baju kurung

30
BAJU KURUNG Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E Senang bukan? Apa-apanya... A Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang B Tangan - 2 keping, kiri dan kanan C Kekek- 2 keping, kiri dan kanan D Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah E Leher - satu je CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )

Upload: nik-mohd-faizal

Post on 23-Dec-2015

97 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

baju kurung

TRANSCRIPT

Page 1: BAJU KURUNG

BAJU KURUNG

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan ESenang bukan?

Apa-apanya...

ABadan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang

B Tangan - 2 keping, kiri dan kanan

C Kekek- 2 keping, kiri dan kanan

DPesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah

E Leher - satu je

CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )

Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,

  UKURANBILA POTONG,

LEBIHKAN UNTUK JAHITAN

ai, aii Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran

Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan

Page 2: BAJU KURUNG

aii Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang

Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah

bi  Ukur Panjang TanganLebihkan 1" bawah dan 3/4" atas

biii Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh))

Lebihkan 3/4 "

bi  Ukur lebar tangan bawah (separuh) Lebihkan 3/4"

c Ukur kekek, ini 4 segi sama Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

di  Ukur lebar pesak atasLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

dii  Ukur lebar pesak bawahLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

ei

 Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja. biasanya 4 3/4", tak

payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm

eii  Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2" 

CARA MEMOTONG KAIN

Page 3: BAJU KURUNG

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi

A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)

Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,

Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.

 

potong bahagian tangan

Page 4: BAJU KURUNG

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan

Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan. Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) -    8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 . so, B = 17 1/2 "Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)

Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.

POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak

Page 5: BAJU KURUNG

Cara saya mengukur pesak .

OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah

Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak

Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" =  9 "

Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi )kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di

dan dii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.

Page 6: BAJU KURUNG

Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.

POTONG KEKEK

Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

 

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG

nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak....tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

 

Page 7: BAJU KURUNG

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.

tadi ukur leher? katakankan 5"

Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni, gunting pelan tersebut

Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.

Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit

jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.

Page 8: BAJU KURUNG

ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.

Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.

Page 9: BAJU KURUNG

okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

 

CANTUM BADAN

1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas.

2. Ambil satu kekek

Page 10: BAJU KURUNG

Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada

Page 11: BAJU KURUNG

tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.

Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.

Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak

Page 12: BAJU KURUNG

cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah,

asalkan sesual.

Page 13: BAJU KURUNG

DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah

boleh pakai dah....

Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga Monday, August 18, 2008 Posted on 9:45:06 PM | 35 Comments

Page 14: BAJU KURUNG

memandangkan raya pun nak dekat, saya rasa, elok juga kalau saya share kan sedikit cara-cara saya membuat baju kurung teluk belanga. harap ini dapat membantu untuk mak-mak, ibu-ibu, mama-mama, mommy-mommy di luar sana yang teringin nak buatkan baju kurung untuk si anak kecil bergaya di hari raya.

saiz untuk hasil nanti ialah: bahu: 9" panjang baju: 17" panjang lengan: 9" panjang kain: 17"

Page 15: BAJU KURUNG

satu kotak line biru tu dianggap 1". so, potong kain ikut garisan lurus tu. garisan dashed tu untuk jahitan

Page 16: BAJU KURUNG

atau lipatan.

pattern yang ade ni untuk kanak-kanak berumur 1 tahun. so, untuk 1 tahun, kain semeter tu cukup-cukup saje lah. cara mengambil kain untuk dipotong pun kena diambil kira juga. kalau tak, tak cukup semeter tu.

lepas kain dipotong, silalah dijahit tepi untuk semua bahagian tepi kain (kecuali lubang leher tu). biasenya, saya cuma buat lubang leher lepas semua dijahit tepi.

ok. kita mulakan dengan bahagian badan.

Page 17: BAJU KURUNG

biasanya, saya cuma buat 2 lubang leher berbentuk bulat berdiameter 4", satu pada badan dan satu pada kain lapisan. nota: lebihkan bulatan ke bahagian hadapan baju.

Page 18: BAJU KURUNG

potongkan belahan di bahagian hadapan hanya pada bahagian badan. lapiskan kedua kain tu, pinkan, dan jahit ikut garisan dashed tu. lepas kedua kain tu melekat, baru potongkan belahan hadapan pada kain lapisan. ini sebenarnya untuk memudahkan mase kita menjahit. kalau nak potong dulu belahan depan pada kain lapisan tu sebelum dicantum dengan badan pun boleh juga.

lepas tu, buangkan bahagian tepi kain lapisan tu, ikut bentuk jahitan yang dijarakkan dalam setengah inchi. kalau nak buat mata lalat atau tulang belut (hiasan leher pada pinggir bualatan dan belahan) sebelum potong lebihan pun boleh juga. biasanya saya memang buat mase ni. senang nak handle. lepas dipotong bahagian lebih tu, jahit sembat halus pada sekeliling leher dan belahan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’.

setel bahagian badan, kita buat pesak pulak.

