bahan bahas- sukan

11
UUMotivasi : SUKAN Sukan menjadi semakin penting pada masa kini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didenifisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang. Aktiviti sukan terdapat di mana-mana tempat sahaja. Antara sukan yang terkenal di dunia ialah bola sepak, seni mempertahankan diri, bola keranjang, dan golf. Contoh atlet yang terkenal di seluruh dunia ialah Tiger Wood dan David Beckham. Setiap negara berusaha menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang sukan kerana mendatangkan pelbagai kebaikan serta terdapat pelbagai faktor dalam motivasi sukan. Walau bagaimanapun, prestasi atau mutu sukan negara masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil dalam motivasi sukan. Antara kepentingan dalam motivasi sukan ialah apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Ini adalah disebabkan apabila mereka bersukan, otak mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Sukan juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, raket, bola, stoking, dan pelbagai produk sukan yang lain. Sukan juga dijadikan alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan, sukan merupakan salah satu wadahnya. Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Antara faktor motivasi sukan adalah kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki telah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Terdapat juga orang yang menganggap bahawa bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa. Anggapan ini adalah salah kerana sukan mempunyai pelbagai kebaikan. Masyarakat pada masa kini banyak yang makan makanan yang berkolesterol tinggi serta makanan yang berlemak. Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah." Oleh itu, motivasi sukan adalah penting. Usaha yang telah diambil dalam motivasi sukan ialah penubuhan sekolah sukan. Pelajar-pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang sukan dapat dicungkil dan dikumpulkan untuk diberi latihan yang sistematik. Sekolah sukan mempunyai kemudahan sukan yang canggih dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat menjalani latihan dengan teratur dan terancang yang dapat meningkatkan kecerdasan pelajar. Para pelajar juga dapat dilatih oleh jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing di mana mereka yang pernah menjadi pemain atau atlet di peringkat negeri, negara, atau antarabangsa. Dengan ini, bakat mereka dapat diasah melalui

Upload: azida-alzahari

Post on 18-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahan bahas sukan

TRANSCRIPT

UUMotivasi : SUKAN

Sukan menjadi semakin penting pada masa kini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didenifisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang. Aktiviti sukan terdapat di mana-mana tempat sahaja. Antara sukan yang terkenal di dunia ialah bola sepak, seni mempertahankan diri, bola keranjang, dan golf. Contoh atlet yang terkenal di seluruh dunia ialah Tiger Wood dan David Beckham. Setiap negara berusaha menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang sukan kerana mendatangkan pelbagai kebaikan serta terdapat pelbagai faktor dalam motivasi sukan. Walau bagaimanapun, prestasi atau mutu sukan negara masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil dalam motivasi sukan.

Antara kepentingan dalam motivasi sukan ialah apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Ini adalah disebabkan apabila mereka bersukan, otak mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Sukan juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, raket, bola, stoking, dan pelbagai produk sukan yang lain. Sukan juga dijadikan alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan, sukan merupakan salah satu wadahnya. Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik.

Antarafaktor motivasi sukan adalah kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki telah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Terdapat juga orang yang menganggap bahawa bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa. Anggapan ini adalah salah kerana sukan mempunyai pelbagai kebaikan. Masyarakat pada masa kini banyak yang makan makanan yang berkolesterol tinggi serta makanan yang berlemak. Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah." Oleh itu, motivasi sukan adalah penting.

