bahasa melayu moden

6
Bahasa Melayu Moden SATU daripada ciri utama bahasa Melayu moden ialah bahasa itu memiliki pelbagai laras, jauh lebih banyak daripada laras yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik. Wujudnya banyak laras itu, selain disebabkan perkembangan bahasa, turut ada kaitan dengan perancangan yang dijalankan. Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju yang dijalankan secara sistematik. Perancangan dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Secara kasar, perancangan bahasa dijalankan dalam tiga peringkat utama, iaitu penentuan bahasa, pelaksanaan rancangan, dan penilaian. Peringkat penentuan dan penilaian merupakan perancangan status (taraf), manakala peringkat pelaksanaan ialah perancangan korpus (bahan). (1) Perancangan Status (Taraf) . (a) Penentuan atau pemilihan kod (bahasa) . Peringkat ini merupakan peringkat pertama perancangan bahasa. Bahasa Melayu dipilih sebagai kodnya kerana Perkara 152 Perlembagaan Tanah Melayu (1957) telah menetapkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Penyata Rahman Talib (1960) turut memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pula menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. . (b) Penilaian . Peringkat ini merupakan peringkat peninjauan kembali berkenaan hasil dan kesan aktiviti perancangan. Peringkat ini melibatkan pengguna bahasa. Penilaian boleh dibuat secara formal oleh ahli akademik, juga kritikan melalui akhbar atau rungutan penutur atau individu biasa. . Langkah ini bertujuan untuk membantu perancangan selanjutnya, di samping membaiki kelemahan yang ada. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) umpamanya, mengalami proses ini apabila dibuat pindaan dan tokok tambah terhadap edisi-edisi sebelumnya. . (2) Perancangan Korpus (Bahan) (a) Pengekodan .Pengekodan bererti penyeragaman, iaitu proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam, atau usaha-usaha atau prosedur-prosedur pembakuan bahasa. . Dalam bahasa Melayu, pengekodan perlu dibuat kerana kewujudan pelbagai dialek daerah yang membezakan sebutan, perkataan, serta

Upload: chieng-chong-ing

Post on 21-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

stpm bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu ModenSATU daripada ciri utama bahasa Melayu moden ialah bahasa itu memiliki pelbagai laras, jauh lebih banyak daripada laras yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik. Wujudnya banyak laras itu, selain disebabkan perkembangan bahasa, turut ada kaitan dengan perancangan yang dijalankan.Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju yang dijalankan secara sistematik. Perancangan dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Secara kasar, perancangan bahasa dijalankan dalam tiga peringkat utama, iaitu penentuan bahasa, pelaksanaan rancangan, dan penilaian. Peringkat penentuan dan penilaian merupakan perancangan status (taraf), manakala peringkat pelaksanaan ialah perancangan korpus (bahan).

(1) Perancangan Status (Taraf).(a) Penentuan atau pemilihan kod (bahasa).Peringkat ini merupakan peringkat pertama perancangan bahasa. Bahasa Melayu dipilih sebagai kodnya kerana Perkara 152 Perlembagaan Tanah Melayu (1957) telah menetapkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Penyata Rahman Talib (1960) turut memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pula menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi..(b) Penilaian.Peringkat ini merupakan peringkat peninjauan kembali berkenaan hasil dan kesan aktiviti perancangan. Peringkat ini melibatkan pengguna bahasa. Penilaian boleh dibuat secara formal oleh ahli akademik, juga kritikan melalui akhbar atau rungutan penutur atau individu biasa..Langkah ini bertujuan untuk membantu perancangan selanjutnya, di samping membaiki kelemahan yang ada. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) umpamanya, mengalami proses ini apabila dibuat pindaan dan tokok tambah terhadap edisi-edisi sebelumnya..

(2) Perancangan Korpus (Bahan)

(a) Pengekodan.Pengekodan bererti penyeragaman, iaitu proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam, atau usaha-usaha atau prosedur-prosedur pembakuan bahasa..Dalam bahasa Melayu, pengekodan perlu dibuat kerana kewujudan pelbagai dialek daerah yang membezakan sebutan, perkataan, serta susunan frasa dan ayat. Dengan wujudnya satu variasi bahasa, akan wujud keupayaan memperkatakan semua gejala dalam masyarakat, dan setanding tarafnya dengan bahasa-bahasa moden lain.

