bahaya termakan racun tikus

5
8/9/2019 Bahaya Termakan Racun Tikus http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-termakan-racun-tikus 1/5 Bahaya Termakan Racun Tikus Oleh: Wan Zainal Azman Wan Abdullah Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 22 Julai,1995 Racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama yang berdaftar. Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal. Sediaan dalam bentuk butir berwarna biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan. Walaupun ia tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi setengah daripada racun tikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia. Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif. Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide. Racun tikus yang mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di rumah, contohnya; arsenik, fosforus, talium, flourida, sianida dan strichnin.

Upload: aidie

Post on 30-May-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahaya Termakan Racun Tikus

8/9/2019 Bahaya Termakan Racun Tikus

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-termakan-racun-tikus 1/5

Bahaya Termakan Racun Tikus

Oleh: Wan Zainal Azman Wan Abdullah

Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu, 22 Julai,1995

Racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. DiMalaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama yang berdaftar. Setengahdaripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Racun tikus yangdigunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir danumpan pepejal. Sediaan dalam bentuk butir berwarna biasanya menarik perhatiankanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan. Walaupun ia tidakmerbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi setengah daripada racuntikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia.

Keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahanaktif. Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiridalam berbagai jenis, antaranya; brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide,chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zincphosphide.

Racun tikus yang mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia

telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan dirumah, contohnya; arsenik, fosforus, talium, flourida, sianida dan strichnin.

Page 2: Bahaya Termakan Racun Tikus

8/9/2019 Bahaya Termakan Racun Tikus

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-termakan-racun-tikus 2/5

Bahan-bahan kimia yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keracunan ataupunmaut jika diambil dengan kadar dos yang tinggi. Di sini akan dibincangkan tentangracun tikus yang ada di pasaran sekarang dan mungkin digunakan dan disimpanoleh pembaca.

Racun tikus yang mengandungi bahan aktif zinc phosphide merupakan antararacun yang merbahaya dengan mempunyai kadar toksik yang tinggi. Kandunganperatusan bahan aktifnya adalah sebanyak 80%. Racun tikus ini mengeluarkanbau seperti ikan busuk dan rasanya tidak akan membuatkan haiwan lain tertarik,tetapi ciri-ciri ini menarik perhatian tikus.

Biasanya racun tikus ini terdapat di pasaran dalam bentuk serbuk dan pepejal.Racun ini boleh memasuki badan kita menerusi saluran pernafasan, mulut ataudiserap melalui luka.

Bila racun ini dicampur atau bersentuhan dengan air atau asid lemah ia akan

membebaskan gas fosfin.

Dos

Anggaran dos mautnya lebih kurang 40 mg/kg. Keracunannya menyebabkankesesakan paru-paru, tekanan darah menjadi rendah, sukar bernafas, muntah,kadar denyutan jantung tidak menentu, gelugut dan seterusnya menyebabkankoma, kerosakan ginjal, pengurangan sel darah putih dan boleh membawa mautdalam masa 4 hari hingga 2 minggu.

Jika berlaku keracunan rawatan awal yang perlu dilakukan ialah denganmemberikan mangsa minuman susu atau air bertujuan meneutralkan asid dalam

Page 3: Bahaya Termakan Racun Tikus

8/9/2019 Bahaya Termakan Racun Tikus

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-termakan-racun-tikus 3/5

perut, ikhtiarkan muntah dan segera bawa mangsa ke hospital untuk dapatkanrawatan lanjut.

Antikoagulan (agen pencair darah) adalah kelas racun tikus mempunyai tahapkeracunan yang rendah pada manusia. Antikoagulan terbahagi kepada duakumpulan iaitu coumarin dan indanedione. Warfarin, difenacoum, bromadiolonedan brodifacoum merupakan komponen utama 4-hydroxycoumarin manakalaindanedione pula terdiri daripada diphacinone, pindone dan chlorphacinone.

Kepekatan warfarin dalam setiap racun tikus biasanya antara 0.025 - 0.5%.Warfarin tidak mempunyai rasa, bau ataupun warna. Brodifacoum, difenacoumdan chlorphacinone dijual dalam pasaran dengan kepekatan antara 0.005 - 2%.Kumpulan ini juga dikenali sebagai superwarfarin. Kesemua komponen tersebutterdapat di pasaran dalam sediaan serbuk, butir, tablet dan kapsul.

Racun tikus warfarin bila dimakan berulangkali dalam masa sehari menyebabkan

pendarahan pada tikus mahupun manusia kerana darah tidak lagi mudahmembeku. Sekiranya hanya sekali sahaja diambil kesan toksik pada manusia tidakketara. Anggaran dos mautnya ialah lebih daripada 5-20 mg sehari diambil selamalebih daripada 3-5 hari.

Kumpulan superwarfarin didapati lebih toksik daripada warfarin di mana ia bolehmemanjangkan lagi masa pendarahan. Dos keracunan kumpulan superwarfarin

adalah berbeza-beza mengikut kandungan racun tersebut. Dos keracunan melaluimulut bagi chlorphacinone ialah 250 - 625 mg, 7.5 mg bagi brodifacoum (0.12mg/kg) dan 500 mg bagi difenacoum. Kumpulan ini sama juga dengan warfarin jika diambil sekali tidak merbahaya pada manusia. Ketoksikannya akan bertambah jika diambil berulangkali selama beberapa hari.

Page 4: Bahaya Termakan Racun Tikus

8/9/2019 Bahaya Termakan Racun Tikus

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-termakan-racun-tikus 4/5

Tanda-tanda keracunan racun tikus antikoagulan seperti terasa mual atau muntahdan ceret beret.

Racun

Pendarahan yang berlaku menyebabkan luka lambat sembuh, gusi atau hidungberdarah, najis dan kencing berdarah dan dalam keadaan teruk bolehmenyebabkan renjatan dan tidak sedarkan diri akibat dari pendarahan dalamtermasuk pendarahan usus. Jika berlaku keracunan ikhtiarkan supaya mangsamuntah dan segera bawa mangsa ke hospital.

Oleh itu, segala racun makhluk perosak yang digunakan di rumah janganlahdipandang ringan walaupun ia kurang toksik. Jika terdedah berulangkali dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan keracunan kronik kepada pengguna.Walau apa pun kes keracunan, pesakit harus mendapat rawatan dan pemeriksaandoktor secepat mungkin untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pusat Racun Negara perlu dihubungi jika berlaku keracunan untuk mendapatnasihat dan maklumat lanjut tentang keracunan.

Soalan: Bagaimanakah kaedah penyimpanan dan penggunaan racun tikus dirumah.

Racun tikus hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakanuntuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seelok-eloknya simpanditempat tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak. Tempat simpanan yangberkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman.Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekaslain.

Page 5: Bahaya Termakan Racun Tikus

8/9/2019 Bahaya Termakan Racun Tikus

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-termakan-racun-tikus 5/5

Kebiasaannya racun tikus digunakan pada waktu malam memandangkan padawaktu ini tikus berkeliaran mencari makanan. Tempat racun diletakkan hendaklahtidak mudah dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Gunakan bekasyang hanya untuk menyediakan racun tersebut dan jangan sekali-kali gunakanbekas itu untuk menyediakan makanan. Jangan sediakan racun tikus dengantangan dan sebaiknya cuci tangan selepas menyediakan racun tersebut.