Usaha yang telah diambil dalam motivasi sukan ialah penubuhan sekolah sukan. Pelajar-pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang sukan dapat dicungkil dan dikumpulkan untuk diberi latihan yang sistematik. Sekolah sukan mempunyai kemudahan sukan yang canggih dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat menjalani latihan dengan teratur dan terancang yang dapat meningkatkan kecerdasan pelajar. Para pelajar juga dapat dilatih oleh jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing di mana mereka yang pernah menjadi pemain atau atlet di peringkat negeri, negara, atau antarabangsa. Dengan ini, bakat mereka dapat diasah melalui bimbingan duru-guru sukan. Oleh itu, penubuhan sekolah sukan boleh melatih atlet muda yang cemerlang dalam bidang sukan agar menjadi pelapis negara dan seterusnya mengharumkan nama negara di perseda sukan antarabangsa.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam motivasi sukan ialah memberi ganjaran yang setimpal kepada atlet yang berjaya mengharumkan negara dalam sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa seperti sukan SEA, Asia, dan Olimpik. Hal ini berlaku demikian kerana ganjaran yang diberikan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru serta sebagai dorongan kepada atlet untuk lebih berusaha supaya mencapai kejayaan yang lebih baik. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golangan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Oleh itu, ganjaran atau insentif yang diberikan kepada atlet yang cemerlang perlu diwujudkan untuk dijadikan sebagai tanda penghargaan dan satu bentuk motivasi untuk semua agar lebih giat berusaha.

Usaha lain ialah kerajaan boleh mengambil jurulatih dari luar dalam meningkatkan mutu sukan negara. Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman luas. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang terbaik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan negara kita di mana dapat mendedahkan para atlet negara kita dengan prosedur dan teknik-teknik terkini untuk menggondolkan kejuaraan di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa yang merupakan satu bentuk motivasi sukan.

Di samping itu, kemudahan sukan perlu ditingkatkan. Prasarana sukan yang lengkap dan canggih dapat membantu atlet lebih berlatih dengan selesa dan efektif. Sebagai contoh, pembinaan kemudahan sukan seperti gelanggang, kolam renang, gimnasium, stadium, dan sebagainya yang tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan perlu diubahsuaikan supaya masyarakat dapat menggunakan kemudahan tersebut pada bila-bila masa yang dapat motivasi dalam bidang sukan. Oleh itu, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa di mana merupakan satu motivasi dalam bidang sukan.

Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa mutu sukan negara kita masih dapat ditingkatkan sekiranya usaha-usaha tersebut dibuat berterusan. Kerajaan dan masyarakat juga seharusnya berusaha mencari cara dalam motivasi sukan supaya bendera negara kita akan berkibar di kejohanan antarabangsa pada suatu hari kelak bukan sahaja kesihatan masyarakat dijamin. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disipin diri dan bermotivasi tinggi semasa latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu dalam meningkatkan mutu sukan, matlamat motivasi dalam sukan dapat dicapai

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianak tirikan oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara!