Pengekodan melibatkan korpus-korpus yang berikut:

(i) Ejaan.

Page 2: Bahasa Melayu Moden

Sistem ejaan bahasa Melayu terdiri daripada Jawi dan Rumi, tetapi ejaan Rumi merupakan ejaan utama selepas kemerdekaan. Bahasa Melayu mencapai kejayaan yang agak baik dalam usaha penyeragaman sistem ejaan Rumi apabila wujud Sistem Ejaan Rumi Baharu (1972) yang dilaksanakan melalui Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM). Sebelum ini, kita menggunakan sistem Wilkinson (1904), Ejaan Sekolah (1904) dan sistem Za’ba (1930-an).

Ejaan Rumi hendaklah menggunakan pedoman rasmi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1987) atau Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (2000) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1993).

Ejaan Jawi pula perlu menggunakan pedoman daripada Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988)..(ii) Tatabahasa.Proses pengekodan dalam aspek ini ialah pengembangan cara-cara pembentukan kata (morfologi), frasa dan ayat (sintaksis). Umpamanya, digunakan bentuk gandaan separa bagi pembentukan istilah teknikal, seperti pepejal, gegendang, sesendi, dan sebagainya. Bahasa Melayu juga meminjam morfem-morfem asing, seperti pra-, anti-, isme-, dan lain-lain lagi, yang membolehkan banyak perkataan baharu dapat dibentuk.

Kejayaan pada peringkat ini ialah penerbitan buku tatabahasa, antaranya Nahu Melayu Mutakhir (DBP:1982) oleh Asmah Haji Omar. Kemudian muncul buku Tatabahasa Dewan Jilid 1 (DBP:1987) berkenaan dengan sintaksis, dan Tatabahasa Dewan Jilid 2 (DBP:1989) berkenaan dengan morfologi. Kedua-dua jilid itu kemudiannya digabungkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), dan ditambahsuaikan menjadi Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Buku ini diangkat oleh DBP sebagai buku pegangan utama, dan diperakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan utama peringkat sekolah. Sebelum ini, bahasa Melayu menggunakan pedoman daripada hasil usaha Za’ba sepenuhnya..(iii) Perkamusan.Usaha dalam aspek ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penerbitan swasta dan orang perseorangan. Tujuannya supaya perkataan-perkataan baharu diketahui dan difahami maknanya dengan jelas. DBP telah menerbitkan kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan (1970) dan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1987); kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991); kamus umum pelbagai bahasa; kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain., seperti Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain; glosari seperti Glosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus..(iv) Sebutan

Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu yang menyebabkan perbezaan sebutan memerlukan pembentukan satu variasi seragam untuk kegunaan semua penutur dalam situasi rasmi. Masalah yang timbul berkaitan sebutan ialah kelainan bunyi vokal pada lingkungan akhir perkataan, iaitu a disebut sebagai o

Page 3: Bahasa Melayu Moden

separuh, u disebut sebagai o, dan i disebut sebagai e taling. Dengan ini diputuskan satu sebutan baku, iaitu sebutan yang betul berdasarkan ejaan bahasa Melayu, yang digunakan dalam acara rasmi, seperti ucapan, pengajaran, mesyuarat, bacaan berita, dan sebagainya. Sebutan baku ini dikuatkuasakan mulai tahun 1988. Sebutan ini digunakan dengan baik dalam penyampaian berita di stesen televisyen TV3, tetapi tidak berkesan dalam pengajaran di sekolah. Sebutan baku dimansuhkan apabila Kabinet (2000) berpendapat bahawa sebutan itu tidak menggambarkan sebutan sebenar rakyat Malaysia..(v) Istilah

Setiap laras memerlukan istilah. Kegiatan membina istilah baharu, khususnya dalam bidang-bidang teknikal, dilaksanakan oleh DBP dengan bantuan pihak universiti dan badan lain. Pelbagai jawatankuasa istilah telah diwujudkan untuk melaksanakan pembentukan istilah. Pedoman Pembentukan Istilah (1975) dijadikan panduan.

Melalui MBIM dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (Mabbim), usaha penyeragaman kegiatan peristilahan telah dilakukan. Istilah-istilah yang dibentuk perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, dan sesetengahnya perlu dibawa ke peringkat Mabbim.