       

untuk baju kurung kedua pesak disambung pada bahagian yang lurus (bukan yang dipotong serong - kalau baju melayu lelaki, memang dicantum pada bahagian serong). jahitkan mengikut garisan dashed, dah tinggalkan 2 setengah inchi pada bahagian atas (bergarisan merah pada gambar). lipat kekek menjadi bentuk tigasegi. ini dipanggil ‘kekek sapu tangan’.

Page 19: BAJU KURUNG

cantumkan kekek dengan pesak seperti gambar di atas. siaplah sudah bahagian pesak.

sekarang kita kena cantumkan bahagian pesak dengan bahagian lengan pulak. bahagain lengan ni, ikutlah, kalau nak lengan tu kecik sikit dibahagian hujung lengan. atau pun, nak sama lebar atau lebih besar dari pangkal lengan. ikut selera sendiri.

ulangkan pada pesak, kekek dan lengan yang satu lagi.

bila dah siapkan, boleh cantumkan pesak ke badan macam gambar bawah ni.

Page 20: BAJU KURUNG

jahitkan di bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan. maka nampak dah rupa baju tu. lipatkan bahagian hujung baju dan lengan selebar 1" ke dalam dan dijahit sembat. maka siaplah sudah baju

Page 21: BAJU KURUNG

kurung untuk sikecil yang comel.

ok. kita ke bahagian kain pulak.

cantumkan kain menjadi sarong. lipatkan bahagian bawah kain sebanyak 1/2" kedalam dan jahitkan. lipatkan sebanyak 4 lipatan di bahagian tepi (bahagian cantuman kain), satu lipatan adalah selebar 2". ini dipanggil ikatan ‘ombak mengalun’. jahitkan di bahagian atas lipatan sepanjang 4" dari bahagian pinggang supaya lipatan lebih kemas. letakkan getah di bahagian pinggang mengikut saiz pinggang sicomel.

maka, siaplah sepasang baju kurung raya untuk si adik manis. selamat mencuba!

osted by Yatie_Tatie at 10:41 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN

Page 25: BAJU KURUNG

- ukuran labuh kain*NOTA EHSAN JEZZEMINE COUTURE

KAEDAH MENGUKUR BADAN WANITA

1. Labuh Baju~ Ukuran diambil dari pangkal leher melalui puncak dada sehingga ke ukuran labuh baju yg dikehendaki. Seeloknya 2.5-5cm dari paras lutut.

2. Lebar Bahu~ Ukuran diambil dari sisi kiri ke sisi kanan.~ Daripada ukuran bahu, ukuran diambil terus sehingga ke labuh lengan yg dikehendaki.~ Tujuan adalah untuk mengelakkan berlakunya lebihan ukuran yg menyebabkan lengan menjadi labuh dan si pemakai terpaksa melipat tangan baju.

3. Panjang Lengan/Lengan~ Ukuran diambil terus daripada ukuran bahu ke lengan. Seeloknya 2.5cm dari paras buku lengan. Hasilnya ditolak dengan lebar bahu.

4. Keliling Lengan/Lebar Lengan~ Ukuran ini biasanya diambil untuk membuat kaf tangan pada lengan baju kemeja, jubah dan sebagainya. ~ Ukuran diambil dengan mengukur keliling tangan dan memberi kelonggaran sekurang-kurangnya dapat memasukkan 2 jari.

5. Keliling Dada~ Ukuran diambil pada keliling dada yg mengenai paras paling tinggi di dada atau dikenali sebagaipuncak dada.

6. Jarak Puncak ke Puncak Dada  ~ Ukuran diambil dengan meletakkan pita ukuran di atas sedikit dari puncak.~ Diukur dari puncak dada kanan ke puncak dada kiri.

7. Mercu Dada~ Ukuran dari bahu hadapan ke puncak dada.

8. Keliling Pinggang~ Ukuran diambil disekeliling pinggang yg sebenar dengan melilit pita ukur pada bahagian paling genting pada badan.

9. Keliling Punggung

Page 26: BAJU KURUNG

~ Ukuran diambil disekeliling paras punggung yg paling tinggi/paling lebar.

10. Bahu ke Pinggang~ Ukuran dari tengkuk belakang hingga ke paras pinggang.

11. Bahu ke Punggungb (pinggang ke punggung)~ Ukuran dari tengkuk belakang hingga ke paras punggung.

12. Labuh Kain~ Ukuran pada sisi badan dari paras pinggang sehingga ke labuh kain yg dikehendaki, seeloknya paras tapak kaki tanpa kasut.