ARKIB : 11/07/2008RM1Juta: Hentikan komen negatif Atlet Negara serba salah, bersedihKUALA LUMPUR Ketika Sukan Olimpik hanya tinggal 28 hari lagi untuk membuka tirai, segala tindakan membangkitkan isu insentif RM1 juta kepada pemenang pingat emas pertama negara ketika ini hanya mengganggu tumpuan atlet negara ke Temasya 8-24 Ogos itu.Insentif yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun lalu itu telah mengheret pelbagai pertikaian termasuk daripada ahli politik, pengkritik sukan, peminat sukan dan terbaru dibahaskan pula dalam Parlimen, semalam.Nilai pemberian insentif itu diputuskan kerajaan sebagai menghargai keringat dan usaha keras atlet yang berusaha keras dalam merangkul pingat emas pertama pada temasya sukan paling prestij, terbesar dan paling sukar di dunia itu.Anda tahu apa yang dirasai oleh atlet negara ketika ini? Mereka amat sedih. Mengapa semangat patriotik mereka dipertikai, keikhlasan mereka diperlekeh dan dibahaskan pula, bukan ini sokongan yang diperlukan oleh atlet kita menjelang Sukan Olimpik yang tak sampai beberapa hari lagi.Sudah tentu pemberian insentif menggembirakan atlet, tetapi mereka tidak pernah minta. Sekali pun tiada RM1 juta itu di depan mata, saya percaya keghairahan untuk memenangi emas Olimpik tetap sama.Olimpik ibarat kemuncak kepada segala-galanya, siapa pun yang bergelar atlet pasti mengidamkan membawa pulang pingat Olimpik tidak kira diberi duit atau tidak, jadi saya minta semua pihak, agar tidak lagi bangkitkan isu ini, saya kasihan dan sedih dengan atlet kita, kata bekas pakar beregu badminton negara, Jalani Sidek.Menurut Jalani, pertikaian demi pertikaian ini mencetuskan rasa serba salah atlet, dan perkara tersebut diakui mereka sendiri dalam pertemuan dengannya beberapa minggu lalu.Tegas pemenang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992 itu, pemberian insentif sepatutnya dilihat dari sudut positif, di mana ia mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan sebagai karier kerana menjanjikan imbuhan yang lebih baik.Malah katanya, tidak salah untuk memberi penghargaan kepada atlet yang bukan hanya sebulan dua bekerja keras untuk menyiapkan diri, sebaliknya persediaan telah bermula sejak lebih empat tahun lalu, bermula dengan proses kelayakan yang sengit, selain bersaing dengan ribuan atlet seluruh dunia hanya untuk mendapat tempat.KeikhlasanSemalam, semasa sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim meminta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan terhadap keikhlasan atlet yang beraksi di Beijing, selepas dijanjikan pemberian insentif RM1 juta jika berjaya memenangi pingat emas.Sementara itu, Chef-de-Mission ke Sukan Olimpik Beijing, Datuk Ho Koh Chye berkata, seseorang atlet yang cukup mantap dan bermotivasi tinggi tidak akan dipengaruhi dengan apa-apa imbuhan termasuk pemberian insentif RM1 juta itu.Semua atlet yang akan bertanding di Sukan Olimpik nanti mempunyai maruah sendiri dan mereka hanya akan memikirkan tentang untuk mengharumkan nama negara sahaja tidak lebih dari itu, katanya selepas mesyuarat antara pengurus-pengurus pasukan yang akan ke Beijing Ogos depan.Jelasnya, penerimaan insentif atau imbuhan hanyalah satu bonus buat atlet tersebut.Contohnya Tiger Woods yang sudah memiliki harta berjuta ringgit hasil duit kemenangannya, tetap terus aktif bermain walhal dia sudah kaya-raya, ini kerana matlamatnya bukan kerana duit tetapi kemasyhuran, begitu juga atlet negara kita, katanya.Dalam pada itu pengurus pasukan badminton negara, Datuk Lim Tiong Kiat berkata, pemberian insentif tidak mengganggu keikhlasan atlet tetapi menghargai pengorbanan atlet.Negara-negara lain sudah lama memberi imbuhan kepada atlet mereka yang berjaya di Sukan Olimpik dengan nilai yang sama, sebagai contoh Singapura yang menawarkan S$1 juta (RM2.4 juta) untuk atlet mereka yang memenangi pingat emas Olimpik, katanya.Kata Tiong Kiat, pemberian imbuhan itu juga mampu untuk mengubah tanggapan ibu bapa bahawa ahli sukan juga mampu untuk menjadi seorang jutawan berbanding profesion profesional lain.Dalam perkembangan berkaitan Koh Chye memberi jaminan atlet yang layak ke Beijing bebas dari sebarang masalah kecederaan dan visa. Semua atlet yang akan beraksi di Sukan Olimpik nanti berada dalam landasan terbaik untuk beraksi dan sedang giat menjalani latihan.Saya juga sependapat dengan Menteri Belia dan Sukan bahawa tiga sukan iaitu badminton, memanah dan basikal mempunyai prospek tinggi untuk memenangi pingat, katanya.Tambahnya, atlet badminton berada di kedudukan tertinggi ranking dunia sekarang, manakala pasukan memanah pula sudah dua kali menewaskan pemanah hebat di kejohanan antarabangsa, sementara Azizulhasni Awang pula telah membuktikan dia adalah pelumba terbaik Asia dalam acara keirin dan 200 meter pecut.

