mutiara Cheras, yang melarang pelajar memakaiseragam baju kurung ke sekolah, Chong berkata, sering terdapat guru­guru, malah guru besar wanita bukanMelayu memakai baju kurung di sekolah­sekolah lain ketika waktu bertugas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Chong yang merupakan Ketua Biro Pendidikan MCA berkata, “Tidakkah ianyaparadoks jika pendidik bukan Melayu boleh memakai baju kurung sebaliknya pelajar bukan Melayu tidakboleh?

Dapatkan BR1M beli seragam?

Chong merasakan cara pihak sekolah berkenaan tidak boleh diterima lebih­lebih lagi pelajar tersebut di suruhpulang malah, dilaporkan bahawa penjaganya disuruh mendapatkan wang BR1M untuk membeli seragam baruuntuknya.

Beliau juga mengingatkan bahawa, Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang banga, setiap rakyatnya

Page 3: Baju Kurung Hanya Untuk Pelajar Melayu_ _ Free Malaysia Today

berbangga memakai pakaian tradisional kaum­kaum lain, satu amalan yang mengeratkan lagi rasa saling hormatdan menghargai antara kaum.

“Tidak ada sebab atau sebarang kewajaran untuk SMK Seri Mutiara dengan sengaja melemahkan semangatpelajar tersebut atau mengecilkan status kewangan penjaganya,” kata Chong.

Chong seterusnya mengajak kesemua pelajar sekolah, sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengahyang mempunyai seragam baju kurung supaya memakainya ke sekolah masing­masing, sebagai tandaperpaduan (solidarity).

Memang benar kata­kata Chong itu. Memang sukar dipercayai perkara sedemikian boleh berlaku. Mungkinkahguru/guru­guru terbabit perlu disekolahkan?

 

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions toallow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how theirviews could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language ordefamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the generalcommenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments

TOYOTA CAMRY Used CarsLooking to Buy TOYOTA CAMRY? You Can Find

40000+ Cars From Here!

 25 comments

Also post on Facebook   Posting as Capten Ros ▾ Comment

Add a comment...

Peng Akub ·   ·   Top Commenter · SMK Likas kota kinabalu sabahPengetua dan penolong kanan sekolah ini patut di suruh belajar balik.... Mereka ini hanyalah perosakperpaduan antara kaum­kaum di Malaysia..Reply · Like ·   · Follow Post · January 15 at 6:39pm

Follow

10