bahasa hukuman kawat kaki

3
BAHASA HUKUMAN KAWAT KAKI Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan pergerakan berjalan. Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah : 1-sedia, senang diri dan rehatkan diri 2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang 3-langkah sebelah 4-hentak kaki 5-buka dan tutup barisan 6-luruskan barisan 7-hormat Bahasa Hukuman Kawat 1-sedia "BARIS..BARIIIIS SEDIA !" 2-senang diri "SENAAANG DIRI!" 3-rehatkan diri "REHATKAAAN DIRI!" 4-berpusing ke kanan* "BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!" 5-berpusing ke kiri** "BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!" 6-berpusing ke belakang***

Upload: cikgucat87

Post on 17-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Senarai arahan-arahan kawat kaki mudah bagi ahli-ahli TKRS baru.

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Hukuman Kawat Kaki

BAHASA HUKUMAN KAWAT KAKIKawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat

kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu

(dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat

kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan pergerakan berjalan.

Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :

1-sedia, senang diri dan rehatkan diri

2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang

3-langkah sebelah

4-hentak kaki

5-buka dan tutup barisan

6-luruskan barisan

7-hormat

Bahasa Hukuman Kawat

1-sedia

"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"

2-senang diri

"SENAAANG DIRI!"

3-rehatkan diri

"REHATKAAAN DIRI!"

4-berpusing ke kanan*

"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"

5-berpusing ke kiri**

"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"

6-berpusing ke belakang***

"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

Page 2: Bahasa Hukuman Kawat Kaki

*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk

menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN

MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk

menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN

MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"

***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk

menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN

MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila

berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke

arah mana pun platon anda sedang menghadap ]

7-langkah sebelah

"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"

8-hentak kaki

'HENTAK KAKIII..CEPAT!"

untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"

9-buka/tutup barisan

"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"

10-luruskan barisan

"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan

pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat

"PANDAAAANG..DEPAN!"

11-hormat ke hadapan

"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"