Pemberian insentif diperkukuhPROGRAM pemberian insentif bagi atlet pelapis yang masih bersekolah akan diperkukuhkan lagi sebagai galakan kepada mereka untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukanTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif tersebut tidak akan diberikan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya dalam bentuk lain seperti kredit penuh dalam mata pelajaran kokurikulum sekiranya pelajar terbabit menyertai kejohanan pada peringkat antara- bangsa."Insentif tersebut diharap dapat memberi dorongan dan semangat untuk mereka terus berjaya dan juga supaya mereka tidak menganggap penglibatan dalam sukan adalah sesuatu yang membazir," katanya selepas menghadiri majlis meraikan kejayaan kontinjen Malaysia pada Sukan Sekolah- Sekolah ASEAN (ASG) 2010 di Bukit Jalil semalam.Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menyampaikan sumba- ngan berupa komputer riba kepada atlet yang telah memenangi pingat pada kejoha- nan tersebut.Antara atlet muda negara yang diraikan semalam termasuklah Raja Pecut ASG, Ambrose Jilom; pemenang enam pingat emas dalam acara gimrama, Elaine Koon; pasukan badminton, skuad hoki lelaki dan pasukan bola jaring yang meraih pingat emas.Malaysia muncul johan keseluruhan kejohanan itu yang diadakan pada 15 hingga 18 Julai lalu dengan pungutan 45 pingat emasMuhyiddin berkata, pihaknya dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula program insentif itu secara lebih terperinci termasuk langkah pembaikan yang boleh dijalankan."Insentif ini juga merupakan suatu isya- rat buat atlet iaitu jika mereka cemerlang dan mewakili negara di peringkat antara- bangsa, pelbagai dorongan akan diberikan oleh kementerian," katanya.Selain itu, Muhyiddin berkata, langkah untuk pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan yang akan bermula tahun depan kini sedang giat dijalankan."Antaranya penstrukturan semula baha- gian sukan di semua peringkat, penyediaan dan penambahan guru sukan, menjalinkan kerjasama dengan pemimpin sukan daerah dan negeri serta penambahan, pembaikan infrastruktur," katanya.

Kaji semula pemberian insentif RM1j

KUALA LUMPUR 3 Julai - Kerajaan digesa mengkaji semula cadangan untuk memberi insentif RM1 juta kepada atlet negara yang berjaya mendapat pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, bulan depan.Raime Unggi (BN-Tenom) berkata, ganjaran besar itu hanya akan melahirkan atlet materialistik yang memberi kesan buruk kepada mereka.''Ganjaran besar yang diberikan itu boleh memesongkan matlamat asal penyertaan atlet dalam acara sukan dan dikhuatiri mereka hanya berusaha demi mendapatkan habuan.''Matlamat asal penganjuran Sukan Olimpik ini ialah untuk melahirkan atlet yang boleh mengharumkan negara. Tetapi jika ada ganjaran yang besar, ia hanya akan melahirkan atlet materialistik," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.Raime menegaskan atlet negara hanya akan berusaha bagi mendapatkan wang dan bukannya untuk negara.Tambah beliau, langkah memberi habuan besar itu juga akan menyebabkan atlet menjadi manja dan lupa diri selain menjurus kepada pembaziran serta ketidakcekapan.Perkara ini ujarnya, akan menjadi barah dalam industri sukan jika ia dilaksanakan.''Beraksi dalam sukan agung seperti Olimpik memerlukan semangat tinggi dalam diri atlet serta apa sahaja habuan yang mahu diberikan perlu selari dengan kewangan negara dan kepentingan masa ini," katanya.Raime memberitahu, adalah lebih praktikal ganjaran itu diberikan dalam bentuk latihan termasuk di luar negara yang sekali gus boleh melahirkan atlet yang berdaya saing dalam jangka masa panjang.