Pelbagai pedoman telah diterbitkan, seperti Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Pedoman Penyusunan Kamus Istilah, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi (1988), dan sebagainya..

(b) Pemupukan .Pemupukan ialah usaha-usaha mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain.

Ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal terdapat dalam bahasa-bahasa asing, oleh itu perlu diterjemahkan dan disesuaikan ke dalam bahasa Melayu dengan pantas kerana teknologi cepat berubah. Antara istilah yang dibentuk meliputi bidang perjawatan (1960); pentadbiran (1961); ekonomi (1965); pendidikan (1966); geografi (1967); biologi, perhutanan, pertanian, fizik, matematik dan kimia (1968); kejuruteraan (1970); undang-undang, linguistik, kesusasteraan, dan pos dan perhubungan (1972); perniagaan, industri, perakaunan, sejarah dan sains rumah tangga (1973); dan muzik dan seni (1974).

Tatacara pembentukan istilah telah ditetapkan sebagaimana yang berikut:

Langkah 1: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan. Langkah 2: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim

digunakan. Langkah 3: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan. Langkah 4: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim

digunakan. Langkah 5: Mencari kata dalam bahasa Inggeris. Langkah 6: Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat

antarabangsa.

Page 4: Bahasa Melayu Moden

Langkah 7: Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan 1 hingga 6. Pilihan-pilihan tersebut haruslah maknanya tidak menyimpang daripada konsep istilah, tidak berkonotasi buruk, sedap didengar, tepat, dan singkat.

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook

BAHASA MELAYU MODEN - PERANANNYA

SEMENJAK berkembangnya bahasa Melayu klasik (abad ke-14 hingga abad ke-17), bahasa Melayu telah memainkan peranan yang sangat penting, iaitu bahasa perhubungan. Pada masa itu, setiap orang yang datang ke Nusantara, perlu mengetahui bahasa Melayu untuk berhubung dengan masyarakat Nusantara, sama ada dalam urusan perdagangan, keagamaan, atau hubungan sosial yang lain. Hal itu berlaku demikian kerana orang Melayu pada masa itu tidak menguasai atau memahami bahasa lain. Dengan hal yang sedemikian, bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perantaraan bagi dua budaya atau kaum yang berbeza.Bahasa Melayu moden menjadi bahasa perhubungan yang teramat mustahak untuk sesama warganegara Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu untuk perhubungan adalah wajib dalam urusan rasmi demi mematuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh hal yang demikian, pegawai kerajaan di peringkat persekutuan, negeri, dan pihak berkuasa awam di peringkat daerah, sepatutnya menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan secara rasmi.

Bahasa Melayu yang dimartabatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti, menjadi bahasa ilmu. Mata pelajaran Sains dan Matematik, yang menggunakan banyak istilah daripada bahasa Inggeris, diajarkan dengan baik dalam bahasa Melayu. Banyak pengetahuan yang dikumpulkan oleh rakyat Malaysia yang membaca buku dan risalah dalam bahasa Melayu. Semenjak bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar, sudah ramai intelek Melayu yang dihasilkan. Walaupun mereka mendapat pendidikan dalam bahasa Melayu, mereka juga dapat berbahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Melayu dapat menjadi bahasa tinggi sekiranya diberi perhatian dan galakan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mendapat kerjasama yang baik daripada warganegara. Harapan untuk melihat bahasa kebangsaan ini menjadi bahasa antarabangsa juga mungkin tercapai sekiranya bahasa ini diberi kepercayaan yang lebih baik.

Bahasa Melayu berperanan penting untuk mewujudkan perpaduan. Oleh itu,

Page 5: Bahasa Melayu Moden

bahasa Melayu ialah bahasa perpaduan. Semenjak merdeka, orang Cina, India, dan keturunan Portugis di Melaka, menggunakan bahasa Melayu untuk saling berhubung secara rasmi dan tidak rasmi. Dengan penggunaan satu bahasa, semua kaum lebih mesra kerana tidak timbul sebarang prasangka berkait dengan makna perkataan atau istilah yang digunakan. Demikian jua sesama orang Melayu, walaupun datang daripada pelbagai kawasan dialek, apabila bertemu, mereka akan berusaha untuk menggunakan bahasa baku. Penggunaan bahasa Melayu kebangsaan ini menjadikan mereka saling memahami maksud yang hendak disampaikan.

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook