bahasa melayu spm: karangan bahan rangsangan - perpaduan kaum di malaysia

Upload: rachel

Post on 06-Jul-2018

306 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Bahasa Melayu SPM: Karangan Bahan Rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia

    1/2

    Blog ini bertujuan memberi bimbingan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada calon-calon

     yang menduduki peperiksaan SPM.

    Bahasa Melayu SPM

    Catatan Terbaru Catatan LamaLaman utama

    Langgan: Catat Ulasan (Atom)

    Khamis, 30 Oktober 2014

    Posted by AHMAD RAMADHAN SUBRA BIN RENGASAMY at 11:52 PTG

    Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum DiMalaysia

     Huraikan pendapat anda tentang  cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di

    Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

      “Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu”. Demikianlah kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang

    pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas memperkenalkan Rukun Negara kepada rakyat Malaysia.

    Kata-kata almarhum memang ada kebenarannya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya yakin bahawabanyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

      Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan rakyat adalah melalui sistem pendidikan

    negara. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan.

    Pihak sekolah bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam kelas yang harmoni, yakni diduduki murid berbangsa

    Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum lain. Oleh sebab rambut sama hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar 

    di dalam kelas di samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.

      Kerajaan pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat.

    Hal ini dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina jurang pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama

    di sesuatu kawasan petempatan, kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing . Sulaman kasih dan

    amala hormat-menghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk rakyat supaya hidup harmoni dan bersatu padu.

      Pada masa yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh pihak kerajaan. Sebagai

    contoh, kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti tahunan suoaya kita dapat memupuk perpaduan kaum.

    Semua kaum mestilah memahmi konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini, kita bukan

    sahaja dapat membersihkan tempat tinggal, malah dapat bergaul mesra dan hidup serumpum bagai serai. Amalan

    inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia rakyat kita.

      Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan rencah penting untuk

    menyuburkan semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya bolehlah diadakan pada hari

    perayaan. Dengan berbuat demikian, semua kaum dapat dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan

    dengan penuh bermakna. Apabila berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa kita dapat

    berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing-masing.

      Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan

    demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina negara yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab

    itu, tanpa rakyat tiadalah negara. Rakyat haruslah berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama

    dituruni  demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu. Malaysia Boleh!

    Terima kasih Dr.Tan

    Catat Ulasan

    Tiada ulasan:

    !!

    !  2016 (18)

    !  2015 (2)

    "  2014 (27)

    !  November(3)

    "  Oktober(7)

    SelamatMenghadapiPeperiksaan SPM2014

    Karangan:BudayaMembaca

    Karangan :kerjaya

     yang

    mencaba

    r dan berisiko

    SOALAN 1:Slogan“MembacaJambata

     Arkib Blog

    " More Next Blog» Create Blog Sign In

    hasa Melayu SPM: Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia http://subrato403.blogspot.sg/2014/10/karangan-bahan-rangsangan-perpaduan.html

    f 2 4/21/16 12:33 PM

  • 8/18/2019 Bahasa Melayu SPM: Karangan Bahan Rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia

    2/2

    n Ilmu”menunjuk...

    Karangan bahanrangsangan -Perpaduan KaumDiMala...

    Kerajaan

    perlumemperkasakansektorpertanian. Bin...

    KOMSAS

    SPM2014

    !  Ogos (15)

    !  April (1)

    !  Februari(1)

    !  2013 (8)

    !  2012 (35)

    !  2011 (31)

    !  2010 (11)

    !  2009 (19)

    !  2008 (23)

    !  2007 (1)

     AHMAD RAMADHAN SUBRA BIN RENGASAMY 

    Pengetua SMK Selandar, Melaka.

    Mengajar Bahasa Melayu.

    Lihat profil lengkap saya

    Mengenai Saya

    Templat Simple. Imej templat oleh luoman. Dikuasakan oleh Blogger.

    hasa Melayu SPM: Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia http://subrato403.blogspot.sg/2014/10/karangan-bahan-rangsangan-perpaduan.html

    f 2 4/21/16 12:33 PM