bahasa melayu kertas 2.doc

13
2 SULIT 1103/2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-kaedah untuk melangsingkan badan dan kesan buruk apabila penjagaan kesihatan diabaikan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Manusia pada zaman ini sentiasa sibuk kerana mengejar masa. Hal ini disebabkan oleh tuntutan kerja agar dapat menampung keperluan hidup sendiri dan keluarga. Tidak cukup dengan kerja pada waktu pejabat, ada individu yang menyambung kerja secara sambilan pada waktu malam dan hujung minggu. Malah ada yang bekerja lebih masa pada waktu pagi, petang dan malam pada setiap hari. Allah mengurniakan masa kepada manusia yang jika tidak diuruskan dengan baik, bakal membawa kerugian seperti yang diterangkan dalam surah al-Asri. Yang penting, perlu ada keseimbangan antara masa yang diperuntukkan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Masa untuk diri sendiri meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan badan. Apabila badan sihat, segala tanggungjawab yang diberi dapat ditunaikan dengan jayanya. Individu yang sihat pula biasanya mempunyai bentuk badan yang menawan dan langsing kerana kurang timbunan lemak pada badan terutamanya pada bahagian perut dan paha. Bagi mendapatkan badan yang langsing, seseorang individu perlu memperuntukkan masa untuk melakukannya. Orang dahulu memperuntukkan banyak masa untuk menjaga kelangsingan badan melalui pelbagai kaedah atau cara. Antara kaedah yang dipraktikkan termasuklah berpantang selepas bersalin, melakukan sendiri kerja di rumah dan berkebun. Dalam masa yang sama, mereka makan makanan yang rendah kandungan lemak dan kalori selain makan dalam jumlah yang sedikit dan tidak kerap. Keadaan ini berbeza dengan orang zaman sekarang yang tidak mahu bersusah-payah melakukan suatu tugas, makan makanan segera dan makan tanpa mengira waktu. Jika ada 1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Upload: tan-hock-jee

Post on 15-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

2

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-kaedah untuk melangsingkan badan dan kesan buruk apabila penjagaan kesihatan diabaikan. Panjang rumusan hendaklah  tidak melebihi 120  patah perkataan.

Manusia pada zaman ini sentiasa sibuk kerana mengejar masa. Hal ini disebabkan oleh tuntutan kerja agar dapat menampung keperluan hidup sendiri dan keluarga. Tidak cukup dengan kerja pada waktu pejabat, ada individu yang menyambung kerja secara sambilan pada waktu malam dan hujung minggu. Malah ada yang bekerja lebih masa pada waktu pagi, petang dan malam pada setiap hari. Allah mengurniakan masa kepada manusia yang jika tidak diuruskan dengan baik, bakal membawa kerugian seperti yang diterangkan dalam surah al-Asri. Yang penting, perlu ada keseimbangan antara masa yang diperuntukkan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Masa untuk diri sendiri meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan badan. Apabila badan sihat, segala tanggungjawab yang diberi dapat ditunaikan dengan jayanya. Individu yang sihat pula biasanya mempunyai bentuk badan yang menawan dan langsing kerana kurang timbunan lemak pada badan terutamanya pada bahagian perut dan paha. Bagi mendapatkan badan yang langsing, seseorang individu perlu memperuntukkan masa untuk melakukannya. Orang dahulu memperuntukkan banyak masa untuk menjaga kelangsingan badan melalui pelbagai kaedah atau cara. Antara kaedah yang dipraktikkan termasuklah berpantang selepas bersalin, melakukan sendiri kerja di rumah dan berkebun. Dalam masa yang sama, mereka makan makanan yang rendah kandungan lemak dan kalori selain makan dalam jumlah yang sedikit dan tidak kerap.

Keadaan ini berbeza dengan orang zaman sekarang yang tidak mahu bersusah-payah melakukan suatu tugas, makan makanan segera dan makan tanpa mengira waktu. Jika ada jalan singkat seperti pengambilan pil atau makanan kesihatan yang dapat melangsingkan badan, kaedah inilah yang akan dipilih. Dalam konteks ini, ada individu yang terpaksa membelanjakan wang hingga beratus-ratus ringgit untuk membeli produk seperti ini, tetapi mereka masih rasa berbaloi untuk mencubanya. Kesan positif produk seperti ini masih diragui akan keberkesanannya. Tidak semua orang akan langsing apabila mencubanya. Malah timbul keadaan yang lebih teruk apabila ada ubat yang membawa mudarat kepada golongan tertentu. Namun perkara ini sering diabaikan oleh pengguna.

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 2: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

3

SULIT 1103/2

Dalam konteks penjagaan kesihatan, kita sering disarankan supaya melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan mengamalkan pengambilan makanan seimbang seperti yang tercatat dalam piramid makanan. Keadaan ini boleh membantu kita supaya dapat bergerak aktif setiap hari. Hakikat penting yang mesti kita akui ialah kita perlu memperuntukkan masa untuk menjadikan badan langsing seperti orang dahulu dan bukannya terus memilih jalan singkat yang belum tentu menjamin pengguna dapat langsing.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Masa Untuk Langsing” dalam Dewan Kosmik, September 2013)

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membawa mudarat [2 markah]

(ii) Apakah manfaat yang boleh didapati oleh individu yang sihat? [3 markah]

(iii) Masalah obesiti selalu dikaitkan dengan individu yang tidak mementingkan penjagaan kesihatan.

Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku jika masalah obesiti tidak ditangani dengan sebaik-baiknya? [4 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 3: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

4

SULIT 1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tapi …..tapi saudara memang benar-benar hebat.Err…. Maksud saya, hebat sebagai pelakon.”

“Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya.Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini.”

“Sau ……. saudara seperti tidak suka dipuji.”“Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa,” kata si hero,

seperti menyindir.“Saya…..saya ikhlas, saudara. Bukan sengaja saya reka pujian itu untuk

saudara.”“Maafkan saya. Mungkin bahasa saya sedikit keras. Ya, saya merasakan

pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada ribuan penonton yang lain. Tidak ada bezanya, dan …. dan sebenarnya setiap kali merecupnya pujian, maka setiap kali itulah juga saya harus bersiap sedia untuk berperang.”

“Berperang?”“Ya, berperang dengan diri saya sendiri.”“Maksud saudara?”Si hero melepaskan dengusan kecil lalu menggaru-garu dagu.

Dipetik daripada cerpen ‘Idola’ oleh Zaen Kasturi

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud menunjukkan keterampilan. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menarik minat remaja terhadap bidang lakonan? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 4: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

5

SULIT 1103/2

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah tinggal beberapa lama di dalam negeri itu, padi orang di situ habis dimakan kerbau, demikian juga pisang orang di situ. Kata segala orang dalam negeri itu, “Binatang apa dibawa ke negeri ini; habislah tanam-tanaman kami binasa dimakan oleh binatang ini. Kalau demikian janganlah tuan-tuan duduk bersama-sama dengan kami.”

Setelah Merah Silu mendengar kata sekalian orang kampung itu, maka Merah Silu berkata kepada mereka, “Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara hamba mencari tempat diam yang lain!”

Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu, “Apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?”

Merah Silu berkata, “Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”

Kata Megat Iskandar,”Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”

Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud hendak minta tempat duduk. [2 markah]

(ii) Apakah kesan kedatangan Merah Silu ke negeri tersebut? [3 markah]

(iii) Megat Iskandar telah mempelawa Merah Silu untuk tinggal bersama dengan baginda.

Pada pendapat anda, wajarkah Megat Iskandar berbuat demikian? [3 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 5: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

6

SULIT 1103/2

Soalan 2 (d) – Syair

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR MAKNA RIAK

Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan,

Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,Berkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,Bicara alhayat konon diselidik,Supaya disangka ianya cerdik,Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,Berserban lilit ekor berhambayan,Sejadah di bahu bersampaian,Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,Lidah berzikir Allah Taala,Terkadang jazbah seperti gila,Kasadnya hendak jadi kepala.

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 6: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

7

SULIT 1103/2

Riak demikian menjadi balak,Amal itu tentu ditolak,Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,Allah Taala sualak.

Mohd.Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)Antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa danPustaka, 2010.

Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu.

(i) Apakah maksud rangkap syair di atas? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ada orang bersikap riak? [3 markah]

(iii) Nyatakan pengajaran yang diperoleh daripada syair di atas. [4 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 7: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

8

SULIT 1103/2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i) gambarii) bergambariii) tergambariv) gambaranv) penggambaranvi) menggambarkan

[6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat tunggal. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Warga tua memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak suka ditempatkan di rumah-rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka, sebaliknya perlu membelai mereka.

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut . Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Muzik, telefon bimbit dan internet munkin inilah tiga perkara yang paling tertonjol dalam bezakan cara hidup golongan muda dengan golongan tua. Tanggapan ini bukan bermakna orang tua tidak mendengar muzik atau tidak menggunakan telefon bimbit, tetapi menggila terhadap perkara-perkara ini lebih menyerlah dalam kalangan jenerasi muda sehinggakan mewujudkan jurang dengan golongan tua.

[6 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 8: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

9

SULIT 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Suara guruh dan petir yang silih berganti itu menimbulkan perasaan takut yang tidak sedikit kepada anak-anaknya.

(ii) Tujuan Encik Sankaran membawa anak-anaknya ke Taj Mahal Restoran adalah untuk menyaji mereka masakan India Utara.

(iii) Sampel kereta terbaharu keluaran syarikat pengeluar kereta nasional itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. [6 markah]

(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa yang diberikan.

(i) bagai gunting dalam lipatan

(ii) masuk telinga kiri keluar telinga kanan

(iii ) kuah tumpah ke nasi [6 markah]

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT

Page 9: Bahasa Melayu Kertas 2.doc

10

SULIT 1103/2

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut :

(i) Papa.....( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood.(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.(vi) Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir.(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan.

(a) Berdasarkan sebuah buah novel yang anda pelajari, huraikan latar tempat yang digunakan oleh pengarang.

[7markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan pengajaran yang terdapat dalam setiap novel.

[8 markah]

KERTAS MODUL TAMAT

1103/2 ©Hak Cipta terpelihara MPSM (Cawangan Kedah) SULIT